Tigatahun kemudian - Kuala Lumpur…
SUDAHdua hari dia berkurung di apartmen itu. Keluar tidak, makan pun tidak. Bekalanmaggi dan spageti di dalam kabinet dapur itu sudah habis dilahap olehnya.Tetapi dia masih belum ada hati untuk keluar menjenguk matahari dan menambahbekalan makanannya yang semakin susut.
Sejak tadi perutnyaberkeroncong tak mampu lagi ditahan-tahan. Dengan perasaan malas, dia bangunlalu bersiap-siap. Teringat di selekoh bangunan apartmen Desa Villa yang ditempatinya, ada sebuahbangunan pasaraya kecil. Manalah tau untung-untung dia boleh keluar membeliroti atau telur untuk dibuat alas perutnya.
Ketika dia keluar dariapartmen 7Dnya, matanya segera terpandang kelibat seorang lelaki sedangsedap-sedap tidur di luar pintu apartmen 6D. Dia tercengang-cengang jadinya.Siapa pulak ni?
Ketika dia mendekatilelaki itu, bau arak begitu kuat menusuk ke hidungnya. Suri Imani cepat-cepatmenghindar. Cis! Drunker rupanya. Macamana pihak sekuriti apartmen niboleh benarkan sesiapa sahaja masuk?
Dia meneruskanlangkahnya, tetapi tiba-tiba sesuatu menghentam kepalanya dari belakang.
“Ouch!” Wajah Suri Imaniberkerut. Dia menggosok-gosok kepalanya lalu terpandang tin bir itu tergolek dikakinya. Dia berpaling dengan wajah merah padam. Entah kenapa dia cukup pastitin bir itu kepunyaan lelaki mabuk itu.
Mata lelaki itu terbukasedikit. Suri Imani tergaman. Tak jadi nak marah sebaliknya kaku melihatsepasang mata itu sedang merenung ke arahnya.
“Hey you, datangsini.” Suruh lelaki itu dengan wajah mamai.
Suri Imani tidakberganjak. Hey you? Kau ingat aku nak ikut arahan kau? No way!
“Tak faham bahasa ke? Ikata mari sini,” ujar lelaki itu lagi seraya menggamitnya.
Suri Imani menggetapbibirnya. Amboi sedapnya bahasa!
“Kalau awak nak nomborsekuriti, ada kat dinding atas kepala awak tu,” ujar Suri Imani hambar. Engganmelayan lelaki itu lagi.
“Ineed help. Please?” Pinta lelaki itu separuh merayu.
Suri Imani terdiam. Diaberpaling ke arah lelaki itu.
“Tolong macamana?” Dia curiga.
“Tolong bawa I masuk kedalam and you may leave,” ujar lelaki itu separuh meracau.
Suri Imani mengeluh.Bencinya!
“Saya callsekuriti untuk awak.” Putusnya.
“Please?”
Dia terdiam. Belum pernahsehayat hidupnya dia membantu manusia mabuk arak seperti lelaki itu. Selalunyadia benci dengan bau arak dan lelaki-lelaki yang kuat berpeleseran dan pulangmabuk-mabuk. Cukup dia pantang!
Dia tunduk ke arah lelakiitu. Matanya mencari-cari sesuatu.
“Mana kad kunci awak?”Tanyanya agak kasar.
Tidak ada suarakedengaran. Mata si lelaki tertutup rapat. Suri Imani tercengang-cengang. Aik?Tidurkah? Dia menjenguk ke wajah lelaki itu. Rambut lelaki itu kusut masai,tetapi wajah di hadapannya itu masih kelihatan menarik. Dia ragu-ragu mahumencari kunci pada badan lelaki itu. Silap-silap haribulan dikatakan meraba pula.Tapi…ah cubalah!
Dia merenung sebentartubuh lelaki itu yang masih bersarung kemeja putih. Cuba menelah dan meneka dimana biasanya seorang lelaki menyimpan kunci rumahnya. Dia tidak mahumeraba-raba sebarangan tanpa hala tujuan. Tak kuasa!
Setelah mengagak,jari-jemarinya segera menyeluk poket seluar lelaki itu. Sekejap sahaja diamenemukan kad kunci apartmen 6D. Dia segera membuka pintu apartmen lelaki itu,cuma satu sahaja masalahnya. Tubuhnya kecil, tetapi bagaimana dia mahumengangkat lelaki itu masuk ke dalam? Aduh! Masalah besar! Bagaimanapunmengenangkan hanya dia seorang berada di situ ketika ini, dia menggagahkandirinya. Kolar baju lelaki itu ditarik sekuat hati sehingga tubuh itu bergerak.Ada masa-masanya kepala lelaki itu terhantuk pada pintu, tapi dia buat-buattidak nampak sahaja. Padan muka!
Sebaik lelaki itu berjayadihumban ke arah sofa di ruang tamu, nafasnya sudah termengah-mengah. Matanyasempat meneliti ruang apartmen lelaki itu yang agak kemas dan bersih. Semuanyarapi dan sedap dipandang, kecuali satu sahaja. Melihat deretan botol-botol araktersusun di atas kaunter dapur, nafasnya mendesah tidak keruan. Wajah lelakiyang sedang tertidur pulas itu sekali lagi diperhatikan. Melayukah dia? Kalaumelayu, kenapa jauh sangat lelaki itu terpesong?
Melihat ruang apartmenyang nampak mewah itu, dia menggagak lelaki itu bukan sebarangan orang. Pastiberjawatan tinggi atau bergaji besar. Sayang seribu kali sayang. Lelaki itucukup segala-galanya, tapi kenapa masih tersesat arah?
Ah! Suri Imani! Kausibuk-sibuk fasal lelaki itu, bagaimana dengan diri sendiri? Bukankah kau jugasedang tersesat arah? Jika tidak masakan kau bersembunyi senyap-senyap di sini!Dia mengeluh panjang, teringatkan masalah diri sendiri yang belumselesai-selesai.
Perutnya berkeronconglagi. Dia segera mengusap perut. Baru teringat tujuan dia keluar dariapartmennya sebentar tadi. Tapi tiba-tiba sahaja dia terasa malas mahu keluar.Bagaimana kalau dia tengok-tengok apa yang dalam peti ais lelaki itu. Manalahtau ada sedikit makanan yang boleh dimakan sementara dia menunggu esok hari.
Peti ais sebesar almariitu dibuka. Tak ada apa-apa di dalam kecuali buah-buahan dan minuman sejuk. Adabeberapa tin bir di dalamnya seperti yang dijangka. Suri Imani mengeluhpanjang. Kalau ada Pizza Hut pun best, boleh juga dia panaskan. Daripeti sejuk, dia beralih pula ke arah kabinet dapur. Melihat isi di dalamnya,matanya bersinar-sinar kekaguman. Not bad! Ada makanan dalam tin, adakacang panggang, tuna, biskut dan macam-macam lagi.
Dia mengigit bibir serayatersenyum. Tak salah kan kalau dia mengambil sedikit makanan-makanan lelakiitu. Esok bila lelaki itu sedar dari pengsannya, dia akan memberitahu lelakiitu atau kalau perlu membayar harga makanan yang disentuhinya. Yes! Misi selesai!