Home Novel Cinta Spy Hati Dari Chantilly
Spy Hati Dari Chantilly
Mazni Aznita
3/1/2018 23:54:39
56,496
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 7

KEPALANYA benar-benar sakit pagi itu. Namun dia gagahi dirinyabangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Semalam diamenghabiskan masanya minum-minum di kelab malam sehingga tidak ingat dunia.Juga seronok terkinja-kinja menari berpelukan dengan seorang gadis berbangsaSweden yang baharu dikenalinya. Gadis itu datang ke Malaysia kerana melancongbersama kawan-kawannya.

Dia tergelak kecil. Lucumengenangkan kebodohan diri sendiri. Semalam sepatutnya dia bertemu denganAmsyar, teman rapatnya. Tapi entah apa sebabnya Amsyar tidak datang-datang kekelab malam itu. Mujurlah ada gadis cantik itu menemaninya. Orangnya manja danseksi. Pakaian Kristi memang tidak cukup kain, tapi itulah yang dia palingsuka. Kalaulah datuknya boleh melihat dia ketika itu, pasti sudah lama lelakiitu rebah diserang sakit jantung.

Ketika dia memandangwajahnya sendiri di hadapan cermin, dahinya tiba-tiba berkerut. Ada lebam kecildi atas dahinya. Dia membelek-belek lebam itu dengan teliti. Pelik! Manadatangnya lebam ni?

Tiba-tiba ada sesuatuterlintas di fikiran. Kalau semalam dia mabuk teruk, siapa yang menghantar diabalik ke rumah? Dan siapa pula yang membawa dia masuk ke apartmennya? TakkanKristi pulak! Terkedu-kedu dia cuba mengingatkan saat dia meninggalkan kelabmalam itu sehingga dia boleh sampai ke ruang tamu apartmennya.

Ketika dia mahu melangkahke arah peti ais mahu mengambil minuman sejuk untuk menghilangkan hausnya,matanya tiba-tiba terpandang sesuatu di dalam bakul sampah di tepi sudut dapur.Ada beberapa botol mineral water di dalamnya, kulit epal hijau dan plastikroti.

Dia berteleku di sisibakul sampahnya. Dari mana datangnya semua ini? Siapa yang mencuri makanannyaseperti ini? Homelesskah? Ah mana mungkin! Tak mungkin sekuriti diapartmen itu akan membenarkan sebarangan orang masuk ke Desa Villa itu. Taklogik pula!

 

SURI Imani kelam kabut bersiap. Dia mahu memastikan penampilannyakemas bergaya kerana hari ini dia perlu menghadiri satu sesi interviewkerja di sebuah syarikat. Dia hanya bergaya ringkas dengan kemeja plainwarna putih dan slack kaki kembang berwarna hitam.

Setelah berpuas hatidengan penampilannya, dia segera bergegas keluar dari apartmennya. Ketika itujuga matanya terpandang seorang lelaki ikut keluar dari apartmen 6D di sebelahapartmennya sahaja. Darahnya serta-merta berderau. Alamak! Mamat tu pulak yangkeluar!

Mikey Mikhail menolehsekilas lalu, memerhatikan kelibat gadis yang baru keluar dari rumah sebelah.Hari tu rasanya yang duduk kat sebelah rumahnya tu gadis lain. Agak gempal danrendah. Yang ini pula kalau tengok dari belakang, body memang lawa. Tinggilampai pula tu! Siapa dia? Baru pindahkah? Sempat lagi Mikey Mikhailtertanya-tanya walhal jarum jam di tangannya semakin mendesak.

Menyedari dia semakinlewat, dia tidak ada pilihan lain selain bergegas ke arah pintu lift.

“Mikey, kau gila ke apa?Hari ni meeting kita dengan syarikat Tri-Vector tu. Datuk kau dah anginsatu badan ni. Semua orang dah cair kena tembak. Kan aku dah ingatkan kausemalam.” Rungut Amsyar ketika dia menghubungi lelaki itu.

“Am, boleh tak kau diam?Aku on the way dah ni. Tapi jalan ni jem gila. Boleh tak kau hold klientu for one hour?”

“Nak hold apanya?Datuk kau dah serahkan tugas tu pada si badak sumbu tu. Fariz tengah uruskanpegawai dari Tri-Vector tu. Tapi Tan Sri suruh kau jumpa dia lepas ni. Kaumemang suka cari fasal kan Mikey, tak habis-habis.” Keluh Amsyar.

“Apa? Datuk aku bagiFariz uruskan? Am, projek tu projek aku tau. Mana boleh dia senang-senang ajesuruh orang lain handle projek tu.”

“Hmm..itu aku tak tahu.Kau kena cakap sendiri dengan dia. Kau pun satu, dah tau kita ada meeting,nak juga datang lambat. Atau kau mabuk lagi malam tadi?” Teka Amsyar.

Mikey Mikhail terdiam. Panggilannyaditamatkan tanpa dia menjawab pertanyaan Amsyar itu.

Pagi itu dia mengadapwajah Tan Sri Idzhar yang cemberut dengan hati kecut. Lelaki itu memang garangsekali jika ada pekerja-pekerja yang berbuat salah. Tapi dengannya Tan SriIdhar dua kali ganda lebih garang dari biasa. Masakan tidak, dia cucu yangdiharap-harapkan boleh menggantikan tempat yang bakal ditinggalkan datuknyasuatu hari nanti.

Please datuk,bagi balik projek tu pada Mikey. Semua paper work, presentation, semuanyaMikey yang buat, tak adil kalau datuk tugaskan projek tu pada Fariz.”

“Tak adil? Orang yang paling tak bertanggungjawab dalamsyarikat ini nak cakap fasal keadilan? Kalau fungsi kamu sekadar datang untukmenghuru-harakan syarikat yang datuk usahakan dengan seluruh tenaga dankeringat datuk, baik kamu diam.” Getus Tan Sri Idzhar dengan mata terjegil.

Mikey Mikhail terdiam.Hampa rasa hatinya mendengar kata penamat dari orang tua itu. Kalau orang lainmesti dia sudah tepuk meja menunjukkan protes. Tapi dengan datuknya yang garangmacam singa, tindakan itu hanya akan membawa padah lain.

Dia berjalan di berandapejabat yang menyambungkan bahagian admistration denganbahagian-bahagian lain Nusa Jaya Corporation. Kepalanya tunduk sugul. Dari atasberanda dia melihat kosong ke arah pekerja-pekerja yang lalu lalang di ruanglegar pejabat itu. Semuanya seperti biasa, tekun bekerja untuk Tan Sri Idzhar,untuk memajukan syarikat datuknya.

Tidak bertanggungjawab?Habis kalau aku tidak ada rasa tanggungjawab, takkan aku turun naik Tri-Vectorsemata-mata mahu berjumpa Tan Sri Hassan pemilik empayar Tri-Vector yangdisegani ramai itu? Kalau aku hanya menghuru-harakan syarikat, tak mungkinkontrak kerjasama dengan Tri-Vector untuk Pusat Konvension dan Pusat Beli Belahyang diberi nama KL City Glass di luar negara, berharga hampir 1 billon ituberada dalam tangan? Keluh Mikey Mikhail seraya mengetap bibirnya.

“Marah sungguh nampaknyatu.” Tegur suatu suara.

Mikey Mikhail berpaling.Seorang wanita pertengahan usia yang agak bergaya tersenyum-senyummemandangnya. Walhal dia pula hanya membalas dengan keluhan.

“Aik? Auntie pun dapatjuga jelingan tajam Mikey tu?” Usik wanita itu.

“Auntie Nita tahu apayang datuk buat pada Mikey hari ni?” Tanyanya dengan wajah merah padam.

“Tahu.” Rosnitamengangguk.

“Dia dah rosakkan semuaperancangan kerja Mikey. And you do nothing about it auntie.”

Getus Mikey Mikhailseraya menggelengnya.

“Mikey nak suruh auntiebuat apa? Bangkang cakap datuk? Mikey lupa ya siapa yang paling berkuasa dalamNusa Jaya ni? Dia Tan Sri Idzhar Azizi. Ayah auntie and the worst part,datuk kamu.” Rosnita mengingatkan seraya tersengih-sengih. Lucu pula melihatMikey Mikhail yang sedang marah-marah begitu.

Semakin kuat keluhanMikey Mikhail kedengaran.

Yes I know.Kalaulah arwah ayah masih hidup, tentu dia dah bantah keputusan datuk nakserahkan projek tu pada Fariz.”

Rosnita terdiam mendengarbicara Mikey Mikhail. Ada sekelumit kesayuan bermain di lubuk hati. Ayah yangdisebut-sebut Mikey, sudah tidak ada lagi di dunia ini.

“Jangan cakap macam tu,auntie tahu dia bangga dengan Mikey. Cuma bila Mikey tak muncul-muncul pagitadi, dia terus naik angin. Dia tu sayangkan kamu, cuma mungkin caranya sahajayang agak keras.” Pujuk Rosnita.

Mikey Mikhail terdiam.Keluhan kasar menerpa di bibir. Dia meluruskan pandangan. Matanya kinitertancap ke arah seorang gadis yang terkocoh-kocoh baru masuk dari pintu lobibangunan itu.

Si gadis agak comeldengan blause putih dan slack hitam. Rambutnya tidak panjang tetapi hitamlebat. Tidak perang seperti kebanyakan gadis-gadis kota yang lain. Entah kenapadia memerhatikan gadis itu agak lama. Bukan tertarik selaku seorang lelakitetapi sedang cuba menelah sesuatu. Seperti dia kenal sahaja wajah itu. Tapi dimana ya? 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.