Home Novel Cinta MEWANGI
MEWANGI
Illya Abdullah
19/3/2015 21:22:57
12,114
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

IBU digelar perampas. Dia sedikit pun tidak peduli dengan kata-kata nista orang di belakangnya. Sudah jodoh ibu dengan ayah. Dari cerita Pak Long Zul, ibu dah ayah berkasih separuh jalan. Zaman masih mementingkan antara dua darjat maka ibu terpaksa berpaling meninggalkan ayah. Ayah berkahwin dengan pilihan keluarganya tetapi tidak bahagia. Jodoh ibu dan ayah kuat, mereka bertemu semula dan kali ini ibu tidak mampu menolak cinta masih bersisa di hati. Mereka kahwin lari. Keluarga ibu masih boleh menerima perkahwinan itu tetapi tidak di sebelah pihak ayah. Tentang keras dari wanita itu menyebabkan ayah membawa ibu keluar dari rumah yang dulunya kebahagiaan bagi ayah.

Fatimah Za’ara mengusap-usap batu nisan kedua orang tuanya itu. Pusara ibu dan ayah itu dipandang sayu. Jika dia tidak merayu dan mencium kaki wanita itu, pasti jasad ayah tidak akan disemadikan bersebelahan pusara ibu.

“Kenapa hidup Za’ara payah sangat ibu. Satu-persatu Za’ara diduga. Tak layakkah Za’ara memiliki secebis kebahagiaan?” Hati kecilnya merintih. Pilu.

“Hinakah Za’ara ini hanya kerana Za’ara anak ibu. Za’ara menumpang kasih pada yang tidak sudi.” Hampir sahaja mutiara matanya menitis tetapi ditahan. Tidak elok air matanya tumpah di tempat ini.

Dia bingkas bangun. Terasa bahunya disentuh. Dia memalingkan kepalanya.

“Mak Engku.”

Terbit segaris senyuman di bibirnya.


“ZA’ARA nampak kurus.”

Pondok durian itu sekali lagi menjadi persinggahan.

Fatimah Za’ara hanya tersenyum.

“Za’ara seperti arwah Maryam juga. Cantik dan lemah-lembut. Lama-lama Mak Engku mengerti yang Mak Engku tidak dapat menggantikan cinta ayah Za’ara pada ibu Za’ara. Mak Engku lebih rela ayah kamu melepaskan Mak Engku dari Mak Engku terus terluka.” Mereka sudah mencuba tetapi tidak boleh. Ada pula yang menjadi racun antara mereka.

“Tak salah berkongsi kasih Mak Engku.”

“Ya, Mak Engku tahu tapi perasaan cemburu menguasai Mak Engku. Ditambah pula pada kekurangan Mak Engku yang tidak boleh melahirkan zuriat.” Jelas ada manik-manik bertakung dalam kelopak mata Engku Khaleeda.

Cinta hanya pada Engku Zaharin. Tiada gantinya. Dia tidak berkahwin lain selepas penceraian antara mereka.

Fatimah Za’ara mengusap-usap lembut belakang wanita itu. Tiada dendam disimpan pada Engku Khaleeda. Cinta ada masanya membuatkan fikiran manusia itu berada di garisan pada titik tidak normal.

“Kenapa lepaskan Nazrin?”

Fatimah Za’ara sedikit tersentak.

“Tiada jodoh antara kami.” Dia tidak mahu bercerita panjang soal Nazrin. Hatinya akan lebih terguris. Tipulah jika dia sudah melupakan Nazrin. Bukan semudah itu.

“Berkorban biar kena tempatnya Za’ara.”

Kata-kata Engku Khaleeda seperti Wan.

“Nazrin tak bahagia, Za’ara.”

Fatimah Za’ara mengertap bibir.

“AKU tak bahagia Wan. Aku masih tak boleh lupakan Za’ara.” Keluhan Nazrin pada Wan.

Puas dia mendesak Wan. Wan pasti tahu di mana Fatimah Za’ara berada tetapi Wan tetap mengunci mulut.

“Aku dah berjanji Nazrin. Janji perlu aku kotai. Kalau aku mungkiri seperti aku manusia munafik.”

“Aku sudah failkan penceraian aku dengan Ratna. Tidak tahan aku hidup sebumbung dengan perempuan itu lagi. Puas aku berusaha untuk bahagia bersamanya tetapi aku gagal.” Nazrin meraup wajah.

Wan nampak. Wan nampak ketidakbahagiaan pada Nazrin.

“Gagal kerana ingatan kau masih pada Za’ara?” Wan menduga.

Nazrin melepaskan keluhan berat. Puas dia menyikirkan wanita itu dalam ingatan. Dia tidak berjaya. Dia berusaha mencintai dan menyayangi Ratna. Cemburu Ratna tidak bertempat. Mudah termakan hasutan kata orang lain. Nazrin jadi lelah menghadapi kepincangan rumahtangganya.

“Tak apalah Wan.” Nazrin seakan kecewa.

“Aku benar-benar minta maaf Nazrin.” Simpati Wan pada Nazrin.

“Aku faham.”

Nazrin bangun dengan langkah longai.


NAZRIN membantah tetapi dia yang mendesak. Air matanya mudah luruh. Dia merayu pada Nazrin untuk menerima Ratna. Selama ini mereka bercinta senyap-senyap. Hanya Wan dapat menghidu perhubungan mereka. Pada Wan dia bercerita. Berkongsi ceria dukanya.

Dia mula menjauh diri dari Nazrin. Lantaran itu Nazrin kecewa. Dia menganggap dirinya seorang perampas. Merampas cinta Nazrin dari Ratna. Ratna mengenali Nazrin dari usia remaja. Ratna telah lama mencintai Nazrin. Nazrin tidak sedari cinta yang berputik dalam hati Ratna. Kehadirannya menyebabkan cinta Ratna tidak berbalas. Dia menjadi punca.

Air matanya diseka.

Usah ditangis lagi pada cinta lama. Biarkan saja ia berlalu bagaikan mimpi yang hilang di mata.

Telefon bimbit yang berbunyi mematahkan memori semalam Fatimah Za’ara. Panggilan dari Wan.

“Assalamualaikum…” Dia memulakan bicara dengan mengucapkan salam.

“Waalaikumusalam. Kau berada di kampung lagi?”

“Aku dah berada di Kuala Lumpur. Malam tadi sampai.”

“Nazrin cari aku.”

Dia tersentak.

“Untuk apa?” Dia menyoal Wan.

“Fasal kaulah. Dia cari kau. Dia tanya tempat tinggal kau.”

“Jangan kau mungkiri janji kau pada aku, Wan.”

Wan tertawa kecil di talian.

“Wahai sahabat, aku manusia yang berpegang janji.”

Terukir segaris senyuman di bibir Fatimah Za’ara mendengar kata-kata Wan.

“Terima kasih, Wan.”

“Za’ara… Insya-Allah, kau boleh percayakan aku.”

“Wan, aku nak minta tolong kau satu lagi perkara.”

Dengan Wan dia tidak pernah berahsia.

Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam. Kata-kata itu dijadikan dorongan dan inspirasi.


“KAU ni Za’ara lepas satu-satu kau diduga.”

“Tak apalah Wan. Allah sedang duga aku.”

Jari halus Fatimah Za’ara bermain-main hujung straw minumannya. Tak tahu ke mana lagi kakinya akan melangkah. Yang sana tidak menerimanya, yang juga tidak menerimanya.

So, apa langkah masa depan kau?”

“Aku belum fikirkan lagi.”

“Kau tak payah fikir panjang-panjang lagi. Kau tolong aku handle kedai dobi aku tu.”

Bercantum kening Fatimah Za’ara.

“Dulu, kata tak suka cuci-cuci ni?”

“Itu dulu. Sekarang tidak lagi.”

Wan tergelak halus.

“Terima kasih Wan.”

Wan seorang sahabat yang setia di sisinya.

“Tak semua orang membuang kau, Za’ara. Think positive.”

Sembang mereka berlarutan. Wan berceloteh macam bertih jagung. Sesekali perbualan mereka diselit dengan gelak tawa. Senang hati Wan melihat tawa temannya itu. Cukup-cukuplah wajah ayu itu bermuram tanpa ada serinya.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.