Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
30,711
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Aryani mula menangis. Aryan terjaga daripada lenanya. Dia melihat jam menunjukkan pukul 9.00 malam lalu mendapatkan anaknya. Dia terlelap selepas menunaikan solat isyak. “Kenapa sayang papa?”soalnya sambil memeriksa keadaan Aryani.

Dia melihat Aryani telah mebuang air besar disebabkan itu dia mula meregek kerana tidak selesa. “Anak papa popo rupanya,”ujar Aryan lalu menanggalkan seluar Aryani. Dia segera membersihkan Aryani.

Setelah satu botol susu dihabiskan, Aryani kembali lena. Aryan menarik nafas lega. Aryani kelihatan sangat lemah. Dia perasan suhu badan anaknya agak panas. Tanpa membuang masa dia mengambil cool fever lalu meletakkan di atas dahi anaknya. Aryani kelihatan selesa. Dia mencium anaknya itu dengan penuh kasih sayang.

Kring!!!

Telefon bimbitnya berbunyi. Aryan segera menjawabnya setelah melihat nama pemanggilnya. “Assalamualaikum, umi.”

“Waalaikumussalam, umi menganggu ke?”ujar Puan Hafsah ibu kepada arwah Aiza.

“Eh tak lah umi,”ujar Aryan lalu meninggalkan Aryani yang sudah terlena. “Aryan baru saja tidurkan Aryani. Ada apa umi call ni?”

“Oh ya ke? Umi sebenarnya rindukan cucu umi. Aryan dah lama tak pulang ke kampung.”

Aryan duduk di atas kerusi. “Maaflah umi. Aryan sibuk sikit dua tiga minggu ini. InsyaAllah ada masa Aryan ziarah umi dan abah.”

“Umi dengan abah merancang nak ke sana. Tapi tak tahu lagi bila? Boleh ke umi nak ke sana bermalam dua tiga hari?”

Aryan tersenyum. “Mestilah boleh umi. Aryan pun dah lama tak jumpa umi dan abah. Datanglah bila-bila pun Aryan tak kisah.”

“InsyaAllah nanti umi beritahu Aryan bila nak datang.”

“Baik umi.”

“Aryani macam mana? Sihat?”

“Alhamdulillah cucu umi sihat. Cuma hari ini Aryan rasa dia tak berapa sihat. Esok Aryan nak bawa dia ke klinik.”

“Takpelah macam tu. Pastikan dia betul-betul sihat. Tak elok bayi demam ni?”

“Ya.Umi janganlah risau.”

“Sekarang Aryani tinggal kat mana bila Aryan kerja?”

“Aryan minta Cik Dah tolong jagakan.”

“Cik Dah? Kenapa tak hantar taska aje?”

“Bukan tak nak hantar umi. Hari tu Aryan dah hantar tapi tak sesuai dengan Aryani. Diaterus demam bila Aryan hantar taska.”

“Owh,tak apa ke minta Cik Dah jagakan. Dia kan pembantu rumah Aryan? Lagipun Aryan kena ingat. Aryan dah solo sekarang ni. Tak baik berdua dengan orang bukan muhrim.”

 Aryan ketawa mendengarnya. “Ya, Aryan tahu umi. Cik Dah tu dah kahwinlah. Lagipun dia datang seperti biasa.”

“Bukan soal kahwin atau tak, Aryan? Kena tangkap basah ni dengan siapa pun boleh tak kiralah status isteri orang sekalipun. Lepas tu dia datang macam biasa macam mana pulak?”

“Umi, Cik Dah kan pembantu Aryan masa arwah Aiza ada lagi. Umi pun kenalkan. Dia datang kerja pagi, petang Aryan balik kerja dia pun baliklah ke rumah dia.”

Puan Hafsah menepuk dahi. Dia terlupa. “Umi lupalah. Sebab dah lama sangat tak ke sana selepas arwah pergi. Umi rindu sangat dengan arwah.”

Aryan turut terasa. “Aryan pun rindu umi.”

“Tak apalah Aryan. Nanti ada masa umi call lagi. Jaga diri dan Aryani elok-elok.”

“InsyaAllah umi. Jangan lupa kirim salam dekat abah.”

“InsyaAllah,assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,”jawab Aryan lalu mematikan talian. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Dia melihat Aryani sudah dibuai mimpi. Sejuk hatinya melihat Aryani tidur dengan lena.

Aryan merebahkan badannya disisi Aryani. Dia mengelus lembut pipi anaknya itu. Akhirnya, dia juga turut terlena di samping Aryani.

 

“INSYAALLAH, assalamualaikum.”

“Aryan cakap apa?”soal Encik Roslan.

“Dia kirim salam pada abang,”ujar Puan Hafsah lalu menuangkan air teh ke dalam cawan.

“Dia cakap? Nak datang sini tak?”

“Tak tahu lagi. Sibuk katanya.”

Encik Roslan menikmati hidangan yang disediakan pada malam itu. “Menantu awak tu memang sibuk selalu.”

“Abang tahu ajelah. Aryan tu anak tunggal. Mestilah syarikat tu dia yang kena handle. Abang ni takkan tak faham lagi.”

Encik Roslan mengeluh. “Memang dari dulu lagi dia sibuk. Sejak arwah anak kita meninggal, berapa kali sangat dia datang sini? Cuba awak fikir?”

“Abang, perkara yang lepas biar ajelah. Anak kita pun dah tenang di alam sana. Aryan tu masih terkejut lagi dengan pemergian arwah secara tiba-tiba.”

“Saya pun begitu juga. Tapi sekarang ni dia kena ingat. Dia ada tanggungjawab lagi. Saya takut dia lepas tangan pulak?”

Puan Hafsah menggelengkan kepala mengenangkan sikap suaminya itu. “Abang, rasa Aryan lepas tangan ke? Sampai sekarang elok aje Aryani tinggal dengan dia.”

 “Aryan tu sibuk sangat sampai tak ada masa dengan keluarga. Awak faham tak? Kalau ikutkan hati nak aje saya ambil cucu kita tu,”ujar Encik Roslan dengan nada marah.

“Abang, saya pun kalau boleh nak jaga cucu kita tu. Tapi kita ni hanya nenek dan atuk dia aje. Biarlah dia tinggal dengan ayah dia. Takkan kita nak pisahkan anak daripada ayah pulak sedangkan cucu kita tu dah kehilangan ibu.”

Encik Roslan melipat akhbar yang dibacanya. “Malas saya bercakap dengan awak. Ada saja nak menangkan menantu kesayangan awak tu. Tak fikir langsung perasaan saya!”

Tersentak Puan Hafsah mendengarnya. “Bukan macam tu maksud saya, abang.”

“Sudahlah. Saya nak masuk tidur dulu. Kalau awak nak pergi rumah dia, pergilah saya tak nak ikut,”ujar Encik Roslan lalu melangkah meninggalkan ruang tamu.

Puan Hafsah terpinga-pinga dengan tingkah laku suaminya itu. Siapa tidak kenal sikap Encik Roslan yang pemarah. Dia akui sejak kematian anaknya, Aiza. Sikap suaminya kian berubah. Dia terkilan kerana anak yang diamanahkan telah meninggal dalam jagaan Aryan. Oleh itu, hubungan Aryan dan Encik Roslan kian merosot.

Aiza adalah satu-satunya puteri yang mereka miliki. Mereka mempunyai empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Semuanya sudah mendirikan rumahtangga. Aiza anak ketiga mereka. Bukan mudah bagi mereka mahu melepaskan satu-satunya puteri yang mereka miliki. Namun dengan kesungguhan Aryan mahu menjaga Aiza dengan sebaik mungkin mendapat kepercayaan mereka.

Tetapi malangnya Aryan tidak mampu memenuhi janjinya. Setelah berkahwin, macam-macam rintangan yang perlu dihadapi oleh anaknya untuk merasai kebahagiaan. Aryan tidak mampu menjaga Aiza dengan baik sehingga menyebabkannya keguguran sewaktu kali pertama mengandung.

Setelah diberi peluang kedua, namun Aryan masih lagi tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada anaknya. Aiza pergi menyahut seruan Ilahi sewaktu melahirkan anaknya, Aryani. Kematian Aizza menyebabkan Encik Roslan marah dengan Aryan kerana tidak mampu memberikan kebahagiaan kepada anaknya sepanjang mereka hidup bersama. Sejak itu hubungan mereka dua beranak mula berjauhan.

 

ENCIK Fuad melabuhkan punggung diatas kerusi. Dia melihat Aryana ralit menonton televisyen. “Arya tak keluarhari ini?”soalnya.

Aryana menggeleng.

“Kenapa?”

“InsyaAllah esok, Arya akan pergi cari kerja lagi ayah.”

Puan Atikah datang dengan membawa dulang berisi air dan makanan. Dia meletakkannya di atas meja. “Jempu minum.”

“Terima kasih ibu,”ujar Arya lalu mengambil keropok keping dan mencelupnya ke dalam air teh.

“Suka sangatlah tu.”

Aryana tersenyum. “Macamlah ibu tak tahu kesukaan Arya?”

“Tahu.”

Encik Fuad turut menikmati hidangan yang disediakan. “Esok Arya nak pergi mana?”

“Arya ada tengok jawatan kosong. Katanya nak cari pengasuh. Tapi alamat tu tulis kat hotel?”

“Hotel mana?”

“Hotel Permai kalau tak salah. Nanti Arya cek semula.”

“Tapi kenapa kat Hotel?”soal Puan Atikah pelik.

Aryana menganggkat bahu. “Entahlah. Arya pun tak pasti. Arya dah try call. Tapi tak dapat pulak. Esok Arya nak singgah Mydin mall dulu baru nak pergi hotel tu.”

“Nak buat apa kat Mydin?”

“Arya nak cari barang sikit. Ibu dan ayah nak kirim apa-apa ke?”

Puan Atikah menggelengkan kepalanya. “Tak ada. Barang-barang dapur ayah baru ajebeli.”

“Ayah?”

“Ayah nak apa-apa, ayah boleh beli sendiri. Arya pergi aje. Apa yang penting jaga diri elok-elok,”ujar Encik Fuad sambil tersenyum.

Aryana tersenyum mendengarnya. “Ibu ayah, Arya masuk bilik dulu.”

Mereka menganggukkan kepala.

“Assalamualaikum,”ujar Arya lalu melangkah meninggalkan ibu dan ayahnya.

“Waalaikumussalam,”jawab Encik Fuad dan Puan Atikah serentak.

           

ARYANA merebahkan badannya di atas katil. Sebaik sahaja mahu melelapkan mata. Telefonnya berbunyi. Tanpa membuang masa dia segera menjawabnya. “Siapalah telefon malam-malam ni?”omelnya.

“Hello, Assalamualaikum,”kedengaran suara lelaki memberi salam di hujung talian.

“Waalaikumussalam, siapa ni?”

“Saya Qayyum?”

“Qayyum?”Aryana mengerutkan dahi cuba mengingati nama itu. “Maaf saya tak kenal? Ada apa call malam-malam ni?”

“Saya Qayyum dari café’ awok kite, awak ingat tak?”

“Café awok kite?” Aryana mula mengingati sesuatu. “Ya, saya ingat. Ada apa? Ada jawatan kosong untuk saya ke?” soal Aryana. Tapi kalau ada pun, takkanlah call malam-malam? Tak boleh tunggu esok ke? Hatinya berkata-kata.

Qayyum mengetap bibir. “Maaf buat masa ini tiada lagi jawatan kosong.”

Aryana mula bengang. Dia tahu lelaki itu cuba mengambil kesempatan ke atasnya. “Maaf ya, saya beri nombor telefon untuk dihubungi jika mempunyai jawatan kosong SAHAJA. Jika tiada apa-apa hal berkaitan dengan kerja yang saya minta tolong jangan hubungi saya,”ujar Aryana perlahan tetapi tegas. Dia sengaja menekankan perkataan ‘sahaja’ agar lelaki itu memahami apa yang cuba disampaikannya.

“Saya mengganggu Aryana ke?”

Hish,dia tanya pulak mengganggu ke tak? Dah malam kot? Tak fikir ke orang nak tidur?Aryana berbicara di dalam hati. “Encik Qayyum rasa macam mana? Sekarang dah pukul berapa?”

“Maaf jika mengganggu. Saya hanya ingin berkenalan dengan Aryana. Salah ke?”

Aryana menjeling marah. Walaupun dia tahu Qayyum tidak mampu melihatnya. “Maaf saya tak kenal awak? Jadi rasanya tak payahlah hubungi saya lagi.”

“Ermm…Aryana, orang kata tak kenal maka tak cinta. Pernah dengar tak? Jadi tak salahkan saya nak berkenalan dengan cik Aryana?”

Aryana menjarakkan telefon daripada telingannya. “Hoi! Aku tak hinginlah nak berkenalan dengan kau!”ujar Aryana perlahan. Dia kembali melekapkan telefon ketelinganya. “Ikut suka hati awaklah. Dalam islam memang digalakkan untuk bersilaturahim antara satu sama lain. Tapi saya rasa niat awak untuk berkenalan dengan saya tu betul atau sebaliknya.”

Qayyum terdiam mendengarnya. “Ermm… Saya nak berkawan.”

Aryana melihat jam sudah menunjukkan angka 11.00 malam. Dia juga sudah terasa amat mengantuk. “Maaflah saya tak kenal awak. Jangan hubungi saya lagi jika tiada apa-apa kaitan dengan kerja. FAHAM!” ujar Aryana lalu mematikan talian.

Dia menghempas telefon di atas tilam. “Tak reti bahasa. Orang kata tak nak? Tak payahlah nak paksa. Benci betul aku ada orang macam ni?”

Aryana baring. Dia menarik selimut. Hatinya masih terasa panas lagi dengan sikap Qayyum. Dia berfikir lelaki itu jujur dengannya meminta nombor telefonnya bukan atas dasar membantunya mendapatkan kerja. Namun sebaliknya. Akhirnya dia terlena dengan perasaan marah dan geram yang masih tersisa di hatinya.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu