Home Novel Cinta Akad Dua Hati
Akad Dua Hati
Zan Zarida
17/8/2018 08:15:11
153,624
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Blurb

 

‘Berkolaborasi ’dengan Zain Arash sampai lelaki itu sanggup memberi cincin? Ingat bercinta ni sama dengan berbusiness? Peliknya Miya Adeena tidak sedar bagaimana boleh terpikat dengan lelaki itu.

 

“Tak baik marah-marah. Jom kita pergi masjid kat depan tu. Hari ini kita dirikan solat, siapa tahu hari lain kita dirikan masjid pulak!” ~ Zain Arash.

 

Begitu pun, Miya memulangkan cincin itu kerana mahu Arash menghantar rombongan rasmi. Malangnya sebelum jejaka itu tahu hal sebenar, dia terlibat dalam kemalangan.Adiknya, Haris meninggal di tempat kejadian sementara isterinya parah.

 

Empat bulan berlalu, tiba-tiba Miya menerima berita Arash berkahwin dengan bekas adik iparnya. Meskipun terluka, Miya reda dan memulakan kehidupan baharu. Namun, kehadiran jejaka ofis sebelah membuat dirinya libang-libu.

 

“Kenapa tak beri peluang kat saya dan hati awak, Miya? Kumbang bukannya seekor. Terlepas kumbang ladybird, kumbang tanduk ada kat depan awak ni…” ~ Khalif Zikri.

 

Saat kasih mekar di jiwa, lelaki lain yang hendak merisik, jejaka lain pula yang datang meminang. Benar, cinta itu umpama air yang boleh menghilangkan dahaga. Namun, pada masa yang sama bisa melemaskan!

 

 

 

 

 

Previous: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.