Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,823
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

BAB 8

            Pagilagi dia telah keluar dari bilik hotelnya. Seorang saja tanpa ditemani sesiapa.Sengaja dia keluar awal pagi untuk mengelak dari Faris Hakimi. Tambahan pula, hariini adalah  hari terakhir dia di kotaLondon ini sebelum bertugas semula di dalam penerbangan balik ke Malaysia. Diahendak puas-puas dan senang-senang hati jalan-jalan ambil gambar tanpa diganggumelaun yang seorang itu. Rimas!

            Selesaimenyaksikan acara ' changing guard' di BuckinghamPalace, dia terus melangkah keGreen Park sebelum  duduk di sebuahbangku yang sememangnya banyak disediakan di Green Park ini untuk parapengunjungnya  duduk.

            Gambar-gambar pertukaran 'guard' diBuckingham Palace yang ditangkap menggunakan telefon bimbitnyanya di ulangtengok beberapa kali. Tiba-tiba sahaja fikirannya teringat satu adengan dalamcerita Mr Beans. Bibirnya tersenyum sendiri.

            Kemudiandia mengambil gambar selfienya beberapa kali. Tersenyum sendiri dia apabilamelihat kembali gambar-gambar selfienya sendiri. Leka dia memilih gambar selfieyang diambilnya tadi untuk dihantar ke wassap 'geng sekolah'  sebelum suara seorang kanak-kanak menyapanyamesra dan terus memanjat bangku duduknya dan memeluknya kuat-kuat.

            "Mummy!," kata anak itu.

            Ayutergamam seketika sebelum menoleh ke arah kanak-kanak perempuan yang comel danmasih tersenyum manis ke arahnya. Muka kanak-kanak itu diamatinya sambil tangankanannya mengusap perlahan rambut kanak-kanak itu. Matanya tercari-cari kelibatsesiapa mencari anak di Green Park itu. Aduh! Anak siapa pula ni?, tanya AyuRaihanna pada dirinya sendiri.

            Matanyakemudiannya tertangkap kelibat seorang seorang perempuan berusia tetapi bergayaberjalan ke arahnya sambil diiringi dua orang lelaki yang berkot hitam danbercermin mata hitam. Kalau tengok dari gaya lelaki-lelaki itu macam bodyguardsaja lagaknya.

            Bilaperempuan berusia yang bergaya itu dan dua orang lelaki itu semakinmenghampirinya, bibir Ayu Raihanna terus mengukir senyuman. Wanita berusia itumembalas senyumannya sebelum memanggil kanak-kanak perempuan itu.

            "Ellie ... sini kat nenda. Janganlah kacau kakak ni," kata perempuan tuaitu. Si kecik hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda enggan menurutipermintaan perempuan yang membahasakan dirinya nenda itu.

            "Tunku Elliana Iman ... sini sayang. Ikut nenda. Nak coklat tak? Sedap ni,"umpan seorang wanita berusia itu lagi. Kanak-kanak yang bernama Ellie itumengeleng-gelengkan kepalanya laju-laju.

            "I don't want coklat. I want mummy, nenda," kata Ellie makin menguatkanlagi pelukannya di bahu Ayu Raihanna.

            Wanitayang dipanggil nenda itu mengeluh panjang. Buntu dia memikirkan bagaimanahendak meminta cucundanya itu melepaskan gadis itu. Dia sebenarnya terkejut apabilaEllie tiba-tiba saja melepaskan pegangan tangannya tadi dan berlari ke arahgadis yang sedang duduk di bangku itu. Cucunya itu tidak pernah berkelakuanseperti itu. Apa istimewanya gadis itu di mata Ellie sampai Ellie memanggilnya'mummy'. Kesian pula dia melihatkan gadis itu yang nampak terkejut dan serba-salah.

            Walaupunmasih terkejut dengan tindakan gadis kecil itu yang memanggilnya 'mummy', AyuRaihanna tetap mengukir senyuman. Ayu kemudiannya memegang tangan anak kecilyang memeluk bahunya itu sebelum meregang pelukan kanak-kanak ituperlahan-lahan. Kanak-kanak yang bernama Ellie itu kemudiannya dialih ke pangkuannya.Pipi Ellie yang sedikit bulat itu diciumnya kiri dan kanan.

            "Ellie .. mummy nak coklat tu. Boleh ambilkan untuk mummy tak?," kata AyuRaihanna satu-satu dengan nada yang lembut memujuk sambil jari telunjuknyamenunjuk ke arah coklat yang dipegang wanita berusia itu..

            Elliemenganggukkan kepalanya dan terus berlari ke arah wanita berusia itu untukmengambil coklat yang dipegang oleh wanita itu. Wanita berusia itu mengambil peluangitu menarik cucunya sebelum mendukung cucunya itu. Anak kecil itu menangis danmeronta-ronta minta dilepaskan sambil mengacu-ngacu tangannya ke arah AyuRaihanna dan memanggilnya 'mummy'. Beberapa orang yang lalu lalang di situturut memandang ke arah mereka.

            AyuRaihanna merasa serba-salah. Segan melihat orang melihat ke arah mereka. Diakemudiannya bangun dari duduknya dan memberi isyarat kepada wanita berusia ituagar menyerahkan Ellie untuk didukungnya pula.

            "Elliesayang ... jangan nangis yea. Mummy ada," pujuk Ayu Raihanna sambil diperhatikanwanita berusia itu.

            "Nenda ... ambillah gambar Ellie dengan mummy. Ellie nak tunjuk pada semua orangyang mummy Ellie cantik macam princess. Please," kata anak kecil itutiba-tiba. Manja sekali nada suaranya meminta permintaannya dipenuhi.

            Wanitaberusia yang bergaya itu kelihatan serba-salah. Dia memandang ke arah Ayuseolah-olah meminta kebenaran daripada Ayu. Ayu tersenyum sebelum menganggukkankepalanya tanda setuju.

            "Maafkan cucu saya sebab menganggu. Maaf juga sebab dia panggil anak ni mummydia pula," kata wanita berusia itu sebelum duduk di sebelah Ayu Raihannayang sedang memangku cucunya sedang cucunya itu pula leka mengunyah coklat.

            "Takpe, puan. Budak kecil ... biasalah. Semua orang dia nampak macam sama saja.Cuma nanti puan kenalah terangkan hal yang sebenar kepada kedua-dua ibubapadia. Takut nanti kalau mummy  dia tengokgambar tadi tu atau Ellie cerita dia jumpa 'mummy' kat park ni ... nantiberlaku salah faham pula," pinta Ayu sopan.

            Segarissenyuman hmbar terbentuk di bibir wanita berusia itu.

            "Sebenarnya ..." Kata-kata wanita itu berhenti tiba-tiba. Dia menariknyanafasnya panjang dan dalam. Seolah-olah ada kesedihan yang cuba dilupakan.

            "Erghh ... puan okay ke? Saya ada tersalah cakap ke?"

            Wanitaberusia itu mengeluarkan sapu tangan yang berwarna dari tas tangannya sebelummengesat hujung matanya yang berair.

            "Tak. Cuma ... sebenarnya mummy Ellie dah meninggal."

            "Ooo... erghh ... mmm ... saya tumpang simpati, puan, "balas Ayu perlahan.

            Diatak tahu hendak berkata apa. Dia tiba-tiba saja kehilangan kata-kata. Hal-halyang menyedihkan macam ini memang dia tak tahu nak tunjukkan reaksi yangbagaimana. Hal-hal sedih ini hanya buat dia rasa kekok saja sebenarnya.

            Wanitaberusia itu memandang ke wajah Ayu. Jelas kelihatan gadis itu dalam keadaan serba-salah.                     "Terima kasih. Mmm ... perkara itu pun telah lama berlalu. Mmm ... nama anak nisiapa?"

            "Ayu," jawab Ayu Raihanna pendek.

            "Cantik nama. Secantik orangnya. "

            "Puan buat saya rasa segan dan malu pula. Kalau puan kenal saya sama macam emaksaya kenal saya, pasti puan akan kata nama tu tak sesuai dengan saya,"kata Ayu sambil tergelak kecil. Suasana yang kekok tadi berubah mesra.

            "Iya ke?," usik wanita berusia itu mesra.

            "Iya, puan. Percayalah. Jangan tertipu dengan luaran saya," balas Ayusambil tergelak lagi.

            "Anak ni kelakarlah. By the way, tak payah 'berpuan-puan' dengan aunty. Namaaunty, Kalsom. Panggil aunty Som jea.Tak payahlah berpuan-puan, yea,"Aunty Kalsom mengingatkan Ayu sekali lagi.

            "Baiklah, Aunty Som."

            "Anak ni bercuti ke?"

            "Erghh ... taklah. Saya kerja. Esok saya balik Malaysia," kata Ayu Raihannasambil menyelit rambut Ellie di belakang telinga gadis itu.

            "Ooo ... aunty pun balik esok."

            "Aunty naik MAS ke? Kalau aunty naik MAS ... mungkin kita satu flightlah nantikot," kata Ayu tersenyum manis.

            AuntyKalsom tersenyum mendengarkan kata Ayu tadi.

            "Tak. Aunty tak naik MAS. Tapi ... mungkin tak mustahil kita akan jumpa katMalaysia nanti kan?Negara kita tu bukannya besar sangat. Kecil jea," balasAunty Kalsom.

            "Insyaallah.Mmmm ... comel sungguh cucu aunty ni. Mesti mak dia cantik dan ayahnyakacak," puji Ayu Raihanna. Rambut Ellie yang dipangkunya terus dielusperlahan.

            "Ingatkan Ayu nak cakap cucu aunty lawa sebab neneknya cantik," gurau AuntyKalsom sambil tergelak kecil. Ayu pula hanya tersengih sebelum berkata.

            "Hahaha ... haahkan. Apalah saya ni. Patutnya kena kata macam tu kan. Sebab bilaneneknya cantik, mesti anaknya cantik dan kacak. Lepas tu cucunya mestilah comel."

            Senyumwanita yang dipanggil Aunty Kalsom itu semakin lebar. Tak tahu mengapa, tetapidia merasa selesa dengan gadis disebelahnya yang baru saja dikenali ini.Pandangannya kemudian beralih kepada cucunya yang seronok dipangku Ayu. Diapelik sebenarnya. Tak pernah cucunya itu memanggil mana-mana perempuan sebagaimummy selama ini. Malahan cucunya itu sebenarnya sukar untuk mendekati ataumenyukai orang yang tidak dikenali. Pasti gadis yang bernama Ayu ini begituistimewa di mata anak kecil itu.

            Tiba-tibasaja Ellie memegang kedua-dua belah pipinya dengan tangannya yang kecil sebelummencium pipi Ayu berkali-kali sambil tergelak-gelak kecil. Ayu juga secaraspontan terus mengomol-gomol pipi gebu Ellie dengan ciuman juga.Sesekali  Ayu menggeletek pinggang gadis kecil yangdipangkunya itu. Persis seorang emak yang sedang mencium-cium pipi anaknya.Aunty Kalsom merakam detik-detik itu dengan telefon pintarnya. Senang hatinyamelihat cucunya gembira dan ketawa megekek tak tahan dicium dan digeletek Ayu.

            "Birddd ...," jerit Ellie tiba-tiba tatkala matanya terpandang sekor burungberwarna hijau bertenggek di salah satu dahan pokok yang terletak tidak jauh dari mereka sebelum melompat daripangkuan Ayu berlari ke arah burung itu.

            Terussalah seorang lelaki yang gaya seperti seorang bodyguard mengekori Ellie,sementara wanita tua yang membahasakan dirinya sebagai Aunty Kalsom itu bangundari duduknya. Ayu pun secara spontan juga turut berdiri.

            "Hisshh ... lari dah dia kejar burung pula. Aunty pergi dululah yea, Ayu. Adarezeki kita jumpa lagi. Maaf sekali lagi sebab cucu aunty tadi mengangguAyu," kata Aunty Kalsom sekali lagi.

            "Takde apa-apalah, aunty. Tak menganggu pun. Jaga diri aunty," kata Ayusambil menyalami dan mencium tangan wanita berusia yang bergaya itu.

            "Ayu pun jaga diri. Assalammualaikum," kata Aunty Kalsom sebelum berlaludari situ sebelum diiringi seorang lagi lelaki yang gayanya seperti bodyguardjuga.

            SEBAIKTIBA di hotel penginapannya, Ayu Raihanna terus melangkah masuk ke lobi hoteltersebut. Terkejut dia tatkala melihat Faris Hakimi yang sedang duduk di dalahsatu sofa yang terletak di ruang legar hotel itu sambil memandang tepat kearahnya. Pandang tidak berkelip.  AyuRaihanna menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat dan sebagai tanda bertegursapa cuma tanpa suara. Sedang dia melangkah ke arah lift,  Ayu Raihanna terasa  hujung lengan cardigannya ditarik perlahan.Ayu menghentikan langkahnya dan terus memandang ke wajah tuan punya tangan. 

            "Ya?" soal Ayu Raihanna dengan wajah pelik.

            "Ayu ke mana? Seharian kat luar. Cari boyfriend mat saleh ke?," sinissekali  nada pertanyaan Faris Hakimi.

            "Haah. Saya cari boyfriend kat Buckingham Palace. Kot-kotlah boleh terserempakdengan Prince Harry ke ... lepas tu dia jatuh cinta kat saya ke. Siapa tahutuah saya kan?! Tapi ... sayangnya bayang Putera Harry pun saya taknampak."        

            "Aikk ... takkanlah seharian awak tunggu Prince Harry kot?"

            "Ehhh ... pastilah tak. Lepas tunggu Putera Harry tak muncul-muncul, sayalepaklah kat Green Park ... kot-kotlah ada mat saleh yang nampak saya terusterjatuh cinta kat saya," kata Ayu sinis. Geram pula dia dengan lelaki dihadapannya ini. Soal dia macam polis soal penjenayah!

            Berkerutdahi Faris Hakimi mendengarkan kata-kata Ayu tadi. Rasa bengang, geram, cemburusemuanya bercampur-baur. Dia mengusap wajahnya dengan kedua-dua telapaktangannya.

            "Awak serius ke dengan kata-kata awak tadi ni? "

            "Seriuslah. Bila masanya saya tak serius. Cuba tanya adik saudara awak Si Amirtu. Diakan kawan baik saya. Saya ni ... tak pernah tak serius bila berkata,tau."

            "Are you that desperade to find a boyfriend?" soal Faris Hakimi sambilmengawal nada suaranya.

            "Haah. Kenapa? Salah ke? Saya dah dewasa. Jadi memang patutlah saya mula mencariboyfriend, kan?"

            "Tak salah. Tapi ... mat saleh? Lelaki melayu takde ke? Tinggi sungguh tasteawak. Tak sangka," soal Faris Hakimi dengan nada seolah-olah mengejek.

            Ayu Raihannamengerutkan dahinya. Matanya merenung tajam ke mata lelaki di hadapannya. Geram!

            "Suka hati sayalah nak yang macam manalah, right? Apa kaitannya dengan awak?"

            "Siapa kata takde kaitan. Apa-apa saja yangb erkaitan awak ada kaitan dengansaya."

            "Apa dia kaitan awak dengan saya? Cuba cakap sikit. Boyfriend pun bukan ... tunangpun bukan. Jadi apalah agaknya kaitan awak dengan saya tu ek?," tanya AyuRaihanna.

            "Nantilah. Nanti awak tahu. Very soon. Tunggu."

            "Apa tunggu-tunggu? Saya tak nampak pun caranya macam mana awak boleh ada kaitandengan saya. Awak ni peliklah."

            "Mmm ... awak tunggu sajalah," kata Faris Hakimi tersenyum penuh makna.

            AyuRaihanna hanya mencemikkan bibirnya sedikit.

            "Apa-apa sajalah. Malas saya nak lain awak ni. Saya nak naik ke bilik saya. Sayaminta diri dulu yea, Capt," kata Ayu Raihanna.

            "Sekejap."

            "Apa lagi? Awak ni kuat mengarah dan membebelkan. Mengalahkan mak sayalah awakni."

            "Hahaha ... apa-apa sajalah awak nak cakap tentang saya. Mmm ... give me yourphone sekejap," pinta Faris Hakimi.

            "Tak nak. Awak nak buat apa dengan telefon saya? kalau awak nak telefon girlfriendawak ke, kawan awak ke, parent awak ke ... gunalah telefon awak sendiri,"soal Ayu Raihanna pendek sambil memegang erat telefonnya.

            "Bagilah sekejap."

            "Tak nak. Nanti tak pasal-pasal bil telefon saya bulan ni tinggi. Eeeiii ...mahal tau buat panggilan oversea ni tau. Telefon awak kan ada."

            "Siapa kata saya nak buat panggilan. Bak sini jealah telefon awak tu."

            "Tak boleh!"

            "Orang bijak pandai kata, bila kita minta baik-baik orang tak nak bagi, jadikita rampas jealah," kata Faris Hakimi sedang tangannya terus lajumengambil telefon dari tangan Ayu Raihanna.

            "Hei! Awak nak buat apa dengan telefon saya?"

            FarisHakimi tidak menjawab sebaliknya tangannya terus menekan-nekan beberapa abjad dannombor tertentu di telefon yang Ayu Raihanna sebelum telefon bimbitnya pulaberbunyi. Faris Hakimi menyerahkan telefon itu kepada Ayu semula yang masihterkebil-terkebil tak faham, sementara dia pula mengeluarkan telefon di poketseluarnya yang masih berdering dan menekan butang 'jawab' sambil matanya memberiisyarat mata agar Ayu meletakkan telefonnya di telinganya.

            Walaupunmasih 'blur' Ayu hanya menurut saja dan meletak telefonnya di telinganya. Terdengarsuara Faris Hakimi di hujung talian. Ayu memandang wajah lelaki di hadapannya. Poyolahmamat ni. Apasal nak telefon-telefon ni. Kan mereka berdua tengah berdirimengadap satu sama lain. Cakap jealah depan-depan. Entah apa-apa ntah!, kutukAyu Raihanna di dalam hati kecilnya.

            "Hello Cik Lontong Desperado. Saya tahu awak dah tukar nombor lain sebab pagi tadisaya call awak tak dapat. Jadi, saya dah save nombor saya kat 'contact list' awakdan nombor awak kat 'contact list' saya. Mmm ... saya nak pergi dinner sekarangni. Nak ikut tak? Saya belanja," ajak Faris Hakimi. Kening kirinyadijongketkan sedikit.

            FarisHakimi hendak tergelak melihat muka Ayu Raihanna yang sedang menahan geram!Kecil besar, kecil besar mata Ayu Raihanna memandang ke arahnya yang sedangtersengih-sengih mengusik.

            "Tak hingin!," kata Ayu Raihanna pendek dan terus berlalu dari situ denganhati yang tak henti mengutuk kapten bajet bagus itu. Sesuka hati dia jeapanggil dia Cik Lontong Desperado!

            FarisHakimi hanya tersenyum senget mendengarkan jawapan pendek Ayu Raihanna tadi.Dah agak dah! Memang dia kecewa pelawaannya ditolak, tetapi hatinya seronokmelihat muka tidak puas hati Ayu tadi. Hahaha ... mesti tengah bengang kat diasebab dipanggil 'Cik Lontong Desperado' ... hahaha ... tapi cute apa nama tudengan tuan punya badan tu, kata hati kecil Faris Hakimi sedang segarissenyuman terbentuk di bibirnya.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma