Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
7,698
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 28

"Abang nak pergi kerja dah ke?" Soal Syaza sebaik sahaja melihat Nazrul mencapai kasut di atas rak. Nazrul melangkah keluar dari rumah tanpa menjawab pertanyaan Syaza. 

"Naz!" Panggil Syaza segera mendapatkan suaminya. 

"Apa? Aku dah lambat dah ni!" Marah Nazrul lalu merentap tangannya yang dipegang oleh Syaza.

"Sarapan," kata Syaza sambil menghulurkan bekas makanan yang telah disiapkan untuk Nazrul.

"Tak perlu," balas Nazrul lalu melangkah meninggalkan Syaza dihadapan pintu rumah. 

Syaza hanya mampu memandang Nazrul pergi meninggalkan kawasan rumah. Tanpa disedari air mata menitis membasahi pipinya. Dia mengatur langkah ke dalam rumah. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Plastik makanan dibuka. Dia menikmati Nasi Lemak yang telah dimasaknya dengan rasa sedu dihati.

Sudah sebulan mereka tinggal sebumbung. Namun Nazrul masih melayannya dengan dingin. Layanan Nazrul tidak ubah seperti melayani pelacur. Dia hanya dilayan bagi memuaskan nafsu lelaki itu sahaja. Setiap malam dis mendambakan kasih dan belaian daripada suami. Namun apa yang diperolehinya hanyalah layanan kasar.

Aku perlu sabar. Aku yakin Naz akan sayang aku suatu hari nanti. Aku perlu kuat hadapi ujian ini. Demi anak yang aku kandung, aku perlu kuat dan tabah dalam apa cara sekalipun. Aku yakin hati Naz akan lembut bila tiba masanya nanti," detik hati Syaza.


"BANYAKNYA makanan?" Soal Suraya lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

Haura senyum. "Hari ini aku belanja. Itu yang aku  pesan banyak ni. Lagipun selepas ni kita bukan selalu boleh jumpa bertiga macam ni."

"Terima kasih," ucap Suraya lalu menikmati sotong celup tepung. "Macam tahu-tahu aje aku teringin nak makan sotong celup tepung."

"Eh... Haura pesan untuk dialah," celah Maisarah lalu meletakkan cendawan celup tepung di atas meja.

"Eh ya ke?"

"It's okay Su. Makanlah. Banyak lagi makanan lain ni."

"Nah," ujar Suraya lalu menghulurkan sotong kepada Haura.

"Hah?"

"Makanlah."

Haura malu. "Seganlah orang tengok," balasnya sambil mengunyah makanan dengan perlahan.

"Ala pedulikan apa pandangan orang. Kita makan, kita yang bayar. Lagipun bukan tak biasa Su suapkan."

"Sedap," balas Haura lalu mengambil lagi.

"Sarah nak jugak," kata Maisarah lalu membuka mulutnya minta Suraya suapkan.

"Adik manja nak jugak. Nah..." Haura menyuap Maisarah.

Mereka ketawa bersama-sama. Sejak berpindah dari rumah sewa. Haura sudah jarang berjumpa dengan rakan-rakannya. Mereka menikmati hidangan sehingga habis. Pelbagai cerita dikongsikan sepanjang pertemuan mereka. Haura gembira dapat meluangkan masa bersama kawan-kawannya sebelum Suraya berpindah ke Mersing, Johor.

"Sarah tinggal dengan siapa sekarang?" Soal Haura sambil meneguk minuman.

"Dara housemate baru. Lagi dua orang bakal masuk selepas Su pindah nanti."

"Dua orang?"

"Sekarang kami tinggal bertiga dengan Dara," jelas Suraya.

"Syaza?"

"Dah pindah," kata Maisarah.

Suraya pegang tangan Haura. "Kau jangan marah bila aku cakap tau."

"Apa? Cakap ajelah. Kenapa pulak aku nak marah?"

"Syaza pindah sebab dia dah kahwin dengan Nazrul."

Haura tidak terkejut dengan berita yang didengarinya. "Alhamdulillah. Ingatkan apalah tadi," balasnya sambil tersenyum.

"Aku bimbang kau marah aje," balas Suraya perlahan.

Haura ketawa. "Kenapa aku nak marah? Dah jodoh mereka."

"Okeylah kalau macam tu?" 

"Lega sikit bila dia dah pindah. Tak perlu nak hadap muka bad mood dia tu," omel Maisarah.

"Tak baik cakap macam tu."

"Betullah tu. Asyik nak marah aje kerja dia."

"Dia tengah stress kot. Sekarang cuba Sarah senyum," usik Haura.

Maisarah sengih menayangkan giginya yang putih. "Comel ke?"

Haura dan Suraya ketawa. 


"PERGILAH Naz!" marah Haura. Dia benci melihat lelaki itu berada dihadapannya.

Nazrul memandang wajah Haura dengan sedih. Harapannya ingin menjadikan Fathonah sebagai isterinya tidak kesampaian. "Maafkan Naz," pintanya. Tangan Haura cuba diraih.

Pang!

Haura menampar pipi Nazrul. "Jangan sesuka hati nak sentuh Fat. Kita bukan muhrim! Baliklah Naz!" Pinta Haura sambil menolak tubuh Nazrul menjauhinya. 

"Fat!"

"Fat dah lama maafkan Naz. Mulai hari ni jangan ganggu hidup Fat lagi," kata Haura lalu masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ.

"Fat!" Panggil Nazrul setelah langkah gadis yang disayanginya berlalu pergi.

Nazrul pantas berlari. Dia berusaha mengejar kereta milik Haura. Namun kakinya terasa tersekat. Tubuhnya kaku. Dia hilang keupayaan untuk meneruskan langkahnya. Matanya mencari bayangan kereta milik Haura. Namun kereta itu sudah menghilang daripada pandangan matanya.

"Fat! Fat! Haura Fathonah!!!" Jerit Nazrul dengan sekuat hatinya.

Buk!

Nazrul terjaga daripada lenanya apabila bantal menghempap wajahnya. Dia bangkit daripada pembaringan lalu memandang Syaza disebelahnya. "Kenapa?!" Nazrul mecerlung ke arah Syaza.

"Abang rasa kenapa?"

Soalan Nazrul dibalas dengan soalan. Dia meraup wajahnya. Wajah Syaza dipandang tanpa perasaan. Hanya wajah Haura yang terbayang pada ruangan matanya. Dia mengelao peluh pada dahinya dengan tangan. Dia bangun.

"Nak ke mana pulak tu?" Soal Syaza dengan marah apabila melihat Nazrul mencapai kunci kereta.

Nazrul menjeling marah. "Tak perlu ambil tahulah," balasnya lalu masuk ke dalam bilik air.

Syaza menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Dia berpeluk tubuh. Hatinya panas apabila mendengar Nazrul menyebut-nyebut nama Haura dalam tidurnya. Bengang pula hatinya mendengar nama perempuan lain yang dipanggil suaminya. Hatinya digigit perasaan cemburu.


Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu