KERETA yangmembawanya sudah sampai kedestinasi. Tapi dia masih belum turun dari perut kereta. Matanya mengerlinglelaki di sampingnya yang kelihatan tenang.
“Do I have to do this?”tanyanya separuh mengeluh.
Lelaki berjambang tebalitu hanya tersenyum.
“Semuanya dah disediakan.Pasport kamu pun dah disediakan. Naik kapal terbang ke Kuala Lumpur malam ni.Dan tunggu arahan terbaru.”
Dia mengeluh panjang.
“Oh ya, Aria minta maaf pada kamu. Katanya diadah buat silap besar,” ujar lelaki itu.
Sekali lagi dia mengeluhmendengar nama lelaki muda itu.
“Kamu jangan terlaluberkasar dengan dia. Dia berbakat besar sebenarnya, cuma perlu diasuh.Kesilapan malam semalam tak sepatutnya berlaku. Tetapi itu akan jadi latihanyang bagus untuk kamu dan Aria,” nasihat lelaki itu.
“Kita dah bincang hal nidulu, uncle. I don’t need anyhelp. I’m doing this alone,” ujarnya, bertegas.
Lelaki itu tidak memberisebarang komen. Renungan lelaki itu menikam ke wajahnya agak lama. Dia hanyamampu mengeluh.
“Fasal perempuan tu. Uncle dah jumpa dia?” Dia mengalihkanpertanyaan pada hal yang lebih penting.
Lelaki itu menggeleng.
“Dia akan muncul jugak.Kamu hanya perlu sabar.”
“Sampai bila?”
Lelaki itu tidakmenjawab. Arahan diberi kepada pemandunya untuk menghentikan kereta di hadapanCDG. Lelaki itu mengangkat kening ke arahnya.
Dia menarik nafaspanjang. Memahami perbualan itu sudah berakhir. Dia turun dari perut keretadengan hanya bertemankan beg sandang kecilnya.
Langkahnya diatur ke arahbangunan lapangan terbang. Dia menanti di boarding area dengan wajahbosan. Semasa melewati sebuah kedai buku, dia sempat masuk dan membeli senaskhahbahan bacaan. Buku itulah yang akan menjadi penemannya sewaktu menanti dikawasan menunggu. Khusyuk dia membaca tanpa mempedulikan penumpang-penumpangyang akan menaiki penerbangan yang sama dengannya.
Tiba-tiba sesuatuterjatuh di kakinya. Dia merendahkan buku yang dibacanya, lalu ternampakkelibat seorang gadis sedang tunduk mengutip barang-barangnya yang tercampak kelantai. Asalnya dia hendak membantu, tetapi sebaik sahaja terpandang raut wajahitu, serta-merta dia menarik topi yang dipakainya sehingga rapat ke wajah. Diacam wajah itu. Itulah gadis yang ditemuinya di Musee de Conde kelmarin.Walaupun sebelum ini mereka pernah berbual-bual, tetapi malam ini dia harusberhati-hati. Malah rantai milik gadisitu juga masih berada di tangannya. Kalau dia pulangkan sekarang, tentu ia akanjadi masalah paling besar.
Tak semena-mena si gadisduduk selang dua tempat kosong berhampiran dengannya. Dia menarik nafaspanjang. Bukunya dinaikkan ke muka, pura-pura khusyuk membaca walhal jika adakesempatan dia akan menjeling gadis itu yang kelihatan muram.
Di hadapan mereka,seorang lelaki tua sedang membaca keratan akhbar yang memaparkan kecurianberlian yang dipamer di Musee de Conde. Dia perasan mata si gadis turutmelencong ke arah akhbar itu. Gadis itu pastinya masih trauma dengan apa yangtelah berlaku semalam. Dia sendiri tidak pernah menyangka, setiap rancangannyayang selalunya teliti kali ini terganggu dengan kesilapan teknikal yangdilakukan oleh Aria, orang baru yang dihantar oleh Tuan Rourke. Malah kehadirangadis itu juga menjadi salah satu punca kekecohan di Musee de Conde.
Mujurlah dia dapatmelepaskan diri selepas dia menyelamatkan gadis itu dari terkena peluru salahseorang pengawal. Jika tidak rekod bersihnya akan tercemar. Lagipun selama ini,belum pernah kerja-kerja yang dilakukannya mengorbankan nyawa yang tak berdosa.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mencederakan sesiapa.
Bunyi pengumuman dilapangan terbang itu membuatkan khayalan singkatnya menghilang. Sudah sampaimasa penerbangannya. Dia menoleh mencari-cari wajah si gadis. Gadis itu turutbangun dari kerusi yang didudukinya. Menyedari itu semua, dia tergamam. Jangan-jangangadis itu juga menaiki penerbangan yang sama dengannya. Aduh! Masalah besar!