Kereta meluncur laju di atas jalan. Airmata lebat menuruni di pipiku. Titisan hujan semakin laju membasah bumi sepertihiba dengan keadaanku. Aku memakirkan kereta di garaj rumah. Langkah kaki kuterasa lemah, seperti lemahnya diriku. Lemah kerana tidak dapat memperolehcinta suami sendiri. Badanku telah basah dek hujan. Kolam ditepi rumah kupandang sepi. Semakin dekat langkah aku dengan kolam. Akhirnya, aku rebahkanbadan ku kolam sepertimana ku rebahkan di katil. Sejuk, aku abaikan.
“Cik Fifi! Cik Fifi!” aku dengar orangmemanggil. Aku ingin sendirian.
Tiba-tiba, aku rasa tubuhku diangkat dandiletakkan diatas lantai. “Kau gila ke?!!”
Mataku berkelip-kelip melihat tubuh itudi depanku. “Acap! Kau buat apa dekat sini?”
Dahi aku dijentik. Auch. “Kau kenapajentik dahi aku, gila?”
“Kau tu gila, nak bunuh diri ke apa?”
“Aku terapung je la. Chill la.”
“Tengah hujan macam ni? Kau tahu tak, kautu senang sakit. Jantung kau bukan kuat sangat!”
Tuala yang ditangan Mak Ida dia ambillalu menyarung di tubuhku. “Thanks.” Ucap aku.
Dia membawa aku ke dapur. “Duduk ataskerusi tu.” Masih mengarah aku. Aku hanya tersenyum, senang dengan kehadirandia. Dia datang semula dengan dua buah cawan. “Hot choco for u. Enjoy it.”
“Encik Firdaus, tadi Cik Fifi terjundalam kolam.” Beritahu Hilman.
“She what?! Tunggu, saya balik.”
“Tapi, Encik Firdaus. Ada lelakiselamatkan Cik Fifi, kami kelam kabut sampai tak sedar ada yang masuk kekawasan rumah. Seperti, Cik Fifi kenal dengan lelaki itu.”
“Tak apa. Saya balik.” Firdaus memutuskanpanggilan, dia meraup kasar mukanya.
Tak sedar masa telah pun berlalu, akuasyik berbual dengan Acap. Kedengaran bunyi kereta dari luar, jam di dindingdilihat. Masih terlalu awal jika Firdaus pulang.
“Assalammualaikum.” Firdaus memberisalam.
Dahiku dia kucup, kemudian bibirku.Sudah, kenapa nak buat macam ni? Depan Acap pula tu. Aku menyorok di dadanyamalu.
“Bro, nak buat scene 18 ke atas pun,janganlah depan aku.” Acap menepuk bahu Firdaus.
“Lama kau hilang? Tiba-tiba muncul, adaapa-apa ke?” tanya Firdau kepada Acap.
“Hilanglah sekejap, kekasih pujaan hatijadi hakmilik orang. Balik untuk tuntut semula, sebab dengar cerita pujaanhatiku dipermainkan dan dipergunakan.”
“Eh, Acap bila kau ada kekasih? Takberitahu aku pun. Sampai hati.” Kata aku. Terkejut dengar mamat ni ada kekasih.Maklumlah, dia ni jenis tukar perempuan selalu. Bila dah hilang sebabperempuan, mesti perempuan tu istimewa.
“Talk to you later. Suami kesayangan kaupun dah balik. Nanti pape, aku whatsapp kau Fi.” Acap berlalu pergi.
“Seronok menggatal dengan mamat tu.”
“Eh.”
“Yana isteri Firdaus, ingat tu.”
“Sejak bila pula, Yana lupa dengan statusYana sendiri?” Aku keliru.
“Fir, sedap tak masakan Yana?” tanya akubila tiada kata darinya.
“Maria yang makan. Kayla ajak lunch diluar.”
“Tak apa. Sekurang-kurangnya, takmembazir. Asalkan suami Yana ni dah makan, Yana cukup senang hati.” Pipinya akuusap. Aku menjingkit badanku dan mencium lembut bibirnya. “I always love you.”
Firdaus memegang bibirnya. “I’m sorry.”