Home Novel Cinta MEWANGI
MEWANGI
Illya Abdullah
19/3/2015 21:22:57
12,120
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

“APA jawapan Encik Harry untuk show esok?”

Lelaki yang membelakanginya itu hanya membisu menghadap ke arah cermin lut sinar yang mempamerkan bangunan-bangunan pencakar langit.

“Kau uruskan semua.”

“Tapi Encik Harry?”

“Cinta tahu apa yang harus dia lakukan.” Lelaki itu memintas.

“Baiklah.”

Gadis yang berambut panjang separas bahu itu beredar dengan keluhan kecil.

Dia bersandar semula pada kerusi kerjanya. Rekaan-rekaan yang berada atas dada meja dibiarkan berselerakkan. Hanya pandangan kosong diberikan. Tiada lagi sentuhan baru yang dilakaran atas kertas putih itu.

Fikiran melayang ke arah lain. Terbayang lagi wajah gadis ayu yang bermuram sedih ditimpa air hujan itu. Beberapa bulan telah berlalu wajah itu masih asyik bermain di mindanya. Dia mengeluh sejenak merenung ke dalam diri sendiri. Tidak pernah dia tertarik dengan seorang gadis sebelum ini. Hidupnya hanya berlandaskan pada kerja.

Dia menopang dagu.


“BAIKLAH. Saya faham.”

Cinta Nurain meletakkan ganggang telefon. Bibirnya melepaskan keluhan berat. Terbayang wajah lelaki itu yang ada masanya murah dengan senyuman. Dia resah tiba-tiba. Dalam diam dia menaruh hati pada lelaki itu. Kenapa lelaki itu yang memerangkap hatinya? Layar komputer ditatap kembali.

Bilik pejabatnya diketuk perlahan.

“Masuk.”

“Cik Cinta…”

“Ada apa Zureen?”

Zureen melabuhkan punggung. Wajah Zureen kelat.

Cinta Nurain mengukir senyuman.

“Encik Harry tak mahu show-off untuk esok.

Sampai bila pengasas ‘MAYA Collections’ mahu menjadi halimunan.

Cinta Nurain sudah agak yang Harry Ali tidak mahu tunjuk diri. Mungkin kerana ‘orang itu’ dia berbuat demikian. Tidak mahu orang-orang sekelilingnya disakiti.

“Harry ada interkom saya sebentar tadi. Dia sudah maklumkan hal tersebut.”

“Encik Harry tu bukannya ada cacat cela sampai tak mahu langsung tampil diri. Cik Cinta saja yang wakilkan dia dalam setiap pertunjukkan atau wawancara dengan wartawan.” Zureen mengertap bibir.

Maybe dia belum bersedia.”

“Ini jadual untuk esok.”

ThanksZureen.”

Zureen melangkah keluar.

Cinta Nurain sudah masak dengan sikap Harry Ali. Lelaki itu lebih senang bekerja di belakang tabir. Hanya orang yang tertentu sahaja bertemu dengannya. Lelaki itu cukup menyimpan identiti dirinya.

Previous: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.