Home Novel Cinta A LOVE TO KILL
A LOVE TO KILL
Farhah Aiddin
27/7/2021 11:07:15
35,941
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

Lagu Run yang dinyanyikan Jasmine Thompson dipasang dengan volume yang kuat. Sport earbuds disumbat ke dalam telinga. Sebelum memulakan larian, dia merenggang anggota badannya. Nafas juga ditarik dan dihembus perlahan. Bibir mengukir senyuman pencair hati saat langit pagi nirmala yang cerah terpapar di depan mata.

Pagi yang indah perlu diisi dengan aktiviti yang menyenangkan. Hidup ini mudah seandainya kita tahu bagaimana caranya untuk mensyukuri segala apa yang dimiliki. Bukan memandang pada sesuatu yang tidak kita punya.

Senyum. Tarik nafas dan hembus. Tenang.

So tell me when you run, I wanna run with you
Tell me where you hide, I wanna come to you
Tell me where you go, I wanna go there too

Mulut Haqqi terkumat-kamit menyanyikan lagu tersebut sambil kaki mula menapak perlahan. Beberapa saat selepas itu langkahnya kian laju, menyaingi angin yang meniup lembut. Dia sengaja mendepakan tangan kanannya bagi merasai kewujudan angin. Spontan senyumannya semakin melebar. Sungguh damai dan menenangkan. Dia sukakan kehidupannya sekarang. Hidup tanpa memikirkan masalah yang diterbitkan oleh diri sendiri.

Setelah tiga pusingan lengkap mengeliling tasik, dia berhenti untuk menghirup udara pagi yang nyaman. Menarik dan menghembus nafas beberapa kali sambil telinga masih mendengar lagu Run yang dimainkan berulang kali. Dia sukakan lagu itu sejak pertama kali mendengarnya. Kenapa? Dia pun tidak pasti. Mungkin kerana melodinya yang lembut serta liriknya memiliki maksud yang mendalam.

Kepala didongakkan ke atas melihat lukisan awan yang terukir indah di dada langit. Keindahannya mampu membuang resah di dada. Ada ketika dia mahukan ketenangan yang sunyi. Jauh dari kebingitan kehidupan seharian. Dan ada ketika juga dia perlukan kebingitan kehidupan untuk mengisi rasa yang ada.

Dia pernah rasa hidup seperti robot. Lakukan semua yang dikatakan mengikut kehendak orang di sekelilingnya. Dia pernah rasa hidup sebagai pemberontak. Menidakkan apa yang disuruh dan menepis semua arahan. Bukan kerana tidak mahu tapi lebih kepada ‘ini hidup aku, biar aku yang tentukan.’ 

Sekarang, fikirannya lebih terbuka dek kehidupan yang ditempuh. 22 tahun hidup. Ada bahagia. Ada onak dan duri. Semuanya mematangkan buah fikirannya. Tidak mahu lagi diacu orang ataupun menentang apa jua. Dia akan bertindak mengikut kesesuaian. Berfikir sebelum memutuskannya.

“Haqqi Syauqi!”

Spontan Haqqi berpaling ke belakang apabila bahunya dicuit. Earbuds kanan ditanggal dari telinga.

“May I join you?”

Haqqi mengerutkan dahi. Matanya terbuntang luas. Jantungnya berdebar-debar dek kemunculan yang langsung tidak dijangka. Atas bawah dia memandang insan yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. Macam mana dia boleh muncul depan aku?

“How do you...”

“You in Amsterdam? Or...you want to ask me how I’m still breathing?” Insan itu memotong sebelum sempat Haqqi habiskan persoalannya. Dia melepaskan decitan sinis. Lalu membuka langkah mendekati Haqqi yang masih beriak terkejut. “Our world is not big as you think, Haqqi. I will never let you go.”

“Stop it! Don’t touch me!” Haqqi pantas mengelak tatkala sedar tangan itu mahu merangkul bahunya. Satu perasaan aneh bagaikan bermaharaja dalam hatinya. Dia benci rasa itu. Sejujurnya dia mahu semuanya hilang dibawa pergi. Selamanya.

“Wow! How could you say like that?” Insan itu tersenyum sinis. Mata bulatnya tidak henti memandangfigura Haqqi. Baginya kedegilan Haqqi mengelak daripadanya amat menjengkelkan. Bertahun lama kau menghilangkan diri, berani kau layan aku macam ni?

“People change, Ayl.” Seraut wajah tegang dan sinis itu dipandang penuh sesal. Dia tidak mahu Ayl muncul dalam hidupnya lagi. Cukuplah. Biarkan dia hidup sebagai seorang Haqqi Syauqi yang baru. “Go back to the way you are. Please don’t look for me again.”

Dan, dia pun tidak teringin untuk kembali. Dia bahagia dengan hidupnya sekarang. Dia cukup tenang akan apa yang dia punya.

“Are you sure?” Ayl lemparkan senyuman sinis. Dia kenal Haqqi melebihi Haqqi mengenali dirinya sendiri.

“Aduh!” Persoalan Ayl seolah masuk tidak masuk ke pendengaran Haqqi disebabkan hentakkan kuat yang tiba-tiba. Kepala yang menjadi mangsa dipegang dan digosok-gosok perlahan. Bergegar otaknya buat seketika.

“Sorry bro!” Jerit lelaki yang berpakaian jersi merah di hujung sana. “Can you please pass the ball back?” 

Haqqi menoleh kepada lelaki tersebut lalu mengangkat tangan kanannya ke atas tanda tidak mengapa. Kemudian tanpa perasaan marah mahupun tidak puas hati, dia terus melangkah mengutip bola yang tadinya menghentam kepalanya. Sebelum bola dibaling semula ke arah tuannya, Ayl bersuara lagi.

“Haqqi, please give me back.” 

Haqqi tersentak. Pergerakannya automatik terhenti. Dia langsung tidak mengerti apa yang cuba Ayl sampaikan. “What?” 

“Please return it…” Ayl tunjuk bola yang berada di tangan Haqqi dengan lenggok suara yang lain dari selalu. “…my head.”

Membulat terus mata Haqqi apabila bola yang berada di tangannya berubah menjadi kepala Ayl manakala Ayl yang berada di hadapannya tidak lagi berkepala. Dek kerana terlalu terkejut, dia jatuh terduduk melepaskan kepala yang mengerikan itu.

“Allah!”

“Please... give me back my head, Haqqi Syauqi!”

“Allah! Allah!” Haqqi menggesot menjauhi Ayl yang kian mendekatinya.

“I really need it.”

Haqqi menepis tangan yang mahu memaut kakinya. “Get lost, Ayl! Get lost!”

 “Along!”

Haqqi termangu. Matanya terbuka luas. Pandangannya jatuh kehadapan. Lalu ke kiri dan ke kanan. Melihatkan semua itu, dia sedar yang dia tidak lagi berada di  Amsterdam seperti mana tadi. Malah dia sedang duduk di dalam sebuah kereta bersama papa, mama dan dua orang adik perempuannya.

“Along, you are scaring us!” Marah Ulfa sambil mengurut dada. Urwa yang duduk di antara Ulfa dan mama mereka sedang mencebik ketakutan. Matanya seakan mahu merembaskan air mata dek terkejut mendengar suara garau Haqqi yang terjerit-jerit.

Tiap kali tidur, pasti Haqqi akan mengigau sesuatu yang mengerikan. Igauannya itu bukan setakat menakutkan diri sendirinya bahkan orang-orang yang berada di sekelilingnya turut takut mendengar suara jeritannya yang garau dan kuat.

See? Urwa dah nak nangis. Nanti kalau dia nangis, Ulfa tak nak pujuk. Alonglah pujuk dia.” Tambah Ulfa lagi. Budak Ulfa ini tak padan dengan kecil. Baru 10 tahun tapi selalu berlagak macam dialah kak long dalam keluarga mereka.

Sorry, along tak sengaja. I had a nightmare.” Balas Haqqi melepaskan keluh yang berat. Mimpi tadi benar-benar buat dia gerun. Dadanya masih sesak dengan bayangan Ayl yang amat mengerikan. Kenapa sejak akhir-akhir ini Ayl selalu sangat muncul dalam mimpinya? Dia nak apa?

“Ghost?” Urwa pula bersuara. Ingin tahu.

Haqqi angguk. Bibirnya sengaja melakarkan senyuman nakal seraya cuba menghapuskan kengerian mimpi tadi. Dia tahu Urwa sangat suka cerita yang berkait dengan hantu dan misteri walaupun sebenarnya Urwa akan merasa takut selepas itu. Ulfa pula lain. Dia suka kisah fairytales yang happily ever after. Cinderella, The Sleeping Beauty, The Little Mermaid, Rapunzel, Snow White dan yang seangkatan dengannya sudah beribu kali diulang baca dan tonton.

Ulfa dan Urwa kembar seiras. Tapi personaliti dan minat mereka sangat berbeza.

Yup! A ghost who want his head in my hand and he said ‘please give me back my head.’ Fuh… It’s really scary!”

“Really?” Mata Urwa bercahaya. Tangannya sudah merangkul lengan Ulfa dan mama mereka tetapi perasaan terujanya tidak dapat dibendung. “And what you did, along?”

“Hmm…” Haqqi garu dagunya. “Along terkejut sangat sampai…”

“Along!” Belum sempat Haqqi habiskan ceritanya Ulfa menjerit ketakutan. Dia bangun dari duduk lalu menutup mulut abangnya itu dengan kedua-dua telapak tangan. 

Pantas Haqqi menolaknya perlahan. “Eh, along tak habis cerita lagi! Urwa nak along sambungkan?”

Teragak-agak Urwa angguk. Takut tapi dia mahu mendengarnya.

“Okey. Lepas itu along pun…”

“Aaa…. Aaaa… tak nak dengar! Tak nak dengar!” Serentak dengan itu Ulfa menutup kedua telinganya sambil membuat bunyi bising yang sudah semestinya mengganggu cerita Haqqi.

“Ulfa Alfiya…” Tiba-tiba berkumandang suara berbaur tegas milik mama mereka yang baru sahaja bangun. Lenanya terganggu disebabkan suara bising Ulfa dan Haqqi.

“Mama tengok along dan Urwa ni. Suka sangat cerita pasal hantu.” Ulfa memeluk tubuh. Bibirnya dicebik geram tanda protes. “Agaknya dia orang kena jumpa hantu betul-betul dulu baru boleh taubat kut!”

Haqqi balas dengan sengihan nakal. Suka betul dia tengok riak tidak puas hati adiknya itu.

“Kamu ni pun Haqqi, tak habis-habis sakat Ulfa dengan cerita hantu tu.” Suara mengantuk dan kepenatan Tengku Maria beralih pula kepada anak bujangnya yang berada di belakang bersama bagasi-bagasi.

“Errr...sorry.” Haqqi garu kulit kepalanya yang tak gatal. Dia hadiahkan senyuman sumbing pada Ulfa yang sedang mengangkat tumbs-up. Matanya dikalihkan ke arah bandaraya yang pesat membangun. Sesekali dia perasan pandangan papa yang berada di sebelah pemandu teksi tertumpu ke arahnya. Dia malas nak ambil pusing. Biarlah alam yang menjadi tumpuan mata dan fikirannya sekarang.

Kebisingan mereka adik beradik diteruskan dengan perbalahan Ulfa dan Urwa yang cuba mempertahankan minat masing-masing. Perjalanan mereka sangat panjang hari ini. Dari  Amsterdam mereka kembali ke Kuala Lumpur. Terus terang dia cakap, gambaran Malaysia sudah lama padam dari kotak memorinya.

Kali terakhir dia memijakkan kaki ke sini ketika dia berumur 10 tahun. Kira-kira 12 tahun lepas. Air liur yang terasa payau diteguk saat memori silam menerpa. Entah kenapa tubir matanya seakan berat menampung sesuatu. Pahitnya memori silam itu buat dirasa hiba dan… rindu.

Kenapa kau masih mahu pulang jikalau hati tetap resah, Haqqi?


 

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.