Firdaus menutup pintu bilik isterinya.Tiba-tiba kolar bajunya dicengkam oleh Acap. “Kau nyaris bunuh isteri kau! Kaukalau tak sayangkan dia, lepaskan bagi aku!”
“She always be my wife. Itu janji akukepada kau sampai bila-bila.” Firdaus menepis tangan Acap dan terus turun kebawah. Melihat Kayla di ruang tamu sedang menunggu membuat Firdau serba salah.Kekasih yang dicinta atau isteri yang sedang sakit?
“Lamanya U bersiap. Jom, keluar.” Kaylayang melihat Firdaus terpaku di tangga terus merangkul lengan jejaka itu.
Dia masuk ke dalam kereta Kayla dibelahpemandu. “Kalau kita postpone our date boleh?”
“U jangan macam-macam. I merajuk nanti.”
Serabutnyalah, masa-masa tak kena untukmerajuk. Berat hati meninggalkan isterinya di rumah satu hal, kalau Mak Idahboleh jagakan dan tengokkan tapi kalau Acap mahu dia mengorat sahaja isterinya.Cemburu ke? Gila tak cemburu, isteri dia kot.
“I bagi U duit, U pergilah shoppingmana-mana. Ok?” Firdaus cuba cara lain melembutkan hati Kayla.
“Ok, I don’t mind. But, our datepostpone, so U need to reschedule.” Kayla tersenyum senang. Masyuk, dapatshopping new dress.
Firdaus mengeluarkan dompetnya danmenghulurkan beberapa helai keeping RM100 kepada Kayla dan keluar dari kereta.Melihat sahaja kereta kekasihnya melepas pergi, dia mengeluh. Entah kenapa diaterlalu berat lepaskan Kayla?