Di sebuah hospital kelihatan seorang lelaki tengah mengeluh
sekejap ke sana sekejap ke mari “aduh kenapa aku emosi sangat dengan mastura
tadi .”rasa bersalah kian menebal dalam dirinya mastura hanya cuba
mengembirakan hati dia tetapi malangnya kenapa dia terlalu mudah naik angin
tangan dia terus menelefon seseorang tetapi malangnya talian tersebut
diputuskan “merajukkah dia.”.
Mastura tertidur kepenatan sudah puas dicuba resepi dibagi
anita “emm sedapnya.” Sempat dia merasa sedikit hasil titik peluhnya. Mastura
mengeluh sendiri “kenapa mustakim susah sangat nak kurangkan naik angin dia tu
asyik nak marah je.” Mastura sedar mereka bakal ditunangkan tidak lama lagi
tetapi sikap naik angin mustakim membuat mastura rimas dan tertekan macamana
kalau bernikah nanti tetapi disebalik itu mustakim terlalu ambil berat hingga
pelbagai nasihat agar menjaga kesihatan dirinya sehingga pelbagai ubat
dibelikan untuk dia terutama ketika dia sakit risau dia mengalahkan mamanya “aduh
macam aku budak kecil.”keluh mastura . malam itu dia terasa ingin melihat
keindahan bulan “cantik betul bulan hari ini.”
Aiman ashraff duduk di beranda rumahnya . matanya tidak
lepas memandang kelangit begitu indah sungguh hari ini. Hati dia tidak tenang ,
wajah mastura bermain dimindanya. “mungkinkah aku sudah jatuh cinta.”hati dia
ingin mengenali gadis tersebut teringat dia pada anita sungguh dia tidak sangka
anita ada hati ada dirinya,tetapi dia sukar menerimanya kerana anita sekadar
kawan
Anita termenung di
dapur hatinya tertanya “siapa mastura , apa istimewanya gadis tersebut kekasih
aiman ashraff ke atau sekadar kenalan.” Cinta memang pelikkan hati dia memang
cinta aiman ashraff sejak kecil lagi pelbagai kenangan mereka lakukan bersama
tetapi susah sangat aiman ashraff mencintai dia.pedih ! sedih!
Pagi itu sebelum kepejabat
aiman asyraff terlihat sebuah bungkusan
di pintu pagarnya . diambilnya bungkusan makanan tersebut “anita memang
kau tidak putus asa, tetapi sedap sangat nasi lemak hari ini.” Setelah siap
bersarapan aiman asyraff berjoging sekitar taman perumahannya dia hampir
terkejut mastura tiba tiba muncul “awak , saya nak bagi kek tiramisu ni kekasih
saya suka sangat .”mastura tersenyum “awak sedap tak.” Tanpa menyedari sepasang
mata memerhati
mastura berasa sangat gembira mustakim suka sangat kek tiramisu yang dibuatnya pelbagai pujian diberi "betul awak sedap sangat chef mana yang ajar awak ni." puji mustakim sungguh tak sangka kek tiramisu yang mastura betul memikat seleranya pagi itu "awak kalau boleh tiap hari awak buatkan boleh."
Anita berasa sangat sedih .”sampai hati awak.” Apa daya
aiman ashraff berkenan sungguh dengan mastura . anita pergi kebiliknya
diambilnya baju baju kebaya yang ada “aku akan buat kau jatuh cinta pada aku
aiman ashraff.”itu janjinya