Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
8,125
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

"Tahniah Doktor," ucap Zana sambil tersenyum.

Fateh hanya membalas senyuman. Sejak dari awal pagi lagi semua staf mengucapkan tahniah kepadanya. Dia hanya mampu membalas dengan senyuman. Tiada apa yang perluk dibanggakan hanya kerana statusnya telah bertukar menjadi suami. Biarlah kebahagiaan itu hanya dirasai bersama isterinya sahaja. 

"Tahniah Doktor," sapa Sulaiman staf kebersihan hospital.

"Terima kasih," balas Fateh lalu melangkah masuk ke dalam ruangan hospital.

Fateh memeriksa rekod kesihatan pesakit yang sedang menerima rawatan. 

"Tahniah Doktor Fateh. Selamat pengantin baru," sapa Naimah sebaik sahaja melihat Fateh memeriksa rekod pesakit.

Fateh senyum. "Terima kasih. Tak perlulah nak ucap pengantin baru. Saya dah lama kahwin kak," balasnya lalu meletakkan kembali rekod pesakit.

"Tak apalah. Seri pengantin tu ada lagi," usik Naimah.

"Saya masuk ofis dulu. Jika ada apa-apa boleh panggil saya."

"Okey," balas Naimah sambil tersenyum.


"KENAPA semua orang ucapkan tahniah dekat Doktor Fateh?" Soal Keyra hairan. Dia masih belum berjumpa lagi dengan doktor kesayangannya itu sejak pagi tadi. Namun desas desus staf mengucapkan tahniah kepada Fateh telah didengarinya.

"Eh kau tak tau ke?" Soalan Keyra dibalas dengan soalan. 

"Tau apa?"

"Doktor Fateh dah kahwin."

"Hah?" Terkejut Keyra mendengarnya. Hatinya berasa pedih mendengar berita itu. 

"Kata-kata kau dah dimakbulkan Azie. Apa kata kau doakan sahabat kita pulak," usik Zana.

"Amin. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik buat Keyra," balas Azie.

Keyra menyiku lengan Azie. "Lambat lah kau doa. Jodoh aku dah dimiliki oleh orang lain," balasnya dengan nada sedih.

"Aku cakap main-main aje. Manalah tahu tiba-tiba apa yang aku cakapkan jadi satu doa pulak."

"Keyra tak percayalah."

"Percaya atau tidak itu urusan kau. Kami tumpang gembira tengok Doktor Fateh dah kembali bekerja. Barulah semangat sikit nak kerja," balas Zana sambil merengangkan badannya. Dia adalah Doktor pelatih dibawah Fateh. 

"Tak payah nak sedihlah Keyra. Kumbang bukan seekor. Dah nak masuk dua bulan dah dia kahwin."

"Hmm..."

"So maknanya dia cuti nak kahwin lah? Tapi kenapa tak jemput pun masa kenduri?" Soal Keyra masih belum percaya insan yang disukainya dalam diam telah dimiliki orang.

"Entahlah. Kami dapat undangan tu. Tapi tak sempat nak pergi."

"Kenapa aku tak tau pun?"

"Aku ajak Azie. Seganlah nk pergi sorang. Lagipun Doktor Fateh jemput last minite. Manalah sempat nak pergi cari hadiah lagi."

"Hmm... Frustlah aku," kata Keyra dengan nada sedih.

"Ala... Doktor lain kan ada. Doktor Reza, Doktor Johan."

"Aaalah... Doktor pelatih yang baru pon ada. Nama dia Syamsul rasanya," celah Zana.

"Aku suka dekat Doktor Fateh ajelah."

"Salah kau sebab tak luahkan perasaan yang terbuku dalam hati tu," ujar Azie lalu bangkit daei tempat duduknya.

"Aku malulah. Dia kan dah ada girlfriend."

"Tapi aku tengok gambar dekat facebook. Bini dia tu bukan girlfriend dia."

"Hah?"

Zana mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka galeri foto dalam akaun facebook Fateh. "Cuba kau tengok?" Ujar Zana lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Keyra.

"Aaalah. Orang lain."

"Amboi cantiknya," balas Azie.

Zana mengambil telefon bimbitnya kembali. "Ya. Cantik. Nampak lebih sopan bila bertudung."

"Okeylah Aku nak setelkan kerja dulu," balas Azie setelah melihat jam pada pergelangan tangannya.

"Okey. Aku pun nak pergi kafe dulu sebelum start kerja kejap lagi."

"Okey," balas Keyra lalu bangkit dari tempat duduknya. Mereka kembali melaksanakan tugas masing-masing.


SEBULAN KEMUDIAN.

Aishah mencekak pinggang. Dia merenung ke arah anak-anaknya. "Duduk!" Arah Aishah kepada anak-anaknya. "Irma! Irsya! Irwan!"

"Duduklah mama dah marah tu," kata Zahid sambil melihat telefon.

"Ala... Nak main lagi," kata Irwan lalu duduk disebelah papanya.

"Mama ni tak sportinglah," balas Irsya.

"Bila nak balik ni?" Soal Irma.

Aishah mengajukan percakapan anak-anaknya. "Marah sikit nak baliklah. Kata mama itulah, inilah," balas Aishah lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. 

"Ala selalu boleh aje," protes Irsya.

"Tak puas lagi ke main? Dekat rumah main? Dekat sekolah pon cikgu cakap kakak asyik main aje."

Irsya memuncungkan mulutnya.

"Adik mana?" Soal Zahid.

"Ikut pak su pergi kedai," jelas Irwan.

"Budak-budak biasalah Aishah," celah Hajah Hamidah lalu duduk di atas kerusi.

"Relax lah kak long. Jangan marah-marah," sampuk Haura sambil mendukung bayi Zulkarnain. "Nanti darah tinggi naik pulak."

"Adik tak ada anak lagi. Cuba beranak ramai macam kak long memang hari-hari darah naik!" Balas Aishah lalu mengambil kusyen dan dipelukanya.

"Tak baik cakap begitu Aishah. Anak-anak kan rezeki," kata Haji Khairul.

"Iya. Tahu ayah. Tapi susah sangat nak duduk diam."

"Kamu empat beradik dulu pun begitu jugak," kata Hajah Hamidah sambil tersenyum. Dia kembali mengingati saat-saat anak-anaknya masih kecil. "Mujurlah sorang aje lelaki. Bukan senang nak handle kamu berempat dalam masa yang sama tau."

Aishah sengih. "Tapi zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang ibu."

"Ala... Bezanya zaman sekarang dah cangih kak long. Dulu kita manalah ada gajet lagi," celah Husna sambil membetulkan kain yang dipakainya.

"Iyalah."

"Zulaikha mana Kak Ngah?" Soal Haura sambil mengagah Zulkarnain. 

"Ada dengan abah dia."

"Owh. Zulaikha tak buli adik dia ke?"

"Ada juga hari dia geram tu. Tapi dia kakak yang baik. Sayang adik dia ni," balas Husna sambil mengusap kepala anaknya.

"Comellah baby Zul ni. Geram nak gigit," ujar Haura dengan nada geram.

"Jangan nak gigit anak aku. Kau beranaklah sendiri. Nanti kau nak gigit ke apa kau buatlah!" Tegas Husna berbicara.

"Adik gurau ajelah."

"Bila nak ada baby sendiri? Sampai bila nak main baby orang aje?" Soal Aishah.

Zahid menyiku lengan Aishah. "Kenapa soal macam tu?"

"Apa? Tak salah pun kan? Adik dah kahwin?"

"Iya abang tahu tu. Tapi ini soal rumah tangga orang. Walaupun adik sendiri awak tak berhak masuk campur."

Haura senyum. "InsyaAllah adalah rezeki nanti."

"Betullah apa yang kak long cakap adik. Kau tu bukan muda lagi."

"Ala... Kak ngah kahwin dah lama pun baru anak dua," balas Haura perlahan. 

"Aku lain. Kesihatan kena jaga juga," balas Husna lalu meneguk air yang dihidangkan oleh ibunya. "Manalah larat nak beranak setiap tahun macam kak long."

"Ala... Dah rezeki kami. Takkan nak tolak. Sekarang anak-anak pun dah besar. Boleh lah mama dia relax aje."

"Doakan aje untuk adik kamu ni. Soal anak bukan urusan kita. Semua itu adalah kehendak Allah," balas Haji Khairul.

"Okey ayah."

