Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,535
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5


Puan Haryati menghidangkan jus oren dan sepinggan kek perisa coklat yang dibuatnya sendiri. Hana tersenyum.

“Thanks mama,” ucapnya sambil mencapai kek coklat tersebut. Puan Haryati tersenyum sambil menarik kerusi di depan gadis itu.

“Papa kata apa hari tu?” soalnya dengan nada lembut. Hana terdiam sejenak.

“Mama minta maaf. Mama lupa nak beritahu Hana. Papa sekarang dah tak macam dulu. Dia bergantung pada kerusi roda untuk bergerak,” beritahu Puan Haryati.

“Sebab apa?” soal Hana ingin tahu.

“Papa kemalangan setahun yang lalu. Mama tak beritahu Hana sebab papa tak nak Hana tahu,” balas puan Haryati. Hana mengeluh.

Papa kemalangan?

“Hana, mama tahu Hana masih marah papa. Tapi sekarang papa perlukan Hana. Beri papa peluang,” sambung Puan Haryati separuh memujuk.

“Bukan Hana tak nak. Tapi papa nak Hana gantikan tempatnya. Mama sendiri tahu Hana tak minat dengan dunia perniagaan,” balas Hana dengan kening berkerut. Puan Haryati mengangguk faham.

“Mama faham. Tapi Hana juga kena faham. Papa cuma ada Hana. Honey tu hasil titik peluh papa sejak dia masih muda lagi. Dia usahakan Honey tu untuk Hana,” katanya dengan penuh harapan. Berkerut kening Hana membalas pandangan wanita itu.

“Kenapa dengan mama ni? Mama dah lupa apa papa dah buat pada kita dulu? Sekarang ni mama sedar tak? Mama sedang sokong papa,” katanya dengan perasaan kecewa. Puan Haryati menggeleng.

“Hana jangan salah faham. Mama cuma nak yang terbaik untuk Hana. Siapa nak jaga Hana kalau mama dah tak ada? Cuma papa yang mama boleh harap untuk jaga Hana. Please, jangan macam ni sayang,” balasnya masih ingin memujuk. Hana bangun dari kerusi.

“Hana nak naik. Ada kerja,” balas Hana sebelum berlalu. Puan Haryati mengeluh perlahan.

                               *****

Datuk Ismail memandang Jason.

“Aturkan semula pertemuan saya dan Hana hujung minggu ni,” katanya separuh mengarah.

“Baik Datuk. Ada apa-apa lagi?” soal Jason. Datuk Ismail menggeleng. Jason mengangguk sebelum berlalu. Datuk Ismail membuka laci meja lalu mengeluarkan album kecil. Dia tersenyum saat melihat wajah Hana semasa kecil. Menyesal pun sudah tidak berguna saat ini. Dia sudah terlanjur menyakiti hati gadis itu. Hana mungkin boleh menerima kehadirannya semula namun mustahil gadis itu boleh melupakan apa yang telah dia lakukan. Datuk Ismail mengeluh lagi. Bagaimana dia harus memujuk gadis itu semula?

                                *****

Hana melangkah lambat. Semalam dia tidak dapat tidur lena kerana memikirkan perbualannya dengan mamanya. Pagi ini pun mamanya lebih banyak mendiamkan diri tidak seperti biasa. Semasa dalam perjalanan ke kolej juga wanita itu hanya membisu. Hana pula yang serba salah untuk menegur. Hana mengeluh. Gelak ketawa pelajar yang berjalan di hadapannya menarik perhatiannya. Hana mengangkat wajahnya untuk melihat. Ivan dan kumpulannya. Pandangan Hana bertembung dengan Ivan. Lelaki itu tersenyum. Hana melarikan pandangannya.

“Korang pergi dulu,” kata Ivan sebelum berlalu menghampiri Hana. Karl mengangguk.

“Jom,” katanya sambil menarik lembut lengan Nelly untuk berlalu. Nelly yang terpinga-pinga hanya menurut. Jamiel dan Marqen mengikut dari belakang.

“Hi,” sapa Ivan. Langkah Hana terhenti. Dadanya berdebar kencang saat melihat wajah lelaki itu. Ivan tersenyum lebar.

“Nak apa?” soal Hana tanpa sedar. Dia menggigit bibir. Ivan tergelak kecil.

“Sorry,” ucap Hana yang jelas gelabah.

“Jom,” ajak Ivan sambil melangkah semula. Berkerut kening Hana memandang lelaki itu. Ivan menoleh semula apabila sedar yang Hana masih berdiri di tempatnya.

“Nak kena angkat ke?” soal Ivan separuh bergurau. Bulat mata Hana memandang lelaki itu. Dia mula melangkah.

“Kenapa nak kena tunggu saya pula. Saya tak minta pun,” katanya yang kurang selesa berjalan seiringan dengan lelaki itu. Sebenarnya bukan dia tidak suka dapat berjalan dengan Ivan. Namun mata-mata yang memandang mereka membuatnya sangat tidak selesa. Ivan tersenyum.

“Tak boleh?” soalnya. Hana tersenyum.

“Bukan macam tu. Saya cuma tak selesa,” balasnya jujur. Ivan mengangguk faham.

“Awak kena biasakan,” balasnya sebelum menolak pintu kelas. Dia memberi isyarat supaya Hana masuk dulu. Hana menurut dengan berat hati. Dia dapat merasakan setiap mata dalam kelas itu memerhatikan mereka. Hana menghampiri Juju yang tersengih menyambut kedatangannya. Ivan hanya tersenyum memandang langkah laju Hana. Dia berlalu ke tempatnya.

                               *****

“Siapa nama gadis tu?” soal Nelly sambil memandang tepat wajah Ivan. Sejak dalam kelas hinggalah mereka masuk ke dalam perpustakaan, dia menahan diri untuk bertanyakan soalan tersebut. Ivan membalas pandangan Nelly.

“Hana,” jawabnya tenang.

“Teman wanita?” soal Nelly lagi dengan riak wajah serius. Ivan terdiam mendengar soalan gadis itu. Nelly tidak ada sebab untuk marah kerana antara mereka sudah tidak ada apa-apa lagi.

“Kalau ya?” soalnya sengaja mahu menguji gadis itu. Nelly tersenyum.

“Saya tak percaya,” balasnya. Riak wajah Ivan berubah.

“Tak percaya apa? Nell, saya tak kisah awak percaya atau tak. Tapi sekarang urusan saya tak ada kena mengena dengan awak lagi. Yes, kita masih berkawan. Tapi saya dah letak limit,” balasnya dengan nada tegas. Dia bangun lantas berlalu. Nelly terkedu.

Dah letak limit?

                                   *****

Marqen memandang Karl yang sedang leka dengan telefonnya. Dia dan lelaki itu memilih untuk ke cafe apabila Ivan dan Nelly mahu ke perpustakaan. Jamiel pula sudah berlalu dengan teman wanitanya.

“Karl, siapa nama gadis yang Ivan jumpa pagi tadi?” soalnya ingin tahu. Gadis itu kelihatan agak serius namun comel. Tanpa sedar Marqen tersenyum sendiri.

“Hana. Kenapa?” soal Karl.

“So, tu ke gadis yang buat Ivan tak tenang sejak akhir-akhir ni?” tanya Marqen lagi. Karl mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia masih memandang telefonnya namun fikirannya menerawang jauh.

“Tapi aku tak nafikan. Hana memang cantik. Sesuailah dengan Ivan. Yang aku risau ni Nell aje,” kata Marqen sambil memandang telefonnya. Karl terdiam mendengar kata-kata rakannya itu.

                                     *****

“Hi,” sapa Kaira. Karl dan Marqen serentak menoleh. Kaira tersenyum memandang Karl. Marqen berdehem perlahan.

“Aku jalan dulu. Jumpa petang nanti,” katanya sambil berdiri. Karl hanya mengangguk tanpa membantah. Selepas Marqen berlalu Kaira mengambil alih tempatnya. Karl hanya memandang gadis itu tanpa berkata apa-apa.

“Ingat saya tak?” soal Kaira dengan senyuman. Karl tergelak kecil.

“Kolej ni bukannya besar sangat,” balasnya. Kaira ikut tergelak.

“Awak, saya minat kat awak,” katanya tanpa berselindung lagi. Karl agak terkejut mendengar pengakuan gadis itu. Dia ingin bersuara namun membatalkan niatnya apabila melihat kelibat Hana yang baru saja memasuki cafe.

“Sorry awak. Hari ni saya busy sikit,” kata Karl sambil bangun dari kerusi lantas berlalu menghampiri Hana. Kaira terkedu memandang langkah lelaki itu.

Seriously? Busy dengan Hana?

Kaira mendengus perlahan. Dia berlalu dengan perasaan geram.

                                      *****

“Hi,” sapa Karl sambil menarik kerusi di sisi gadis itu. Hana agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

“Buat apa kat sini?” soalnya. Karl tergelak kecil. Dia bersandar pada kerusinya. Wajah gadis itu ditatap penuh minat.

“Makan,” balasnya dengan senyuman nakal. Hana menggigit bibir.

“Awak bukan tak biasa lunch ke?” soalnya separuh memerli.

“Tak sangka awak ingat,” balas Karl dengan senyuman lebar.  Hana memandang sekeliling.

Juju ni asyik tak ada bila mamat ni ada.

“So, macam mana dengan Ivan? Dah jadi ke?” soal Karl sambil mula memandang telefonnya. Berkerut kening Hana memandang lelaki itu.

“Saya baru nak tolong awak,” sambung Karl dengan senyuman.

“Saya tak suka awak masuk campur dengan urusan saya. Kenapa awak yakin sangat yang saya suka kat Ivan? Awak boleh baca fikiran orang ke?” balas Hana yang jelas tidak puas hati. Karl tergelak lagi.

“Semua orang suka kat Ivan. Terutama para gadis. Ivan tu jenis yang susah nak rapat dengan orang. Kecuali orang tu istimewa. Macam awak,” katanya. Hana terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

“Sorry, saya memang tak nak masuk campur. Tapi rasanya urusan awak ni dah berkaitan dengan urusan saya,” sambung Karl sebelum bangun dari kerusi. Dia menepuk lembut bahu gadis itu sebelum berlalu. Terkebil-kebil Hana memandang langkah Karl.

Urusan apa pula?

“Apa pula kali ni?” soal Juju yang baru saja menarik kerusi di depan gadis itu. Hana mengangkat bahu.

“Pagi tadi dengan Ivan. Ni dah dua kali aku terserempak kau dan Karl,” sambung Juju separuh mengusik.

“Ju,” balas Hana sambil memberi isyarat supaya gadis itu berhenti mengusiknya. Juju tergelak kecil.

“Aku masih curious. Hari tu Karl bisik apa kat kau?” soalnya ingin tahu. Berkerut kening Hana memandang rakannya itu.

“What? Kau tak pernah berahsia dengan aku sebelum ni,” kata Juju tanpa mempedulikan amarah gadis itu.

“Dia just kata jumpa lagi. Puas hati?” balas Hana sambil memandang telefonnya semula. Juju tergelak lagi.

“Ada maksud tu Hana,” usiknya.

“Stop it Ju,” balas Hana geram. Juju mengangkat tangan tanda setuju. Hana menggelengkan kepalanya.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.