“Hai, baby.” Kayla bangun memeluk lenganFirdaus bila nampak Firdaus mendekati meja.
Hati aku sakit. Apa yang perlu aku buat?Walk away or stay? Tapi, nampaknya Firdaus pun tidak menghalang atau mengelakdari perlakuan Kayla. Maknanya, aku yang kena bawa diri sekali lagi.
“Saya naik bilik dulu. Thanks sebabtolong bawa telefon saya tadi.” Wahai hati, bersabarlah dan bertabahlah.
“Sekejap.” Firdaus menghalang.
“Nanti abang call, turun.” Dia berbisikditelingaku.
Kecewa hati ini. Ingatkan Firdaus menahansebab ingin menegakkan pada Kayla bahawa aku isteri kepada Firdaus. Tapi,nampaknya itu semua angan-angan mat jenin aku sahaja.
Air mata yang ditahan, akhirnya mengalirjuga.
Aku duduk dibirai katil. Kepala yangberdenyut semakin perit rasanya. “Allahu.” Terucap dari bibirku. Walaupun, dalamkeadaan yang telah dilukai, aku sangat memerlukannya tika ini untuk memeluk danmemujukku. Aku membaringkan tubuhku di katil, penghawa dingin yang tadinyabiasa sahaja kini terasa sejuk menyengat ke tulang hitam. Beg galasku digeledahuntuk mencari painkiller, tapi tiada. Dimana pula aku letak, atas meja sisitilam pun tiada.
‘Tok! Tok!’ “Fifi… Fifi…” Seperti itusuara mummy. Tapi, aku sungguh tidak larat bangun. Walaupun begitu, aku memaksajuga untuk berdiri. Meja disisi katil, menjadi satu tempat untuk aku menahanmembangunkan diri.
Kaki yang lemah membuatkan aku tidakseimbang dan aku terjatuh. Dahi aku terasa pedih terlanggar bucu meja. “YaAllah, Fifi.” Aku dengar suara mummy.
“Aa…Aba… A…bang” Kepalaku kini dipangkumummy.
“Daddy, call Fir sekarang!” Pandangankusemakin kelam dan akhirnya gelap.
“Fir, tak angkat call saya.” Encik TengkuWarfiq memberitahu isterinya.
“Eh Tengku, kenapa ni?” tegur salahseorang pekerja hotel. Itupun dia perasan pintu yang terbuka dan dengarjeritan.
“Tolong telefon ambulans. Segera.”
Puan Tengku Ameera mengusap dahimenantunya. Tiba-tiba, dia terasa tangannya basah. Dia melihat tapak tangannyamerah. “Daddy, darah.”
Pekerja hotel mengambil tindakan segeradengan mengangkat tubuh Fifi dan letakkan diatas stretcher. Kini, tubuh lemahgadis itu dibawa turun untuk dihantarkan ke hospital. Puan Tengku Ameeramenangis dalam pelukan suaminya, tak sanggup melihat darah gadis itu menitik kelantai.
Encik Tengku Warfiq dan isterinya beradadi lobi menunggu pemandu mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa risaunyamereka. Dalam hati masing-masing tertanya dimanakah keberadaan anak mereka.
Tanpa Firdaus sedar, mummy nya melangkahlaju ke arahnya. Pang!
“Seronok gelak! Mummy tak sangka rupanyaperangai Firdaus masih tak berubah!” Sayu hati tuanya bila terkenangkan menantuyang sakit, tapi suami berada disini bergelak tawa dengan perempuan lain.
Firdaus mengusap wajahnya. Pedih. Dialihat tapak tangannya merah. ‘Darah!’ bisik hatinya.
“Mummy, I can explain.”
“I don’t need to hear all your excuses,son.”
“Mummy, lets go. Rahim dah tunggu.”Tangan Tengku Ameera ditarik suaminya.
“Daddy, nak ke mana? Kenapa tangan mummydarah? Apa yang berlaku?” Firdaus berdiri di depan daddy nya.
“Daddy nak pergi hospital. Fifi cedera.”
“Fifi? Fifi dekat bilik kan?” tanyaFirdaus.
“Fifi perlukan kami. Kami pergi dulu.Kalau Fir rasa, Fir suami kepada Shafira Liyana ikut kami.”
“Tapi…” Firdaus menoleh melihat wajahkekasihnya.
“Daddy, biarkan dia. Mungkin, kalau Allahtarik nyawa isterinya baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Menangis waktutu dah tak guna.” Tubuh pasangan itu masuk ke dalam perut kereta yang terparkirdi hadapan lobi. Kereta itu meluncur laju pergi.