Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,812
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

BAB 15

            Dillamemerhatikan saja Ayu yang sedang menarik bagasinya keluar dari biliknya kedepan pintu rumah. Pelik dengan sikap Ayu yang pendiam tiba-tiba. Selalunyakawan serumahnya itu banyak betul tanya dan ceritanya. Tapi , hari ini macamkena gam saja mulut tu!

            Barudia hendak bertanya, terdengar bunyi kenderaan berhenti di hadapan rumah sewamereka. Mesti transport Ayu dah sampailah tu, bisik hati kecil Dilla. Cawanyang berisi teh 'o'  panas terusdisisipnya perlahan.

            Ah!Ini semua tak boleh jadi. Mesti ada sesuatu yang dah berlaku semasa rakanbaiknya itu bercuti seminggu di kampung tempoh hari. Tangannya terus mencapai telefon bimbitnya. Nombor kekasih hatirahsianya ditekan olehnya satu-satu. 

            Padamasa yang sama bibirnya menguntum senyum bila terfikirkan sesuatu. Apa agaknyareaksi  Ayu, Miza dan Farid bila rahsiadia bercinta dengan Amir bocor. Hahaha ... memang teruklah bahunya kena'penampar' Ayu dan Miza!

            Tersenyum-senyum Dilla sebaik terdengar suara buahhatinya di hujung talian. Setelah beberapa ketika berbual perihal merekaberdua, barulah Dilla bertanya tentang Ayu. Bulat mata kecilnya sebaik mendengar kata-kata Amir.

            "What? Bertunang! Dengan siapa dia bertunang? Dengan siapa? Kenapa dia takcerita pun kat saya?" Dilla menyoal Amir bertalu-talu.

            "Jadi ... Ayu tak ceritalah kat ayang lagi?" soal Amir semula.

            "Belum. Tak. Mmm ... mungkin tak sempat kot sebab semalam masa dia sampai pun,saya dah tidur. Ni tadi ni pun nampak dia sebelum dia keluar nak pergi kerja.Agaknya nanti dia balik nanti dia ceritalah kot," terang Dilla dengan nadasedikit kecewa.

            "Lah ... dia tak sempatlah nak bercerita tu. Bila dia balik dari kerja diananti, dia ceritalah kat ayang .  Takpayahlah nak kecil hati sangat.  Ayangkan best friend dia. Bagi dia ruang. Agaknya dia sendiri pun terkejut kot sebabtakde hujan, takde ribut dia dah jadi tunang orang," kata Amirpanjang-lebar.

            "Kenapa dia terkejut pula dah jadi tunang orang? Tak fahamlah," soal Dillasemula.

            "Mmm ... ayang tanyalah Ayu sendiri nanti. Ayang ... daddy dah jeling-jelingmanja tengok  kat saya tu. Nanti petanglepas balik pejabat, saya call yea. Saya sayang awak, bye," ucap Amir cepat-cepatsebelum menamatkan perbualannya.

            Dillamenarik nafasnya panjang sambil berfikir sejenak. Mmm ... siapalah tunang siAyu ni? Hishh ... tak sabarlah pula nak tunggu tuan punya badan balik, kataDilla sendirian seraya bangun dari duduknya dan berjalan ke biliknya untukmengambil tas tangannya untuk ke tempat kerja.

 

AYU BERJALAN dari satu kerusi ke satu kerusi penumpangsambil sesekali dia berhenti dan meminta penumpang yang masih belum memakai 'seat belt' agar segera memakainyakerana kapal terbang  sedang bersediauntuk berlepas.

            Ayu berjalanbeberapa langkah lagi ke hadapan sebelum dia meminta seorang penumpang lelakiagar berhenti mengunakan telefon bimbitnya kerana khuatir akan menganggu sistemdi kokpit semasa hendak berlepas. Lelaki itu akur dengan permintaannya. Ayutersenyum sambil mengucapkan terima kasih kerana lelaki itu memberi kerjasama.

            Semakinkakinya melangkah ke hadapan, dia terdengar suara kanak-kanak menangis darikelas perniagaan. Dia mengangkat keningnya sedikit tanda bertanya kenapakepada  rakan setugasnya Amran yang barusaja berjalan masuk ke kelas ekonomi dari kelas perniagaan.. Rakan sekerjanyaitu hanya memberi isyarat mata menyuruh dia melihat sendiri.

            Rasaingin tahunya membuatkan dia melangkah ke kelas perniagaan. Dia tidak dapatmelihat wajah kanak-kanak perempuan yang sedang menangis itu mahupun wajahlelaki dewasa yang kemungkinan besar bapa kepada kanak-kanak itu kerana merekamembelakanginya. Kesian pula dia melihat sang ayah yang pastinya sudah memujukdengan bermacam-macam 'umpan' tapi tangis si gadis kecil itu masih tidak reda.Pasti si ayah serba-salah kerana tangisan anaknya itu pastinya menganggukeselesaan penumpang di kelas tersebut.

            Ayumerapatkan  dirinya pada  rakan setugasnya, Annie yang bertugas dikelas perniagaan itu,

            "Kenapa tu, Ann?" tanya Ayu berbisik pada Annie yang juga merupakan ketuapramugari untuk penerbangan ke London ini.

            "Tak tahulah.  Dah macam-macam I umpan,tapi  si kecil tu masih menangis. Apakata you try pula. Selalu budak-budak kalau dengan you mesti 'cair' punya. Youkan ada aura 'Nanny Mc Phee'," kata Annie. Bahu Ayu ditepuknya perlahan.

            Ayu hanyatersengih mendengarkan kata-kata Annie sebelum melangkah ke galley danmengambil sesuatu sebelum menuju ke arah si kecil yang sedang menangis. Tangisansi kecil itu perlu dihentikan secepat mungkin sebab si kecil itu berada dikelas perniagaan. Selalunya yang duduk di kelas perniagaan ini, inginkanprivasi dan mereka selalunya amat 'allergic' dengan bunyi tangisan kanak-kanak...  hahaha!

            "Hi sweetie. Kakak ada lolipop. Lolipop bentuk muka Doraemon. Nak tak?"tanya Ayu dari arah belakang  memujuk gadiskecil itu sambil merendahkan badannya sedikit. Si kecil dan lelaki yang sedangmemujuk si kecil memalingkan pandangan mereka ke arah belakang mereka.

            Spontansaja kening Ayu terangkat sedikit dan bibirnya mengukir senyum sebaik sajaketiga-tiga mereka bertentang mata. Si kecil terus berhenti menangis dan terusmenyebut 'mama' sebelum memeluk lehernya. Ayu terpana seketika. Begitu jugalelaki muda itu dan Annie.

            Padamasa yang sama terdengar pengumuman dari Kapten Hamidi meminta anak kapal bersediauntuk berlepas. Ayu menghelakan nafasnya perlahan tetapi panjang.Rambut sikecil diusap perlahan sebelum dia memegang dagu si kecil dan matanya dan matasi kecil saling bertentangan.

            "Ellie sayang  mama kan. Ellie ambillolipop ni dan tak nak nangis yea. Meh duduk elok-elok kat kerusi ni sebab mamanak pakaikan anak mama yang comel ni seat belt. Mama tak boleh duduk denganEllie sebab mama tengah kerja. Jadi, mama kena duduk dekat kerusi mama katbelakang sana. Mama pun kena pakai seat belt macam Ellie. Kalau tak, nanti mamajatuh bila kapal terbang nak terbang. Nanti mama datang lagi yea," pujukAyu  sambil tangannya laju memasang seatbelt di pinggang si kecil. 

            Elliemenganggukkan kepalanya tanda  fahamsambil tersenyum senang hati. Ayu mengusap rambut Ellie sekali lagi dan menciumdahi si kecil.

            "Thanks,Ayu. Nasib baik ada Ayu dalam flight ni," kata  Tunku Arryan Haqim tersenyum manis. Terkejutjuga dia tadi sebaik terpandangkan Ayu tadi. Tak sangka  gadis itu bekerja di dalam penerbangan yangdi ambilnya hari ini.

            "Sama-sama Tunku," balas Ayu pendek, tersenyum nipis sebelum berlalu darisitu. Matanya dapat melihat rakan-rakan setugasnya sudah tersenyum-senyummemandang ke arahnya.

            "Anak you ke?" sempat lagi Amran mengusik sebaik dia duduk di kerusinya.

            "Taklah. But, I know her and her family. Dan, dia anggap I macam mama dia. Mamadia dah meninggal. Accident," jelas Ayu sambil memasang seat belt. Perkaraseperti itu perlu dijelaskan dengan terang. Takut jadi fitnah pula. Lagi-lagilah sekarang ini dia dah jadi tunangorang. Ada hati yang perlu dijaga!

            "Mmm ... I see," balas Arman sebelum masing-masing melayang fikiranmasing-masing sementara kapal terbang itu sedang laju meluncur ke udara.

AYU berjalan beriringan dengan rakan-rakan sekerjakeluar dari balai ketibaan di lapangan terbang Heathrow, sebelum Annie mencuitbahunya.

            "Ada apa, Ann?," tanya Ayu.

