Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
30,694
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Aryan mencium dahi Aryani. Dia memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan kesihatan kepada anaknya. Aryani telah dibenarkan pulang dua hari yang lalu. Dia bersyukur Aryani tidak ditahan begitu lama di hospital. Setelah mendapat rawatan selama tiga hari. Aryani dibenarkan pulang.

“Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam,”jawab Aryan lalumembuka pintu. “Masuklah umi, abah,”ujarnya lalu menyalami tangan mereka.

            “Aryani dah sihat?”

            Aryan menganggukkan kepalanya sambiltersenyum. “Alhamdulillah. Dia baru aje tidur umi.”

            “Umi dan abah duduklah dulu. Aryan buatkan air sekejap,”ujar Aryan lalu melangkah ke dapur.

            Encik Roslan melabuhkan punggung diatas sofa. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ini sejak kematian anaknya. Hatinya masih terluka lagi dengan pemergian anak tersayang secara mengejut. Walaupun begitu dia tidak pernah membenci Aryan cuma dia kecewa kerana anaknya pergi ketika di bawah tanggungjawab menantunya.

Rumah itu dibeli oleh Aryan khas buat anaknya. Banyak kenangan arwah anaknya di rumah itu. Dia tidak pernah ke sini lagi setelah arwah Aiza meninggal kerana setiap kali ke sini dia seperti nampak banyangan anaknya disitu. Seolah-olah anaknya masih hidup dan berada disisinya.

Puan Hafsah duduk bersimpul di sisi cucunya. Dia membelai pipi halus bayi itu. Air mata mula bergenang di kelopak matanya. Wajah Aryani begitu mirip dengan arwah ibunya. Hatinya mula merindui arwah anaknya. Sebaik saja mengetahui cucunya sakit. Dia berusaha mahu melawatnya.

Aryani lah hadiah terakhir yang ditinggalkan buat mereka. Dia pernah meminta untuk menjaga Aryani, tetapi Aryan lebih berhak kerana Aryani adalah anaknya. Dia tersenyum melihat Aryani yang kelihatan sungguh comel ketika tidur. Dia mula mengingati sewaktu arwah Aiza masih kecil. Aryani tidak ubah seperti ibunya, Aiza.

“Comelkan abang? Macam Aiza?”

“Ya, sebijik macam arwah Aiza.”

Puan Hafsah kembali menatap wajah Aryani yang putih gebu itu. “Semoga membesar dengan sihat seperti arwah mama ya, sayang tokmi,”ujarnya perlahan.

“InsyaAllah. Aryani mesti kuat seperti mama dia,”tambah Encik Roslan pula.

Puan Hafsah tersenyum mendengarnya. “Arwah Aiza memang sihat? Dia tak pernah sakit sejak kecil. Aktif dalam semua bidang sejak dari sekolah rendah sehingga ke universiti. Cucu tokmi pun kena kuat dan sihat selalu macam arwah mama.”

“Amin.”

Aryan terdengar perbualan ibu bapa mertuanya dari jauh. Dia hanya mampu menahan sebak di dada. Dia menahan air matanya daripada menitis. Dia kuat dalam menghadapi semua ujian dalam hidupnya, namun dia lemah apabila memikirkan arwah isterinya. Walaupun sudah hampir empat bulan berlalu tetapi hatinya masih sedih akan kehilangan isterinya.

Arwah Aiza memang aktif. Dia mengenalinya saat mereka terlibat dalam acara sukan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Sejak itu mereka sering berhubung antara satu sama lain. Akhirnya setelah hampir tiga tahun menyulam kasih. Mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan.

Aryan segera menyapu air matanya. Dia melangkah menghampiri kedua ibu bapa mertuanya. Walaupun masih terselit rasa sedih apabila mengenangkan arwah isterinya. Dia juga turut merindui isterinya itu. Kebahagiaan mereka tiba-tiba lenyap apabila Aiza menyahut seruan ilahi setelah tiga tahun menyulam kasih sebagai suami isteri.

“Jemputlah minum umi, abah. Air aje yang mampu Aryan hidangkan.”

Puan Hafsah menuangkan air oren yang dihidang oleh Aryan ke dalam gelas. “Takpe, nanti umi tolong masakan.”

“Tak payah lah umi. Menyusahkan umi aje. Malam nanti kita makan di luar.”

“Alah bukan susah pun. Masak aje,”ujar Puan Hafsah lalu menghulurkan gelas berisi air oren kepada suaminya.

Encik Roslan mengambil gelas yangdihulurkan oleh isterinya. “Biarlah umi nak masak Aryan. Tak perlu kita keluar. Makan kat rumah aje. Lagipun Aryani bukannya sihat sangat. Baru aje keluar hospital. Abah rasa lebih baik makan kat rumah aje.”

Puan Hafsah menganggaukkan kepalanyatanda setuju. “Betul tu Aryan. Fikirkan kesihatan Aryani dulu. Soal makan umi boleh masak apa saja yang Aryan nak makan.”

Aryan hanya mampu tersenyummendengarnya. “Baiklah kalau itu yang umi nak. Sekejap lagi Aryan keluar cari barang dapur sikit.”

Puan Hafsah meletakkan gelas di atas meja. “Kenapa? Kat dapur takde barang ke?”

“Bukan takde umi. Sejak Aryani masuk hospital hari tu. Aryan dah lama tak masuk dapur. Cik Dah pun dah lama tak masak. Aryan rasa semua barang basah yang ada dah tak elok.”

“Umi pergi tengoklah apa yang ada kat dapur,”ujar Puan Hafsah lalu bangkit dari tempat duduknya.

“Umi tengoklah mana yang elok lagi. Sebab Aryan makan di luar aje sejak Aryani sakit.”

“Okey.”

Aryan memandang wajah bapa mertuanya. Wajah abah yang semakin dimamah usia jelas kelihatan kedutan pada wajahnya. Tangannya juga kelihatan kasar. Walaupun sikap bapa mertuanya garang dan tegas, namun masih terselit kelembutannya.

“Abah sihat?”

“Alhamdulillah macam Aryan tengok sekarang?”

Aryan tersenyum nipis. Dia melihat Aryani yang masih lena di dalam buaian. Anaknya begitu comel. Wajah Aryani saling tak tumpah seperti arwah ibunya. Kehadiran Aryani mampu mengubati rindunya pada arwah isterinya. Dia sentiasa berdoa agar Allah memberikan kesihatan kepada puterinya. Dia tidak sanggup kehilangan insan yang disayanginya lagi. Cukuplah dia kehilangan isteri, dia tidak sanggup kehilangan anaknya pula.

“Aryan keluar dululah abah.”

Encik Roslan menganggukkan kepalanya.

“Kalau abah nak rehat. Abah masuk aje bilik yang selalu abah guna.”

“Okey.”

Aryan bangkit dari tempat duduknya. Dia berlalu meninggalkan ruang tamu dan melangkah ke dapur. Dari jauh dia sudahbmelihat Puan Hafsah mencari sesuatu. “Umi cari apa?”

“Umi tengok barang-barang nak masak.”

“Ada tak? Elok lagi ke barang basah dalam peti ais tu?”

“Umi tengok macam elok lagi. Tapi seeloknya Aryan beli lah yang baru ajelah.”

“Baik umi. Arayan keluar sekaranglah. Dah nak tengah hari ni.”

“Okey. Bawa kereta elok-elok.”

“Umi tolong tengokkan Aryani.”

Puan Hafsah tersenyum. “Pasal Aryani jangan risau. Tahu lah umi jaga cucu umi tu.”

“Okey, umi. Aryan pergi dulu,”ujarAryan lalu melangkah meninggalkan ruang dapur. Dia segera mencapai kunci kereta. Tanpa membuang masa dia menghidupkan enjin kereta. Dia memandu kereta menuju ke pasar raya yang terdekat dengan rumahnya.

 

“ASSALAMUALAIKUM, mummy,”ujar Danial lalu mencium pipi ibunya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi setelah menyalami tangan ibunya.

            Datin Wardah terkejut dengan sapaan anaknya itu. “Waalaikumussalam, terkejut mummytau. Danial dari mana ni?”

            Danial tersenyum. “Sorry mummy. Danial dari airport.”

“Kenapa tak bagi tau mummy nak balik? Mummy boleh jemput Danial.”

            “Saja tak nak susahkan mummy. Lagipun tak surpriselah nanti. Danial dah lama plan nak balik sini. Tapi saja tak nak bagi tahu dekat mummy,”ujar Danial sambil tersenyum.

Datin Wardah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sikap Danial memang terkenal dengan sikap nakalnya berbeza pula dengan arwah adiknya. Dalam masa yang sama hatinya digigit kerinduan setiap kali menatap wajah Danial, dia akan teringatkan arwah Daiyan.

            “Mummy?”

            “Ya, Danial?”

            Danial menggelengkan kepalanya. “Pagi-pagi dah mengelamun jauh. Apa yang mummy fikirkan?”

            Datin Wardah mengukir senyuman, walaupun senyuman itu terlalu pahit. “Tak ada apalah. Danial balik sini urusan kat sana dah selesai ke?”

            Danial mengangguk. “Yes mummy. Kalau tak selesai lagi. Danial takkan ada kat depan mummy sekarang ni?”

            “Betul jugak. Jemput makan. Mesti anak mummy lapar kan.”

            “Tak apalah mummy. Danial dah makan sebelum sampai rumah tadi. Danial nak keluar sekejap,”ujar Danial lalu melangkah ke ruang tamu.

            Datin Wardah segera membontoti langkah anaknya itu. “Danial nak ke mana? Baru aje sampai rehatlah dulu.”

            “Danial nak jumpa seseorang sekejap,”ujarnya lalu mencapai kunci kereta.

            “Danial nak jumpa siapa?”

            “Solehah. Bye mummy. Danial pergi dulu.”

            Datin Wardah hanya mampu mengiringi pemergian Danial dengan ekor mata. Dia terkejut mendengar nama insan yang ingin ditemui oleh Danial. Walaupun sudah tiga tahun kejadian itu berlalu. Namun Danial tidak pernah berhenti berharap agar gadis yang bernama Solehah sudi menerimanya. Datin Wardah terduduk. Bukan mudah baginya melupakan peristiwa pahit itu. Anak yang dikasihi telah dijemput Ilahi. Bakal menantu hilang entah ke mana sejak pemergian arwah anaknya, Daiyan. Walaupun sudah tiga tahun berlalu namun baginya seolah-olah baru semalam peristiwa itu berlaku.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu