Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,457
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 26


Karl memandang Nelly dengan kening berkerut.

“Kenapa? Salah ke Nell beritahu perempuan tu?” soal Nelly dengan selamba tanpa rasa bersalah.

“Hubungan Iv dan Hana dah putus sebab awak. Masih tak puas hati?” balas Karl cuba menahan sabar. Nelly tergelak lecil.

“Karl marah ni sebab saya dah buat hubungan mereka putus atau sebab saya beritahu Hana pasal kita?” soalnya lagi dengan senyuman sinis.

“Semua orang tak senang dengan apa yang awak dah buat Nell. Awak pentingkan diri sendiri. Awak sendiri tahu yang Iv sayangkan Hana. Sampai hati awak buat macam ni. And one more thing, pasal kita? Ayuh, Nell. Honestly, saya agak menyesal kenal awak,” balas Karl dengan wajah serius. Nelly agak terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Betul ke yang berdiri di hadapannya itu Karl? Karl yang dikenalinya tidak akan sekejam itu!

“Sampai hati Karl...,”

"Diam! Saya tak nak awak dekat dengan Hana lagi. Saya tak tahu akan buat apa kalau awak buat benda yang tak elok pada Hana lagi!” pintas Karl sebelum berlalu pergi. Dada Nelly terasa sebak.

                                   *****

“Kau masih marahkan aku?” soal Juju.

“Kau call aku sebab nak tanya tu je?” soal Hana semula. Juju tersenyum.

“Kenapa tak datang kolej?” soal Hana semula.

“Semalam aku jumpa someone. Anak kawan papa aku,” beritahu Juju.

“Tunggu, kenapa? Kau nak kahwin ke?” soal Hana agak terkejut. Juju hanya tergelak.

“Taklah. Kau tak jawab lagi soalan aku tadi. Kau masih marahkan aku? Sorry, aku tak sepatutnya cakap macam tu. Aku tahu kau bukannya nak perpisahan tu berlaku,” balasnya dengan perasaan bersalah. Hana menarik nafas berat.

“Bukan salah kau. Ju, ada dua tahun lagi kita nak tamatkan pengajian. Saya rasa nak stop dulu,” katanya.

“Berhenti? Maksud? Kau nak berhenti study ke?” soal Juju bertalu.

“Ya. Aku nak fokus dengan syarikat,” balas Hana.

“Tapi macam mana dengan cita-cita kau? Kau nak jadi pelukis Hana. Kau dah lupa?” soal Juju dengan kening berkerut. Hana tergelak kecil.

“Aku tak lupa Ju. Aku boleh aje melukis kalau ada masa terluang. Atau boleh aje aku ambil kelas online,” balasnya.

“Ni sebab Nelly ke?” soal Juju lagi masih tidak berpuas hati.

“Mungkin juga. Aku tak boleh nafikan sebab tu. Tapi aku memang dah rancang sejak balik dari Milan hari tu. Banyak benda aku nak kena belajar Ju. Aku tak nak syarikat papa hancur macam tu aje,” balas Hana dengan senyuman. Kedengaran Juju mengeluh berat.

“Kalau kau rasa tu yang terbaik, aku sebagai kawan akan sentiasa menyokong kau. Walaupun aku sangat berat hati nak lepaskan kau,” katanya dengan nada sayu. Hana tergelak kecil mendengar kata-kata gadis itu. Dia menarik nafas panjang. Sudah seminggu dia fikirkan pasal itu. Dia sudah nekad. Cuma dia agak risau akan reaksi ibunya. Bagaimana pula dengan papanya? Hana mula risau memikirkan hal tersebut.

“Jumpa esok. Selamat malam,” ucap Juju.

“Okay,” balas Hana sambil menutup telefonnya. Semoga kedua orang tuanya itu tidak terkejut dengan keputusannya.

                                   *****

Selepas Jamiel dan Marqen berlalu, Karl memandang Ivan semula. Wajah lelaki itu jelas kelihatan sugul.

“Iv,” tegurnya. Ivan membalas pandangan rakannya itu.

“Apa yang perlu aku buat untuk bantu kau?” soal Karl ikhlas. Ivan menarik nafas berat.

“Jauhi Hana,” balasnya perlahan namun tegas. Karl terkedu.

“Aku tahu kau ada hati pada Hana. Cuma selama ni aku buat tak tau aje sebab aku tahu kau tak akan rampas Hana. Tapi aku hairan Karl. Kenapa mesti orang yang aku sayang? Ramai lagi kot gadis kat luar sana. Kenapa mesti Hana?” soal Ivan dengan perasaan sebak.

“Iv...,”

“Aku akan pujuk Hana semula. Aku tak akan berputus asa. Jadi, aku minta jangan dekat dengan Hana,” pintas Ivan sebelum bangun dari kerusi lantas berlalu. Karl bersandar pada kerusinya dengan perasaan bersalah.

Aku tak pernah berniat nak rampas Hana.

                                 *****

Puan Irdina memandang rambut ke arah Ivan yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

“Awal Iv balik hari ni,” tegurnya. Ivan tersenyum hambar.

“Iv tak berapa sihat mama,” balasnya.

“Dah pergi klinik?” soal puan Irdina semula.

“Dah telan ubat tadi. Mama jangan risau. Sekejap lagi okay ni,” balas Ivan sambil duduk di atas sofa. Puan Irdina mengeluh perlahan.

“Semalam Iv balik lewat. Petang ni nak pergi photoshoot juga?” soalnya risau. Ivan yang sedang memejamkan mata hanya tersenyum.

“Iv tu muda lagi tau. Iv kena jaga kesihatan,” nasihat Puan Irdina. Ivan membuka matanya.

“Baik mama,” balasnya sambil bangun semula.

“Iv naik dulu. Mama kejutkan Iv ya petang ni. Risau pula terlajak,” pesan Ivan sebelum berlalu naik ke tingkat atas. Puan Irdina hanya mengangguk. Risau juga dia melihat keadaan anak lelakinya itu. Sejak seminggu yang lalu, Ivan kelihatan tidak ceria. Bila ditanya jawapannya tetap sama. Cuma penat. Apabila dia meminta lelaki itu untuk berehat daripada photoshoot , tidak pula Ivan mahu. Katanya sayang dengan peluang orang beri. Puan Irdina mengeluh perlahan. Dia seperti tidak percaya dengan alasan lelaki itu. Ivan kembali seperti dulu. Menyibukkan diri dengan kerja semata-mata mahu melupakan Nelly. Akibat terlalu sibuk, lelaki itu jatuh sakit. Dia tidak akan biarkan ia berulang semula. Puan Irdina mencari telefonnya. Dia perlu mencari punca Ivan bersikap sedemikian.

                                 *****

Hana tersenyum memandang Juju.

“Kau dah nekad?” soal Juju masih berharap gadis itu cuma bergurau dengannya semalam. Hana mengangguk.

“Baiklah,” kata Juju akhirnya.

“Aku dah jumpa dengan pengetua tadi,” beritahu Hana.

“Cepatnya kau buat kerja. Patutlah kau menghilangkan diri tadi,” balas Juju dengan kening berkerut. Hana hanya tersenyum.

“Mom kau dah tahu ke? Papa kau?” soal Juju bertalu.

“Mereka tak tahu. Aku tak rasa mereka akan marah dengan keputusan aku,” jawab Hana. Terangkat kening Juju.

“Yelah, anak kesayangan,” katanya separuh mengusik. Hana tergelak.

“Aku rasa bersalah juga. Tapi aku yakin mereka akan faham.” Juju mengangguk.

“Ivan?” soalnya.

"Habis. Kita dah habis," balas Hana. Juju mengangguk lagi. Nampaknya gadis itu sudah benar-benar nekad.

                                   *****

Juju menghalang langkah Karl. Hana sudah balik sebentar tadi Gadis itu kata dia tidak akan masuk kelas petang ini. Minggu ini adalah minggu terakhir Hana berada di kolej itu. Cepat sangat gadis itu membuat keputusan.

“Kenapa Ju?” soal Karl yang agak hairan dengan telatah gadis itu.

“Maaf. Ivan tak datang ke? Saya tak nampak pun,” soal Juju.

“Ada tapi dah balik. Dia tak sihat,” balas Karl.

“Hana minggu lepas ni. Dia nak berhenti,” beritahu Juju. Karl terkedu.

“Sebab Iv ke?” soalnya dengan nada perlahan. Juju gembira.

“Dia nak fokus dengan syarikat. Saya yakin Ivan tak tahu lagi pasal ni. Nanti awak beritahu dia ek,” balasnya separuh meminta. Karl terdiam. Bagaimana dia hendak memberitahu lelaki itu jika sejak awal lagi Ivan sudah memberitahunya supaya tidak mendekati Hana.

“Saya rasa baik Hana sendiri beritahu Iv,” kata Karl.

“Awak tahu kan mereka dah...,”

“Kalau macam tu baik tak payah beritahu Iv. Lagipun mereka dah takde apa-apa. Betul tak? Sorry, saya pergi dulu. Jumpa lagi,” pintas Karl sebelum berlalu pergi. Terkebil-kebil Juju memandang langkah lelaki itu.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.