Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,817
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

BAB 20

            LamaAtilia menatap gambar yang dibingkaikan dalam bingkai gambar yang diperbuatdari pewter yang terletak di atas meja Tunku Aryan Haqim. Siapa perempuan yangterdapat di dalam gambar ini?, getus hati kecil Atilia.

            LamunanAtilia terhenti tiba-tiba bila dia terdengar pintu bilik pejabat itu dibukadari luar. Matanya dan mata si pembuka pintu bertembung seketika, sebelumsegaris senyuman dihadiahkan buat si pembuka pintu.

            "Sorry. Lama dah you tunggu?" tanya Tunku Aryan Haqim sambil meletakkan failyang berwarna kuning air yang dipegangnya di atas meja.

            "Taklah lama sangat. Tapi ... sempatlah jadi penyiasat tak bertauliah'menyelongkar' barang-barang kat atas meja you, tu," gurau Atilia sambilmengangkat sedikit bingkai gambar pewter yang sedang dipegangnya..

            TunkuAryan Haqimi tersenyum nipis mendengarkan gurauan Atilia. Cuma tatkala diamelihat bingkai  gambar yang sedangdipegang Atilia, air mukanya berubah sedikit.

            "Jadi .. ada apa-apa yang menarik perhatian you ke?" soal Tunku Aryan Haqimsambil menjongketkan keningnya sedikit. Bukannya dia tidak tahu sikap Atilia.Pasti ada soalan yang sedang berlegar-legar di kepalanya.

            "Tahu jea you yea." Pandangan penuh makna dihalakan ke arah Tunku AryyanHakim.

            "Kita kenalkan dah lama. Mestilah I tahu apa yang ada fikiran you tu,"jawab Tunku Aryan Haqim sambil berjalan ke arah Atilia yang telah melabuhkandirinya di salah sebuah sofa yang berwarna kuning air yang terdapat di dalambilik pejabatnya.

            "So ... mmm ... who is she?" soal Atilia berhati-hati. Berkawan lama denganlelaki di hadapannya ini bermakna dia juga faham sangat sikap lelaki ini. Taksuka orang menyoal hal-hal peribadinya.

            "Why?" pendek saja balas Tunku Aryyan. Itu pun soalannya dibalas dengansoalan semula.

            "Somebody special ... I guess?" soal Atillia memandang tepat ke anak mataTunku Aryyan  cuba mencari jawapan.

            "Kenapa you fikir macam tu pula? " sengaja Tunku Aryyan Haqim menyoal gadisbergaya di hadapannya ini.

            "Well ... sebab I yang dah kawan lama dengan you pun ... you tak letak sekepingpun gambar I kat atas meja kerja you. Is she 'somebody' to you? PesaingI?," soal Atillia lembut. Berkasar bukan pilihan untuknya seandainya diaingin memiliki cinta lelaki di hadapannya ini.

            TunkuAryan Haqim mengerutkan dahinya sedikit.

            "I tak faham. What do you mean by 'pesaing' you?" Tunku Aryan Haqim menyoalgadis yang sedang duduk bertentangan dengannya itu semula.

            "You kata kita dah lama kenal, kan?"

            "Ya. Jadi apa kaitannya dengan 'adanya pesaing'?"

            "Kaitannya adalah ... macam yang I kata tadi ... I yang dah lama you kenal nipun tak pernah you letak gambar I kat atas meja kerja you," kata-kataAtilia berhenti di situ. Matanya memandang tepat ke arah Tunku Aryan. Dia cubamencari 'sesuatu' di sebalik wajah tenang lelaki di hadapannya itu.

            "So?"

            Atiliatergelak kecil.

            "The girl in the photo must be somebody special in your heart. Right?"

            TunkuAryan Haqim hanya tersenyum nipis.

            "You tahu  yang I seorang berterus-terang,kan?" soal Tunku Aryan Haqim sambil  memandang tepat ke wajah Atilia pula.

            "Tahu. Jadi ... betul tak tekaan I tadi?"

            "Betul," ringkas saja jawapan Tunku Aryan Haqim.

            Atiliamenarik nafasnya panjang sebelum menghelanya perlahan.

            "Jadi ... maknanya memang takde ruang untuk I berada di dalam hati you?"

            "Atilia ... lama dulu lagi I dah cakap pada you supaya jangan harapkan I sebagaicalon suami you. Kita tak mungkin berjodoh, Atilia. And, you know why,"Tunku Aryan Haqim mengingatkan gadis di hadapannya.

            "Kenapa you tak boleh lupakan saja cerita yang dah lepas tu? "

            TunkuAryan Haqim hanya tersenyum nipis dan membiarkan soalan Atilia tadi berlalutanpa jawapan.

            "Its lunch time now.  You nak ikut I lunchor you nak soal siasat I macam polis?" soal Tunku Aryan Haqim.

            Atiliamemandang dengan pandangan sinis ke arah lelaki yang masih lagi kelihatantenang di hadapannya.

            "Maybe next time. I balik dulu," jawab Atilia dengan nada  separuh merajuk seraya bingkas bangun dariduduknya.

            TunkuAryyan Haqim hanya memerhatikan saja dengan matanya sehingga pintu pejabatnyaditutup Atillia.  Setelah beberapa minitbersandar di sofa sambil merehatkan fikiran, Tunku Aryyan bangun dari dudukanyadan terus melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Dia merapati meja setiausahaeksekutifnya yang bernama Dilla.

            Dillayang menyedari kehadiran majikannya di hadapannya  segera mengalih pandangannya dari skrinkomputernya.

            "Tunku nak report kewangan tentang projek kat Melaka tu sekarang ke? Saya takdapat lagi report tu sebab Finance akan hantar selepas lunch. Tapi ... dokumenuntuk meeting lepas lunch ni nanti dah lengkap. Saya pun dah siap buat lapanset salinan untuk semua yang hadir meeting ni nanti," lapor Dilla lajujea.

            "Ok ... but make sure by three o'clock the financial report is on my table. And,one more thing please ....," kata-kata Tunku Aryyan Haqim terhentitiba-tiba kerana telefon di meja Dilla berdering minta diangkat.

            Dillamemandang ke arah Tunku Aryyan Haqim. Serba-salah sama ada hendak menjawabpanggilan telefon tersebut dahulu atau membiarkan bosnya menghabiskankata-kata.

            "Answer the call," arah Tunku Aryyan Haqim dengan wajah serius seolah-olahmemahami dilema setiausaha eksekutifnya.

            Dillamenurut saja. Tunku Aryyan Haqim juga masih tidak berganjak dari meja Dilla.Sebaliknya,  tangannya menyelak-nyelaksetiap helaian  satu salinan yang  telah disediakan Dilla untuk meeting selepaslunch nanti.

            "Hello ... Tunku Aryyan Haqim's office," kata Dilla sebaik meletakkangagang telefon yang berwarna putih itu di telinga kanannya.Tangannya telahbersedia dengan sebatang pen berwarna biru dan notebook untuk mencatat sebarangpesanan dari si pemanggil.

            "Hello .... ini akulah Dilla. Aku tiba-tiba 'termengidam' nak makan nasi kandarlahpula ni. Kau pun mesti baru nak keluar rehatkan. Jom lunch sama. Aku belanja.Bolehlah," kata Ayu Raihanna di hujung talian.

            "Kita makan malam karang jealah," cadang Dilla perlahan.

            "Tak sempat. Flight aku pukul enam ni karang. Ni lepas lunch aku terus jea keairport. Bolehlah," pujuk Ayu tak berptus asa.

            "Erghh ... Ayu ... nanti aku call kau semula. Bagi aku lima minit. Bos aku adakat depan ni," balas Dilla dengan suara yang diperlahankan seperlahanboleh!

            "Huh ... errk ... ok. Maaf ganggu kau kerja. Tak payah call semulalah. Akutunggu kau kat sana jealah. Janji datang tau. Kang terkempunan pula aku. Akunak fly jauh petang ni.  Bye," pesanAyu sebelum menamatkan panggilannya tanpa sempat Dilla berkata apa-apa..

            "Ok. Bye," balas Dilla pendek. Dengan teragak-agak Dilla memandang ke arahwajah bosnya.

            "Erghh ... maaf Tunku. Kawan saya call. Tadi Tunku nak pesan apa lagi yea?,"tanya Dilla. Takut dia hendak memandang tepat ke wajah bosnya.

            "  Ayu?" soal Tunku Aryyan pendek.

            "Ya, Tunku. Maaf Tunku. Dia ingat sekarang ni saya tengah  rehat masa lunch," sekali lagi Dillameminta maaf sambil memandang sipi-sipi bosnya. Dia nampak segaris senyumannipis terbentuk di bibir Tunku Aryyan Haqim. Pelik! getus hati kecil Dillamelihatkan reaksi majikannya.

            "Takpelah. Saya pun dah terlupa apa yang saya nak cakap. Ayu ajak lunchke?" tanya Tunku Aryyan Haqim.

            Berkerutdahi Dilla mendengarkan kata-kata bosnya tadi. Hissh ... mana pernah bosnyalupa apa nak cakap. Lepas tu boleh senyum-senyum sendiri pula tu.

            "Dilla, Ayu ajak awak lunch ke?" Tunku Aryyan Haqim mengulangipertanyaannyasemula.

            "Ya, Tunku. Dia ajak temankan dia makan nasi kandar kat restoran mamak kesukaandia."

            "Tunggu apa lagi. Jomlah."

            "Huh!? Tapi ... err ... tapi ...," Dilla kehilangan kata seketika.

            "Apa yang tapi tapi ni? Bolehkan sesekali saya dan setiausaha saya keluar makanbersama. Kawan awak si Ayu tu pun mesti tak kisahkan. Saya belanja," kataTunku Aryyan Haqim.

            "Tapi ... kami nak makan kat kedai mamak," terang Dilla perlahan.

            "Jadi  kenapa? Jom. Nanti kesian kawanawak tu tunggu kita lama sangat." ujar Tunku Aryyan Haqim sedikit tegasnada suaranya.

             Dilla mengangguk kepalanya perlahan walaupunotak dia yang kecil ini masih belum dapat 'memproses' sepenuhnya apa sebenarnyayang sedang berlaku. Setahu dia mana bos dia yang bernama Tunku Aryyan Haqim nimakan kat kedai mamak. Bos dia ni lidah mat saleh!

 

SERONOK AYU menggelakkan Tunku AryyanHaqim yang berpeluh-peluh makan kari kepala ikan di hadapannya. Cuaca yangpanas dan terik juga seolah-olah menyebelahi Ayu untuk terus galakmentertawakan majikan sahabat baiknya itu.

            Berbezadengan Ayu yang sedang seronok mentertawakan Tunku Aryyan Haqim, Dilla pulahanya mampu menyorok rasa lucunya jauh di dalam hati. Gila apa nak ketawakanbos sendiri. Silap hari bulan ... tak pasal-pasal dia jadi penganggur!

            SebaikTunku Aryyan Haqim selesai membuat bayaran di kaunter, mereka bertiga melangkahkeluar dari restoran tersebut.

            "Terima kasih Haq sebab sudi makan bersama kita orang. Dan, terima kasih jugasebab belanja makan tengah hari kami hari ini," Ayu Raihanna tersenyumsambil menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.

            "Small matter jea. Saya yang patut berterima kasih pada Ayu dan Dilla sebab sudilunch bersama saya," balas Tunku Aryyan Haqim. Senyuman memang tidaklekang dari wajah kacak itu dari saat mereka bertiga tibadi restoran mamak inisehinggalah kini.

            Dillaterbatuk tiba-tiba. Bukan apa. Terkejut dengan cara perbualan anataramajikannnya dengan sahabat baiknya Ayu. Tak pernah pula dia melihat majikannyasebegini hatta dengan Cik Atillia sekali pun. Apa Tunku Aryyan Haqim ada hatipada sahabat baiknya ke?

            "Macam tu ... mmm ... okaylah. Saya minta diri dulu. Takut nanti terlambat nakdapat teksi pula. Karang terlewat pula nak bersiap ke tempat kerja saya. Jumpalagi nanti," kata Ayu ceria sebelum memeluk Dilla seperti biasa setiapkali bila dia hendak terbang.

            "Kau take care, beb," pesan Dilla seperti biasa.

            "Baiklah sahabat baikku. Bye semua," ucap Ayu ceria sebelum bergerak kearah tempat menunggu bas dan teksi yang terletak tidak berapa jauh darirestoran itu.

            "Dilla ... awak tundakan meeting saya ke hari esok yea," arah Tunku AryyanHaqim tiba-tiba  laju sebelum berlarianak mendapatkan Ayu Raihanna yang semakin menghampiri tempat menunggu bas danteksi.

            Dillahanya memerhatikan saja majikannya memanggil nama Ayu dan bercakap sesuatudengan sahabat baik merangkap kawan serumahnya dan sekampungnya  itu. Dilla dapat melihat Ayu tersenyum sambilmenggeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin tanda tak setuju dengan cadangan TunkuAryyan Haqim. Entah apalah agaknya yang dikatakan oleh majikannya sampai Ayuasyik tergeleng-geleng kepalanya dan sesekali memandang ke arahnya seolah-olahmeminta bantuan. Dilla hanya mampu mengangkat kedua-dua keningnya sebagaiisyarat dia tak tahu apa-apa!

             Akhir sekali dia melihat Ayu melihat jam ditangannya sebelum kelihatan menganggukkan kepalanya perlahan dan mengekoriTunku Aryyan Haqim ke keretanya. 

Previous: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma