Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
52,891
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

Selama hampir sebulan Ain dan Zaarif mendirikan rumah tangga, banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Ain mulai mengenal erti agama. Kini dia mulai belajar satu persatu setiap bacaan di dalam solat. 

Buat pertama kali setelah sekian lama Ain tidak mengambil wuduk, Zaarif menunjukkan kepada Ain cara yang mengambil wuduk dengan betul berserta dengan tertib. Buat pertama kali, dia agak teragak-agak dan merasakan betapa sukarnya mengambil wuduk.

“Hubby, ini baru wuduk dah susah macam ni. Macam mana dengan solat nanti?” soal Ain gusar. Dia mulai berputus asa. Pernah juga Ain menangis hanya kerana dia selalu gagal dan tidak mampu melakukan seperti mana Zaarif melakukannya. Kelihatan lelaki itu dapat melakukan setiap perkara dengan sungguh sempurna.

Ain menangis. Mengenangkan betapa sukar baginya untuk mengambil wuduk. Sering kali dia tersalah langkah, tersalah giliran mengambil wuduk, pernah juga dia terjatuh ketika sedang mengambil wuduk. Habis lencun bajunya. Ain memeluk kakinya. Menyembamkan wajah pada lututnya. Zaarif datang lalu membawa Ain ke dalam pelukannya.

“Sayang, sayang kan baru belajar. Memanglah susah sikit, Sayang kena kuat” pujuk Zaarif sambil mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

“Ain dah kata dekat Hubby mula-mula dulu, Ain tak kuat. Macam mana Ain nak berubah. Susahlah Hubby. Hubby buat semua nampak senang tapi bila Ain buat semua benda tak jadi” Ain masih menyembamkan wajahnya.

“Kita cuba lagi sekali, ya? Kalini sayang cuba duduk atas kerusi lepas tu kita cuba perlahan-lahan. Sayang jangan ingat dulu. Buat masa sekarang, setiap kali sayang nak solat, kita mabil wuduk sama-sama, ya?” Ain mengangkat muka. Zaarif menyeka air mata isterinya.

“Jom” Ain mencapai tangan Zaarif. Mereka berdua mulai menuju ke arah bilik air semula buat kali yang kelima.

Sewaktu Ain ingin menunaikan solat pertamanya bersama dengan Zaarif, Zaarif hanya memerhati Ain bergelut dengan telekung. Kadang rambut isterinya terkeluar sedikit. Kadang juga Ain memakai telekung terbalik. Zaarif hanya menggeleng melihat gelagat isterinya. Akhirnya setelah Ain berjaya menegenakan telekung dengan sempurna, mereka berdua mulai menunaikan solat. Zaarif meletakkan Salinan bacaan solat dalam rumi di sebelah sejadah isterinya. Jenuh juga dia berusaha untuk menulis kesemuanya dalam rumi memandangkan Ain tidak tahu membaca bahasa Arab. 

Kata Zaarif, dia perlu menumpukan pandangan matanya pada tempat sujud namun, dia sering kali melanggar kata-kata suaminya. Ain acap kali mengangkat pandangan matanya untuk melihat pergerakan Zaarif. Sewaktu Zaarif membaca surah pembukaan itu dengan suara yang dikuatkan, mata Ain tertumpu pada tulisan yang telah dibuat oleh Zaarif. Ain hanya memerhatikan dan bergerak mengikut bacaan Zaarif. Setiap kali Zaarif tunduk, dia tunduk. Zaarif berdiri, dia turut berdiri. Bibirnya beku, lidahnya kelu. Dia hanya mengikut pergerakan Zaarif dan mendengar bacaan lelaki itu.

Selesai solat, Zaarif membaca doa sambil menghadap ke arah isterinya. Ain hanya mengaminkan tanpa memahami walau sepatah yang dibacakan oleh Zaarif. Zaarif segera mencapai iqra’ dan meletakkannya di atas rehal. 

Zaarif mengajar Ain satu persatu dengan berniat mudah-mudahan, isterinya mampu menunaikan solat dengan sempurna dan dengan bacaan yang sempurna. 

Pernah juga pasa suatu hari, Zaarif sedang membaca al-quran dikala Ain sedang menonton televisyen. Ain mulai duduk di belakang Zaarif tanpa pengetahuan lelaki itu. sepanjang Zaarif membaca ayat-ayat suci daripada kitab itu, sepanjang itu jugalah dia turut mengalirkan air mata dalam diam. 

Sedang Zaarif membaca al-quran, dia dapat merasakan bahawa ada seseorang di belakangnya. Zaarif menoleh. Kelihatan Ain sedang menangis. Zaarif segera menamatkan bacaannya dan terus mendakap isterinya.

“Sayang, kenapa ni?” soal Zaarif risau.

“Hubby, Ain ni hina kan. Tak reti ambil wuduk, tak reti nak solat, tak mengaji macam Hubby. Kenapalah Hubby kahwin dengan Ain? Hubby baik, bukan macam Ain. Jauh sangat dengan Allah. Jauh. Entah-entah Allah dah tak pandang Ain langsung macam mana Allah pandang Hubby” Zaarif beristighfar.

“Sayang, kenapa sayang cakap macam ni. Hubby, alhamdulillah dapat mengaji dengan lancer sebab Hubby dan belajar bertahun-tahun sayang. Sayang kan baru nak belajar, sayang tak boleh cakap macam ni. Sayang ingat kan, kalau nak berubah, kita kena kuat. Percaya pada Allah. Selagi mana sayang bergelar seorang hamba, Allah masih pandang sayang sebagaimana hamba yang lain. Kalau tak, tak adalah sayang masih boleh kenal Allah, kan?” Zaarif memujuk.

“Hubby, nak ke Allah terima orang macam Ain?” 

“Sayang, pintu taubat itu terbuka terbuka untuk semua umatnya selagi belum tibanya kiamat. Insha-Allah Hubby tolong sayang perlahan-lahan, ya?” Ain hanya mengangguk. Tiada suara yang dapat dikeluarkan. 

Zaarif bersyukur, Ain tidak mempunyai sebarang masalah mengenai pakaian. Malah, Ain lebih selesa berpakaian sebegitu dan lebih gemar menutup aurat. Katanya, dia terasa lebih selesa berbanding berpakaian seperti yang dahulu kala. Zaarif sedar, dia juga perlu mendidik Ain mengenai hal rumah tangga. 

Untuk mencapai keluarga yang Sakinah, dia perlu menjadi seorang ketua keluarga yang baik. Manakan mungkin sebuah keluarga terbentuk dengan baik tanpa ketua keluarga yang baik. Sepanjang dia membimbing Ain juga, banyak benda yang dipelajarinya. Selama ini mengambil wuduk itu merupakan perkara yang mudah namun, sukar rupanya jika baru belajar. Begitu juga dengan solat dan mengaji. Zaarif memanjatkan syukurnya terhadap Ilahi.

Dalam setiap doanya, pasti turut diselitkan nama isterinya. Moga-moga isterinya berubah ke arah kebaikan, moga-moga isterinya dikurniakan kekuatan dalam proses ke arah yang benar, moga-moga isterinya dapat merasakan nikmat bergelar seorang muslimah.

Sejak mereka mendirikan rumah tangga juga, Ain semakin bijak dalam menguruskan rumah tangga mereka. Biarpun kadang Ain sering diasak dengan kata-kata Puan Dahlia, dia tetap mengahdapinya sendirian tanpa pengetahuan Zaarif. Mengikut fikiran Ain, mungkin lelaki itu tidak mampu menerima bahawa itu yang dilakukan oleh Puan Dahlia terhadap dirinya. Mengenai pakaian Zaarif juga Ain semakin mahir dalam mengurusnya. Begitu juga dengan pemakanan lelaki itu. Zaarif amat cerewet dalam soal makanan. Jika tiada ayam buat sehari, pasti lelaki itu sanggup menuju ke mana-mana gerai untuk membelinya. Kadang, Ain hanya mampu bercekak pinggang dan menggeleng kepala.

Kehidupan Syafiq dan Raida turut berubah. Perhatian Syafiq kini lebih tertumpu kepada keluarganya. Keluarga yang dibinanya bertahun yang lalu. Fina semakin menja semenja Raida mengandung. Sering sahaja anak sulungnya merap. Inginkan dukung, inginkan mainan, banyak shaja perkara yang tidak memuaskan hati kanak-kanak itu.

Syafiq akur, mungkin ini merupakan ujian buat dirinya untuk menjaga keluarga yang dibinanya sendiri. Dia tahu, bukan mudah untuk menjaga sebuah keluarga namun dia perlu melakukannya sebaik mungkin. Mengorbankan apa sahaja sekiranya perlu. Asalkan, keluarganya berada dalam keadaan yang terjaga serta berada di bawah lindungan Allah.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal