Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,465
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4


Ivan menarik kerusi di sebelah Karl. Dia dan lelaki itu mengambil kos yang sama iaitu dalam bidang peragaan dan fesyen.

“Kenapa lambat?” soal Karl.

“Lewat bangun,” balas Ivan dengan senyuman. Karl mengangguk.

“Aku dengar fakulti kita nak buat pertandingan peragaan untuk tema Bohemian. Kau nak ikut?” soal Karl lagi.

“Bila?” tanya Ivan pula sambil membalas pandangan lelaki itu.

“Bulan depan,” balas Karl.

“Ada juri luar yang akan datang nanti. So, yang menang pasti cerah masa depan,” sambungnya sambil tergelak kecil. Ivan tersenyum.

“Kau ikut ke?” soalnya. Karl mengangguk. Dia memang sudah jatuh hati dengan dunia peragaan sejak remaja lagi. Walaupun peluangnya banyak di luar sana namun dia tetap mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya ini.

“Kalau kau dah ikut maksudnya tak ada lagi pemenang lain selain kau,” kata Ivan. Karl tergelak kecil.

“Tak lah. Dalam kelas ni aje ramai yang dah menempah nama kat luar sana. Nampak tak pelajar yang duduk depan tu? Larry tu baru minggu lepas dapat sign dengan Prada. Sebelah tu Lisa juga kelmarin ada post kat Ig. Dia dengan Versace,” balasnya.

“Kau pun apa kurangnya. Dulu pernah dengan Prada dan Fendi kan?” kata Ivan separuh menyoal. Karl hanya tersenyum.

“So, macam mana kau dan Nell?” soalnya ingin tahu.

“Maksud?” soal Ivan dengan kening berkerut.

“Aku tahu kau dan dia dah putus. Tak nak sambung semula ke?” soal Karl separuh mengusik.

“Ingat tali ke?” balas Ivan. Karl tergelak lagi. Ivan menarik nafas panjang. Dia memang tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Kenal tak dengan Hana? Pelajar yang satu kelas dengan bahasa Korea kita tu,” kata Karl separuh mengingatkan. Ivan tersenyum. Siapa yang tidak kenal dengan gadis comel itu. Sejak sekelas dengan Hana, tidak ada sesiapa yang sedar dia sering mencuri pandang ke arah gadis itu. Jika bukan dalam kelas, dia selalu terserempak dengan gadis itu di cafe dan perpustakaan.

“Kenal. Kenapa?” soalnya ingin tahu. Karl mengangguk sambil tersenyum. Berkerut kening Ivan memandang telatah lelaki itu.

“Kau minat dia ke?” soal Karl separuh mengusik. Bukan dia tidak perasan yang Ivan sering memerhatikan Hana. Ivan tergelak kecil.

“Aku simpan dulu jawapan tu,” balasnya sambil memandang ke hadapan apabila melihat pensyarah mereka yang baru melangkah masuk. Karl sekadar tersenyum.

                              *****

Jamiel memandang Nelly yang sedang mencatat sesuatu dalam buku notanya.

“Nell, tell me. Kenapa tiba-tiba kembali?” soalnya ingin tahu. Sudah lama dia menahan diri untuk bertanyakan hal tersebut. Biasanya gadis itu akan berkongsi dengannya. Namun kali ini Nelly hanya membisu. Nelly membalas pandangan lelaki itu.

“Kenapa tiba-tiba nak tahu?” soalnya semula. Jamiel tergelak kecil. Nasib baik mereka duduk di bahagian belakang kelas. Jika tidak tentu suaranya sudah kedengaran.

“Sebab Ivan ke?” soal Jamiel tanpa menjawab pertanyaan gadis itu. Marqen yang duduk di sebelah kiri Jamiel hanya menggeleng melihat telatah rakannya itu.

“Mungkin,” balas Nelly dengan senyuman. Jamiel dan Marqen saling berpandangan.

“Miel, ada apa-apa berlaku pada Ivan semasa saya tak ada?” soal Nelly pula.

“Tak ada pula,” balas Jamiel. Marqen tidak mencelah saat mendengar jawapan Jamiel. Ada sebab lelaki itu terpaksa menipu Nelly.

“Tak apalah. Nell cuma pelik Ivan dah tak macam dulu,” balas Nelly dengan nada perlahan. Jamiel tidak membalas kata-kata gadis itu. Dia pura-pura sibuk membuka buku di depannya. Marqen turut memilih untuk mendiamkan diri.

                                *****

Kaira menghampiri Hana yang sedang leka dengan lukisannya. Dia dan gadis itu sekelas namun ini kali pertama dia akan menegur Hana.

“Hana,” tegurnya. Hana menoleh. Kaira tersenyum memandangnya.

“Ya,” jawab Hana. Dia memang perasan dengan kehadiran gadis itu di dalam kelasnya, namun tidak pula dia pernah bertegur sapa dengannya.

“Saya Kaira,” Kaira memperkenalkan diri. Hana mengangguk.

“Hana dan Karl ada apa-apa ke?” soal Kaira tanpa bertapis lagi. Hana agak terkejut dengan soalan gadis itu.

“Maksud? Saya tak faham,” balasnya yang kurang senang dengan tingkah laku gadis itu.

Dah kenapa minah ni? Tak pernah tegur aku, bila tegur macam nak makan orang pun ada

Hana mengomel dalam hati.

“Awak dan Karl kawan atau lebih daripada tu?” balas Kaira kini dengan riak wajah serius. Dia agak meluat apabila melihat riak wajah terkejut gadis itu.

“No, kami bukan kawan,” balas Hana ringkas sambil menyambung kerjanya semula. Kaira mula tersenyum.

“Awak jangan salah faham tahu. Saya just tanya aje,” katanya sebelum menepuk lembut bahu Hana. Hana sekadar tersenyum. 

Pula!

                                   *****

Hana hanya memandang minuman tin perisa lemon tersebut. Wajah Karl yang terpampang pada badan tin tersebut agak mengganggunya.

Famous juga mamat ni. Aku tak perasan pun.

“Jangan tenung lama sangat. Nanti jatuh hati. Awak juga yang susah nanti,” tegur Karl sambil mula mengambil minuman dari mesin air. Hana agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

“Tak ada kelas?” soal Karl sambil memandang gadis itu.

“Sekarang masa lunch,” balas Hana sambil membuka tin tersebut. Karl tersenyum lantas duduk di sebelah gadis itu.

“Tak lunch?” soalnya pula. Hana membalas pandangan lelaki itu. Jika dia amati wajah Karl, boleh tahan juga.

Patutlah budak Kaira tu minat kat kau. Tak pasal-pasal aku pula kena siasat.

Hana mendengus perlahan. Terangkat kening Karl melihat reaksi gadis itu. Entah apa yang difikirkan oleh Hana.

“Awak pula buat apa kat sini?” soal Hana semula tanpa senyuman. Entah mengapa jika terpandang saja lelaki itu, hatinya panas tidak tentu pasal. Karl tersenyum. Lesung pipit kiri dan kanan pipinya jelas terserlah. Hana mengalihkan pandangannya.

Mana Juju ni!

Hana memandang sekeliling berharap kelibat Juju kelihatan.

“Saya tak suka lunch,” balas Karl perlahan.

“Tak lapar ke?” soal Hana dengan kening berkerut.

“Dah biasa,” balas Karl dengan senyuman. Hana terdiam.

“Hana,” panggilnya. Hana membalas pandangan lelaki itu.

“Saya rasa awak perlukan saya. Tu pun kalau awak nak dekat dengan Ivan,” sambung Karl kini tersenyum nakal. Hana terkedu.

“Hana,” panggil Juju yang sedang berjalan menghampiri mereka. Hana dan Karl serentak memandang gadis itu.

“Hi, Karl,” sapa Juju.

“Hi,” balas Karl dengan senyuman. Dia mendekatkan diri dengan Hana lalu membisikkan sesuatu. Bulat mata Hana dengan tingkah laku lelaki itu. Karl tersenyum sambil bangun.

“Bye,” ucapnya pada Juju. Juju tersenyum lebar. Dia memandang semula Hana selepas Karl berlalu.

“Dia bisik apa?” soalnya yang jelas teruja. Hana mendengus perlahan.

“Jom,” balasnya tanpa menjawab. Dia bangun lantas berlalu. Juju tersengih mengikut langkah gadis itu.

                                 *****

“Kau dan Karl ada apa-apa ke?” soal Juju dengan senyuman. Hana berhenti melangkah. Dia memandang gadis itu.

“Ju, sorry pasal pagi tadi. Aku emosi,” ucapnya dengan perasaan bersalah.

“Aku faham. Aku bukan kenal kau semalam. Aku pun minta maaf juga. Aku tak berniat nak sokong sesiapa. Aku just cakap benda yang betul,” balas Juju. Hana tersenyum mengangguk. Dia kenal sangat dengan kawan baiknya itu. Juju memang jujur orangnya.

“Jom, aku ada kelas lagi lepas ni,” ajaknya sambil melangkah senula.

“Kau belum jawab soalan aku lagi,” kata Juju sambil menurut langkah gadis itu.

“Soalan mana? Pasal Karl? Penatlah nak jawab soalan tu. Kau ada nampak aku lepak dengan Karl ke?” balas Hana geram. Juju tergelak kecil.

“Ada, baru aje tadi,” usiknya. Bulat mata Hana memandang gadis itu. Juju tergelak besar. Suka benar dia mengusik gadis itu.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.