"Tapi jangan merancang pulak," celah Husna. "Biar dapat ank sorang dulu. Lepas tu nak merancang ikut adiklah."

"Tak ada pun."

"Eh... Kak long tengok badan berisi. Tak pergi cek ke mana tau dah ada isi?"

Haura sengih. 

"Sudahlah Aishah, Husna. Malu adik kamu soal dia begitu. Bagi ibu soal anak ini tidak boleh dibawa bincang dalam keluarga. Biar Fateh dan adik sendiri uruskan. Ini soal masa depan keluarga dia!" Tegas Hajah Hamidah berkata. Dia tidak mahu soal zuriat menjadi topik perbualan ketika mereka menghabiskan masa bersama-sama.

"Kami tak merancang pun Kak Long," ujar Fateh sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. "Soal zuriat ini atas izin Allah. Jika Allah memberi, kami takkan menolak," katanya lalu duduk di sebelah Haura.

"Betul kata Fateh tu Aishah, Husna. "Janganlah nak dipersoalkan lagi tentang zuriat. Ingat kita ada hati yang perlu dijaga," kata Hajah Hamidah. Di mengingatkan tentang Imram dan Lily masih belum dikurniakan cahaya mata setelah lima tahun berkahwin.

"Okey," balas Aishah dan Husna serentak.

"Doakan ajelah. Haura bukan sihat sangat sejak dua tiga minggu ini. Dia selalu muntah pagi-pagi."

Suasana kembali ceria mendengar Fateh berbicara. "Dah pergi klinik ke?"

"Belum lagi. Kami tak nak berharap sangat. Lagipun Fateh sibuk bekerja sekarang selepas cuti dua bulan. Risau pula bila nak tinggalkan Haura sendirian nanti bila dia dah berbadan dua."

"Pergilah buat pemeriksaan awal-awal. Manalah tahu dah ada isi. Kita sebagai perempuan kena ambil tahu tentang kesihatan kita," saran Husna.

"Betul tu Fateh. Jangan terlalu sibuk bekerja sampai kesihatan terganggu," celah Aishah.

"Anak ini satu amanah. Bukan senang nak jadi ibu bapa. Sebelum fikir nak ada anak pastikan mental dan fizikal bersedia," ujar Hajah Hamidah dengan tegas. 

"Okey ibu."

"Kami minta diri dulu ibu," balas Zahid lalu bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya.

"Anak-anak salam atuk dengan nenek!"

"Baik mama!"

"Comellah anak-anak Kak Long dah macam kembar pun ada," tegur Haura.

"Memang pun. Irsya dan Irma setahun sorang. Selang dua tahun aje dengan Irwan. Lepas tu tak sempat merancang lagi tetiba Ilman dah ada dalam perut," jelas Aishah sambil tersenyum. 

"Itulah rezeki."

"Ilman dah besar. Boleh lagi tambah sorang," usik Husna.

"Ooo... Tak larat dah."

"Abang okey."

Aishah mencubit pinggang Zahid. "Gatal."

"Tadi suka sangat suruh Haura beranak. Bila dah kena batang hidung sendiri tak nak pulak."

"Haura tak apa. Dia tak ada anak lagi. Kita dah ada sepasang cukuplah tu," balas Aishah lalu melangkaj keluar dari dalam rumah.

Mereka ketawa.

"Hati-hati memandu," pesan Haji Khairul.

"Okey ayah," balas Zahid sebelum meninggalkan kawasan rumah.

"Fahmi pergi mana dengan Zulaikha tak balik-balik pun lagi?" Soal Hajah Hamidah.

"Dia pergi ambil baju dekat rumah. Husna tidur sini malam ni. Fahmi kena outstation."

"Horee... Baby Zul tidur dengan mak su malam ni," ujar Haura sambil mengangkat Zulkarnain.

"Mana boleh!"

"Kenapa pulak?" Soal Haura hairan.

"Baby besar kau kat sebelah siapa nak dodoikan," usik Husna.

Haura memandanh wajah Fateh. "Siapa? Fateh ke?"

"Dah tu siapa lagi."

Haura tersengih. 

Ahli keluarga yang lain ketawa. Fateh senyum mengoda ke arah Haura. Dia mengambil bayi Zulkarnain lalu mendodoikan bayi itu apabila melihat anak kecil itu mula menguap. 


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu