Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
52,701
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Zaarif dan Ain telah merancang untuk menetap di rumah Puan Wafa untuk dua hari memandangkan Zaarif masih bercuti. Pada malam itu, Ain dan Puan Wafa telah merancang untuk menonton filem bersama-sama dan Zaarif hanya mengikuti. Dia ingin cuba menyelami kehidupan Ain biarpun dengan kehadirannya. Dia juga masih cuba menyelami hati seorang wanita bernama Ain Nursyafiqah.

“Kita nak beli apa saja ni, Mak Long?” soal Ain sambil menolak troli mengikuti langkah Puan Wafa dari belakang. Zaarif turut menolak troli dan berada bersebelahan dengannya. Buat pertama kali, Zaarif memeluk bahu Ain, Ain mulai merasakan situasi kekok di antara mereka namun setelah beberapa minit Zaarif memeluk bahunya, rasa selesa mulai menggantikan rasa kekok. Tangan kanan Zaarif menolak troli berssama-sama dengan Ain.

“Zaarif nak makan apa malam ni?” soal Puan Wafa tanpa memandang ke arah mereka berdua. 

“Ayam” jawab mereka berdua serentak namun dengan nada yang berlainan. Ain menjawab dengan nada yang mendatar manakala Zaarif menjawab dengan nada yang teruja. Puan Wafa menoleh ke arah mereka berdua.

“Mak Long jangan tanya Abang Zaarif nak makan apa, jawapannya akan kekal sama. Ayam” tutur Ain selamba. Zaarif di sebelahnya telah pun tersengih. 

“Kalau macam tu, kamu berdua pergilah ambil apa yang patut untuk malam nanti. Mak Long nak pergi kat bahagian barang-barang basah” 

“Baik, Mak Long. Jom, Hubby” arah yang dituju mulai berubah dan mereka berdua terus menolak troli.

“Ain nak pergi dekat bahagian makanan ringan” Ujar Ain. Zaarif mengangguk perlahan dan terus menuju ke bahagian yang menempatkan makanan ringan. Pelukan pada bahu Ain dilepaskan memandangkan isterinya mulai bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mencari keropok kegemarannya. 

Ain kembali ke arahnya dengan tiga bungkusan keropok besar, dua paket coklat dan dua botol air soda berserta sebekas aiskrim vanilla. Zaarif bercekak pinggan melihat apa yang dibawa oleh isterinya. Ain yang mulai sedari dirinya dipandang terus menoleh ke arah Zaarif.

“Kenapa pandang Ain?” soal Ain lembut. Dia terus mengambil tempat di sebelah Zaarif dan mulai menolak troli. Zaarif hanya mengikuti langkah Ain.

“Sayang lah, tak banyak sangat ke? Takut Hubby tengok” tutur Zaarif dalam nada yang mendatar. Langkah mereka berdua terhenti dek kerana Ain yang menghentikan langkahnya terlebih dahulu. Mereka berdua bertentang mata buat seketika. Ain mengambil semula semua yang diambilnya tadi dan mulai menuju semula ke arah bahagian makanan ringan. Lengan Ain digapai oleh Zaarif. 

Zaarif mengambil semua makanan yang ada pada tangan Ain dan meletakkannya semula ke dalam troli. Ain terus berjalan ke hadapan, meninggalkan Zaarif bersama dengan troli. Zaarif tersenyum kecil lalu menggeleng perlahan kepalanya.

“Merajuk lah ni” Zaarif terus menolak trolinya dan terus berjalan beriringan dengan Ain.

“Ain” panggil Zaarif. Tiada jawapan.

“Sayang” masih tiada jawapan. Baru sahaja Zaarif ingin berkata semula, Ain bersuara sambil menunding ke satu arah.

“Mak Long ada dekat sana” Ain memeluk tubuh dan terus menuju ke arah Puan Wafa tanpa menunggu balasan daripada suaminya.

“Dah ambik barang dah?” soal Puan Wafa. Melihat kehadiran Zaarif dan barang-barang yang ada di dalam troli, Puan Wafa tersenyum lalu mengusap lembut ubun-ubun Ain.

“Ingat lagi Fiqah pasal apa yang Mak Long suka” Puan Wafa meletakkan barang-brang basah yang diambilnya di dalam troli dan terus beratur untuk membayar.

Zaarif tersentak. Jadi ini semua untuk Mak Long?! Bukan untuk isterinya seorang?! Masalah apa kau yang kau cetuskan ni, Zaarif! Zaarif memarahi dirinya sendiri. Setelah segala pembayaran dibuat, mereka terus bergerak ke rumah. Situasi di dalam kereta sungguh sunyi. Hanya kedengaran suara dari corong radio.

Ingin sekali Zaarif memujuk Ain pada ketika itu namun, apabila memikirkan adanya kehadiran Puan Wafa pada ketika itu membuatkan dia menangguhkan niatnya buat sementara.



Balik sahaja Zaarif dari surau, dia terus mencari kelibat Ain. Apa yang dijangka olehnya, Ain bakal menyambut kepulangannya namun Mak Long yang menyambutnya. Zaarif akur kerana dia tahu dialah punca kepada permasalahan ini berlaku. 

Suasana pada malam itu, hanya suara Ain dan Puan Wafa yang kedengaran memandangkan mereka kebanyakan bersembang mengenai hal wanita. Dia hanya membuat halnya dan masih memikirkan mengenai perasaan isterinya di pasar raya sebentar tadi.

Entah bagaimana perasaan isterinya? Adakah dia terlalu kasar? Atau adakah wanita itu akan membencinya? Entahlah dia sendiri tiada jawapan dan akhirnya dia berada di dalam dunianya sendiri. 

Sewaktu dia terlihat Ain sedang bersendirian dan menunggu Puan Wafa untuk menonton filem, Zaarif mendekati Ain.

“Sayang, Hubby nak minta sayang ikut Hubby naik atas sekejap boleh?” pinta Zaarif lembut. Tanpa menoleh ke arah Zaarif, Ain mulai memanjat tangga menuju ke arah bilik mereka. ain duduk di kerusi meja belajar yang ada di dalam bilik itu. 

Zaarif duduk di birai katil yang bersebelahan dengan meja belajar. Zaarif menarik kerusi itu supaya berhadapan dengannya. Ain hanya bereaksi selamba. Tiada tanda-tanda terkejut dan marah dengan tindakan Zaarif. 

Zaarif mencapai tangan kiri Ain dan segera ditarik oleh Ain.

“Sakit” wajah Zaarif yang redup terus berubah kepada gusar.

“Hubby minta maaf, sakit lagi?” soal Zaarif.

“Tak, sakit sebab Hubby terpegang saja” jawab Ain dengan lembut.

“Sayang”

“Hubby tak bermaksud nak mempersoalkan sayang tadi, Hubby akui kelemahan Hubby dan Hubby minta maaf andai kata-kata tadi mengguris hati sayang” Zaarif menundukkan wajahnya. Tanpa diduga, Ain memegang kedua belah pipi Zaarif sehingga membuatkan lelaki itu memandang tepat ke arah matanya. Ain memberikan pandangan mata yang redup buat Zaarif.

“Ain tak terasa, Hubby. Cuma, Ain rasa Hubby nak peril Ain jadi Ain merajuk lah” Ain tersengih.

“Tapi, sekarang Ain dah okey dah” Ain menunjukkan senyuman manis buat Zaarif. Kelihatan lesung pipit pada kedua belah pipi wanita itu.

“Sayang tak beritahu Hubby pun, sayang ada lesung pipit” tutur Zaarif. Sengaja nadanya dimanjakan seperti kanak-kanak kecil yang merajuk. Senyuman Ain makin bertambah manisnya apabila mendengar kata-kata Zaarif.

“Mana boleh beritahu, hilanglah saya punya keistimewaan” 

“Keistimewaan lah sangat” Ain terus melambungkan dirinya memeluk Zaarif.

“Erk, tak bernafas Hubby sayang”

“HAHAHA tak apa, biar Hubby kenal siapa Ain Nursyafiqah” Zaarif membalas pelukan Ain. 

Bahagia, itu yang mampu digambarkan oleh Ain pada detik itu.


Ain menunjukkan bakatnya pada malam itu. Ain menyediakan semua makanan ringan dengan penuh cekap. Hampir terlopong mulut Zaarif apabila Ain melakukan kemahirannya.

“Hubby kalau nak makan, boleh tapi jangan merungut ni makanan sihat ke tak sihat eh” Zaarif tersengih. Dia atas meja kecil yang berada di tengah ruang tamu, ain meletakkan tiga gelas air soda dan meletakkan beberapa sudu aiskrim vanila di atasnya.

Kemudian, ain meletakkan beberapa mangkuk besar di atas meja dan mulai meletakkan keropok yang dibelinya tadi. Coklat turut diletakkan. Tiga helai selimut. Di atas permintaan Puan Wafa, Zaarif dan Ain diletakkan pada satu sofa yang sama manakala Puan Wafa berada pada sofa yang bersebelahan dengan mereka berdua.

Ruangan rumah mulai gelap dan hanya lampu daripada skrin televisyen menerangi ruangan rumah itu. Sengaja Zaarif mendekatkan jaraknya dengan Ain sehingga Zaarif mampu melentokkan kepalanya pada bahu Ain. 

Ain yang dapat merasakan perangai manja Zaarif mulai mengusap lembut pipi suaminya dan meneruskan perhatiannya pada skrin televisyen. 

Manja!


Ain membuka matanya. Ain melihat ke arah sofa bersebelahnnya. Mak Long tiada di sofa, mungkin telah masuk ke dalam bilik tidur. Ain memandang ke arah jam dinding.

‘Pukul 1?’ Ain mulai mencari kelibat Zaarif. Kelihatn lampu dapur terbuka, membuatkan Ain meneruskan langkahnya ke arah dapur. Zaarif sedang duduk di meja sambil memegang sebiji gelas. Kehadiran Ain dapat dikesan oleh Zaarif lalu terus mengangkat wajahnya. Ain mengambil temoat di sebelah Zaarif dan melentokkan kepalanya pada bahu lelaki itu.

“Hubby buat apa malam-malam ni? Bukan selalu bangun malam pukul 3?” soal Ain dalam keadaan mamai. Suaranya agak serak memandangkan dia baru sahaja bangun dari tidur.

“Hubby lapar lah, sayang” Ain mangangkat kepalanya lalu memandang Zaarif.

“Bukan tadi dah makan?” soal Ain.

“Hubby makan sikit saja” Ain terus bangun dan menuju ke arah singki untuk membasuh muka. Ain terus menuju ke arah peti ais dan mengambil yogurt asli. Ain mengambil beberapa buah-buahan dan mencampurkannya. Semangkuk yogurt yang disertakan dengan buah-buahan diserahkan kepada Zaarif.

“Ini saja yang ada Hubby. Lauk tadi Mak Long memang dah sedekah kat jiran” Zaarif menagngguk dan akur. Memandangkan dia berada di rumah orang, dia perlu membiaakan dirinya. Baru sahaja sesuap, mata Zaarif mulai bersinar dan memandang Ain yang telah pun tertidur.

‘Sedap juga, tak menyesal aku cuba’

Keesokannya mereka berdua mulai bergerak ke rumah mereka sekesai sahaja selepas makan tengah hari. Biarlah Mak Long berehat. Itu kata Ain. Puan Wafa bersyukur kerana dikurniakan seorang anak saudara yang amat memahami keperluan dirinya. Zaarif pula hanya mengikut keputusan isterinya. 

Biarlah Ain yang menentukan apa yang ingin dilakukannya, kebehagiaan yang digapai Ain merupakan kebahagiannya juga. Dengan lafaz bismillah, Zaarif memulakan perjalanan mereka.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal