Datin ayu dan datuk
ikhwan tidak dapat menahan air mata mereka, hati mereka sedih , pilu aiman
ashraff masih belum keluar dari icu perasaan bimbang bermain di minda
mereka.anita terdiam tidak berkata apa
ini semua salah dia kalaulah dia tidak memaksa. Tidak lama kemudian
muncul seorang doktor wanita muda
Sejak aiman ashraff sedar aiman ashraff tidak langsung ingat
mereka berdua “siapa awak berdua ni , lepaskan aku, siapa kamu berdua ni.”aiman
ashraff kelihatan ketakutan dengan mereka berdua
“saya dr safiah, saya harap datuk datin bersabar menerima
semua ini dengan sabar, hentakan kuat di kepala anak datuk datin menyebabkan
dia mengalami amnesia.”hampir pengsan mereka mendengarnya anita menangis sedu
dr safiah tahu perasaan mereka berdua tetapi ini ketentuannya
“uncle auntie anita harap mungkin kita boleh membawa aiman
ashraff ketempat yang biasa dia pergi mungkin dia boleh ingat.”cadang anita.anita
tahu ini sahaja yang boleh membantu aiman ashraff
Sudah hampir seminggu anita menemankan aiman ashraff ke
tempat kegemaran aiman ashraff yang belum dia pergi ketempat taman permainan
pertemuan aiman dan mastura bukan dia tak tahu dia selalu mengintip aiman dan
mastura bertemu secara sembunyi itupun dengan bantuan arwah hisham penyiasat
upahan dia.
“tidak, aku tidak boleh buat dia ingat akan mastura.”itu
tekadnya anita secara senyap dia mencari gambar gambar mastura dia bilik aiman
ashraff dibuangnya satu persatu. “aku tidak boleh kehilangan kau.”
Aiman ashraff hanya
termenung di biliknya dipandangnya fotonya satu persatu entah kenapa dia berasa
kehilangan , sepi entah kenapa mata tertancap sebuah gitar lama yang masih elok
dipetiknya satu persatu dia mula bernyanyi
Entah hatiku
pilu merindu
Hati terguris tiada
siapa tahu
Mencintaimu menunggumu
Tetapi hati bukan
untukmu
Jangan dilupa kenangan
kita
andai takdir menentukan kita pasti berjumpa
oh tuhan
berikan aku cinta
agar dia tidak kesepian
Tanpa disedari
airmatanya menitis “ish kenapa dengan aku ni,”
Mustakim terkejut
penampilan mastura yang berhijab membuatkan dia terkejut “mas, awak Nampak cantik
sangat.”pujinya
Hari ini
genaplah umurnya ke 26, pada mulanya dia tidak mahu mengadakan majlis tetapi
mamanya datin maizura beria ia mahu mengadakan disamping kenduri selamat untuk
tahlil arwah papanya
Mastura hanya
tersenyum , sejak dia semakin pulih dari pembedahan dia berazam untuk berhijab
dan mendekatkan diri dengan allah.dia tahu semua yang berlaku ada hikmahnya.
Mastura masih
lagi ingat ketika terlantar sakit, dr safiah sering mengingkatkan bahawa hidup
ini penuh cabaran dan dugaan jangan takut dengan kesakitan dan ketakutan.