            "Itu hah. 'Anak' you dah lambai-lambai dah panggil you."

            "Oh si Ellie. Eh! Dia masih ada kat sini lagi. Apa lagilah yang dia hendak tuagaknya. Macam-macamlah budak kecik ni," omel Ayu sambil ketawa kecil.

            "Itu Tunku Aryyan kan? Tapi, si kecil tu anak dia ke? Setahu I, dia belumkahwin. Anak angkat dia ke?" soal Anis seorang lagi anak kapal tiba-tiba.

            "Eh! You kenal Tunku Aryyan?" tanya Ayu penuh minat.

            "Kenallah. Siapa yang tak kenal Tunku Aryyan Haqim. Dia kan famous. Mmm ... yougirlfriend dia ke?"

            "Hahaha ... takdelah. Kawan jea. Ergghh ... saya jumpa si kecil tu sekejap yea,"Ayu meminta diri dari rakan-rakan setugasnya.

            "Okay. Tapi, jangan lama. Takut transport dah sampai," kata Annie dan yanglain-lain serentak.   

            Tersenyum-senyumEllie sambil berlari anak mendapatkan Ayu yang sedang melangkah laju ke arahnyasambil menarik bagasinya yang berwarna hitam. Sebaik sahaja dia menghampiriAyu, terus dia memeluk pinggang Ayu sehingga memaksa Ayu berhenti melangkahbuat seketika. Tangan kanan si kecil itu dipegangnya dan mereka berjalanberiringan ke arah Tunku Aryyan Haqim yang sedang tersenyum memandang ke arahmereka berdua.

            "Maaflah Ayu. Si Ellie ni berkeras juga nak tunggu Ayu."

            "Errghh ... takpe. Saya faham. Mmm ... Ellie nak pergi mana lepas ni?"tanya  Ayu sambil merendahkan badannyaagar sama tinggi dengan si kecil.

            "Bawa mama balik rumah kitalah," jawab si kecil ceria. Ayu tersenyum nipis.

            "Hahh ...  erghh ... macam itu yea.Sebenarnya mama tak boleh ikut Ellie dan papa  balik rumah 'kita' sebab mama dah janji nakikut kawan-kawan mama tu," jelas Ayu perlahan-lahan dengan harapan sikecil faham.

            Airmuka Ellie yang ceria tadi terus berubah.

            "Mama sayang Ellie, kan?"

            "Sayang sangat," balas Ayu. Pipi gedu Ellie diusap sayang. Amboi! Pandaidemand si kecil ni, komen hati kecil Ayu pada masa yang sama.

            "Mama love papa, tak?" soal si kecil lagi.

            Ayumengigit bibir bawahnya sedikit, sementara matanya memandang ke arah TunkuAryyan Haqim yang juga sedang memandang ke arahnya. Eeiii ... kan dia dah kata.Si kecil ni memang bijak dan licik. Ini memang tak boleh jadi ni. Kalaudibiarkan, nanti boleh mengundang salah faham dan masalah lainlah pula karang.  Dia sekarang dah jadi tunang orang. Ada hatiyang perlu dia jaga. Tapi ... macam mana dia nak cakap dengan budak kecil nisupaya dia faham dan tak merajuk pula. Aduhai! keluh hati kecil Ayu.

            'Ergghh ... macam ni. Mama sayang papa. Tapi ... mama tak boleh love papa. Jadi,sebab mama tak love papa, mama tak boleh ikut Ellie balik rumah tempat Elliedan papa tinggal," Ayu cuba menjawab semudah dan seringkas mungkin supayasi kecil faham.

            "Kenapa mama tak boleh love papa?" soal si kecil dengan dahinya yang berkerut-kerut.

            "Apa yang halang Ayu cintakan saya?," tanya Tunku Aryyan Haqim tiba-tiba.

            "Huhh!??  Erghh ... sebab ... erghh sebab...," tergagap-gagap Ayu hendak menjawab.

            "Sebab cincin kat jari manis tu ke?" tanya Tunku Aryyan Haqim perlahansementara matanya pada masa yang sama melirik ke  jari manis Ayu yang tersarung cincin berlianbermata satu. Rasanya dia tidak pernah nampak gadis di hadapannya itu memakaisebarang cincin sebelum ini.

            Ayutidak segera menjawab. Sebaliknya, dia mengusap lembut rambut Ellie, sebelummengalih pandangannya ke arah Tunku Aryyan Haqim. Matanya saling berbalaspandang dengan mata kecil milik Tunku Aryyan Haqim buat seketika sebelummengangguk kecil tanda mengiyakan. Segaris senyuman hambar terukir di bibirTunku Aryyan Haqim sebelum dia turut menganggukkan kepalanya sedikit tandafaham. Perbualan 'bisu' mereka terganggu dengan dengan tindakan Ellie yangmenggoyang-goyangkan tangan  Ayu.

            "Kenapa, sayang?"  tanya Ayu  pada Ellie yang sedang mengawang-ngawangkantangannya.

            "Nak peluk," kata si kecil manja.

            "Manjanya. Meh sini mama peluk, dia."

            TerusEllie merangkul leher Ayu dan memeluknya erat sehingga memaksa Ayu berdiri mendukungEllie. Jikalau tidak, ada dia terduduk kat atas lantai. Sebaik Ayu mendukungdia, terus Ellie melentukkan kepalanya di bahu Ayu dan terus menutup matanya.Rangkulan tangannya di leher Ayu semakin erat.

            "Ellie ... Ellie ... takkan tidurlah pula," kata Ayu sambil cubameregangkan rangkulan tangan Ellie di lehernya. Namun, setiap kali dia berbuatdemikian, si kecil semakin mengetatkan rangkulan tangan di lehernya yangjinjang. Tunku Aryyan Haqim sudah tersenyum sendiri. Nakal sungguh si kecil ni,bisik hati lelakinya.

            "Is she really sleep or is she just acting like sleeping?" soal Ayu padaTunku Aryyan Haqim yang sudah tersenyum-senyum.

            "Saya tak tahu. Both, kot," kata Tunku Aryyan Haqim sambil tersenyum kecil.

            "Ahhh ... anak perempuan awak memang licik macam musang berjanggut tau,"rungut Ayu dengan suara yang diperlahankan sedikit.

            "Musang ada janggut yea?" sempat lagi Tunku Aryyan Haqim mengusik Ayu.

            "Adalah. Tak tahu ke? Awakkk ... nii ... awak macam mana ni? Anak awak ni taknak lepaskan leher saya ni. Kawan-kawan saya dah tunggu tu. Sekejap lagi mestitransport kami sampai. Nanti tak pasal-pasal saya terlepas transport saya. IniLondon. Bukannya Malaysia. Mahallah teksi," kata Ayu.

            "Macam nielah. Jom kita bagi tahu kawan-kawan awak yang  saya yang akan hantar awak balik hotel penginapanawak. Janganlah risau. Kat rumah saya tu ada tiga orang pembantu wanita,seorang pemandu dan seorang tukang kebun.  Lagipun, hari ni hari jadi Ellie. Mesti diagembira kalau 'mama' jadi-jadiannya ini ada bersama sambut birthday dia,"pinta Tunku Aryyan Haqim penuh harapan.

            "Apa awak kata saya tadi? 'Mama' jadi-jadian? Habis awak tu apa?"

            TengkuAryyan Haqim tergelak kecil.

            "Hahaha ... kalau awak 'mama' jadi-jadian Ellie, then saya 'suami' jadi-jadianawaklah sekejap ... hahaha."

            "Awak tak bolehlah cakap macam tu. Awak buat saya rasa macam saya ni perempuanyang jahat, yang  curang dengan tunangsaya.  Saya ni tunang orang tau."

            "Saya bergurau jea. Maafkan saya jikalau gurauan saya tu melampaui batas. Tapi... bolehlah yea, tolong saya gembirakan hati Ellie. Mmm ... awak  mesejlah tunang awak supaya dia tahu dan taksalah faham pada awak. Awak cakaplah saya minta tolong awak  temankan Ellie sebab hari ini hari jadi Ellie.Kesian Ellie. Dia  takde emak. Pastitunang awak faham," kata Tunku Aryyan Haqim.

            Ayumenarik nafasnya panjang dan dalam. Lama dia berfikir sebelum menganggukkepalanya tanda setuju. Tunku Aryyan Haqim tersenyum lebar.  Tanpa berlengah mereka berdua melangkah kearah rakan-rakan sekerja Ayu.

            Sementaraitu, di dalam kepala Ayu pada masa yang sama pula, puas dia berfikir merangkadan menyusun kata-kata sebelum menelefon Faris Hakimi. Apakah agaknya reaksitunangnya itu nanti agaknya? Adakah Encik Tunang itu sporting  atau adakah  Encik Tunangnya ituakan  akan menyoal-siasat diabertalu-talu macam dia seorang pesalah? Atau, apa kata dia tak payah puntelefon tunangnya itu. Sebab ... bukannya hal besar pun. Cuma temankan budakkecil sambut birthday jea, kan!, detik hati kecilnya tiba-tiba.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma