Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
5,749
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 33

Bab 33 Part 1


"Assalamualaikum," ucap Iman Shafie lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam. Lambat balik abang ke mana?" Soal Puan Fatimah lalu menghidangkan juadah menu petang.

"Tak ke mana pun. Lepas solat Asar tadi call Haura sekejap. Abang sembang-sembang sikit."

"Kenapa dengan Haura?"

"Dia menantu kita kan tak boleh ke nak bertanya khabar."

"Boleh. Angah dah lama tak balik kenapa?"

"Itulah saya nak bagi tau ni," ujar Iman Shafie lalu meneguk air kopi. 

"Apa?"

"Esok kita ke rumah angah."

"Angah tak kerja ke?"

"Angah dah tiga hari cuti. Jaga Haura tak sihat katanya."

"Kenapa dengan Haura?"

"Biasalah ibu mengandung," balas Iman Shafie sambil tersenyum.

Puan Fatimah turut mengukirkan senyuman mendengarnya. "Alhamdulillah. Dah berapa bulan?"

"Haura cakap dah dua bulan."

"Dua bulan?" Puan Fatimah mengira usia kandungan Haura. "Tak lama lagi dapat cucu barulah kita tahun ni."

"InsyaAllah."

"Kita pergi sekaranglah," ujar Puan Fatimah lalu bangkit dari tempat duduknya. Tidak sabar ingin menemui anak dan menantunya.

"Sabar dulu," pinta Iman Shafie lalu menarik tangan isterinya agar kembali duduk. "Haura baru discaj hari ni. Dia ditahan wad. Esok kita pergilah."

"Bertuah betul angah tak beritahu umi pun, Haura masuk wad?" Omel Puan Fatimah dengan nada marah.

"Umi janganlah marah angah. Dia sibuk. Itu yang tak sempat nak bagi tau."

"Okeylah begitu. Pagi esok kita pergi rumah angah," kata Puan Fatimah dengan tegas. 

"Okey," balas Iman Shafie lalu mengambil kuih ketayap dan disuapkan kepada isterinya. "Makanlah."

Puan Fatimah senyum. "Terima kasih," balasnya sambil memerhati sekeliling bimbang ada mata yang memerhati.

"Apa yang nak dirisaukan. Makan ajelah abang suapkan ni," balas Iman Shafie lalu menyuapkan lagi makanan kepada Puan Fatimah.

"Fahim mana. Malulah nanti dia tengok."

Iman Shafie senyum. "Apa yang nak dimalukan. Anak-anak dah besarlah sayang."

Puan Fatimah menepuk bahu Iman Shafie. "Abang ni. Janganlah panggil umi macam tu."

"Tak salah kan? Kita masa mula kahwin dulu-dulu pun bersayang-sayang jugak."

"Itu dulu. Sekarang tua dah. Malu dengan anak-anak," ujar Puan Fatimah lalu bangkit dari tempat duduknya. 

Iman Shafie ketawa kecil melihat tingkah laku isterinya. Dia kembali mengimbau kenangan saat mereka baru berkahwin dahulu. Walaupun tidak pernah berkenalan ssbelum kahwin. Alhamdulillah ikatan yang dibina utuh sehingga sekarang. Hatinya berasa bahagia bakal menerima cucu yang kelima tidak lama lagi.


Part 2 Bab 33


"ALHAMDULILLAH," ucap Husna setelah sendawa. "Terima kasih ibu masakan untuk Una. Sedap sangat. Teringat masa berpantang hari tu. Semua masakan ibu sedap semua." ujarnya setelah menghabiskan makanan di dalam pingan.

"Tahun depan bolehlah tambah anak lagi," usik Hajah Hamidah sambil membersihkan meja makan.

"Eh mana boleh. Bagilah Una besarkan dulu baby Zul," balas Husna lalu bangkit dari tempat duduknya. 

"Nanti boleh ibu masakkan lagi masa Una berpantang."

"Ibu masakan untuk adik lah pulak. Giliran dialah pulak nak berpantang nanti."

"Lambat lagi," balas Hajah Hamidah lalu duduk di atas kerusi.

"Eh tak lama dah ibu. Tujuh bulan lagi lahirlah baby baru," ujar Husna lalu mengelap tangannya dengan tisu.

"Hah?" Terkejut Hajah Hamidah mendengarnya. "Haura mengandung ke?"

"Eh ibu tak tahu lagi?"

"Tahu apa Una?" Soal Haji Khairul lalu mengambil cawan diatas rak. 

"Adik mengandung."

Hampir tersedak Haji Khairul mendengarnya. "Una tahu dari mana?"

"Adik bagi tau? Adik tak beritahu dekat ibu dengan ayah lagi ke?"

Mereka menggelengkan kepala. "Ayah nak call Fatehlah sekejap," ujar Haji Khairul lalu bergegas ke ruang tamu. Dia ingin menghubungi Fateh.

"Betul ke Una?"

Husna menganggukkan kepalanya. "Adik update status whatApss katanya tidur rumah tinggi. Una mesejlah tanya kenapa? Dia cakap darah tinggi."

"Adik stress ke? Kenapa boleh ada darah tinggi?"

"Entahlah. Dia cakap begitu. Una tanya lagi. Rupanya pregnant dah dua bulan."

"Dua bulan dah."

Husna angguk. "Adik cakap tak sedar pun mengandung."

"Alhamdulillah," ucap Hajah Hamidah. Dia bersyukur dengan berita kehamilan anak bongsunya.

"Esok kita pergi rumah adik. Fateh cakap lupa nak bagi tau sebab Haura masuk hospital."

"Bila?" Soal Hajah Hamidah. "Kita pergi melawat adik kat hospital boleh kan?"

"Tak perlulah. Fateh cakap petang ni Haura baru keluar hospital. Esok petang kita pergilah tengok."

"Okey," balas Hajah Hamidah akur dengan keputusan suaminya.

"Eloklah tu ayah. Bagi adik rest dulu hari ni," ujar Husna lalu mendekati ibunya. "Husna balik dulu."

"Okey."

"Okey ibu," balas Husna lalu memeluk tubuh Hajah Hamidah. "Ibu janganlah risaukan adik," ujarnya mengerti akan perasan ibunya. "InsyaAllah tiada apa-apa yang serius. Pandajlah Fateh jaga isteri dia."

"Hati-hati memandu," pesan Hajah Hamidah setelah bersalaman dengan Husna.

"InsyaAllah," balas Husna sebelum meninggalkan ruangan dapur.

Previous: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu