Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
7,700
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26

Langkah diatur masuk ke dalam kawasan rumah sewa Nazrul. Kelihatan seorang lelaki keluar dari dalam rumah. "Assalamualaikum," sapa Syaza.

"Waalaikumussalam," jawab Ikhram.

"Nazrul ada tak?" Soalnya menginginkan kepastian walaupun telah melihat kereta Nazrul terparkir di bawah garaj.

"Ada di dalam."

"Okey," balas Syaza lalu menanggalkan kasutnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu tidak ditutup dengan rapat. Dia menolak pintu perlahan. Kelihatan susuk tubuh Nazrul terbaring dengan lena di atas sofa. 

Syaza mengelus pipi Nazrul dengan lembut. Setelah memastikan hanya Nazrul berada di dalam rumah. Dia memberanikan diri untuk mendekati Nazrul. Wajah Nazrul yang sedang lena diperhatikan. Dia duduk di atas lantai. Rambut Nazrul yang menutupi matanya diselak ke belakang. Dia senyum.

Cup.

Nazrul tersedar daripada lenanya yang panjang apabila berasa ada sesuatu pada pipinya. Dia membuka matanya dan menolak tubuh Syaza menjauhi wajahnya. "Syaza!" Marahnya lalu bangkit daripada pembaringan.

Syaza bangun. "I datang nak jumpa you lah." Katanya lalu duduk di sebelah Nazrul. Dia cuba mendekati lelaki itu.

Nazrul menepis tangan Syaza yang cuba menyentuhnya. Dia berdiri. "You balik sekarang. I tak nak kita ditangkap khalwat lagi," arah Nazrul sambil menunding jari ke arah pintu rumah.

"I datang nak berbincang dengan you."

"I tak ada apa-apa yang nak dibincangkan dengan you," kata Nazrul lalu duduk di atas kerusi.

Syaza menggelengkan kepalanya. Dia sedih mengenangkan sikap Nazrul. "Apa yang I cakap malam tu you tak dengar kan?"

"Apa?"

"I'm pregnant, Naz!"

Nazrul terkejut mendengarnya. "Mustahil!"

"Tiada apa yang mustahil Naz. I dah buat pemeriksaan. Kandungan I dah nak masuk dua bulan."

"Gugurkan," kata Nazrul tanpa rasa bersalah.

Pang!

Satu tanparan singgah pada pipi Nazrul. "Sampai hati you nak bunuh anak sendiri.

"Habis tu you nak I buat apa?"

"You rasa?"

"I takkan kahwin dengan you. Jika itu yang you harapkan!" Tegas Nazrul. 

Syaza mendekati Nazrul lalu memeluk tubuh lelaki itu dari arah belakang. "I merayu pada you, Naz. Kahwin dengan I demi anak kita."

"Tak nak!" Kata Nazrul lalu menolak tubuh Syaza sehingga jatuh.

"Nazrul!"

Pang!

"Mama."

"Mama tak ajar anak mama kurang ajar dengan perempuan!"

Nazrul terkejut dengan kehadiran ibunya. Dia mengusap pipinya yang berasa pedih dek tamparan ibunya. "Kenapa mama tiba-tiba tampar Naz ni?"

"Apa kamu dah buat ni?" Soal Puan Mariam sambil membantu Syaza berdiri semula.

"Buat apa?"

"Dia mengandungkan anak kamu. Kenaoa buat dia macam ni?!"

Riak wajah Nazrul terkejut mendengar kata-kata ibunya. "Mana mama tahu?" Soalnya perlahan.

"Tak penting!" Tegas Puan Mariam berbicara. "Apa yang penting mama nak Naz uruskan pernikahan kamu berdua dengan segera!"

Syaza bersorak kegembiraan di dalam hati. "Tak perlu paksa Naz auntie. Saya minta diri dulu," balanya lalu mengambil beg tangan yang terjatuh diatas lantai.

Puan Mariam memegang tangan Syaza. "Saya takkan izinkan awak pergi dengan membawa cucu saya!"

"Mama!"

"Ini keputusan mama. Naz kena kahwin dengan dia."

"Tapi Naz tak cintakan Syaza!"

"Tak cinta tapi kamu mengandungkan dia tu bukan kerana cinta ke?" Puan Mariam mengusap perut Syaza perlahan. "Cucu tok ma okey tak?" 

Syaza senyum. "Okey."

"Jom mama bawa Syaza buat pemeriksaan."

Syaza angguk. Hatinya gembira kerana Puan Mariam sudi menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Mama!"

"Hujung minggu nanti mama akan adakan majlis kahwin. Jangan nak larikan diri pulak," kata Puan Mariam sebelum beredar bersama Syaza.

Nazrul mengeluh berat. Niatnya ingin menyembunyikan tentang Syaza daripada pengetahuan ibunya. Kini dia tidak mampu berselindung lagi. Ibunya sudah mengetahui Syaza sedang mengandungkan anaknya. 

"Argh!!!" Jerit Nazrul melepaskan rasa marah di dalam hati. Dia meraup wajahnya. Fikirannya buntu ketika ini. Tiada apa yang dapat menghalang keputusan Puan Mariam agar menikahi Syaza.


"JOM honeymoon?" Soal Fateh lalu merangkul pinggang Haura.

"Huh?"

Fateh mengambil novel dari tangan Haura. Dia meletakkan novel itu di atas meja. "Honeymoon?"

"Ke mana? Bila?"

"Bila abang free nanti."

"Abang kan dah nak start kerja."

Fateh angguk. "Kita plan lah dulu. InsyaAllah bulan depan kita pergi."

Haura senyum. "Okey," balas Haura lalu memeluk tubuh Fateh. Haruman yang dipakai oleh Fateh menusuk ke lubang hidungnya.

"Kan comel senyum," balas Fateh lalu mengosok belakang Haura.

Tekak Haura mula berasa loya. Entah mengapa pewangi yang dipakai oleh Fateh membuatnya berasa begitu. "Busuk," katanya lalu menutup hidung.

"Abang baru mandilah. Takkan busuk kot," kata Fateh lalu mencium bajunya.

Haura tidak dapat menahan lagi. Dia segera turun dari katil lalu ke kamar mandi. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik air. Dia memuntahkan segala makanan yang ingin keluar. Usai mencuci tangan dan sinki dia melangkah keluat daripada bilik air. 

"Okey tak?" Soal Fateh sedang berdiri di tepi pintu bilik air.

Haura menggelengkan kepalanya. Dia kembali masuk ke dalam bilik air dan muntah lagi buat kedua kalinya. Fateh memicit-micit leher Haura agar dia memuntahkan segala makanan yang tersisa. 

Haura menepis tangan Fateh. Dia memicit hidungnya. "Pergi tukar baju sekarang!" 

"Kenapa?"

"Tak suka bau baju abang."

"Wangi aje."

"Pergi tukar sekarang!" Arah Haura.

"Okey," balas Fateh lalu melangkah keluar dari bilik air.

"Jangan pakai perfume!" Jerit Haura dari dalam bilik air.

Fateh mengeluh kecil. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Hairan dengan telatah isterinya. Dia membuka baju dan mengantikan dengan pakaian yang lain. Usai menyalin baju dia kembali merebahkan badan di atas katil. 

"Okey tak?" Soal Fateh setelah melihat wajah Haura agak pucat.

"Okey. Sayang nak tidur," balas Haura lalu menarik selimut.

Pipi Haura dielus lembut. Telinga digigit manja. Pinggang Haura dipeluk dengan erat. "Sayang," panggilnya dengan manja.

"Sayang gantuklah," balas Haura perlahan. seakan memahami keinginan Fateh.

"Okey, sayang," balas Fateh. Dia sengaja mengusik isterinya. 


SYAZA merebahkan badannya di atas katil. Tubuh Nazrul dipeluk dari arah belakang. Dia menarik nafas lega. Akhirnya Nazrul sudah sah bergelar suaminya. Dia bersyukur segala urusan perkahwinannya berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya kedua ibu bapanya agak terkejut dengan keputusan yang diambil. 

"I love you, abang."

Nazrul bangkit daripada pembaringan. Dia mendengus marah. Bantal peluk diambil lalu diletakkan di tengah tilam. "Jangan nak memadai peluk-peluk akulah!" Bentaknya.

"Tapi..."

"Aku cakap tak payah. Tak payahlah!"

"Okey," balas Syaza dengan sebak. Dia mengiringkan badannya ke arah kanan. Hatinya sedih mengenangkan layangan Nazrul yang dingin dengannya. 

Segala angan-angannya suatu ketika dulu musnah. Dia tidak pernah membayangkan kesedihan ini yang perlu dihadapinya setelah dinikahi oleh lelaki yang sangat dicintainya. Walaupun pernah gagal pada kali pertama semasa zaman sekolah dulu. Namun hatinya tidak pernah melupakan Nazrul. 

"Diamlah!"

Syaza menutup mulutnya. Dia mengawal suara esakkannya. 

Nazrul bangun. Dia menarik tubuh Syaza dengan kasar. "Diamlah. Kau tak reti diam ke?" Bentaknya.

"I minta maaf."

"Diam boleh tak? Aku nak tidur pon tak boleh dengar kau menangis tak berhenti."

"If you layan I dengan baik. I akan diam."

Nazrul tersengih. "Owh nak I layan you.," balasnya dengan pandangan tajam. "Okey."

"Naz!" Marah Syaza apabila Nazrul mula berkasar dengannya.

"I nak tunaikan apa yang you nak?"

"Tapi..."

Cup! Satu ciuman singgah pada bibir Syaza.

"Diam!"

Syaza akur dengan layanan Nazrul. Dia tahu lelaki itu hanya memikirkan nafsunya sahaja. Dia pasrah dengan ketentuan takdir. Walaupun hatinya terluka dengan layanan kasar daripada Nazrul.


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu