Home Novel Cinta Spy Hati Dari Chantilly
Spy Hati Dari Chantilly
Mazni Aznita
3/1/2018 23:54:39
64,240
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 13

BUNYI riuh rendah di luar mengejutkan dirinya dari tidur. Dia memasang telinga. Suara yang sedang menyanyi-nyanyi itu didengari dengan teliti. Siapa pula suara sumbang yang sedang berlatih pitching ni? Menganggu betul!

Dia memakai pijamanya lalu melangkah ke muka pintu. Pintu di hadapannya dikuak berhati-hati sebelum dia mengintai keluar.  Dan pemandanganyang sama malam semalam muncul lagi.

Suri Imani mendengus kasar. Not again! Really?

Dia merenung ke arah Mikey Mikhail yang masih melalut tidak tentu fasal.  Kadangkala terfikir juga dia, ada 5 buah pintu apartmen di sepanjang aras itu, tetapi selama ini dia tidak pernah nampak atau bertembung dengan jiran-jiran lain kecuali Mikey Mikhail. Aneh! Mereka yang lain tak pernah terganggu ke dengan bunyi bising dari lelaki itu? Mustahil langsung tak!

Dia bercadang mahu menghubungi pihak sekuriti Desa Villa, melaporkan gangguan dari lelaki pemabuk itu. Tetapi baru dia hendak mendail ke pejabat sekuriti, ingatannya tiba-tiba terperosok pada peristiwa lelaki itu membantunya di Nusa Jaya siang tadi.  Dia baru berbudi dengan kau siang tadi Suri,  sekarang kau nak laporkan dia pada sekuriti?

Suri Imani melepaskan keluhan. Dia keluar semula dari rumahnya, lalu terpandang sesusuk tubuh itu yang sudah tidur. Hmm..baguslah, kau dah tidur. Aman damai sedikit hidup aku!Lepas ni tak payah lagi telinga ni naik berbirat mendengar benda-benda mengarut itu keluar dari mulut kau! Getus Suri Imani lega.

 

SELESAI mengangkat lelaki itu ke atas sofa, Suri Imani terduduk sebentar menghilangkan lelahnya.Gila! Aku sahajakah gadis yang gila kerana membantu lelaki mabuk itu buat kali kedua berturut-turut? Malah seperti tahu-tahu sahaja, dia mencari kad kunci rumah lelaki itu di poket yang betul.

Melihat ke arah deretan arak-arak yang tersusun di atas kabinet dapur itu, entah kenapa dia semakin benci melihat pemandangan itu. Macamanalah malaikat nak masuk kalau brandi, bir dan champagne itu tertenggek megah di situ? Dia bingkas bangun dari sofa lalu berjalan ke arah botol-botol arak itu.Bawah bibirnya digigit, kebiasaan yang sering dilakukannya jika dia sedang berfikir panjang.

Matanya menjeling ke arah Mikey Mikhail yang masih tertidur pulas tidak sedarkan diri. Bagus! Dengan tahap alkohol lelaki itu, mungkin lelaki itu hanya akan bangun keesokan harinya.

Dia membawa botol-botol arak lelaki itu ke arah sinki lalu menuangkannya sehingga habis ke bawah sinki.Setiap satu botol yang ada di rak itu dikosongkan. Botol-botol itu kemudian dikumpul ke dalam karung plastik untuk dibuang.

Ketika dia asyik dengan kerjanya, telinganya tiba-tiba menangkap suatu bunyi.  Suri Imani segera menoleh ke arah Mikey Mikhail. Tubuh lelaki itu bergerak-gerak sedikit, membuatkan jantungnya hampir terhenti. Aduh! Macamana ni? Macamana kalau lelaki itu terjaga dan melihatnya di situ? Apa yang patut diberikannya sebagai alasan?

Namun melihat Mikey Mikhail berhenti bergerak, barulah lega sedikit hatinya. Dia harus cepat-cepat menyelesaikan kerjanya sebelum tertangkap.

Namun sebaik daun pintu di hadapannya dikuak, muncul seraut wajah sedang memandang ke arahnya. Suri Imani tergaman. Lelaki di hadapannya ikut terperanjat. Wajah Suri Imani ditatap tidak berkelip.

“You ni siapa?” Tanya lelaki itu dengan dahi berkerut seribu.

“Err..sa..saya orang gaji.” Jawab Suri  Imani tanpa berfikir panjang.

“Orang gaji? Sejak bilaMikey ambil orang gaji?” Suara lelaki itu semakin hairan.

Dia segera bergegaskeluar dari situ. Sasarannya ialah apartmennya sendiri. Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumahnya lalu mengunci pintu dengan dada berdebar-debar. Sejurus menyedari karung sampah berisi botol-botol arak itu turut dibawanya masuk, Suri Imani mengeluh panjang. Alamak!

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.