Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
31,070
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8
Aryan menghampiri Hana, setiausahanya. “Hana, saya nak keluar sekejap.”

“Encik Aryan nak ke mana? Bukan ke petang ni ada meeting?”

Aryan menepuk dahinya. “A’aalah saya terlupa. Tak apa, saya keluar sekejap aje. Nanti ada apa-apa call aje saya.”

“Baik, Encik Aryan.”

Aryan melangkah meninggalkan pejabat. 

Idham segera mengejar langkah Aryan. “Hoi, kau nak ke mana?”

Aryan menjeling marah. “Hoi! Hoi! Sesuka hati aje kau nak panggil aku kan?”

Idham menggaru kepala yang tidak gatal. “Alah kita kan best friends takkan tak boleh kot,”ujar Idham sambil mengetap bibir.

“Hmm… ada apa?”

“Aku tanya kau nak pergi mana?”

“Aku nak keluar pergi Habib Jewels kejap.”Idham melihat jam dipergelangan tangannya. 

“Sekejap kau ni boleh pakai ke? Tinggal dua jam lagi sebelum meeting petang ni tau. Jangan tak datang pulak?”

“Kau ni macam tak kenal aku?”

“Sebab aku kenal kaulah, aku rasa sekejap kau tu satu jam tau.”

Aryan tersenyum sinis. “Ikut suka hati kaulah nak kata apa pun. Aku pergi dulu. InsyaAllah tak ada apa-apa hal aku datang meeting petang ni.”

“Kau jangan cakap macam tu. Nanti aku jugak nak kena jawab dengan papa kau?”

Aryan tersenyum. Dia menghidupkan enjin kereta. Dia memulakan pemanduannya. Dia terlupa mesyuarat akan diadakan pada petang ini tetapi dia telah berjanji dengan pihak Habib Jewels mahu mengambil tempahannya yang telah siap.

Setelah beberapa minit memandu. Dia tiba di tempat yang dituju. Dia singgah di surau terlebih dahulu bagi menunaikan solat zuhur. Usai menunaikan kewajibannya sebagai muslim. Tanpa membuang masa dia segera ke kedai Habib Jewels yang terletak di dalam Mydin mall. 

“Assalamualaikum, Encik cari apa?”

“Waalaikumussalam, saya Aryan ingin mengambil tempahan yang telah siap,”ujar Aryan lalu menghulurkan resit pembeliannya.

“Encik Aryan tunggu sekejap.”

“Ini tempahan Encik Aryan,”ujar Zira lalu membuka kotak barang kemas. 

“Seperti yang dijanjikan.”

Aryan melihat satu set barang kemas dengan linangan air mata. Dia segera menyapu air jernih yang mula membasahi pipinya. Fikirannya tiba-tiba teringatkan arwah isterinya. Hadiah yang ditempah khas buat Aiza telah siap, namun isterinya itu sudah tiada lagi. Ya Allah, kepada siapa harus ku berikan hadiah ini. Tidak mungkin untuk Aryani kerana dia masih kecil, hatinya berkata-kata.

“Terima kasih,”ucap Aryan perlahan cuba menahan rasa sedih di hatinya.

Zira menutup lalu memasukkan ke dalam beg. “Semua bayaran telah dijelaskan. Terima kasih. Sila datang lagi.”

Aryan tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya. “Ermm… boleh baiki gelang ini?”

“Mari saya tengok,”ujar Zira sambil meneliti gelang yang diberikan oleh Aryan. “Cantik ukiran gelang ni, beli kat mana?”

“Gelang kawan saya, tak tahu pulak dia beli kat mana? Kenapa?”

“Saya boleh baiki. Sikit aje. Encik Aryan boleh tunggu.”

Aryan melihat jam ditangannya. “Berapa lama?”

“Lebih kurang satu jam.”

“Tak apalah. Saya ada hal. Dah siap nanti hubungi saya.”

“Baiklah kalau macam tu, terima kasih.”

“Sama-sama.” Aryan melangkah meninggalkan kedai Habib Jewels. Aryan segera bererdar dari situ. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat panggilan daripada rumahnya. Hatinya tiba-tiba terasa tidak sedap memikirkan Aryani. 

“Assalamualaikum, Cik Dah ada apa?”

“Waalaikumussalam, Aryan. Badan Aryani panas.”

“Ya, Allah. Cik Dah dah cek suhu badan dia berapa?”

“Dah. Suhu dia tinggi sangat ni.”

“Aryan balik sekarang, Cik Dah tolong siapkan barang-barang Aryani. Saya akan bawa dia ke hospital. Sekejap lagi saya sampai.” Tanpa menunggu kata putus daripada Cik Dah, Aryan mematikan talian.

Aryan cemas sebaik saja menerima panggilan daripada Cik Dah mengenai anaknya. Tanpa membuang masa dia segera melangkah dengan cepat meninggalkan kawasan itu. Keadaan saat itu terlalu sesak dengan orang ramai yang masuk ke dalam pasaraya itu. Dia berusaha untuk mempercepatkan langkahnya. Secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang. Dia segera memohon maaf. 

“Saya minta maaf,”ujar Aryan lalu memusingkan badannya untuk beredar dari situ.Tetapi malangnya dia terlanggar pula seorang gadis sehingga berlaku kemalangan kecil menyebabkan telefon bimbit milik gadis itu rosak. 

Aryan bertambah panik. Dia segera memohon maaf atas kecuaiannya itu. Dalam fikirannya saat ini adalah Aryani memerlukannya. Dia memberi kad namanya kepada gadis itu bagi memudahkan dia meminta ganti rugi sebelum beredar dari situ. 

Aryan segera menghidupkan enjin keretanya. Dalam perjalanan pulang, dia berdoa agar Aryani sihat. Setelah hampir setengah jam memandu dia tiba di hadapan rumahnya. Tanpa berlengah dia segera mendapatkan anaknya.

“Cik Dah?”

“Ya, Aryan,” jawab Cik Dah. Dia datang menghampiri Aryan sambil mendukung Aryani yang kelihatan sungguh lemah. “Barang-barang ada atas sofa.”

Aryan segera mengambil barang-barang yang telah disediakan oleh Cik Dah. Dia meletakkan di dalam kereta. Tanpa berlengah dia segera memandu menuju ke hospital. ‘Ya Allah janganlah kau ambil anakku. Berilah kesembuhan kepadanya. Dialah punca kekuatanku, Ya Allah,’ Aryan berdoa di dalam hati.

Sebaik sahaja tiba di hospital. Aryani dikejarkan ke wad kecemasan. Aryan berserah kepada Allah agar memberikan kesihatan kepada anaknya. 

“Cik Dah tunggu di sini. Saya nak ke Surau.”

“Baik Aryan.”

Aryan melangkah meninggalkan kawasan wad kecemasan. Dia menuju ke surau yang berdekatan. Aryan mengambil wuduk lalu menunaikan solat sunat hajat. Dia berserah kepada yang Maha Esa. 

“Ya Allah, sesungguhnya hanya kepada-Mu aku berserah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Ya Allah, berilah kesihatan kepada anakku, Aryani. Ya Allah, izinkanlah aku untuk menjaga dan membesarkannya. Dialah satu-satunya harta dunia akhirat yang aku punya saat ini. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh segala penyakit. Amin.” Aryan berdoa.


ARYANA mematikan enjin motosikalnya. Dia melangkah menuju ke arah pintu masuk utama Mydin mall. Sebaik sahaja melintas jalan di hadapan utama pintu. Telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menjawab panggilan itu. Dia berdiri di tepi jalan agar dapat mendengar suara pemanggil dengan jelas.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Wajah Aryana mula berubah sebaik sahaja mendengar suara pemanggil di hujung talian. “Ada apa lagi awak call saya ni?”

“Maaf. Saya mengganggu ke?”

“Ya. Memang pun. Saya ada hal ni? Kenapa?”

“Boleh kita jumpa sekejap.”

Aryana mengeluh. Tak faham bahasa betul. Dia ni ada akal ke tak? Omel Aryana di dalam hati. “Maaf, saya ada banyak kerja ni?”

“Aryana dah dapat kerja ke?”

“Awak sibuk kenapa? Saya dapat kerja atau tak, bukan urusan awak!”ujar Aryana dengan nada marah. Dia mula hilang sabar dengan sikap Qayyum.

“Maafkan saya, Aryana. Saya cuma mahu berkawan saja.” 

Bib! Bib!

Aryana melihat telefonnya. “Maaf ya. Ada panggilan masuk,”ujar Aryana lalu menjawab panggilan yang baru diterimanya.

“Assalamualaikum,”Aryana memberi salam.

“Waalaikumussalam, cik ada call saya?”

“Ya. Saya ingin mengetahui tentang iklan mencari pengasuh.”

“Okey, memang saya ada iklankan. Cik boleh datang ke alamat yang saya tulis dalam iklan.”

“Tapi alamat itu hotel. Saya perlu ke sana ke?”

“Ya. Cik boleh datang ke sini untuk menemui bos saya.” 

“Baiklah kalau macam tu, terima kasih.”

“Sama-sama. Assalamualaikum.” 

“Waalaikumussalam,”jawab Aryana lalu mematikan talian. Dia melihat telefonnya. Qayyum masih lagi dalam talian. Dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan perbualannya. 

“Qayyum.”

“Ya, saya.”

“Tolong jangan hubungi saya lagi,”ujar Aryana lalu mematikan talian telefon.“Aku tak fahamlah dengan dia ni. Aku bagi nombor telefon nak minta kerja, bukannya suruh kau mengorat aku!” Aryana membebel.

Aryana membetulkan tudungnya. Dia cuba menghilangkan rasa marah yang mula hadir dalam hatinya. Dia tidak mahu melangkah masuk ke dalam pasaraya dengan perasaan marah. Tujuannya ke sini dengan niat yang baik iaitu mahu mencari hadiah buat ibu Daiyan. 

Aryana menarik nafas panjang. “Aryana relax," katanya cuba kembali tenang. Sikap Qayyum mula menaikan amarahnya. 

Aryana membuka langkah untuk memusingkan badannya. Sebelum sempat Aryana memusingkan badannya. Terasa badannya dilanggar oleh seseorang dengan kuat dari arah belakang. Badannya mula hilang imbangan. Telefon ditangannya terlepas. Badannya yang hampir terjatuh tiba-tiba terasa ada tangan yang sedang memeluk kemas pinggangnya.

“Argh!”jerit Aryana saat dia hampir terjatuh. 

“Awak tak apa-apa ke?”soal Aryan. 

Aryana membuka mata. Dia memandang wajah seorang lelaki yang tanpam di hadapannya. ‘Handsomenya mamat ni? Eh macam pernah tengok aje. Tapi kat mana erk? Hati Aryana berkata.

Pon!!! 

Aryan segera menarik tubuh Aryana. Kereta tiba-tiba meluncur dengan laju ke arah mereka sebentar tadi. Aryan sempat mengelak. Jika tidak mereka sudah tercedera kerana pemandu kereta itu tidak memperlahankan pemanduannya.

“Awak okey?”soal Aryan cemas. Dia terlalu cuai sehingga terlanggar gadis itu tadi. 

Aryana pantas menolak tubuh Aryan menjauhinya. Dia tidak sedar lelaki itu sudah melampaui batas. “Saya okey. Terima kasih.”

“Maaf, saya tak sengaja,”ujar Aryan. 

“Saya tak apa-apa,”ujar Aryana lalu mencari sesuatu. Pandangan Aryana terarah di atas jalan. Tanpa berlengah dia segera mengambil telefon bimbitnya yang telah rosak. Tanpa disedari kelopak matanya mula terasa panas. Dia menahan air jernih itu daripada menitis. 

Aryan terkejut melihatnya. Fikirannya berserabut ketika itu memikirkan anaknya, Aryani. Dia tidak menyangka kemalangan ini akan terjadi. Dia menghampiri Aryana. 

“Saya bayar ganti rugi.”

Aryana hanya mampu mendiamkan diri menahan sebak di dada. 

Aryan mencari sesuatu. “Cik tolong pegang sekejap.”

Aryana memegang beg kecil yang dihulurkan oleh Aryan. Dia hanya mampu menundukkan kepalanya memandang skrin telefon yang telah retak seribu. 

“Ni kad nama saya. Cik boleh datang jumpa saya di sini,”ujar Aryan sambil menghulurkan kad perniagaannya.

Aryana mengambilnya.“Nanti jumpa saya dekat ofis. Saya akan bayar ganti rugi telefon Cik. Saya minta diri dulu. Saya minta maaf sangat,”ujar Aryan lalu melangkah meninggalkan Aryana. 

Aryana melangkah menghampiri kerusi awan yang telah disediakan di situ. Dia melabuhkan punggungnya. Kad yang dihulurkan Aryan ditatap sebelum disimpan di dalam beg. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Entah mengapa hatinya begitu sakit saat itu. Telefon itu begitu bermakna baginya. 

Telefon itu merupakan hadiah terakhir daripada arwah Daiyan kepadanya. Setiap pemberian arwah adalah berharga baginya. Kini hanya tinggal kenangan. Walaupun dia bercadang mahu membeli telefon baru kerana telefon itu sudah banyak kali rosak, namun dia berusaha membaikinya. Kini sudah tiada harapan lagi dia mahu membaiki telefon yang telah rosak digilis tayar kereta.

Aryana memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg. Dia bangkit dari tempat duduknya. Dia mencapai beg kecil. Fikirannya mula teringatkan lelaki yang melanggarnya sebentar tadi. 

“Eh, ni kan milik mamat tadi?”

Aryana mengeluh. “Tadi dia minta aku tolong pegang,”ujar Aryana sambil melihat beg kecil yang cantik itu. “Tak apalah, nanti aku jumpa dia, aku pulangkan,”ujar lalu melangkah meninggalkan kawasan itu. Niatnya ingin membeli tiada lagi. Fikirannya mahu pulang terlebih dahulu. Dia mahu menenangkan hatinya yang sedih saat ini.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu