Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,815
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

BAB 18

            FarisHakimi berjalan ke arah keretanya sambil menarik bagasinya yang berwarna hitam.Bagasinya dimasukkan ke dalam bonet kereta sebelum dia membuka pintu keretanya.Dia menurunkan cermin keretanya sebelum menghidupkan enjin keretanya. Setelahbeberapa ketika, barulah dia   membukapendingin udara keretanya.

            Diatidak terus beredar dari situ. sebaliknya, dia menekan-nekan sesuatu ditelefonnya sebelum menekan butang 'send'. Baru saja dia hendak memandukeretanya keluar dari petak parkir itu, telefonnya tiba-tiba berbunyi. Terus dia tidak jadi keluar dari petakpakir itu. Skrin telefonnya dipandang. Bibirnya terus mengukir senyum sebaikterlihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

            "Assalammualaikum, awak dah pandu keluar atau awak masih ada kat tempat parkir kereta?' tanya Ayu Raihanna.

            "Waalaikumsalam, sayang. Taklah. Saya belum keluar dari parkir lot ni lagi pun.Tunang saya ni kat mana? " soal Faris Hakimi.

            "Kat airportlah. Baru sampai."

            "Flight pukul berapa? "

            "Pukul dua. Saya tahu awak sampai hari ni dan waktu ni. Itu yang saya datangawal. Ingat nak ajak awak temankan saya minum. Lama tak jumpa awak. Nanti sayabalik, awak pula takde. Tapi ... kalau awak penat ... mmm ... tak apalah. Sayafaham," kata Ayu Raihanna.

            FarisHakimi mulai mengulum senyum.

            "Awak rindu kat saya ke, sayang?" sengaja Faris Hakimi mengusik.

            "Bukan setakat rindu, tapi dah sampai tahap gila bayang dah. Suka tak?"tanya Ayu Raihana dengan nada sinis.

            "Hahaha ... mestilah suka sebab bukan senang nak buat tunang saya yang garang nigila bayang kat saya. Lepas tu bukannya senang nak dengar tunang saya yangdingin macam puteri salju ni nak ajak saya dating."

            "Kalau tak nak, cakap jealah tak nak. Saya tak kecil hati pun. Saya ajak awakkeluar ni sebab kalau tak nanti awak salah fahamlah pula. Nanti awak ingat sayatak ingat dan tak sayang awak pula."

            "Jadi tunang saya yang macam puteri salju ni mengakulah yang dia sayang katsayalah ni yea?"

            "Dah jadi tunang saya kan. Mestilah saya sayang. Kalau tak sayang pun, akan sayausahakan untuk sayangkan awak. Sukalah tu kan dengar saya buat pengakuanterbuka saya sayang awak."

            "Hahaha ... mestilah saya suka sangat. Awakkan selalunya dingin jea macam puterisalju."

            "Dah ... dah. Tak payahlah nak gelar saya Puteri Salju atau puteri mana-manapun. Tak sesuai. Puteri Salju tu sudahlah lawa. Lepas tu putih melepak. Saya nisawo matang jea. Lepas tu saya ni takdelah lawa macam puteri-puteri tu, ek. Tapi,manis tu adalah sikit kot. Kalau awak kata saya ni macam Dayang Senandung tusesuailah juga. Agak-agaklah sikit kalau nak sindir saya pun. Saya tahulah awaktu dikurniakan dengan pakej yang lengkap ...  tinggi, cerah dan kacak," balas AyuRaihanna.

            "Hahaha ... first time dengar orang cakap tinggi, cerah dan hensem. Macam pelikjea dengar kat telinga ni tau sebab selalunya orang cakap tall, dark andhandsome.  Alah ... awak ni sensitifsangatlah. Suka fikir yang bukan-bukan. Saya takde punlah  maksudkan macam tu. Mmmm ... tak naklahpanjangkan hal yang remeh ni. Karang gaduhlah pula. Awak nak tahu sesuatu tak?"soal Faris Hakimi, cepat-cepat mengalihkan topik perbualan. Hissh ... tunangkesayangan dia ni sensitif sangat. Suka fikir yang bukan-bukan.

            "Tahu apa?"

            "Saya rindu gila kat tunang saya ni. Tak tertanggung dah rasanya nak tanggungrasa rindu ni."

            "Mmm ... iya sangatlah tu."

            "Betullah. Tengok ni. Saya balik, tapi awak pula terbang. Susah betul nakdatingkan? Ni ... tunang saya ni nak tunggu saya kat mana?"

            "Mc Donald. Saya nak makan bubur nasi," jawab Ayu Raihanna.

            "Okay. Sekejap lagi saya sampai. Tunggu tau," pesan Faris Hakimi.

            "Mmm," jawab Ayu pendek sebelum menamatkan perbualan.

 

FARIS HAKIMI tak henti-henti memandang ke arah AyuRaihanna yang sedang leka menikmati bubur nasinya. Sesekali bibirnya mengukirsenyum. Ayu pula walau pun sedang makan, dia sedar tunangnya itu sedangmemerhatikannya sedari tadi. Dia berdehem sedikit sebelum memandang tepat kemata Faris Hakimi.

            "Boleh tak jangan asyik tengok saya. Saya nak makan pun rasa serba tak kena tau."

            "Hahaha ... sorry, sayang. Bukannya saya nak buat awak rasa tak selesa nakmakan. Cuma ... tunang saya ni terlalu menawan untuk saya alihkan  pandangan saya ke arah lain," balas FarisHakimi tersenyum menawan sementara Ayu pula tersenyum sinis.

            "Iya sangatlah tu. Awak ni tengah mengayat dan cuba mengoda saya dengankata-kata awak yang manis bergula tu ke?"

            "Mengayat dan mengoda tunang sendiri tak salah, right?"

            "Salah. Awak tu baru tunang saya. Bukannya suami saya pun sampai nak goda-godasaya. Belum masanya lagi. Bahaya. Boleh mendorong awak dan saya ke arah maksiat,"selamba saja Ayu menjawab sambil menyua sesudu bubur nasi ke dalam mulutnya.

            Tersenyumsenget Faris Hakimi mendengarkan jawapan Ayu Raihanna.

            "Ni ... kita jumpa ni tak salah ke Cik Ayu? Mengikut syarak tak?" sengajaFaris mengusik tunangnya.

            "Kurang bersalah kot."

            "Boleh pula macam tu jawapan awak yea. Kenapa mesti ada perkataan 'kot'? Takpasti?" sekali lagi Faris menyoal sengaja menyakat Ayu.

            Ayumengangkat mukanya dan memandang tepat tepat ke wajah Faris Hakimi yang sedangsedang menjongket-jongketkan keningnya tanda meminta jawapan. Ayu mengigitbibir bawahnya sedikit.

            "Entahlah ... cuma saya rasa sepatutnya lebih baik dan manis jikalau kitaberjumpa kat rumah orang tua kita ke atau sekurang-kurang ada seorang dua lagikawan-kawan kita yang bersama dengan kita. Tapi ... saya pasti keadaan kitasekarang okaylah kot sebab kat tempat awam. Saya dan awak, kita sama-sama jagaadab dan susila."

            FarisHakimi tersenyum nipis  mendengarkanpenerangan Ayu.

            "Awak takut kat saya ke andai kata kita keluar berdua jea?"

            AyuRaihanna memandang lama tepat ke anak mata Faris Hakimi.

            "Takut dan risau."

            "Kenapa? Awak tak percayakan saya?"

            "Bukan macam tu. Tapi ... bertunang ni macam-macam dugaannya. Dan ...,"tiba-tiba Ayu berhenti berkata-kata. nafasnya. Dia menarik nafasnya perlahansebelum menghelanya perlahan.

            "Dan apanya, sayang?"

            "Saya takut pada diri saya sendiri. Saya takut saya tak dapat menjaga diri sayabila saya berdua dengan awak. Saya takut kerana rasa sayang saya yang mulaiberputik pada awak ini  ... akanmembinasakan diri saya sendiri. Awak tahu tak yang awak tu charming.Saya takut... kelak, pada satu masa yang tidak disangka-sangka,  saya akan terleka, terbuai dan terlena dipangkuan awak sebelum masanya," kata Ayu Raihanna berterus-terang.

            Kinigiliran Faris Hakimi pula menarik nafasnya panjang dan dalam. Matanya memandangke arah Ayu yang sedang menundukkan wajahnya.  

            "Sayang, saya pun sama macam awak. Saya pun takut pada diri saya sendiri. Sebabitu ... setelah saya berfikir panjang, saya cadangkan agar kita percepatkansaja pernikahan kita. Saya sangat-sangat berharap awak setuju. Saya pun takutjuga kalau-kalau perkara tak baik berlaku. Awak tahu tak sesuatu tentangsaya?"

            "Manalah saya tahu.Saya bukannya ada kuasa psikik," balas Ayu sempat lagimengenakan Faris Hakimi.

            "Saya ni ... bukanlah kuat sangat imannya. Dan ...," kata-kata Faris Hakimiterhenti tiba-tiba.

            "Dan apa?" soal Ayu.

            "Dan ... saya tak pernah sayang mana-mana perempuan macam saya sayang sangat katawak. Saya takut dalam saya sayang sangat kat awak, akhirnya nanti sayalahorang yang menyakitkan awak."

            "Awak ada kecenderungan nak buat macam tu ke kat saya?"

            " Ehh ... takdelah macam tu maksud saya. Cumasaya risau andai kata satu hari nanti, atas sebab tertentu dan saya kemudiannyatidak dapat berfikir dengan rasional ... mmm ... tak mustahilkan saya akan terbuatperkara yang tak terjangkau dek akal waras saya sekarang ni. Jadi ... macammana? Awak setuju tak kita cepatkan perkahwinan kita?"

            "Saya dah fi ...," kata-katanya terhenti di situ apabila terpandangkan CikYana sedang berjalan ke mereka.

            Bukanapa. Dia ada juga terdengar cerita tentang tunangnya dan Cik Yana di sampingbeberapa nama yang lagi dari rakan-rakan sekerjanya yang lain. Cuma dia tidaktahu sejauh mana benarnya khabar-khabar angin yang dia dengar.

            Tambahanpula, memang tiada sesiapa pun yang tahu tentang pertunangan dia dan FarisHakimi kecuali orang kampung dan rakan-rakan rapatnya. Di kalangan rakansekerjanya pula, mereka sekadar maklum statusnya sebagai tunang orang. Cumamereka tak tahu siapa tunangnya. Itu pun bukan sebab dia yang memberitahumereka yang dia telah bertunang. Sebaliknya, kerana cincin yang bermata sebutirberlian yang tersarung cantik di jari manisnya.  

            Bukandia hendak berahsia siapa tunangnya, tetapi biarlah statusnya sebagai tunang lelakiitu tidak diketahui rakan sekerjanya. Manalah tahu kot-kot pertunangannyaterputus di tengah jalan, kan. Nanti dia juga yang susah nak mengadaprakan-rakan setugasnya, yang pastinya akan mengajukan banyak soalan kepadanyajika pertunangannya tidak berakhir di jinjang pelamin.  Mana dia nak mengubat hati yang tengahberduka-lara waktu tu, lepas tu mana dia nak jawab soalan-soalan cepumas rakansekerjanya.

            Bilaramai yang tahu, lepas tu bagaimana pula dia hendak berlagak selamba jika dutyroaster kelak menempatkan dia dan Faris Hakimi bertugas di dalam penerbanganyang sama. Sebab pasti banyak mata yang ingin melihat reaksinya bekerja satuflight dengan bekas tunangnya. Kan dia juga yang susah seandainya perkara ituberlaku kelak! Jadi, biarlah rakan-rakan sekerjanya tidak tahu siapa tunangnya.

            "Dah fikir, sayang?" soal Faris Hakimi semula sambil menyisip kopi panasnyasebelum dia tersedak sebaik mendengar suara seseorang yang menyapanya daribelakang.

            "Darl ... tak sangka jumpa you kat sini. You breakfast kat Mc Donald? Bukan youtak suka fast food ke?" tanya Yana sementara tangan kanannya memegang bahuFaris Hakimi sebelum menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah Faris Hakimi.

            FarisHakimi berdehem-dehem sedikit seolah-olah kerongkongnya sakit. Rasaserba-salahnya naik sedarjah lagi apabila bahunya diusap mesra si pemiliksuara. Air mukanya terus berubah tiga ratus enam puluh darjah. Dia mencuripandang ke arah Ayu cuba melihat reaksi tunangnya itu, tetapi tunangnya itubuat-buat memandang ke arah mangkuk buburnya sebelum menyudukan bubur nasi kedalam mulut.

            FarisHakimi menarik nafasnya panjang sebelum berdehem perlahan. Dia melihat ke arahtunangnya itu sekali lagi untuk melihat reaksi tunangnya.  Tunangnya kelihatan tenang sekali. Sepertitiada apa-apa yang menguris hati. Hati lelakinya tiba-tiba berdetik sesuatu.

            "Darl .. you diam ni kenapa?"

            "Erghh ... takde apa-apa. I penat. I baru jea sampai. Tiba-tiba I rasa lapar.So, bila I nampak Cik Ayu ni tengah makan, I pun tumpang semeja dengan dia ni. Ikan tak suka makan sorang-sorang. Erghh ... you nak order apa-apa tak? Iorderkan," jawab Faris Hakimi dengan wajah yang cuba dimaniskan.

            "Takpelah. I tak lapar lagi. Siap makan nanti, kita balik sama yea? I tumpangyou. Macam biasa," kata Yana sambil tersenyum penuh makna.

            FarisHakimi perasan kening Ayu terangkat sedikit mendengarkan kata-kata Yanawalaupun tunang itu sedang tunduk memandang mangkuk yang masih berisi sedikitlagi bubur nasi. Faris Hakimi menarik nafasnya panjang dan dalam. Kini dadanyamulai terasa seperti dihimpit sesuatu yang berat.

            "Erghh ... saya minta diri dulu, Kapten dan Cik Yana," celah Ayu tiba-tibasambil mengesat hujung bibirnya dengan tisu. sebelum bangun dari duduknya.

            FarisHakimi memandang ke arah Ayu Raihanna yang masih berlagak seperti tiada apayang melukakan hatinya. Pandangan Yana yang sedari tadi hanya terhala ke arahFaris Hakimi, kini beralih ke arah Ayu.

            "Oppss ... sorry. Tak perasan you ada sekali. Biasalahkan. I bila dah jumpa buahhati I yang charming ni memang tak pandang orang lain dah. Mmm ... takpelah. Jomlahikut kita orang. Kita orang hantar you balik sekali," pelawa Yana.

            "Takpe. Terima kasih jea, Cik Yana. Kalau Cik Yana baru sampai, saya pula barunak pergi," jawab Ayu dengan senyuman di bibir seolah-olah tiada apa-apayang berlaku.

            "Ohhh ... okay. Selamat bertugas," ucap Yana.

            AyuRaihanna hanya tersenyum nipis. Sebelum dia berlalu, sempat matanya melihatFaris Hakimi yang kelihatan serba-salah. Banyak sungguh skandal enciktunangnya. Biar betul dia hendak bersuamikan lelaki itu? Mmm ... nasib baik diabelum beritahu apa keputusannya tadi,  detik hati kecilnya sambil berlalu dari situ.

            FarisHakimi mengeluh perlahan. Hanya matanya saja yang mengiringi setiap langkah AyuRaihanna sehingga kelibat Ayu hilang dari matanya. Rasa bersalah mulaimenyerang dirinya. Pasti tunangnya terluka.

            "Kenapa you mengeluh ni? Penat yea?"

            "Mmm ... erghh ... I nak pergi wash room. You tunggu kat sini sekejap. Boleh?"

            "Apa-apa saja untuk you, darl," balas Yana tersenyum melirik.

            Cepat-cepatFaris Hakimi melangkah keluar dari restoran makanan segera itu. Matanyatercari-cari Ayu Raihana sebelum matanya terpandang Ayu yang sedang berdiri dieskalator yang turun ke arah pemeriksaan imigresen.

            Pantastangannya menaip sesuatu di telefonnya sebelum menekan butang 'send'. Matanyakemudiannya diarahkan ke arah Ayu yang kini sedang berbaris di kaunter yangdikhaskan untuk anak kapal. Kelihatan Ayu mengeluarkan telefonnya dan melihatsesuatu di skrin telefonnya sebelum mendongakkan kepalanya. Hanya segarissenyuman hambar diberikan pada Faris Hakimi, sedang lelaki itu beriya-iyamenghadiahkannya senyuman yang selebar dan semanis  mungkin.

            Whatever!, putus hati kecil Ayu. Apa yang terdetikdi dalam hatinya kontra sekali dengan apa yang diekspresikan pada wajahnya yangsedang tersenyum pada Faris Hakimi.

            Ah!Lelaki memang tak boleh dipercayai, licik dan PELIK! Dia tak faham. Kenapamesti dia yang Faris Hakimi pinang, jika di dalam hati lelaki itu ada Cik Yana.Melihatkan gaya serta kemesraan Cik Yana berkata, mengusap bahu dan membahasakanlelaki itu 'darl' , iaitu singkatan bagi kata 'darling' ... mmm ... pastimereka berdua telah lama mempunyai hubungan!

            Nampaknyadia perlu memikirkan sedalam-dalamnya hubungan antara dia dan Faris Hakimi.Patutkah  dia menamatkan saja pertunangandia dengan lelaki itu? Memanglah dia nampak tenang dan baik-baik saja padaluarannya. Tapi di dalam hatinya, hanya tuhan saja tahu.  Yang pasti keputusannya untuk tidakmenghebahkan pertunangan dan siapa tunangnya itu, nampaknya adalah satukeputusan yang bijak dan tepat!

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma