Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,785
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

BAB 14

            MakTimah melihat dari dapur anaknya dan kawan-kawan rapatnya yang sedang galakberbual sambil duduk di atas bangku di bawah pokok rambutan gading yang baruhendak berputik. Siapa lagi jikalau bukan Amir, Miza dan Farid. Sesekaliterdengar gelak ketawa. Entah apalah yang dibualkan mereka semua. Pasti banyakcerita yang dikongsikan. Hampir enam bulan juga mereka semua tidak bertemu.Memang anaknya melawatnya di kampung hampir setiap bulan, tetapi sekejap saja.Selalunya hanya selama dua hari saja. Kali ini anaknya mengambil cuti tahunselama tujuh hari. Itu yang mereka semua dapat berkumpul.

            Bibirtuanya tersenyum sedikit sebaik matanya melihat ke arah perut sahabatanaknya,  Miza yang duduk sambilberpegangan tangan dengan Farid. Siapalah yang dapat menduga jodohmasing-masing. Dari sahabat baik, akhirnya menjadi pasangan suami isteri.Sekejap saja masa berlalu. Sekejap saja budak-budak ni dah dewasa. Dah nak jadiemak dan bapa orang dah. Sesungguhnya jodoh, ajal dan rezeki ini hanya DIA sajayang mengetahui. Siapalah agaknya jodoh anak tunggalnya?, soal hati tuanyasedang matanya masih terarah ke arah Ayu Raihanna.

            Barudia hendak meneriak nama Ayu supaya membawa dulang yang berisi sepinggan kuihseri muka, gelas dan sejug air sirap, kelihatan sebuah kereta berwarna putihmemasuki perkarangan rumahnya. Dia mengerutkan dahinya sedikit. Kelihatanseorang lelaki muda keluar dari kereta itu dan berjalan sambil tersenyum kearah Ayu dan rakan-rakannya yang sedang duduk di bawah pokok rambutan gadingitu.

            Padamasa yang sama dia melihat Amir bangun dan berjalan mendapatkan lelaki mudasebelum bersalam dan memeluk lelaki muda itu sebelum berjalan ke arah Ayu danrakan-rakan yang lain. Ni mesti kawan-kawan si Ayu jugalah ni, bisik hati kecilMak Timah.

            Diaterus mengambil satu lagi gelas dan meletaknya ke dalam dulang sebelum meneriaknama Ayu.

            "Ayu ... ambil dulang ni. Panas kat luar tu. Mak dah buatkan air ni,"teriak Mak Timah.

            Bukansetakat Ayu, tetapi semua yang ada di situ turut memandang ke arah Mak Timah.

            "Jap yea ... mak aku panggil tu," kata Ayu. Namun matanya sempat lagimenjeling ke arah Faris Hakimi yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

            "Aku ikut. Boleh aku tolong bawakan  jugtu. Takdelah berat sangat dulang tu," Miza menawarkan pertolongannya.

            "Ehhh ... takpe Miza. Aku boleh jea angkat dulang tu tu jea," balas Ayu.

            "Biar saya tolong awak. Lagipun, inilah masa saya perkenalkan diri saya kat makawak dan berkenal-kenalan dengan emak awak," kata Faris Hakimi.

            "Huh!? Apasal pula awak rajin sangat nak perkenalkan diri awak kat mak saya ni.Duduk jealah diam-diam kat bangku tu. Dahlah datang tak berjemput. Suka-sukajea merempuh 'reunion' saya dengan kawan-kawan baik saya tau," balas Ayusambil membuat muka.

            "Siapa kata saya datang tak berjemput? Amir jemput saya ke sini. Betul tak,Amir?"

            MataAyu kini terhala ke arah Amir yang sedang terangguk-angguk kepalanya sambiltersengih-sengih macam kerang busuk! Ayu hanya berdengus perlahan sebelumberjalan ke arah dapur sambil diekori Faris Hakimi.

            Ayuterus mengambil dulang daripada tangan emaknya, sementara Faris Hakimi memberisalam sebelum menyalami emaknya.

            "Sihat makcik?" tanya Faris Hakimi memulakan bicara.

            "Alhamdulillah. Makcik sihat. Anak ni siapa? Kawan Ayu ke?" tanya MakTimah. Wajah anak muda di hadapannya dipandangnya lama sebelum pandangannyaberalih ke arah Ayu yang yang masih tercegat di hadapannya.

            "Yang kamu masih tercegat kat sini kenapa? Tu kesian kawan-kawan tu mesti dahhaus tu," kat Mak Timah pada Ayu. Ayu memandang seketika ke arah FarisHakimi sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Mak Timah semula.

            "Mmm ... iya, mak," kata Ayu pendek.

            SebaikAyu meletakkan dulang di atas dua buah bangku yang disusun rapat dan dijadikanmeja, Ayu berpaling ke belakang. Hati kecilnya berdengus sedikit. Amboi! Bukanmain lagi mamat ni berbual dengan emaknya. Kemudian baru Ayu perasan sesuatu.

            "Amir ... abang sepupu kau tu bukan main rancak lagi berbual dengan emak akusampai tak ingat yang dia belum matikan enjin kereta. Hisshh ... membazirbetul. Harga minyak kereta sekarang dahlah mahal. Apa kata kau pergi tolong diamatikan enjin kereta dia tu."

            "Errghh ... tak perlu kot," kata Amir antara dengar tak dengar.

            "Kenapa pula tak payah. Buang duit satu hal. Pencemaran alam satu hal,"bebel Ayu sambil kepalanya sekali lagi berpaling ke arah dapur. Emaknya tidakkelihatan lagi. Cuma Faris Hakimi saja yang sedang tersenyum lebar sambilberjalan laju ke arah keretanya yang bercermin tinted agak gelap.

            "Aikkk ... nak balik dah? Mesti mak saya dah 'basuh' awak kan? Itulahberani-berani sangat nak perkealkan diri awak kat mak saya. Padan muka kenamarah dengan mak saya," ejek Ayu sambil menjelirkan sedikt lidahnya.

            FarisHakimi tidak membalas ejekannya, sebaliknya senyumannya semakin lebar danmanislah pula! Lelaki itu terus berjalan ke arah keretanya sebelum mebuka pintubahagian belakang.

            Kelihatanseorang wanita yang agak berusia namun masih kelihatan cantik turun dari keretasebelum diikuti seorang lelaki yang nampak segak. Pada masa yang sama sebuahkereta Honda CRV yang Ayu kenali juga masuk ke perkarangan rumahnya. Bukankereta tu, kereta emak si Amir ke? soal hati kecil Ayu sebelum berpaling kearah Amir yang kelihatan baru saja menamatkan perbualannya di telefonbimbitnya. Sebaik mata mereka bertembung, Amir hanya menunjukkan tanda 'peace'.Apa semua ini? hati kecil Ayu dirinya sendiri.

            Barudia hendak bertanya kepada Amir, dia terpandangkan emaknya yang melambainya danmemintanya masuk ke dalam rumah. Hendak tak hendak, dia pun bergerak ke dapur,namun  dia masih memberi isyarat mengajakMiza, Farid dan Amir mengekorinya masuk ke dalam rumah.

PERSOALAN tentang kehadiran pasangan suami isteri yangmenaiki kereta Faris Hakimi dan ibu Amir ke rumahnya telah terjawab. Dua bentukcincin yang tersarung di jari manisnya direnung lama. Satu cincin merisik dansatu lagi cincin tunang. Ahhh ... inilah padahnya bercakap tanpa berfikir, diamengutuk dirinya sendiri.

            Diamengeluh perlahan. Ucapan tahniah daripada Miza, Farid dan Amir sebelum beredarpelang ke rumah masing-masing masih terngiang-ngiang di telinganya. Wajahgembira emaknya, kedua orang tua Faris Hakimi dan ibu Amir masih terbayang dimatanya. Apatah lagi, senyuman Faris Hakimi. Ahhh ... lelaki itu. Senyuman diamengalahkan selautan madu rasanya!

            Lamunannyaterganggu apabila dia terasa seseorang mengusap lembut bahunya. Tanpa melihatpun dia dapat mengagak siapa orang itu. Pastilah emaknya yang tersayang!

            "Alhamdulillah. Sampai juga jodoh anak mak. Mak gembira sangat," tutur MakTimah lembut.

            AyuRaihanna hanya tersenyum mendengarkan kata-kata emaknya.

            "Mmm ... emak, betul ke semua ni? Maksud Ayu bukan ke semua ni macam tiba-tibajea?"

            "Maksud Ayu, apa?"

            "Tak rasa ke semua ni macam tergesa-gesa. Hari ni merisik, lepas tu hari ni jugabertunang?"

            "Kenapa nak susah-susahkan benda yang senang? Tambahan lagi kamu berdua kansusah nak cuti serentak. Jadi, eloklah buat sekali. Dah kamu dua-dua pun sukasama suka.Tunggu apa lagi," ujar Mak Timah dengan nada ceria.

            "Tapi ... kami baru jea kenal. Itu pun hanya sebagai kawan sekerja. Belumlahlagi sampai tahap bercinta sebenarnya," terang Ayu.

            DahiMak Timah berkerut sedikit.

            "Maksudnya kamu dan dia tak bercinta?Tapi , mak tengok cara dia cakap tentangkamu, cara dia pandang kamu macam orang tengah hangat bercinta jea."

            "Betul mak. Kami tak bercinta. Hanya berkawan macam tu saja," terang Ayubersungguh-sungguh.

            "Eh! Macam tu ke? Tapi ... mak suka cara dia. Sebab, nampaknya dia ni lelakiyang tak suka buang masa. Dia dah berkenan dengan anak mak ni ... itulah diaterus masuk meminang. Maknanya dia seriuslah hendakkan Ayu. Itu tunjukkan diaseorang lelaki yang bertanggungjawab. Dahlah. Jodoh yang baik, janganlahditolak. Lagipun, bukan Ayu ke yang angguk tanda setuju tadi?"

            "Sebenarnya Ayu terpaksa angguk," jawab Ayu serba-salah.

            "Kenapa pula macam tu? Mak tak paksa pun Ayu tadi. Keluarga dia pun takmemaksakan?" soal Mak Timah memandang tepat ke arah anaknya yang sedangtunduk memandang lantai.

            "Mak ... Ayu angguk tadi sebab Ayu ada tersalah cakap dengan dia."

            "Ayu tersalah cakap apa? Mak tak faham."

            "Hari tu ... dia ada cakap yang dia suka Ayu. Sebab Ayu malas nak layan dia,jadi  Ayu cakaplah  yang Ayu tak suka buang masa bercinta-cintani. Ayu cuma akan bercinta dengan orang yang datang rumah Ayu dan pinang Ayujadi isteri. Mmm ... lebih kurang macam itulah Ayu cakap kat dia."

            MakTimah tergelak kecil. Bahu Ayu diusap-usapnya lagi.

            "Dah Ayu sendiri yang cakap begitu, kiranya Ayu kenalah terima dengan hatiterbuka jodoh Ayu ni. Terima sajalah tunang Ayu tu dengan hati yang redha danterbuka. Mak tengok dia baik orangnya, bertanggungjawab ... rupa pun ada. Dan, yangpenting sekali ialah kedua-dua orang tua dia merestui Ayu sebagai bakal isterianak lelaki mereka. Itu yang paling penting. Restu orang tua. Bersyukurlahdengan jodoh yang telah dipilihkan olehNYA untuk Ayu ni," nasihat MakTimah panjang-lebar.

            Ayu hanya mendiamkan dirinya saja.Tekun mendengar nasihat emaknya. Dia menarik nafasnya dalam sebelum menghelanyaperlahan. 
Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma