Home Novel Cinta Bahagia Itu Milik Kita
Bahagia Itu Milik Kita
Andayu
8/12/2021 18:08:57
30,756
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Aryanamenyiram pusara kedua-dua orang tuanya yang telah meninggal. Dia baru sajaselesai menyedekahkan surah yassin buat mereka. Aryana kehilangan kedua-dua ibubapanya beberapa tahun yang lalu semasa umurnya 17 tahun.

“Assalamualaikum, mama, papa? Arya bersyukur sangat dapat tinggal dengan ibu dan ayah. Alhamdulillah mereka layan Arya dengan baik. Walaupun Arya ni bukan anak kandung mereka. Tapi ibu dan ayah anggap Arya ni macam anak mereka sendiri,”ujar Aryana sambil membayangkan wajah ibu dan ayah angkatnya sambil menahan sebak.

“Mama, papa. Arya takkan salahkan takdir yang telah memisahkan kita di dunia. Arya yakin kita pasti akan bersama di syurga nanti. Alhamdulillah Arya dah berjaya capai impian Arya. Sekarang Arya ingin balas jasa ibu dan ayah yang telah banyak berkorban buat Arya sekarang. 

Arya bersyukur sangat mama, papa. Walaupun mama dan papa tak mampumelihat kejayaan Arya di dunia ini. Tapi Arya yakin mama dan papa melihat Aryadari sana.” Aryana menyekat air mata yang hampir menitis.

“Mama,papa InsyaAllah, Arya akan datang ziarah mama dan papa lagi. Assalamualaikum.”Aryana melangkah meninggalkan tanah perkuburan. 

Air mata yang ditahan menitis jua. Dia terlalu merindui arwah ibu bapanya. Walaupun sudah lapan tahun merekapergi. Namun terasa seolah-olah baru semalam mereka meninggalkannya.

Aryana segera menghidupkan motosikalnya. Dia memandu pulang ke rumahnya. Dia mengesat air mata yang masih tersisa di pipinya. Dia tidak mahu ibu dan ayah melihat dia bersedih. Setelah beberapa minit dia tiba di hadapan rumahnya. Dia tersenyum kearah ibunya yang sedang berehat di hadapan rumah mereka.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Aryana segera melabuhkan punggungnya disisi Puan Atikah. “Ayah belum balik ke ibu?”soal Aryana apabila tidak melihat kereta milik ayahnya.

“Belum lagi. Tadi ayah ada telefon bagi tahu dia balik lambat sikit ada hal katanya.”

Aryana menganggukkan kepalanya. Ayahnya, Encik Fuad selalunya akan tiba di hadapan rumah tepat jam pukul 5 petang. “Ibu buat apa kat luar ni?”

“Tunggu Arya. Ayah mungkin balik lambat sikit.”

Aryana tersenyum lalu memeluk badan ibunya. “Arya pergi ziarah mama dan papa tadi.”

Puan Atikah menganggukkan kepalanya. “Ibu tahu.”

“Tak sangkakan ibu dah lapan tahun mama dan papa pergi.”

“Ya, Arya.Ibu pun macam tak percaya anak ibu ni dah besar. Tak lama lagi nak jadi isteri orang. Sunyilah rumah ibu nanti kalau Arya tiada.” Ujar Puan Atikah sekadar mengusik anaknya. Dia tidak mahu Aryana bersedih lagi.

Aryana mengerutkan dahinya. “Hish ibu ni! Ke situ pulak? Arya masih mudahlah. Biarlah Arya capai impian Arya dulu.”

PuanAtikah mengenggam erat tangan anaknya. “Apa impian Arya yang tak tercapai lagitu? Bukan ke Arya dah habis belajar.”

Aryana membalas genggaman tangan ibunya. “Banyak lagi ibu. First Arya nak bahagiakan ibu dan ayah. Walaupun Arya dah habis belajar tak bermakna impian Arya dah tercapai. Arya nak bekerja dan balas jasa ibu dan ayah yang telah berkorban untuk hantar Arya sampai ke universiti. Lagipun Arya teringin sangat nak bekerja semula. Rindu sangat dekat budak-budak.” Ujar Aryana dengan bersungguh-sungguh.

Puan Atikah mengusap kepala Aryana dengan penuh kasih. Dia bersyukur kerana memiliki Aryana walaupun gadis itu bukanlah anak kandungnya. 

“Ibu tak kisah semua itu.Sudah menjadi tanggungjawab ibu dan ayah untuk membesarkan Aryana. Lagipun itu adalah amanah arwah mama dan papa Aryana dekat kami. Ibu dan ayah hanya menunaikan amanah mereka.” Ucap Puan Atikah.

Aryana tersenyum mendengarnya lalu melentokkan kepalanya diatas bahu Puan Atikah.“Arya tahu. Tapi Arya nak juga balas jasa ibu dan ayah. Arya tak sempat nak balas jasa arwah mama dan papa semasa mereka masih hidup. Sekarang Arya hanya ada ibu dan ayah, so Arya harap ibu dan ayah tak halang niat Arya ini.” Ujar Aryana sambil menahan sebak di dada.

Puan Atikah terkedu mendengarnya. Dia tahu gadis itu amat merindui kedua orang tuanya. Dia telah menjaga Aryana seperti amanah yang telah ditinggalkan. Semua perbelanjaan Aryana ke universiti adalah wang peninggalan mereka. Jika diikutkan pekerjaan suaminya, dia tidak mampu untuk menghantar Aryana melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ibu dan ayah takkan halang niat Arya. InsyaAllah adalah rezeki nanti. Arya dah cari kerja ke?”

“Tak lagi?Nanti siapa nak jaga ibu bila Aryana dah kerja?”

“Soal ibu janganlah risau. Pandai-pandailah ibu jaga diri nanti.”

“Mana boleh? Arya takkan tinggalkan ibu sorang-sorang kat rumah. Nanti kalau jadi apa-apa kat ibu macam mana? Siapa yang susah?”

“Ibu dah sihat. Arya jangan lah risau.”

Aryana menggelengkan kepalanya. “Arya rela duduk kat rumah teman ibu. Arya boleh cari kerja yang boleh buat kat rumah?”

Puan Atikah mengerutkan dahinya. “Kerja kat rumah? Kerja apa?”

“Alah, zaman sekarang ni kan dah moden ibu. Kerja onlinelah.”

On… on apa?”

Online. Alah kerja guna telefon tu.”

Online? Macam mana tu?”

 “Sekarang ni banyak aje kerja online ni ibu. Tak pun Arya buat kuih ke?”

Puan Atikah ketawa. “Pandai ke anak ibu ni buat kuih. Masak pun tak tahu.”

Aryana memcuka. “Sampai hati ketawakan Arya. Alah ibu boleh tolongkan. Nanti Arya cubalah belajar buat.”

“Okeylah ibu minta maaf. Ibu tak kisah Arya nak kerja apa? Ibu tetap sokong anak ibu ni.Puteri ibu ni sorang aje tau!” ujar Puan Atikah sambil mencubit pipi Aryana.

“Auch!”Aryana menggosok pipinya lalu merebahkan kepalanya di atas pah Puan Atikah. Dia senang hati dengan layanan ibunya. Sejak kecil lagi dia sudah rapat dengan Puan Atikah. Kini hubungan mereka semakin rapat sejak dia diasuh oleh Puan Atikah sepenuhnya.

Puan Atikah membelai rambut Aryana. Gadis itu suka dimanjai olehnya. Walaupun Aryana hanya anak saudara suaminya. Namun dia telah menganggap gadis itu seperti anak kandungnya sejak dia tinggal bersamanya setelah ibu bapa Aryana meninggal dunia. Bapa Aryana adalah abang kepada suaminya. Oleh kerana mereka hanya dua beradik. Aryana diambil sebagai anak angkat. Ibu Aryana pula adalah anak yatim piatu.

Walaupun begitu, dia amat menyayangi Aryana sepenuh hatinya. Dia tidak berpeluang untuk mempunyai anak sendiri. Dia tidak dapat mengandung lagi setelah rahimnya dibuang setelah mengalami keguguran. Aryana memang seorang anak yang manja sejak lahir lagi, dia sudah rapat dengannya. Kini dia adalah ibu kepada Aryana walaupun tidak mampu menandingi kasih arwah ibunya. Puan Atikah berusaha untuk berikan yang terbaik buat Aryana.

Wajah Aryana saling tidak ubah seperti arwah ibunya. Dia masih teringat perbualanya dengan arwah sebelum dia pergi. Masih terngiang-ngian di cuping telinganya pesanan arwah kepadanya. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, namun terasa seperti baru semalam mereka pergi meninggalkan dunia ini.

           

PUAN Suryati ralit melihat Aryana sedang tekun menelaah buku. Aryana sedang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dia hanya mampu tersenyum melihat ketekunan anaknya belajar. Aryana membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang begitu baik. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang puteri yang cukup sempurna baginya. Walaupun tidak berpeluang untuk memiliki anak lelaki, tetapi dia bersyukur atas kurniaan Ilahi.

Nur Aryana Solehah nama yang beri.Sungguh indah namanya. Wajahnya cantik tidak ubah sepertinya. Sikapnya yang peramah dan baik budi bahasanya. Aryana diajar hidup bersederhana, walaupun diamampu memberikan kemewahan kepada anaknya, namun dia tidak mahu mengajar anaknyamengejar kemewahan. Dia mahu Aryana belajar hidup susah agar dia mampu merasaikesusahan orang lain.

 “Jauhnya termenung,”sapa Puan Atikah lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Eh, kak long.”

"Apa yang difikirkan tu, Yati?”

“Tak ada apa-apalah kak long,”ujar Puan Suryati cuba mengusir perasan resah di hati.

“Ceritalah. Ika sedia mendegarnya.” Puan Atikah tersenyum.

Puan Suryati mengeluh. Dia menariknafas panjang. “Entahlah kak, hati ni rasa tak sedap aje dua, tiga hari ni?”

“Kenapa?” 

“Tak tahulah. Rasa macam ada sesuatunak terjadi.”

Puan Atikah menggosok bahu Puan Suryati perlahan. “Jangan difikirkan sangat. InsyaAllah tiada apa yangberlaku.”

Puan Suryati meraih tangan PuanAtikah. Dia merenung wajah kakak iparnya itu. Dia menarik nafas perlahankemudian menghembusnya dengan perlahan. Dia cuba menenangkan hatinya yangkegelisahan. “Akak, Yati nak pesan sikit boleh?”

“Apa dia?”

“Akak, andai terjadi apa-apa dekat Yati dan abang Amir. Akak tolong jagakan Arya.”

Puan Atikah terkejut mendengarnya.Dia mengenggam erat tangan Suryati. “Yati, kenapa cakap macam ni? InsyaAllahtiada apa yang berlaku.”

 “Akak, please,”rayu Puan Suryati.

“Yati, akak pun dah anggap Arya tu macam anak akak sendiri. Dia pun panggil akak ni ibu. Yati janganlah fikir yang bukan-bukan.”

Puan Suryati mengusap wajahnya.Hatinya terasa tidak enak beberapa hari ini. “Akak, janji dengan Yati,”ujar Puan Suryati dengan penuh harapan. Dia tersenyum apabila Puan Atikah menganggukkan kepalanya. Dia mengenggam erat tangan kakak iparnya. “Janji akak akan jaga Arya sampai hujung nyawa akak. Yati takut, Yati tak sempat melihat dia dewasa. Ajal maut bukan di tangan kita. Mana tahu tetiba Yati pergi dulu.”

“Hish! Apa cakap macam tu.InsyaAllah, Yati berpeluang membesarkan Arya sendiri.” 

“Janjilah akak!”

“Ya, Yati. Akak janji akan jaga Aryamacam anak akak sendiri. InsyaAllah kita sama-sama menjaga dia.”

“Terima kasih akak,”ujar PuanSuryati lalu memeluk birasnya.

Puan Atikah membalas pelukan. Dia menggosok perlahan-lahan belakang Puan Suryati. Dia amat bersyukur kerana mempunyai biras yang amat baik. Malah tidak kisah anak saudaranya memanggilnya ibu.

 “Ibu!!!”

Panggilan Aryana menyedarkan Puan Atikah ke alam nyata. Dia menoleh ke arah anaknya. ‘Yati, alhamdulillah Aryana membesar dengan baik di samping akak dan abang Fuad. Akak dah tunaikan tanggungjawab akak, menjaga Aryana dengan penuh kasih sayang. Kini Aryana baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak,’hatinya berbicara.

Puan Atikah tidak menyangka itulah pesanan terakhir arwah sebelum meninggal dunia. Ketika itu Aryana baru saja tamat menduduki peperiksaan. Alhamdulillah Aryana mampu menerima kenyataan ibubapanya telah pulang ke rahmatullah dengan hati yang terbuka.

Aryana melambaikan tangannyadihadapan ibunya. “Ibu!”

 “Ya?”

“Arya cakap dengan ibu tadi. Ibu takdengar ke?”

“Apa?”

“Ibu ni mengelamun aje. Dah nak mahgrib, jom masuk.”ujar Aryana sambil menarik tangan ibunya.

“Ya!Sekejaplah!” Puan Atikah segera melangkah membontoti Aryana. 
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu