Home Novel Cinta USAH MENANGIS SAYANG
USAH MENANGIS SAYANG
Aini Marisha Marisha
25/2/2014 23:21:14
44,852
Kategori: Novel
Genre: Cinta
INTRO

Khas Buat Seorang Sahabat Sejati

Isma…..

Nama ini bukan asing lagi di kamar hatiku

Sejak aku mula mengenali erti persahabatan

Nama ini yang menghulurkan tangan untuk memenuhi ruang kekosongan

Dan hulurannya ku sambut

Dan aku memang tidak salah dalam membuat keputusan.

Isma…..

Kehadiran mu mencorakkan pelbagai rasa dan memori indah di dalam diriku

Ada suka, ada duka, ada rasa sedih dan ada rasa gembira

Namun yang pasti persahabatan kita tidak goyah dek cabaran

Kau dan aku masih begini

Isma….

Rindu bertamu lagi walaupun puas ku tepis

Walau air mata telah kering namun sebak di hati masih bersisa

Mengapa terlalu cepat engkau pergi

Meninggalkan aku dengan sesuatu yang amat kau sayangi.

Isma….

Maafkan aku…terlalu berat untuk ku tanggung kesedihan ini

Kehilanganmu sukar kuterima

Walau aku tahu aku harus redha dengan ketentuanNya

Isma….

Bersemadilah dengan aman.

Amanat mu pasti akan ku pikul

Walau berat untuk kutanggung

Walau sedih untuk kuterima

Walau diri terasa dijerat

Dengan janji yang tidak ditepati

Isma…..

Aku adalah sahabat sejatimu

Sejak dahulu, kini dan selamanya…..

Kartini membaca berulang kali hasil luahan hatinya terhadap Isma, yang merupakan sahabat baiknya. Kemudian kertas berwarna merah jambu itu dilipat kemas dan disimpan di dalam diari miliknya.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.