Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,488
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 29

“Kau okay?” soal Marqen dengan kening berkerut. Wajah Ivan agak pucat.

“Kau dah pergi hospital ke?” soal Jamiel pula yang turut risau. Ivan tergelak kecil.

“Aku okay. Korang jangan risau. Aku baru bangun ni. Tu yang nampak agak serabai,” balasnya. Marqen dan Jamiel saling berpandangan.

“Dah tu kenapa tak masuk kelas?” soal Marqen tidak berpuas hati.

“Kau jangan nak beritahu aku pula yang kau nak berhenti,” celah Jamiel. Ivan tersenyum hambar.

“Berhenti? Sebab apa? Sebab aku dah hilang akal?” soalnya separuh bergurau.

“Bukan macam tu...,” Marqen berdehem perlahan.

“Iv, kita dah lama berkawan. Hidup mesti diteruskan. Kau tak boleh menyerah macam tu aje,” pintas Jamiel. Ivan bangkit dari sofa sambil melangkah ke arah beranda biliknya.

“Mana Karl?” soalnya. Marqen dan Jamiel berpandangan lagi.

“Dia kirim salam. Dia tak dapat datang,” balas Marqen. Ivan tersenyum. Sejak dia memberi amaran kepada Karl, lelaki itu seakan-akan cuba mengelak daripadanya. Dia tidak salahkan Karl. Dia juga akan melakukan perkara yang sama lepas ini. Kali ini dia sukar untuk bertentang mata dengan sahabatnya itu. Dia terluka. Dia sangat percaya pada Karl.

tapi...,

“Iv,” panggil Jamiel apabila melihat lelaki itu hanya membisu.

“Next week aku akan masuk kelas,” balas Ivan sambil berpaling memandang rakan-rakannya. Marqen dan Jamiel serentak menjawab.

“Jangan nak ponteng pula,” usik Marqen. Ivan tergelak kecil. Jamiel lega namun dalam masa yang sama dia turut simpati pada lelaki itu. Ivan sedaya upaya cuba menyembuhkan luka hatinya saat itu.

                                 *****

Berkerut kening Karen memandang Karl.

“Awak sihat nak?” soal Larry pula. Karl tersenyum.

"Saya baik. Karl cuma nak habiskan pengajian kat sana. Lagipun Karl dah sign beberapa kontrak kat sana," balas Karl.

“Tanpa persetujuan saya?” soal Karen dengan perasaan sebak. Dia bukannya menghalang lelaki itu namun dia masih tidak boleh berpisah lama dengan Karl. Selepas lima tahun berkahwin dengan Larry, barulah Karl hadir dalam hidup mereka. Selama ini mereka tidak pernah berpisah dalam tempoh masa yang lama. Namun keputusan Karl yang mahu menyambung pengajiannya di Itali adalah sesuatu di luar jangkaannya. Karl menyentuh lembut jemari wanita itu.

“Mommy, selama ni mom dan dad sentiasa sokong apa aje yang Karl buat. Dan saya sangat menghargainya. Karl beruntung ada ibu dan ayah. I'm sorry sebab buat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu. Please, benarkan Karl pergi mom, dad. Karl janji akan buat yang terbaik,” katanya separuh meminta.

“Ayah okay. Saya tahu awak sentiasa baik. Tapi mom tak mungkin boleh berpisah dengan Karl. Itulah sebabnya dia memilih untuk menjadi pengurus anda. Sebab mom nak sentiasa ada dengan Karl,” kata Larry sambil memandang Karen yang hanya membisu. Karl menggenggam erat jemari ibunya.

“Mak...,” pujuknya.

“Saya boleh lepaskan awak. Tetapi beritahu saya apa sebabnya?” soal Karen dengan perasaan sebak. Karl tersenyum.

“Karl nak berjaya mom. Karl juga nak ada bayaran sendiri. Karl tak naklah sampai tua asyik ke hulu ke hilir sebab photoshoot aje. Sekurang-kurangnya saya ada jenama sendiri,” balasnya. Karen menarik nafas panjang. Jika difikirkan alasan anaknya itu memang logik juga.

“Kalau tu dah impian Karl, ibu benarkan,” balasnya dengan berat hati. Karl tersenyum lebar. Dia memeluk wanita itu.

"Terima kasih mak. I love you," ucapnya dengan perasaan sebak. Larry menepuk lembut bahu anak lelakinya itu. Dia bangga dengan Karl.

                                 *****

Puan Irdina hanya memandang Ivan yang sedang termenung. Dia meletakkan buku di tangannya sambil membuka cermin mata.

“Iv,” tegur Puan Irdina. Ivan membalas pandangan ibunya. Dia tersenyum hambar.

“Apa yang mama boleh bantu?” soal Puan Irdina yang simpati melihat keadaan anaknya itu.

“Saya okey,” balas Ivan. Puan Irdina memandang.

“Dah seminggu tak masuk kelas. Okay ke macam tu?” balasnya dengan riak wajah tidak puas hati. Ivan mengeluh perlahan.

“Iv dah kehilangan Hana. Tapi Iv kena ingat, Iv masih ada mama dan papa,” kata Puan Irdina.

“Maaf mama,” ucap Ivan dengan perasaan bersalah. Dia sedar sudah membuatkan orang tuanya risau.

“Kuatkan semangat tu Iv. Tak semua yang kita impikan akan jadi milik kita. Ni dah dua kali berlaku. Mama harap lepas ni Iv lebih berhati-hati,” nasihat Puan Irdina. Dia sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Ivan memang tidak sempurna namun tidak semestinya dia dipermainkan sekali lagi.

“Boleh Iv tahu? Macam mana mama tahu pasal Iv dan Hana?” soal Ivan yang mula sedar. Seingatnya dia tidak pernah memberitahu wanita itu mengenai perpisahannya dengan Hana.

“Mama tanya Karl. Kalau nak harap Iv, memang tak lah,” balas Puan Irdina selamba. Ivan terdiam.

“Jangan nak marah Karl pula. Mama yang paksa Karl beritahu mama,” sambung Puan Irdina separuh meminta. Ivan hanya tersenyum hambar.

                                      *****

Terangkat kening Marqen memandang lelaki itu.

“Kau serius ke?” soalnya masih tidak percaya. Karl mengangguk sambil menyusun buku-bukunya.

“Lepas final exam,” balasnya.

“Jauhnya Itali tu,” rungut Marqen. Karl hanya tersenyum.

“Kenapa? Sebab Ivan?” soal Marqen dengan kening berkerut. Karl hanya diam tidak menjawab.

“Aku tak sokong sesiapa. Kalau kau rasa ni yang terbaik untuk masa depan kau, aku akan sokong,” sambung Marqen sambil menepuk bahu lelaki itu.
“Terima kasih Mar,” ucap Karl. Dia agak lega bila lelaki itu berhenti bertanya.

                                *****

“Hai Karl,” sapa Kaira. Marqen bangun dari kerusinya.

“Jumpa kat kelas petang ni,” katanya sebelum berlalu. Karl hanya memandang langkah lelaki itu. Kaira menarik kerusi di hadapan Karl.

“Hai,” sapanya lagi. Karl membalas pandangan gadis itu.

“Lama tak nampak awak,” balas Karl sambil menyambung kerjanya semula. Kaira tersenyum. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu menyedari hakikatnya.

“Saya baru masuk kelas last week. Awak sihat?” soal Kaira. Dia merenung wajah yang dirinduinya itu.

“Okey aje. Kenapa lama tak masuk kelas?” soal Karl pula.

“Tak sihat,” balas Kaira. Karl memandang wajah gadis itu semula. Kaira memang tidak faham akan maksud putus asa.

“Kaira, saya tak nak ulang banyak kali. Awak dah cukup faham. Tolong berhenti menghantar saya panggilan atau teks,” katanya dengan nada tegas. Dia tidak mahu gadis itu menyimpan harapan padanya. Kaira tersenyum.

“Awak tak pernah balas my text. Call pun tak angkat,” balasnya cuba menghilangkan rasa kecewanya. Karl mengeluh.

“Kali ni sebab apa pula? Hana dah takde kat sini,” soal Kaira dengan nada perlahan.

“Jangan libatkan Hana dalam hal ni,” balas Karl dengan kening berkerut. Kaira tergelak kecil. Dia bangun semula.

“Saya tak akan berputus asa dengan awak. Jumpa lagi lepas kelas petang ni,” katanya sebelum berlalu dengan senyuman. Karl merasakan perasaan

                                *****

Nelly tersenyum lebar melihat kelibat Ivan. Dia berjalan pantas menghampiri. Marqen dan Jamiel saling berpandangan.

“Hi guys,” sapa Nelly sambil duduk di sebelah Ivan. Kerusi tersebut merupakan kerusi Karl.

“Mana Karl?” soal Nelly sambil memandang Ivan yang langsung tidak mengendahkan kehadirannya.

“Tak sampai lagi,” balas Jamiel sambil memberi isyarat kepada Nelly untuk berpindah tempat. Nelly hanya tersenyum sinis melihat isyarat lelaki itu.

“Saya sihat?” soalnya lagi. Ivan masih membisu.

“Iv,” tegur Nelly sambil menyentuh lengan lelaki itu. Ivan pantas menepis. Matanya tajam memandang gadis itu. Nelly terkedu.

"Jauhkan diri daripada saya!" katanya sebelum bangun lantas berlalu. Jamiel dan Marqen berpandangan semula.

“Nell, tolong jangan ganggu Iv dulu. Dia masih dalam proses nak kembali seperti dulu,” nasihat Marqen sebelum bangun dari kerusinya lantas mengejar langkah Ivan. Nelly diam tidak membalas. Dia masih terkejut dengan reaksi Ivan sebentar tadi. Jamiel hanya melihat gadis itu.

Previous: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.