Acap berdiri di hadapan pagar sebuahrumah yang tersergam indah. Dia teringat akan arahan sahabatnya.
“Kau dengar sini, ini alamat flower girlkau. Esok kau cuti kan? Kau pergi jumpa family dia. Kau kenal family dia.Gentleman bro. Jangan risau, kalau korang berjodoh. In sya Allah ada.”
Lonceng ditekan. Datang tubuh lelaki tuamendekati pagar, “Iya, nak. Anak ni cari siapa ye?”
“Assalammualaikum pakcik, saya nak tanya.Ni rumah keluarga Sharifah Mariana ke?” Acap mahu pastikan dia tidak tersalahrumah. Biarlah malu diluar, daripada malu di dalam nanti. Tak ke pelik nantituan rumah dah siap berjemput minum dan bersembang baru tanya cari siapa. Kalaubetul orang yang dicari tak apa juga, kalau bukan? Tak ke malu tujuh keturunan.
“Hah betul lah ni. Jemputlah masuk. Tapi,anak pakcik tu tak ada dekat rumah sekarang.”
“Tuan Syed.” Acap salam hormat bakal ayahmertuanya.
“Eh, panggil pakcik je. Kamu ni kawanMaria ke? Kawan kolej ke? Tak pernah pula pakcik nampak.”
“Tak, saya doktor. Maria tu dulu pesakitsaya.”
“Pesakit? Sejak bila pula anak pak cikmasuk hospital? Rasanya dua minggu lepas, dia ada program kem anjuran kolej.Lepas balik, dia pergi kelas macam biasa.” Syed Kamal dah keliru.
“Eh? Dua minggu lepas tu, dia dekathospital lah. Pembedahan appendiks.”
“Sekejap ye, kamu duduk dulu buat macamrumah sendiri. Pakcik telefon Maria suruh balik.”
Acap mengangguk. Sementara, ayah Mariamembuat panggilan, dia berbual mesra dan berkenalan dengan ibu Maria. Walaupunsudah dimamah usia, wajah ibu Maria kelihatan muda dan cantik. Kini, diatahulah Maria mewarisi kecantikannya daripada siapa.
Kini, Acap menyertai keluarga itu menjamuselera untuk tengah hari. Dia sedar Maria tidak lepas memandang tajam darimelihatnya, dan dia hanya membalas wajah masam itu dengan senyuman. Sungguh diarindu gadis ceria itu bergaduh mulut dan menyakatnya ketika menjadi pesakit kudulu.
Selesai menjamu selera, mereka berkumpuldi ruang tamu. Acap selawat 3 kali dan “Pakcik, Makcik hajat saya datang sinisebenarnya nak minta izin kepada pakcik dan makcik untuk berkawan denganMariana. Bukan itu sahaja, saya juga akan membawa kelurga saya 2 minggu lagiuntuk datang meminang Mariana. Saya nak Mariana jadi isteri saya.”
“Alhamdulillah, pakcik setuju dan pakcikizinkan.”
Cepatnya Tuan Syed ni buat keputusan. “Asyjanganlah terkejut. Pakcik kamu ni memang tunggu lelaki berani macam Asy nidatang merisik anaknya. Asy pula lelaki pertama dan baik bagi kami. Kamipercaya Asy akan jaga anak makcik ni baik-baik.” Terang Puan Fatimah.
Mariana yang mendengar niat ikhlas Asyrafrasa sangat terharu. Dia juga yakin yang lelaki itu layak menjadi suami danpembimbing dia. ‘Tak sangka, petunjukmu benar Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.Semoga dia dapat membantu membimbing aku ke jalan kau semula. Amin.’ Bisik hatiMariana.