Home Novel Cinta Abang Driver!
Bab 17

Azfar mencari-cari Abie di antara tetamu yang semakin sarat. Matanya meninjau arah yang ditunjuk Abie tadi. Pinggan yang penuh makanan di tangannya ditatang berhati-hati. Takut pula tumpah ke arah tetamu yang datang. Buat malu saja nanti! Dari satu meja dia beralih ke satu meja lain, matanya melilau, sambil kakinya melangkah melewati tetamu yang sedang menjamu selera. Menyesal pun ada, kenapalah dia tidak suruh Abie tunggu saja tadi. Selepas melewati hampir sepuluh meja, dia terpandang seorang gadis melambai ke arahnya. Senyumannya lebar. Langkahnya di percepat. Tiba saja di meja Abie, dia melihat seorang lelaki sedang duduk di sisi Abie menjamu selera. Hatinya berbelah bagi. Tapi dia dia tiada pilihan. Makan sudah diambil. Penuh pula tangannya. Dalam terpaksa dia memaniskan senyuman.

“Hai… Saya Azfar” Tangan di hulur. Berat rasanya. Entah kenapa tiba-tiba ada rasa kurang enak lahir dari hatinya. Apatah lagi melihat lelaki di sisi Abie yang tersenyum lebar menyambut huluran tangannya.

“Saya Zulqarnain, panggil Qar aje”

Azfar duduk. Suasana seakan sunyi walaupun beratus tetamu membanjiri khemah. Pelik kan!

Zulqarnain menghabiskan sisa puding di dalam bekas. Lain pula rasa puding yang ditelannya kali ini. Tadi manis-manis madu, kali ni pahit-pahit hempedu… eh, sakit ke aku? Zulqarnain berbicara sendiri. Dijelingnya Abie yang duduk di sisi Azfar. Kecil besar-kecil besar aje mata melihat dua-dua tersipu malu.

“Awak balik bila?” Azfar membuka bicara, tidak selesa rasanya bila keadaan riuh rendah di luar sana tapi sunyi di meja mereka bertiga. “Awak tak ambil cuti kan?”

“Oh..” Abie gugup. Tiba-tiba terperanjat mendengar soalan dari Azfar. Apalah yang di khayalkan ketika ini. “Oh.. tak. Mungkin esok petang baru bertolak pulang. Lagipun ada report yang tak siap lagi, lusa Encik Azfar nak bawa meeting kan”

Azfar mengangguk. Nasi di pinggan di kunyah perlahan. Rasa lapar tiba-tiba hilang. Tidak selera pun ada sekarang ini. “Saya tak pernah nampak pun Qar di office” Azfar mula memasang pancing. Di harap jawapan lelaki di hadapannya ini dapat melegakan kegusarannya.

“Saya… oh, saya tak kerja di situ. Tempat lain”

Azfar mengangguk. Lega! Bermakna mereka jarang berjumpa. Bukan satu pejabat, bermakna peluangnya lagi besar.

“Encik Azfar, satu office dengan Abie?”

Abie memandang Zulqarnain. Apa soalan yang mamat ni bagi dekat bos dia? Abie menguis-nguis jari kakinya. Ada rasa pelik tiba-tiba melanda. Zulqarnain buat-buat tidak faham kegundahan hatinya. Ish mamat ni… dia tahu tak itu bos aku!

“Oh.. saya bos Abie. Hmmm satu office la tu. Dia ni seperti PA saya, jenuh saya kalau dia tak ada. Tak tahulah macam mana kalau dia tak ada….”

Zulqarnain ketawa kecil. “Oh… PA ye”

Abie memandang kedua-dua lelaki di sisinya silih berganti. “Hmm.. Encik Azfar nak puding tak? Boleh saya ambilkan”

“Boleh jugak… nampak macam sedap aje saya tengok”

Abie pantas bangkit. Cepat dia berlalu meninggalkan dua lelaki yang semakin pelik di rasakan. Sengaja dia berlama-lama mengambil puding. Sengaja dia membantu pelayan menghidangkan puding kepada tetamu barulah dia mengambil puding untuk Azfar. Sebaik saja mahu meninggalkan meja hidangan tersebut, matanya memandang Arissa. Senyuman pengantin baru tetap berseri-seri walaupun penat melayan tetamu. Adat raja sehari kan….

“Wei… aku tengok ada bos kita duduk dengan Qar…. Hebat kau! Tak payah nak sembur-sembur… dua-dua sekali melekat”

“Apa yang hebat? Kau ni….. adalah tu bahan nak kenakan aku”

“Kau ni orang lain dah lama tahu yang bos kita tu memang syok kat engkau…. Tak kan kau tak perasan?... yang mamat handsome tu tak tahulah… tengok gaya pun ada juga rasa cinta kat engkau”

“Wei… dah… jangan nak buat cerita. Sorang tu bekas laki orang, sorang lagi tu setakat kerja macam tu, sara diri sendiri belum tentu lepas, ni nak kat aku pulak…… janganlah nak buat hidup aku huru hara. Kau tu buat apa kat sini? Mana cik abang kau?”

“Tengah layan mak mentua aku… kau ambil puding untuk siapa?”

Abie kebingungan. Lama baru dia dapat mentafsir apa yang tersirat disebalik soalan Arissa.

“Kau ni….. aku ambil untuk Encik Azfar lah… kasihan kat dia. Dahlah datang dari jauh, kau pun buat tak layan aje bos kita tu”

“Hmmm… bos kau… bukan aku!”

Abie menjelirkan lidahnya kepada Arissa. Memang mereka nampak seperti kebudak-budakkan. Tapi sikap itulah yang membuatkan mereka berdua tidak boleh berenggang. “Ye lah bos aku! Jelous lah tu” Memang ada kalanya cakap Arissa benar. Azfar seperti menaruh hati padanya. Selalu baik saja dengan dia. Belikan dia macam-macam.

“Tak kuasa aku nak jelous….Habis tu kau tinggal dia dengan Qar ke?”

Abie mengerutkan dahinya. Hish minah ni… aku rasa baru dua hari dia jadi isteri, apasal bengap semacam ni? “Kau ni…. Ye lah, dia orang tengah makan tu. Kenapa? Salah ke?”

“Tak lah…. Aku takut ada orang bergaduh aje kat majlis aku nanti”

“Bergaduh?” Lagi Abie tak faham. Apasal pula mereka nak bergaduh?

“Kau ni kan… patutlah tak ada pakwe… bengap!Tapi Qar tu handsome sangat kalau di bandingkan dengan Azfar…..” Arissa mencubit pipi Abie yang kemerahan lantaran pembayang pipi merah jambu mak andam pagi tadi. Kawannya itu memang cantik kalau sudah ditacap, siapa sangka Abie ada paras rupa menarik. “Dah lah… kau bawalah puding ni untuk Encik Azfar, karang tertunggu-tunggu pula dia puding kau tu… kejap lagi aku datang. Aku bawa cik abang aku sekali jumpa bos kau tu ye”

“Ye lah Arissa oiii…. Suka hati kaulah”

Abie berlalu. Malas mahu melayan Arissa yang sudah mula merapu. Agaknya penat kut… yelah, pasti dia semalam sahabatnya itu sukar melelapkan mata…. Siapalah yang boleh lena bila sudah berpunya, sudah ada yang meneman di sisi, sudah ada yang boelh dijadikan bantal peluk… eiiiii….. dah lah!

Jam sudah menunjukkan pukul empat petang. Zulqarnain dari tadi sudah pun selesai makan. Tapi dia masih belum mahu berganjak pergi. Entah kenapa. Mungkin kerana lelaki yang duduk di sisi Abie itu membuatkan dia ingin terus berada di sini. Kalau boleh dia mahu menarik tangan Abie dan membawanya pulang bersama.

Azfar juga gelisah. Mahu pulang tetapi kelibat Abie tidak kelihatan. Sebolehnya dia iangin menatap wajah gadis itu sebelum pulang. Selepas Abie memberikannya puding dan sepinggan buah, gadis itu terus berlalu pergi. Katanya ada kerja di dalam. Akhirnya dia dan Zulqarnain seolah-olah terperangkap di sini. Terperangkap tanpa kata-kata. Senyap terus!

“Encik Azfar nak balik ke?”

“Haa…. Dah lama sangat kat sini. Tetamu pun dah ramai yang pulang. Awak tak balik ke?” Azfar kebali menyoal. Haraplah lelaki itu juga turut pulang bersamanya.

“Sekejap lagi rasanya.... Kalau macam tu apa kata saya cari Abie. Rasanya ada kat belakang tu”

Azfar sekadar mengangguk. Melihat Zulqarnain bangkit dari duduknya dia dapat merasakan lelaki ini bukanlah kenalan biasa Arissa dan Abie. Dia seperti sudah terbiasa dengan kawasan sekitar sini. Hatinya rawan. Aduh…. Haraplah dia masih banyak peluang.

Zulqarnain berlalu. Azfar juga bangkit dari duduknya. Hatinya tiba-tiba malas mahu berlama di situ dan melihat Abie muncul bersama lelaki yang baru saja dikenalinya tadi. Dia tidak suka! Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis itu. Sebelum keluar, dia sempat bersalaman dengan ibu dan ayah Arissa serta menitipkan salam juga hadiah kecilnya.


Previous: bab 16 CANTIK!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.