Bab 7
SELEMBAR surat
tanpa sampul ditemui Kak Ecah di dalam peti surat. Lalu dia meletakkannya di
hadapan Laura Jane yang sedang bersarapan pagi. Laura Jane hanya menikmati koko
panas. Pagi itu dia bangun lewat. Jam sudah menunjukkan ke angka
10.00, dia
masih berpijama tidur. “Surat apa ni?” tanya Laura Jane.
“Tak tahulah
Cik Laura. Saya jumpa dalam peti surat masa nak buang sampah tadi,” beritahu
Kak Ecah.
Mahu tidak
mahu Laura Jane membuka surat itu. Matanya merenung ke arah barisan tulisan
yang tidak teratur. Potongan huruf-huruf daripada surat khabar yang
disusun menjadi ayat.
Bukan main
popular lagi kau sekarang!
Tak lama
lagi hidup kau akan musnah.
“Hisy!”
Laura Jane
merengus keras lalu melemparkan surat itu ke tepi. Rengusan kuat Laura Jane itu
mengejutkan Kak Ecah. Hati wanita itu seperti kecut hendak bertanya hanya
matanya terus tertuju ke arah kertas yang baru dilempar ke lantai.
“Buang surat
layang tu Kak Ecah! Lain kali kalau ada lagi surat-surat macam ni
jangan serahkan pada saya. Buang saja dalam tong sampah,” marah Laura Jane.
Terbantut
seleranya hendak menikmati koko panas yang masih bersisa. Pancakedengan
madu di hadapannya langsung tidak diusik. Seleranya serta-merta menjadi
tumpul.
Dia terus
bangkit menghala ke biliknya di tingkat atas. Laura Jane masuk ke bilik air
untuk membersihkan diri. Dia berniat hendak keluar. Tapi ke mana? Entah mengapa
dia seperti tidak tahu hendak ke mana. Tiada tempat hendak dituju. Dia tidak
berniat untuk ke spa sebab semalam dia baru sahaja ke sana membelai kulit.
Jadual
penggambaran filem terbarunya akan bermula dua minggu lagi. Mulanya pengarah
filem, Abang Mokhtar ingin memulakan penggambaran secepat mungkin. Tetapi
terpaksa ditangguhkan apabila pelakon lelaki utama filem itu mengalami demam
panas. Sekarang masih dirawat di hospital. Bumi Kuala Lumpur terlalu panas
sepanjang hari, sudah berminggu-minggu tidak disiram hujan.
Laura Jane
berdiri di tepi tingkap kamarnya selepas selesai mandi. Dia melihat matahari
yang garang sedang memancar ganas. Terlihat bayangan fatamorgana di kejauhan.
Hari ini bakal menjadi hari yang panas.Lebih baik dia tidak keluar.Dia
memandang skrip filem yang terdampar di atas katil. Skrip itu sudah dihafalnya
dengan baik. Dia tidak mengambil masa yang lama. Laura Jane memang cergas dan
otak wanita itu mampu mengingat setiap watak yang diserahkan kepadanya. Dalam
soal kerja dia tidak pernahmain-main.
Dia sudah
melakonkan pelbagai watak. Kebanyakannya watak putih yang menarik simpati
penonton. Cuma kehidupannya yang sebenar amat bertentangan sekali.
Aku bukan
watak yang baik dalam hidupku sendiri, bisik hati Laura
Jane tiba-tiba.Aku adalah watak seorang ibu yang kejam, yang
meninggalkan anaknya dengan ibu mentua. Aku juga bukan menantu yang baik tapi
emakAbang Said memang teruk.Tidak layak dihormati! getus Laura Jane sendiri.
Tanpa dapat
dihalang otaknya terus mengingati kenangan silam yang mahu dilupakan. Dan
hatinya tanpa simpati berkata-katalagi. Kau ni sebenarnya memiliki watak
yang buruk Laura Jane! Jangan hanya pandai mengata orang lain walaupun kau
seorang wanita yang berwajah cantik. Kau ni macam kelawar! Di waktu malam yang
gelap gelita,diam-diam kau menghisap darah orang tanpa orang itu
menyedarinya.
Tidak! bisik
Laura Jane cuba menafikan cetusan hatinya sendiri. Aku bukan begitu! Itu bukan
diriku yang sebenarnya.
Dia
menggigit bibirnya sendiri sambil menggeleng- geleng.Dia tidak ingin mengingati
kejadian itu.Tetapi dia tetap teringat jua.Tercuit sedikit rasa bersalah dalam
hatinya.
Tak mungkin
aku dapat menebus semua kesalahanku pada Baby, bisik Laura Jane sendiri.
Dia
memandang ke arah jalanraya.Terlihat sebuah kereta berhenti di hadapan pagar. Kak
Ecah segera keluar, tergesa- gesa membuka pintu. Dia kenal siapa yang datang.
Kereta itu milik Ben. Cepat-cepat dia membuka almari, mencari baju
yang paling cantik bagi menyambut kedatangan Ben, pengurus merangkap buah
hatinya.
“HAI sayang!”
tegur Ben sambil melipat akhbar yang dibacanya tadi sementara menunggu Laura
Jane turun ke ruang tamu.
“Hai!” balas
Laura Jane sambil menapak turun. Kaftan daripada kain sifon berwarna merah
terang itu berkibar- kibar ketika dia bergerak. Di bahagian pinggang dihiasi
dengan berlian tiruan. Nampak cantik mengerdip. Memakai apa sahaja Laura Jane
nampak cantik. Ditambah kulit yang putih bersih
dan gebu. Kecantikannya mengalahkan sang ratu dunia.
“Nak keluar
tak?” tanya Ben. Laura Jane menggeleng. “Panas.”
“Ala, duduk
dalam kereta, bukannya jalan kaki. Kita pergi shoppingkat
Berjaya Times Square. I belikan baju,” kata Ben memujuk sambil terus memandang
Laura Jane.
“Malaslah. I
nak duduk rumah hari ni.” “Kenapa? Macam tak ada moodaje.”
Ben sentiasa
dapat membaca setiap tingkah laku Laura Jane. Sudah beberapa tahun dia
mendampingi wanita itu. Namun hanya baru-baru ini sahaja Laura Jane
setuju untuk mengumumkan perhubungan cinta mereka kepada masyarakat.
“Tu
lah, pagi-pagi lagi I dapat surat layang,” adu Laura Jane sambil
duduk di hadapan Ben.
“Argh!
Pedulikanlah surat layang tu! Tak jejaskan you pun.Tu kerja budak-budak!”
“Tapi...”
“Sudahlah!
Jom kita keluar. Duduk kat rumah nanti you fikir
yang bukan-bukan. Dua hari lagi kita akan bertolak ke luar
negara.Tentu seronok, kan?”
Ben sudah
bangun.
Dia menarik
tangan Laura Jane supaya mengikutnya keluar.
Laura Jane
mengikut sahaja.Segala kata-kata Ben memang tepat dan benar.Sekiranya
dia terus duduk di rumah dia akan dihantui kisah-kisah masa lalu.
Lantaran itu dia lebih suka menyibukkan diri. Jika masa sentiasa penuh dengan
berlakon, fikirannya tidak akan belayar jauh mengingati sejarah hidup yang
tragis.
Ben membawa
Laura Jane ke Berjaya Times Square. Mereka berjalan-jalan, shoppingdan
makan. Tanpa disedari, setiap
langkah mereka diekori seseorang. Sejak tadi lelaki itu tidak melepaskan
pandangan matanya memerhati Laura Jane dan Ben. Kameranya sentiasa memfokus
pasangan itu. Setiap gerak, setiap tingkah laku mereka diintip. Dia senang
dengan tugas mengintip Laura Jane. Bayarannya lumayan.
“DAHcukup semua
keperluan?” tanya Mak Timah kerisauan.
Bimbang
cucunya yang akan berangkat ke kampus hari ini ketinggalan sesuatu yang
penting.
“Dah nek,
jangan bimbang,” jawab Hawa Fatihah sambil tersengih.
“Ni duit
untuk yuran pendaftaran dan duit belanja. Simpan elok-elok duit tu.”
“Insya-ALLAH nek,”
jawab Hawa Fatihah sambil membuka sampul surat yang baru diserahkan oleh Mak
Timah. Dia mengira wang di dalam sampul surat itu. Ada lebih kurang RM3000.
“Banyaknya
nek duit ni!”
“Tak banyak
mana duit tu, Hawa,” jawab Mak Timah. Dia sudah melihat surat berkaitan yuran
dan segala
keperluan
yang mustahak dilunaskan.Setelah ditolak sana sini, paling banyak pun bakinya
lebih RM500.00 sahaja. Cukuplah untuk Hawa Fatihah menampung belanja harian,
makan minum dan duit minyak kereta Kancil yang dihadiahkan Puan Anom dan Encik
Anuar.
MakTimah
memeluk Hawa Fatihah erat sebelum mereka berpisah. Mak Timah menghantar
pemergian Hawa Fatihah dengan hati yang lapang. Dia yakin Hawa Fatihah pandai
menjaga diri. Semoga dia dilindungi ALLAH, begitulah doa Mak Timah kala melihat
kereta kancil Hawa Fatihah beredar meninggalkan kawasan rumah Encik Anuar.
Selamat
jalan cu! Semoga kita berjumpa lagi, bisik Mak Timah,
lirih.
Hatinya
terasa pedih.Tidak pernah dia berpisah dengan Hawa Fatihah. Sejak masih merah
dia dibelai dan didakap setiap saat. Namun dia terpaksa jua melepaskan cucu
kesayangan untuk menimba ilmu pengetahuan.
Mencari ilmu
yang bermanfaat itu dituntut oleh agama. Mengingati ungkapan itu, hati Mak
Timah jadi tenang semula. Dia yakin Hawa Fatihah akan kembali dengan kejayaan.
“SHOOTINGkat mana?”
tanya Laura Jane seperti tidak percaya.
“Kat
Temerloh. Kita akan buat shootkat Kampung Teluk Mengkuang.”
“KampungTeluk
Mengkuang?Temerloh? I ingatkan babak kat kampung tu nak buat kat Sabak Bernam
aje. Kan lebih dekat? Hari tu kata penggambaran area KL dan Selangor aje.”
“Kampung tu
ada sungai dan paya. Ada hutan kecil. Tu yang kita nak. I ada suruh kawan I
pergi tinjau kampung tu, katanya cantik. Tepi sungai
dan berteluk-teluk. Lagipun bolehlah kita makan ikan sungai nanti,”
kata Abang Mokhtar, sebagai pengarah filem berkenaan.
Laura Jane
merengus, wajahnya kelat.
“You tentu
tak pernah makan ikan sungai, kan? You tahu tak ikan kelah dan ikan patin sedap
gila. Patin muncung paling mahal. Sekilo dua ratus lebih! Huh, ikan patin masak
tempoyak, sedap gila! Mentua lalu pun tak nampak.”
Laura Jane diam
sahaja. Masakan dia tidak pernah makan ikan sungai semasa tinggal di rumah mak
mentuanya dahulu. Nak termuntah dia makan ikan sungai yang kebanyakannya
mempunyaitulang-tulang yang berselirat.Pun tidak dinafikan dia belum
pernah makan ikan patin ataupun kelah. Langsung tidak ada keinginan hendak
mencuba pun!
Laura Jane
mengeluh berat. Mengapa mesti dia kembali ke kampung itu semula? Kenapa?
Hatinya bergalau resah. Malam itu tidurnya jadi kurang lena. Esok mereka akan
bertolak ke Temerloh. Laura Jane berkeluh-kesah di atas katilnya
setelah terjaga pada awal dinihari. Susah untuk dia melelapkan mata semula.
Namun dia terlelap jua kala jam hampir pukul 5.00 pagi.
Laura Jane
memandang jalan tanah merah yang baru dilalui. Jalan yang baru ditinggalkannya
gelap gelita. Jalan di hadapannya yang tadi terang kini bertukar gelap.Dia
bingung. Lampu picit tiada di tangan. Entah ke mana lampu picit yang tadi
digenggam erat yang menjadi panduan sehingga dia boleh berjalan sejauh itu.
Dia ingin
menjerit meminta tolong tetapi suaranya tidak dapat diluah. Dia memerhati
sekeliling, mengharap pertolongan. Tiba-tiba sebuah kereta datang,
menuju ke arahnya dengan laju.Dia menggapai tangan,memohon kereta itu supaya
berhenti. Namun kereta itu enggan berhenti, malah dia terus laju. Laura Jane
tergamam.
“Berhenti!
Hantar aku balik kampung!” jerit Laura Jane dengan sekuat tenaga.
Dia tidak
mahu terus berada dalam kegelapan itu. Dia mahu balik ke kampung yang sudah
lama dia tinggalkan. Entah dari mana datangnya kekuatan, tangannya berjaya
membuat kereta itu ke tepi lalu berhenti. Dia melihat kereta itu tersadai di
tepi jalan. Pemandu kereta itu keluar dari kereta, rasa marah yang amat sangat
pada Laura Jane.
“Jahanam!
Perempuan tak guna! Kau tak boleh balik ke kampung tu! Aku tak benarkan. Kalau
kau balik, kau mati!” marah lelaki itu.
Dia mampir,
ingin mencekik Laura Jane dengan tangannya. Kedua belah tangannya mencengkam
leher Laura Jane sehingga dia sesak nafas.
“Tolong!
Lepaskan aku!” jerit Laura Jane dengan susah payah.
“Tolonggg!”
Laura Jane
berasa bahunya disentuh lembut diikuti dengan seseorang menyeru namanya.
“Cik Laura!
Cik Laura!”
Laura Jane
membuka matanya. Nafasnya masih sesak seperti orang lelah. Dia memandang raut
wajah Kak Ecah, yang berdiri di tepi katilnya.
“Pukul
berapa ni?” tanya Laura Jane setelah menyedari dia hanyalah bermimpi biarpun
suasana dalam biliknya sudah cerah benar.
“Pukul 9.00
Cik Laura. Encik Ben dah tunggu kat bawah tu. Katanya Cik Laura ada shootingdi
Temerloh.”
“Oh ya!”
Laura
Jane kelam-kabut menolak selimutnya ke tepi. Dia bergegas ke bilik
mandi. Sepuluh minit kemudian dia
sudah turun
ke bawah tanpa sempat mengenakan solekan. Dia akan bersolek dalam kereta nanti.Dia
tidak boleh lambat. Seharusnya mereka bertolak secara konvoi ke Temerloh pada
pagi ini.
Aduh! Malam
tadi dia tidak dapat tidur. Laura Jane tertidur lewat jam 5.00 dan hanyut.
Kepalanya tiba-tibarasa sakit berdenyut-denyut seperti hendak
pecah. Namun digagahkannya juga masuk ke kereta dengan Ben.
PIHAK produksi
menyewa sebuah rumah banglo dua tingkat yang menghadap ke Sungai Pahang. Rumah
banglo itu sebenarnya hanya dihuni oleh sepasang suami isteri. Kedatangan
rombonganorang-orang seni dari Kuala Lumpur itu disambut mesra oleh tuan
rumah, yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ngah Bujang dan Mak Ngah Milah.
“Pak Ngah ni
nama aje Bujang tapi dah beristeri dan beranak pinak,” kata Pak Ngah Bujang
cuba berlawak di hadapan
Abang Mokhtar.
Abang
Mokhtar tersengih mendengar kata-kata Pak Ngah Bujang.
“Jemputlah
masuk semua. Bilik banyak kat rumah ni. Di tingkat atas ada enam bilik tidur,
kat bawah ada tiga.Anak-anak lapan orang tapi semua dah berkeluarga, duduk
merantau jauh,” cerita Pak Ngah Bujang dengan ramah.
“Berapa
orang semuanya?” tanya Pak Ngah Bujang memerhati anak-anak buah Abang
Mokhtar.
Lebih ramai
lelaki daripada perempuan. Dia sempat membuang pandang ke arah seorang wanita
muda yang amat cantik.Tentulah dia salah seorang dari pelakon. Duduk pun ada
gaya, bisik Pak Ngah Bujang.
Selain
daripada pelakon wanita cantik itu, ada tiga orang lagi perempuan yang
berpakaian ringkas sahaja. Seluar jeansdan t-shirt.
“Ada lebih
kurang 20 orang.Tapi kalau tak muat boleh kongsi-kongsilah,” kata
Abang Mokhtar.
“Tak jadi
masalah, satu bilik dua atau tiga orang. Bilik besar,” balas Pak Ngah Bujang.
“I tak nak
kongsi bilik dengan sesiapa!” sampuk perempuan cantik yang duduk tegak dengan
gaya sedikit sombong. Pak Ngah Bujang merenung sejenak ke arahnya, tapi dia
tidak berkata apa-apa.
“Okey.You
duduk satu bilik seorang, Laura.Youspecial,” kata Abang Mokhtar sambil
tersenyum dan membetulkan topinya.
“Jangan nak
perli I lah Abang Mok!”Tiba-tiba Laura Jane naik angin.
Wajahnya merah
padam. Dia terus bangun.
“Eh, apa
pulak perli? You memang special, heroinfilem
ni.”
“Kalau specialI
sepatutnya duduk hotel! Jefrey Long tinggal kat hotel, kenapa I mesti duduk
sini?” soal Laura Jane bagaikan
geram terpaksa duduk di rumah kampung. Walaupun rumah itu besar dan selesa tapi
dia lebih suka menginap di hotel.
Abang
Mokhtar diam, tidak mahu berbalah dengan Laura Jane.
“Kat mana
bilik I?” tanya Laura Jane,memandang ke arah Pak Ngah Bujang sambil mengerdipkan
matanya yang indah. Bibirnya yang seksi, merah basah terbuka sedikit, menanti
jawapan Pak Ngah Bujang.
Terkedu Pak
Ngah Bujang sejenak.Terlalu cantik makhluk TUHAN itu yang berdiri di hadapannya
itu walaupun sikapnya tegas dan sedikit sinis.
Pak Ngah
Bujang segera memanggil isterinya Mak Ngah Milah di dapur yang sibuk
menyediakan minuman.
“Tunjukkan
bilik untuk perempuan lawa tu,” bisik Pak Ngah Bujang pada isterinya.
“Beri dia
bilik Ani. Bilik tu besar, kemas. Menghadap ke sungai.”
Mak Ngah
Milah mengangguk tergocoh-gocohmenghala ke tangga kayu menuju ke tingkat
atas.
“Marilah
cik, mak ngah tunjukkan biliknya,” ajak Mak Ngah Milah dengan sopan.
Laura Jane
mengikut Mak Ngah Milah naik ke tingkat atas. Kemudian meninggalkan wanita itu
setelah pintu bilik tidur anak perempuannya itu dibuka. Laura Jane masuk,
memerhati sekeliling ruang bilik yang kemas dan bersih itu. Dia tersenyum
sendiri. Bilik itu tidak mengecewakan walaupun bukan semewah hotel.Namun
perabut di dalamnya lengkap. Katil besar dan cadarnya cantik dan bersih.
Dia terus
merebahkan badannya sebentar. Dia ingin berehat sebelumAbang Mokhtar memulakan
penggambaran. Abang Mokhtar tidak suka membuang masa.Masa adalah duit. Abang
Mokhtar memberi masa sejam untuk para krewnya berehat. Kemudian mereka akan
memulakan penggambaran di tempat
yang sudah dipilih. Di pinggir hutan kecil hujung kampung.
Lebih kurang
pukul 2.00 petang mereka bertolak ke lokasi itu. Ketika itu Laura Jane sedar
mereka sebenarnya sedang menuju jalan menghala ke rumah mak mentuanya. Dada
Laura Jane berdebar-debar kala kereta Ben melintasi hadapan rumah Mak
Timah. Dia mendapati halaman rumah itu dikelilingi semak-samun. Rumah
Mak Timah hampir- hampir roboh. Dadanya berasa ikut roboh dan berkecai.
Debarannya memuncak. Ke manakah mak mentuanya itu pergi? Ke mana pula Baby?
Mana?
Matanya
terbelalak, bibirnya kering dan suaranya tersekat di kerongkong.
“Laura, you
okey ke sayang?” tanya Ben gusar. “Err...I okey.”
Ben
menghulur tangannya lalu menggenggam tangan Laura Jane yang terletak di atas
riba.
“Tapi muka
you pucat aje. Tangan you pulak sejuk.You tak sihat ke?”
“Taklah! I
okey,” tegas suara Laura Jane,sambil merentap tangannya dari genggaman Ben.
Tiba di
lokasi, peralatan mulai dikeluarkan dari van. Beberapa lokasi sudah dikenal
pasti. Di pinggir hutan itu terdapat anak sungai yang mengalir jernih dan
nyaman. Suasana rimba menghijau, teduh dan dingin. Kebanyakan krew yang datang
dari ibu kota teruja dengan suasana hutan itu.
Sebelum penggambaran
bermula. Laura Jane membaca sekali imbas sceneyang bakal
dirakam. Dalam sceneitu dia tidak perlukan solekan. Dia
tampil dengan wajah semula jadi. Dia harus beraksi lasak, pakaian kotor dan
wajah berpeluh dan comot.
Filem itu
mengisahkan tentang seorang wanita muda yang dituduh membunuh dan disumbatkan
ke dalam penjara.
Dia membunuh
kerana dendam kesumat setelah dirogol beberapa kali oleh seorang lelaki. Semasa
dalam penjara dia mengandung dan melahirkan anak perogolnya itu. Anak itu
diambil oleh ibu saudaranya untuk dipelihara.
Beberapa
tahun di dalam penjara, dia dapat melarikan diri apabila penjara itu terbakar.
Sceneitu
memerlukan Laura Jane meredah hutan, selepas melarikan diri dari penjara dan
mencari jalan keluar. Dia jatuh dan bangun. Berlari dan melompat. Merentasi
anak sungai dan memanjat tebing.
Menjalani sceneitu,
Laura Jane cukup penat. Biarpun masa tayangan hanya 10 minit tetapi
penggambaran memakan masa yang panjang.
Sceneseterusnya,
dia terserempak dengan hero filem itu yang dilakonkan oleh aktor kacak dan
berkarisma Jeffrey Long. Jeffrey sedang campingsendirian di
pinggir anak sungai. Jeffrey Long terperanjat melihat kehadiran Laura Jane. Dia
menghalakan senapangnya pada Laura Jane.
“Siapa kau?”
tanya Jeffrey Long.
“Tolong!Tolong
aku! Aku takut!” kata Laura Jane dengan suara menggeletar.
Seluruh
pakaiannya basah selepas mengharung anak sungai. Rambutnya juga kelihatan basah
kuyup dan wajahnya comot lagi kusam.
“Siapa kau
ha? Dari mana kau datang?” tengking Jeffrey Long dengan lebih kuat.Dia menghala
muncung senapangnya ke wajah Laura Jane.
“Tolong!
Aku...aku mesti pergi jumpa orang tua tu! Aku nak tahu kat mana Baby!”
Jefrey Long
mengerut kening apabila melihat Laura Jane tiba-tiba merebahkan
badannya ke atas tanah.
“Cut! Cut!” jerit
Abang Mokhtar dengan menggunakanspeaker.
Laura Jane
tergamam.Dia terlupa dialog yang sepatutnya.
Entah
bagaimana dia boleh tersilap. Itukan Baby! Gila! Gerutu Laura Jane
sambil berpusing-pusing tidak menentu sambil memegang kepala. Dialog
sepatutnya adalah:Tolong! Tunjukkan aku jalan keluar dari hutan ni!
“Apa you
merepek ni Laura?”
Laura Jane
terdiam, menggigit bibir kemudian mengangkat tangannya.
“SorryAbang
Mok! Sorry!I terlalu penat sampai lupa dialog tu!”
“Break!”kata Abang
Mokhtar sambil menggeleng. Laura Jane duduk di kerusi. Dia mencapai air
mineral lalu
meneguknya. Kemudian mencapai skrip dan membaca barisan dialog yang betul.
Beberapa kali dia mengulangi membaca dialog itu. Miss Kay segera menolong
mengeringkan rambut Laura Jane.Begitu juga dengan seluar dan bajunya.
Penggambaran
diulang semula. Dia berlari menuruni tebing, merentas anak sungai dan memanjat
tebing dan terus menghala ke arah kawasan perkhemahan Jeffrey Long. Mujur
selepas itu, Laura Jane tidak tersilap dialog lagi.
Penggambaran
berlarutan hingga lewat malam. Scenesepatutnya berakhir dengan
Jeffrey Long dan Laura Jane saling duduk menghadapi unggun api dan berkongsi
makanan. Jeffrey Long mendesak Laura Jane bercerita kejadian sebenar dan dia
melarikan daripada apa dan siapa. Tapi semua orang sudah penat. Sceneseterusnya
bersambung keesokan hari.
Lebih kurang
pukul sebelas malam semua krew dan pelakon pulang ke rumah Pak Ngah Bujang.
Pasangan suami isteri itu sudah pun tidur.Abang Mokhtar diberi kunci untuk
keluar masuk dengan mudah.Tak perlulah dia menyusahkan pasangan suami isteri
yang telah berumur itu.
LAURAJane
kepenatan tetapi dia tidak boleh tidur. Udara kampung itu begitu dingin sekali
ditambah dengan kipas yang berputar ligat di siling. Dia berbaring dengan lampu
terpasang terang, matanya memandang siling.
Suasana
dalam rumah itu sepi.Semua orang sudah tidur. Laura Jane mengeluh sendiri
sambil meletakkan tangannya di atas dahi.
“Kenapa
dengan aku ni? Kenapa aku risau memikirkan nasib Baby? Sampai tersasul
sama shootingtadi.” Dia bercakap seorang
diri, seolah-olah ada orang lain di sisinya.
Dulu aku tak
macam ni. Tak pernah fikir apa yang terjadi pada Baby.Tapi sekarang ni
aku betul-betul nak tahu apa yang berlaku. Ke mana anak aku dibawa
orang tua tu? Mungkin dia dah mati? Dia beri Baby pada orang lain? Soal hati
Laura Jane sendirian.
Laura Jane
mengeluh. Pemikiran yang muncul dalam kepalanya benar-benar membuatkan
dia bertambah risau. Macam mana kalau aku tanya dengan Pak Ngah Bujang! Mesti
dia tahu! Mesti! Kan dia orang tinggal sekampung. Tapi...tapi takkan aku nak
mengaku Baby tu anak aku dan Mak Timah tu mak mentua aku! Terbongkarlah segala rahsia.
Selama ni tak ada orang tahu aku pernah berkahwin, ada anak pulak. Dah besar
panjang. Hanya pada Khairil aku pernah cerita suami aku dah meninggal dan aku
ada anak yang ditinggalkan di kampung ni.
Laura Jane
bangun,duduk di tepi katil sambil menongkat dagu.Tidak lama kemudian dia
berdiri dan berjalan mundar- mandir.Berhenti berjalan,berfikir dan berjalan
lagi mundar- mandir.
“Aku akan
cuba risik dengan Mak Ngah Milah. Mesti! Aku mesti risik dulu baik-baik.”
Laura Jane
memetik jari.
“Lebih mudah
kalau tanya Mak Ngah Milah. Pak Ngah Bujang tu lelaki mana dia pernah ambil
pusing hal orang.”
Dia
tersenyum sendiri. Lalu bergerak semula ke katil dan menghempaskan badannya ke
atas tilam. Suis lampu dipadamkan. Dia berharap dapat tidur lena setelah
mendapat idea untuk mendapatkan berita tentang anaknya.