Home Novel Cinta Abang Driver!
bab 10 EMAK.....

Aby mengeluh kecil. Baru saja dia melabuhkan punggung emaknya sudah menghantar mesej. Arissa bercuti hari ini. Tiada tempat untuk dia mengadu. Punat komputer di tekan. Skrin yang gelap mula memaparkan gambar. Wajahnya yang tersenyum manis bersama enam orang adik beradiknya terpampang di skrin. Wajah Alif dipandang sendu. Senyumannya cukup sayu. Adiknya yang seorang itu memang tidak minat mahu belajar. Tapi dia yang memaksa dengan janji sehingga habis SPM saja. Dia mahu melihat adik beradiknya berjaya ke menara gading. Dia sendiri sedang mengumpul wang untuk ke arah itu. Walaupun belum menampakkan hasil yang memberangsangkan di buku akaun tapi semangatnya untuk belajar tetap di tanamkan dalam jiwanya.

“Woi…. Jauh kau termenung? Apa yang kau tengok di skrin tu? Gambar pak we engkau erk?”

Aby mendongak. Wajah Kak Yana di pandang dengan senyuman. Tidak selalunya kakak yang berusia 30an itu datang ke tempatnya. Apatah lagi semenjak dia menjadi Setiausaha kepada Timbalan Pengarah.

“Akak ni…buat Aby terkejut je. Lama tak nampak akak, jauh turun ke sini. Bawa mohor besar dari orang atasan ke?”

“Akak hantar surat ke Encik Azfar. Yang kau tu termenung pepagi ni apahal? Jatuh cinta ke?”

“Ish akak ni! Pantang saya dengar perkataan CINTA pepagi macam ni. Saya tengah ambil mood. Macam tak syok aje pepagi ni, tak tahulah kenapa”

“Hmmm eloklah tu ambil banyak-banyak sebelum kau menghadap Encik Azfar yang cute tu. Dia pesan kat aku suruh panggil kau”

“Ye ke….. Aby rasa tak ada hutang lagi kat pakwe akak tu”

“Aku cili karang mulut budak ni…..eiiiii suka hati aje nak jadikan dia tu pakwe aku”

“Ye lah kak… dah dia tu baya akak. Akak pun apa kurangnya, comel gitu”

Ketawa Kak Yana semakin besar. “Tak kuasa aku nak jadi bini dia!....Pergilah masuk cepat. Karang ada pula yang kena baham. Aku tengok macam lapar aje singa tu”

Aby ketawa kecil. Memang semua tahu gelaran Azfar adalah singa. Susah nak senyum. Tegas memanjang. Tapi bukan dengan Aby. Lelaki itu tidak pernah meninggikan suara kepada Aby. Itu yang membuatkan Aby selalu menjadi mangsa bila harus berdepan dengan Encik Azfar.

“Ye lah…..Aby nak menghadap la ni kak”

Kak Yana berlalu menuju ke arah pantri pastinya sedang menemui rakan-rakan lain yang sibuk mengisi perut pagi-pagi begini. Memang menjadi rutin, sebelum memulakan tugas, mereka akan makan di pantri dengan bekal masing-masing. Nasib Aby yang tidak dapat bersama mereka.

Ketika Aby menuju ke bilik Azfar kedengaran suara Kak Yana dengan ketawanya yang mampu menggegarkan suasana. Wanita itu memang kuat ketawa. Rasa sunyi pejabat ini tanpa ketawanya itu.

Pintu yang tertutup di ketuk perlahan. Selepas mendengar arahan untuk masuk, Aby memulas tombol pintu. Matanya terus menangkap wajah kecil milik lelaki kelahiran Terengganu itu. Memang seperti singa lapar. Serius sungguh. Agaknya lelaki itu dari tadi menunggu kedatangannya.

“Duduk Aby!”

Aby menarik kerusi. Dia duduk seselesa yang mungkin. Walau hakikatnya dia masih tidak selesa. Dia tahu ada yang ingin di persoalkan. Ish seperti menghadap hakim mahkamah tinggi pula.

“Awak ada masalah ke?”

Aby terkedu. Masalah? Kenapa?

“Cuba awak tengok laporan yang saya hantar ke Timbalah Pengarah Semalam, semuanya tak boleh pakai. Awak betul-betul memalukan saya!”

Aby meneguk liur. Pandangan tajam Azfar membuatkan dia tertunduk memandang meja. Laporan di atas meja di renung. Banyak bulat-bulat merah. Hampir memenuhi setiap petak bernombor.

“Pagi ini mereka nak saya bagi tunjuk sebab. Sudahlah laporan tu kena hantar ke Pengarah. Nasib baik dia pandai cover. Kalau tak, dengan awak-awak sekali saya suruh menghadap Pengarah!”

Aby terkedu. Tidak tahu mahu menjawab apa. Mahu meminta maaf rasanya tidak patut. Lelaki itu bukan suka mendengar perkataan maaf. Kerana baginya setiap kerja yang diberikan haruslah di selesaikan dengan sempurna.

“Apa penjelasan awak Aby?”

Aby mendongak. Mencari jawapan di wajah merah lelaki yang menjadi bosnya itu. Tidak pernah dia kena marah begini. Mungkin inilah rasanya bila rakan-rakan lain di marah oleh singa tua ini. Mereka sudah merasakan bahana kemarahan Encik Azfar. Kini gilirannya pula. Staf kesayangan menjadi mangsa.

“Saya tahu awak ada masalah. Pasal emak awak kan?”

Aby terkesima. Bila masa lelaki itu tahu masalah keluarganya?

“Emak awak ada telefon ke sini. Kebetulan operator tersalah sambung. Emak awak kata awak tak masukkan lagi duit yang dia nak. Dia suruh saya pesan kat awak”

Merah muka Aby. Bukan kerana marah tapi keana malu yang teramat. Entah di mana dia mahu meletakkan mukanya ketika ini.

“Awak ada masalah duit ke? Mak awak tak tahu ke awak tak gaji lagi?”

Aby diam. Tidak tahu apa yang mahu di jawab. Dari masalah kerja akhirnya masalah peribadi.

“Saya bukan nak campur masalah peribadi awak. Tapi kalau sudah menjejaskan reputasi awak selama ini saya harus ambil tahu. Awak salah seorang staf yang saya percaya dalam setiap tugasan yang saya berikan. Tapi saya kecewa sangat bila report penting ini salah. Sepatutnya hal ini tidak terjadi. Lainlah kalau report itu hanya untuk saya. Saya boleh suruh awak betulkan. Awak tahukan saya sibuk dengan bajet tahun depan. Saya tak sempat nak semak semua benda ni. Itu sebabnya saya nak awak terus e-mel ke Timbalan Pengarah”

Aby menarik nafas panjang. Encik Azfar mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

“Nah! Awak setlekan masalah awak kemudian awak betulkan semua laporan ini. Saya tak nak benda macam ni jadi lagi”

Aby tidak faham. Sampul kecil yang keluar dari poket seluar Encik Azfar di pandang.

“Saya minta maaf Encik Azfar. Saya berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi”

“Ambil ini Aby…. Saya tahu awak perlukannya ketika ini. Saya tak nak lepas ni semua laporan saya salah lagi”

Aby mula faham. Sampul kecil itu mengandungi duit. Pastinya lelaki itu bertanya kepada emaknya berapa yang diperlukan.

Aby menggeleng. “Saya tak boleh ambil Encik Azfar. Lagipun itu masalah peribadi saya. Cuma saya hanya mampu berjanji masalah peribadi saya tidak akan menjejaskan lagi kerja-kerja saya di pejabat” Aby bangkit dari duduknya. “Saya akan betulkan laporan-laporan ini dan saya akan hantar sebelum tengah hari”

“Ambil Aby… saya ihklas nak tolong awak. Selama ini awak dah banyak tolong saya menyelesaikan segala tugas saya di sini. Tanpa awak saya tak akan mampu melakukan seorang diri. Saya percayakan awak. Ambillah…..anggap aje awak berhutang dengan saya. Bila-bila masa awak boleh bayar”

“Terima kasih Encik Azfar. Saya amat hargai bantuan Encik Azfar. Sebenarnya saya dah bank in duit yang emak saya minta tu pagi tadi. Saya juga minta maaf sebab emak saya bercerita semua ini dengan Encik Azfar”

“Betul ni?”

Aby mengangguk. Walhal dia masih tercari-cari di mana mahu mendapatkan duit sebanyak itu ketika ini. Kalau ada sekalipun bukan sekarang, tapi bulan depan bila skripnya sudah di bayar pihak penerbit.

“Hmm kalau macam tu awak ambillah. Tambahkan duit yang awak bagi tu. Saya tak kan senang hati kalau awak tak ambil”

Aby serba salah.

Please Aby….”

Aby membalas pandangan Azfar yang seakan mengharap dia mengambil sampul dari tangannya itu. Berat Aby mahu menerima.

“Saya nak mesyuarat ni…cepat ambil sampul ni dan siapkan report yang saya nak tu!”
Glurp! Seperti arahan bunyinya. Pantas tanganya mengambil sampul kecil di tangan Azfar. “Saya akan bayar bulan depan. Terima kasih Encik” Aby berlalu pergi. Tidak sanggup menungg lama di situ. Malu wajahnya memandang lelaki yang cukup disegani itu bukan saja dia sebagai staf kesayangan tapi memang ramai yang menyegani lelaki kecil molek itu.

‘Mak….apa mak dah buat kat Aby ni!’

Air matanya menitis. Langkahnya pantas menuju ke toilet. Akhirnya tumpah juga mutiara jernih yang cuba dibendung dari tadi. ‘Kenapa mak tak mahu memahami Aby?’

Sunyi…tiada jawapan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.