“Nah, air kau.” Amboi dulang tu hempasgitu je. Kalau pecah mug kesayangan aku siap.
Mak Idah masuk ke bilik, “Firdaus, Kaylaada dekat bawah cari kamu.”
“Wow, sampai rumah dia cari.” Aku maludengan Acap, walaupun Acap tahu Firdaus dengan Kayla bercinta dahulu mesti diafikir Firdaus dah lupakan. Tapi, “Fir turun sekejap.” Katanya. Aku memeganglengannya, menahan langkahnya. Aku menggeleng, memberi isyarat supaya abaikanperempuan tu. Dia mengusap kekura tanganku dan meletakkan tanganku kebawah.Tubuhnya hilang.
Aku menahan rasa duka di hati ini. “Acap,aku punya sakit kepala makin teruk. Kau boleh bagi ubat apa-apa yang boleh redakan tak?”
“Sakit kepala ke sakit hati?”
Acap memandang simpati. Aku tak sukadisimpati. “Kalau tak ada, tak apa. Supply kan aku painkiller dose tinggi darisebelum ni. Sebab yang tu dah tak lut.”
“Acap. Acap.” Ni lagi seorang abaikanaku. Dia turun ke bawah mungkin sebab di keluar dari bilik.
Firdaus masuk dengan sejambang ros. Akubersin. “Fir keluar dengan Kayla, mungkin Fir balik lewat.”
“Fir, jangan tinggalkan saya.”
“Yana hanya isteri di atas kertas. Ingattu.”
Aku terasa saluran nafas semakin ketat.Aku cuba menolak jambangan bunga itu jauh, tapi tak dapat ku gapai.
“Yana ni kenapa? Kalau tak suka Kayla punjanganlah kurang ajar sangat.”
“Please, Fir.” Aku masih mencuba menolakjauh bunga itu. Tapi, bagaimana tersilap langkah aku terjatuh dari tilam dangelas air jatuh berkecai diatas lantai. Aku nampak Acap, “Acap, help me.”
“Ya Allah, Fi. Firdaus bawa keluar ros tukeluar dari bilik ni.” Arah Acap. Firdaus hanya memandang sepi. Lantas, Acapmencapak pasu kecil itu keluar dari bilik. “Bodoh! Fi alah dengan rose, kausuami dia tak akan tahu. Kau nyaris bunuh dia.” Kepala aku dipangku di pahaAcap. “Fi, tarik nafas dalam-dalam. Selawat banyak-banyak.”
Firdaus yang sepi itu tiba-tiba merangkulaku dan letakkan di atas tilam.