Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
1,765
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

BAB 1 

 

Engkau, kalau tak boleh setia, jangan dekat dengan Aku. Aku dah penat lah dengan lelaki curang macam Kau” Jerit Ain dengan nada yang marah. Tanpa disangka, wajahnya ditampar kuat oleh lelaki itu.

“Kau, jangan nak kurang ajar dengan Aku lah. Kau ingat Kau siapa? Baik, mulai hari ini, Aku dengan Kau, kita putus. Aku dah tak nak tengok muka Kau kat lorong ni, faham? Ini kawasan Aku dengan budak-budak Aku sahaja” Ain memandang wajah lelaki itu dengan wajah yang tegang. Ain menoleh ingin meninggalkan kawasan itu namun, tangannya dicapai oleh Nadir.

“Kau ingat, senang-senang saja kau nak keluar daripada kawasan Aku? Dengan tangan kosong? Kau kenal Aku, Syaf” Ujar Nadir dengan sungguh sinis sambil memandang tepat ke arah wajah Ain. Ain menepis tangan Nadir kasar.

“Apa Kau nak daripada Aku?” soal Ain dengan nada yang mendatar.

“Aku nak baby Kau. Honda RS150R Kau. Kalau tidak, Aku tahu mana nak cari abang kesayangan kau tu” tiba-tiba, kunci motosikal dicampak ke arahnya. Dengan mudah Ain menyerahkan motosikal kesayangannya biarpun dia membelinya daripada orang kelima.

“Jadi, mulai hari ini jangan cari Aku atau keluarga Aku” Ain terus berjalan meninggalkan lorong itu. Dia menyinggah di klinik terlebih dahulu sebelum dia berjalan pulang ke rumah memandangkan motosikalnya telah diambil oleh Nadir.

Ain menuju ke arah kaunter lalu menekan loceng memandangkan tiada siapa di situ. Ain mulai menekan buat kali kedua namun, masih tiada kelibat manusia yang memunculkan diri. Ain cuba untuk menekan loceng buat kali ketiga akan tetapi, penjaga kaunter tersebut telah memunculkan diri.

“Maaf, tadi saya tak perasan” Ain hanya tersenyum memandang wanita itu.

“Saya nak berjumpa dengan Doktor Tiana, boleh?” soal Ain sopan.

“Oh, boleh. Silakan masuk dekat bilik yang paling hujung” jawab wanita itu mesra.

“Terima kasih” Ain terus membuka langkah dan menuju ke arah bilik paling hujung seperti yang dikatakan oleh wanita tadi. Sebelum membuka pintu, Ain mengetuk pintu itu terlebih dahulu.

“Masuk” Ain tersenyum dan terus membuka pintu. Kelihatan Tiana sedang membaca buku sambil mendengar lagu di dalam bilik itu memandangkan ketika itu ialah waktu rehat.

“Assalamualaikum Akak saya yang cantik” ucap Ain.

“Waalaikumsalam adik Akak yang manis, duduklah” pelawa Tiana.

“Akak sihat?’ soal Ain,

“Macam inilah Ain, banyak kerja kadang-kadang tapi alhamdulillah setakat ini masih baik sahaja”

“Alhamdulillah” suasana sepi buat seketika dan Tiana meneliti wajah Ain.

“Ain, Ain kena tampar ke?” Soal Tiana lembut. Ain tidak menjawab malah hanya mengangguk dan menunduk. Tiana mulai menutup bukunya lalu mengambil ubat untuk diletakkan pada wajah gadis itu.

“Kenapa ni, Ain? Sampai bila Ain nak macam ni? Tak kesian pada abang Ain?”

“Akak, Ain dah keluar daripada kumpulan tu dah. Baru saja tadi. Kiranya, inilah hadiah terakhir untuk Ain” Ain tersenyum kecil. Tiana mencubit perlahan pinggang Ain.

“Akak, sakitlah” Ain tersenyum memandang wajah Tiana

“Jangan buat lagi, ya?”soal Tiana

“InsyaAllah, Akak. Akak doakan Ain, ya?” tiba-tiba telefon Ain berdering menandakan terdapat mesej telah dihantar kepadanya. Ain mengambil telefonnya lalu membaca mesej tersebut.

“Akak. Abang dah mesej Ainlah. Ain pergi dulu, ya?” tutur Ain lembut.

“Iyalah, hati-hati” Ain tersenyum lalu menabik kepada Tiana seperti gaya professional. Tawa mereka berdua lepas. Ain segera melambai lalu keluar dari bilik tersebut. Ain menuju ke arah kaunter lalu menyerahkan sekeping not lima ringgit kepada wanita yang menjaga kaunter itu.

“Tolong bagi dekat Doktor Tiana, ya. Terima kasih” Ain terus berlalu pergi tanpa sempat wanita itu berbicara. Wanita itu hanya mengangkat bahu lalu menyimpan duit itu di dalam poketnya.

Ain berjalan menuju ke arah rumahnya. Untuk sampai ke kawasan rumahnya, dia perlu melintas jalan yang sering penuh dengan kenderaan. Ain menekan butang yang terdapat pada lampu isyarat untuk melintas.

Sedang dia menunggu, seorang wanita 60an turut ingin melintas jalan itu sambil membawa plastik yang berisi barang yang tampak berat. Muncul rasa simpati dalam hati Ain.

“Mak Cik, Mak Cik nak melintas jalan ya? Boleh saya tolong Mak Cik?” soal Ain sopan. Mak Cik itu menoleh ke arahnya lalu tersenyum.

“Tak manyusahkan anak,ke?” soal Mak Cik itu Kembali.

“Tidaklah, Mak Cik” Ain mulai mengambil barang-barang yang terdapat pada tangan Mak Cik itu lalu memimpin Mak Cik itu melintas jalan.

“Mak Cik, apa kata saya hantarkan Mak Cik terus. Berat ni, kesian Mak Cik. Saya hantarkan, ya”

“Baiklah, Maafkan Mak Cik anak sebab menyusahkan kamu” Ain hanya tersenyum

“Mak Cik ada anak lima orang. Katanya mereka semua nak balik hari ini. Jadi, Mak Cik ingat nak masakkan makanan yang sedap-sedap untuk mereka” cerita Mak Cik itu sambil mereka berdua berjalan beriringan.

“Mak Cik nak masak apa?”soal Ain mesra

“Mak Cik ingat, Mak Cik nak masak Ayam Sambal Tumis. Anak-anak Mak Cik suka sangat makan ayam”

“Dah sampai, nak. Terima kasihlah ya sebab sudi menolong Mak Cik. Hanya Allah sahajalah mampu membalas kebaikan kamu”

“Aamiin. Saya pergi dulu Mak Cik. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam”

Tanpa Ain sedari, ada susuk tubuh yang memerhatikannya dari jauh serta mulai tertarik terhadap dirinya. Insan itu tersenyum manis apabila melihat tingkah laku Ain yang dirasakan sungguh mulia pada saat itu.

 

Tiana berjalan keluar dari bilik kerana sudah tiba masanya untuk dia pulang ke rumah. Ketika berjalan di hadapan kaunter, Tiana ditahan oleh pekerja di situ yang bernama Wani.

“Ada apa, Wani?” soal Tiana.

“Tadi, ada seorang perempuanyang jupa doktor minta saya berikan duit ni pada doktor” ujar Wani sambil menghulurkan duit tersebut.

“Awak tolong masukkan ke dalam tabung derma, ya? Terima kasih” Tiana terus menuju keluar dari klinik itu. Dia menggeleng kepala perlahan sambil tersenyum.

“Ain, Ain. Jarang tak mulia hati Ain” Setiap kali Ain datang kepadanya untuk merawat luka, pasti dia akan dibayar biarpun sepuluh sen. Puas Tiana menegah namun, Ain tetap tidak memberhentikan tingkah lakunya. Setiap kali itu jugalah, dia akan memasukkan duit itu ke dalam tabung derma yang telah disediakan di dalam klinik itu.

‘Semoga Allah memberikan hidayah buatmu serta pembimbing untuk ke syurga, Ain. Aamiin’

 

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal