Aiman ashraff duduk tenang disebuah taman, hatinya tenang
melihat kanak kanak melihat gembira bermain hilang rasa tekanannya dengan
bebelan ibunya pagi tadi, “aiman bila lagi awak nak berkahwin ni umur dah
meningkat mama teringin nak menimang cucu.”itulah saban hari didengarnya setiap
kali dia pulang ke kampungnya.bukan dia tak nak bernikah tetapi buat masa sekarang ni dia sukar menerima
seorang wanita dihatinya , belum ada lagi yang membuat hati dia bergetar dan
membuat dia tersenyum setiap hari .aiman ashraff bukan mahu yang cantik bagai
miss world tetapi dia mahukan yang dapat menjaga dia ketika susah dan senang
ketika ribut melanda dia yang menenangkan jiwa hati dia.
Matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang asyik mengurai rambutnya
.tangannya cekap menaip mesej kepada seseorang. Tidak lama kemudian aiman
ashraff melihat gadis tersebut menangis gadis tersebut mengelap matanya dengan
tisu yang penuh ditangan.aiman hanya memerhati dari jauh gadis tersebut.mungkin
dia baru putus cinta agaknya atau dia baru bergaduh dengan suaminya, aiman
hanya memerhati “boleh tahan orangnya, cantik” sempat pula aiman memuji
kecantikan gadis tersebut tapi sayang airmatanya mencacatkan wajah gadis
tersebut
Hujan rintik sudah mula menitis dilangit bumi aiman ashraff cepat cepat
berlari kesebuah kedai berdekatan tetapi gadis tersebut hanya duduk disitu
kasihan pula dilihatnya “cik, awak ok ke tak , boleh saya bantu?” aiman ashraff
menghulurkan sekaki payung yang diambilnya dikeretanya .gadis tersebut hanya terdiam
tidak bersuara . “awak kalau ada masalah mungkin saya boleh bantu .”tetapi
gadis tersebut masih juga begitu “saya aiman ashraff,”dihulurkan tangannya
sebagai tanda persahabatan. “saya mastura, terima kasih bagi saya payung ni,
saya ada masalah sedikit dengan kekasih saya dia minta putus , saya tidak tahu
masalah dia apa salah saya apa kurangnya saya?” dilap airmatanya dengan tisu
yang masih berbaki
Di kedai tersebut sempat juga aiman ashraff melihat gadis
tersebut makan dengan berselera sekali
“awak kalau lapar lagi saya order lagi.”gadis tersebut hanya makan dan
makan “ kuat betul juga dia makan.”ashraff hanya terkedu , terdiam apabila
gadis tersebut memandang wajahnya “awak,
saya minta maaf saya lapar sangat .”aiman ashraff hanya tersenyum . “awak kalau
tidak keberatan boleh awak cerita tentangkekasih awak tu dan apa masalahnya
sampai awak menangis teruk sampai begini cuba cerita mungkin saya boleh bantu ?”
Aiman ashraff terasa
hampir tergelak mendengar cerita gadis tersebut mereka bergaduh hanya kerana
kerana sebiji kek tiramisu yang dibuat tidak menjadi “awak sampai hati gelak
awak tidak tahu bermakna kek tu, itu satu satunya kek yang menjadi kegemaran
tunang saya tahu.” Marah gadis tersebut sambil memuncungkan mulutnya “awak,
kalau tidak keberatan boleh kita berjumpa lagi .” gadis tersebut hanya
tersenyum “insyallah .”
“awak kalau nak belajar kek tiramisu tersedap, saya ada
seseorang boleh ajar awak, mungkin satu hari nanti awak boleh buatkan untuk
saya juga .” gadis tersebut hanya tersenyum “betul ni, awak jangan tipu saya ,
saya tidak suka orang menipu.” Ashraff hanya tersengih “baik jom saya bawakan
awak jumpa chef kek terbaik .”Anita menjeling tajam pada aiman ashraff “hampeh betul aku
ingatkan dia puji aku pasal kek yang aku buat tadi rupanya hendak kenalkan
bakal anak murid aku sejak bila aku buka kelas memasak kek ni.”bebel anita
tetapi disabarkan hatinya kalau tidak kerana sayang .
“mehlah masuk , saya kebetulan tiada apa nak dibuat petang
ni”pelawa anita apabila melihat gadis tersebut tercegat di muka pintu .rasa
cemburu ditahan “awak kalau nak buat masak sesuatu perlu ada perasaan kasih
sayang tahu, baru rasa sedap ada tu.”
Mastura hanya memerhati anita menunjukkan satu persatu bahan
bahan membuat kek “wah cekap betul dia membuat kek tak hairanlah aiman ashraff
memberitahu gadis tersebut master of cake
“awak terima kasih ye mengajar saya buat kek ni esok kalau
tidak keberatan boleh tak saya datang lagi.”anita hanya tersenyum “boleh ,
tetapi awak kena janji awak kena bayar lebih tahu .”sempat juga anita bergurau
dalam hatinya umpama bom “banyak cantik , takpe sabar aiman kenapa kau bawa
gadis lain jumpa aku , aku sukakan kaulah .”tapi hanya terluah dihati
Anita tahu aiman suka menguji kesabaran hatinya mana tidaknya
luahan cintanya pada satu petang ditolak mentah mentah “awak saya tidak boleh
terima cinta awak saya dah ada orang lain satu hari nanti saya kenalkan dia
pada awak dia yang istimewa.” lukanya masih disini
aiman hanya terdiam melihat kelakuan anita dia tahu anita marah tetapi ada yang membuat dia tertarik pada mastura sesuatu yang dicari selama ini walau dia tahu mastura sudah ada kekasih "belum cuba belum tahu."