BAB 9
AyuRaihanna memerhatikan saja Dilla yang sedari tadi tersenyum-senyummembelek-belek hadiah yang diberi olehnya tadi. Sesekali Ayumenggeleng-gelengkan kepalanya tanda tak faham dengan reaksi keterlaluansahabatnya itu.
"Beb ... sudahlah tu. Takkan tak bosan-bosan lagi kau belek beg duit tu."
"Ahhh ... kau tak faham. Lama dah aku tak dapat hadiah. Paling akhir orang bagiaku hadiah masa hari jadi aku masa darjah enam dulu. Tu yang aku seronok sangatni dapat hadiah daripada kau ni. Thank you, Ayu."
"Sama-sama. Sudahlah tu. Beg duit jea pun. Kecil jea pula tu. Bukannya hand bagpun."
"Heiii ... memang beg duit kecil jea. Tapi ... Mulberry kot! Hadiah dari Londonpula tu."
"Alahh ... kau ni. Aku beli kat sale jea. Out season pun. Bukannya latest pun.Dahlah tu. Pegilah simpan dalam bilik ke, dalam tas tangan kau ke."
"Baiklah, Cik Ayu. Semoga kau terus murah rezeki supaya kau boleh belikan akuhadiah lagi. Aku suka sangat beg duit kecik ni. Thanks again, Ayu," ujarDilla tersengih-sengih sambil melangkah masuk ke dalam biliknya.
AyuRaihanna hanya tersengih saja mendengarkan kata-kata Dilla tadi. Tak lamakemudian rakan serumahnya itu keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur. Ayuterus leka menonton berita di TV 9 sebelum Dilla muncul dengan semangkuk meesegera Maggi yang berasap-asap dan diletakkan di atas meja kopi di hadapannya.
"Maggi ni aku buat dengan penuh kasih sayang untuk kau, sahabat aku yangpemurah," kata Dilla sambil mengangkat-angkat keningnya.
"Amboi ... baiknya kau. Terima kasih Dilla. Macam tahu-tahu jea perut aku ni dah'menyanyi' rancak. Tapi ... kau punyamana? Takkan aku makan seorang jea?" tanya Ayu.
"Aku nak pi ambillah ni kat dapur," balas Dilla terus berlalu ke dapursebelum dengan semangkuk maggi yang masih berasap nipis.
Keadaansunyi seketika. Baik Dilla mahupun Ayu Raihanna asyik menikmati maggi karimasing-masing. Hanya setelah beberapa ketika, baru Dilla mulai bersuara.
"Ayu ... aku nak tanya kau sedikit."
"Tanya apa?"
"Kau fly ke Ahad ni?"
"Tak. Kenapa?"
"Jom ikut aku pergi majlis kahwin kawan aku."
"Malaslah. Aku manalah kenal kawan kau tu. Lagi pun dia jemput kau. Bukannyaaku. Seganlah. Lagipun .... macam tak baiklah aku makan kat majlis orangsedangkan orang tak jemput. Kenal aku pun tak."
"Alah ... kau janganlah risau. Aku dah cakap kat kawan-kawan aku yang aku nakbawa kau. Dia orang kata okay. Lagi ramai, lagi meriah katanya. Lagipun, akunak bagi dia hadiah yang dia akan kenang selamanya. "
Ayumemandang ke arah Dilla. Dahinya berkerut sedikit.
"'Kawan-kawan'? Berapa orang yang kahwin ni? Ni majlis kahwin ramai-ramai ke ?"
"Taklah. Yang kahwinnya seorang jea. Yang menguruskannya yang ramai. Kiranyamacam 'gotong-royong' kawan-kawan sepejabat. Kau cakap kau setuju, nanti akuterangkan sepenuhnya. Alah ... setuju jealah. Sebab 'hadiah' yang ....,"belum habis Dilla berkata Ayu telah memotong terlebih dahulu.
"Hadiah!? Ooo ... kau nak beli hadiah yea? Kau perlukan orang untuk temankankau? Kata jealah kau nak suruh aku temankan kau beli hadiah. Aku free jea esoksampai Ahad. Kau nak beli hadiah tu kat mana?"
"Err ... hadiah tu mana boleh beli kat kedai."
"Habis tu nak beli kat mana? Online? Kat Lazada ... Zalora?"
"Tak ... tapi 'hadiah' tu sesuatu yang kau jea ada," terang Dillatersengeh-sengeh macam kerang busuk.
"Aku? Apasal aku jea ada hadiah ni? Hadiah apa ni?"
Dillamenulis sesuatu di atas kertas sebelum diberi kepada Ayu. Bulat mata Ayu sebaikmembaca apa yang ditulis Dilla.
"Tak nak. Tak boleh."
"Bolehlah. Kawan aku yang nak kahwin ni tak tahu pun pasal majlis yang kamirancang ni. Aku dan kawan-kawan sepejabat aku nak buat kejutan untukmemeriahkan hari bersejarah dia. Bolehlah Ayu. Kesian dia. Dia anakyatim-piatu. Takde saudara-mara. Sedari kecik duduk kat rumah anak yatim.Majlis makan-makan yang kami nak buat ni bukan besar pun. Kecil jea. Bos kamiyang serius memanjang tu pun sporting. Dia sumbang sedikit budget untuk buatmajlis ni. Majlis tu kami rancang nak buat kat sebuah restoran ni. Very privacyfunction. Hanya kami kawan-kawan sekerja dia dan keluarga sebelah lelaki sahajayang kami jemput. Kami sepakat nak buat kejutan ni sebab nak dia rasa yang diatak keseorangan kat dunia ni. Kami nak dia rasa gembira. Kalau ikut dia, cumaada majlis nikah jea. Memanglah dah memadai ... tapi kita orang naklah dia rasa special sikit padahari tu. Kita yang ada mak bapak dan adik-beradik ni untung. Ada orang nak buatdan uruskan majlis kita nanti supaya meriah. Jomlah bantu aku memeriahkanmajlis dia," ujar Dilla panjang-lebar sambil memujuk.
LamaAyu berfikir sebelum menganggukkan kepalanya perlahan tanda setuju. Taksalahkan sesekali dia memeriahkan majlis dan mengembirakan orang. Semoga menjadi antara kenangan terindah buatpasangan pengantin kelak, doa Ayu di dalam hati kecilnya.
"Panaslah. Aku rasa kita kena minta tuan rumah pasang air cond kat ruang tamu nijugalah," rungut Dilla tiba-tiba seraya bangun dari duduknya dan berjalanmenuju ke arah pintu. Cadangnya inginmembuka pintu rumah agar angin luar boleh masuk. Sebaik pintu rumah dibuka,matanya terus terpandangkan seorang lelaki keluar dari sebuah kereta yangdiparkir di hadapan gate rumahnya. Lelaki itu melambai ke arahnya. Dilla terusmenyarung selipar Jepun di kakinya sebelum berjalan ke arah lelaki itu. Agaknyalelaki ni sesat kot. Nak tanya jalanlah tu, fikir hati kecil Dilla.
"Assalammualaikum. Boleh saya tanya. Ini rumah Ayu Raihanna ke?" tanyalelaki itu sopan.
"Waalaikumsalam. Ya ... erghh ... saudara ni siapa?" soal Dilla sambilmengamat wajah lelaki di hadapannya.
"Oh ... saya boyfriend dia. Dia ada tak? Kalau ada ... boleh panggilkan dia untuksaya tak?"
"Bbboyfriend!? Mmm ... errghh ... sekejap yea. Saya panggil Ayu," kataDilla tersenyum manis sebelum melangkah menuju ke dalam rumahnya.
Dillaberdehem sedikit sebaik memasuki rumah dan menghampiri Ayu. Ayu yang sedangmengunyah maggi sambil menonton televisyen itu menoleh ke arah rakan serumahnyasambil menjongketkan keningnya sedikit tanda bertanya mengapa.
"Tak cakap pun kau dah ada boyfriend. Hensem yea boyfriend kau. Takut aku kebas ke?,"puji Dilla bercampur nada menyakat.
Berkerut-kerutdahi Ayu Raihanna mendengarkan usikan Dilla. Boyfriend? Dia ada boyfriend ke?Siapa dan sejak bila?, dia menyoal dirinya sendiri.
"Alah ... nak sorok-sorok dari akulah tu. Tu kat luar tu. Ada lelaki tu ngakuboyfriend kau."
AyuRaihanna bingkas bangun dari duduknya dan segera berjalan ke luar rumah.Kelihatan seorang lelaki berbaju Polo berwarna putih dan mengenakan jeanssedang bersandar di tepi pintu kereta. Sambil tersenyum-senyum, lelaki itumenanggal cermin mata hitamnya. Ayu Raihanna menggigit bibirnya sedikit tandamenahan geram melihatkan gerangan orang orang yang mengaku boyfriendnya.
"Awak!?Awak nak apa datang sini? Mana awak tahu rumah saya?"
"Sayalah ... boyfriend awal dan akhir awak. Ke ... awak ada boyfriendlain?" usik lelaki itu tergelak kecil.
"Eeiii ... awak ni memang tau. Ni awak nak apa ni?"
"Jom temankan saya makan. Saya laparlah."
"Pergilah makan kalau lapar."
" Saya nak pergi makanlahni. Tapi ... saya nak awak temankan saya makan. Baru berselera," jawablelaki itu.
"Ngada-ngadalah. Malas saya nak layan awak. banyaklah kerja lain saya nakbuatlah," balas Ayu sebelum memalingkan badannya ke arah lain dan mulaimelangkah ke dalam rumah.
"Adoiii ... adoii ... sakitnya," tiba-tiba saja Faris Hakimi mengaduh sakitsambil memegang-megang perutnya sebelum badannya melorot jatuh perlahan-lahanke atas tanah.
Ayuyang terkejut mendengar suara Faris yang mengadu sakit sebelum terduduk di atastanah sambil memegang perutnya telah menyebabkan Ayu melangkah laju ke arahpintu gate dan membuka pintu gate tersebut sebelum mendapatkan lelaki tu.
"Awak sakit perut ke? Awak gastrik ni. Lambat makan," kata Ayu laju sambilmembantu lelaki itu bangun.
FarisHakimi tidak menjawab sebaliknya mengangguk lemah.
"Jomlah saya temankan awak makan kat restoran depan tu. Awak masuk kereta dantunggu sekejap. Saya nak tukar pakaian."
"Tak payahlah. Awak dah cantik dah pakai macam tu pun."
"Sekejap jea saya tukar baju. Takkan saya nak keluar selebet macam ni."
"Tak payahlah. Betul awak dah okay dah tu. Adoi ... sakitnya," keluh FarisHakimi sambil memegang-megang perutnya.
Ayumeraup wajahnya perlahan dengan telapak tangannya. Okay kot dia pakai macam nijea. Lagipun, dia cuma nak bawa lelaki ni makan kat restoran kat depan tu jea.Akhirnya Ayu menganggukkan kepalanya tanda setuju. Dia kemudiannya terus masukke dalam kereta tersebut.
Sebaiksaja kereta itu bergerak keluar dari kawasan perumahannya ke jalan besar danbukannya ke arah restoran yang ditunjuk Ayu, Ayu segera memandang tepat kewajah lelaki yang sedang memandu sambil tersenyum-senyum memandang ke arahnya.
"Aikkk ... gastrik gastrik, sakit perut pun masih boleh tersenyum-senyum."
"Hahaha ... tadi ni saya berlakon saja sebenarnya. Kalau saya tak buat macam tu ...takdenya awak nak temankan saya makan."
"Drama king betul awak ni kan. Ni awak nak bawak saya yang selebet ni ke manapula? Restoran yang saya cadangkan tadi, jalannya arah sana. Bukannya ikutjalan ni," kata Ayu Raihanna berdengus sedikit.
"Saya nak bawa awak ke tempat makan kesukaan saya."
"Tak malu ke nanti orang nampak awak keluar dengan perempuan selebet macam saya ni?"
"Mana ada selebet. Tapi ... kalau awak selebet pun, okay apa. Saya sebenarnyadah bosan keluar dengan perempuan yang cantik dan berdandan kemas. Sesekalikeluar dengan perempuan yang selebet macam awak ni terasa istimewalah pula.Terasa macam keluar dengan Miss Universe pula," usik Faris Hakimi sambilmengenyitkan mata kirinya sedikit.
AyuRaihanna menjuihkan bibirnya sebelum membuang pandang ke luar tingkap kereta.Banyaklah mamat ni punya loyar buruk pula!
Keadaansunyi seketika sebelum suara Faris Hakimi memecah kesunyian di dalam keretaitu.
"Awak ... saya nak tanya ni," kata Faris Hakimi.
"Tanya apa? Tanya sajalah."
"Mmm ... awak rasakan ... mmm ... mungkin tak ...," kata-kata Faris Hakimidipotong Ayu.
"Mungkin apa?"
"Erghh ..."
"Apa ergh ... ergh ni?"
"Erghh ... is there any possibility for you to fall in love with me?"
"Huh!? Eeeii ... takdenya!" jawab Ayu selamba dengan tegasnya.
"Mmm ... iya ke? "
"Iyalah. Seratus peratus pasti," kata Ayu Raihanna.
"Oh ... but ... I'm so addicted to theidea of us being together."
"Eeeiii ... apa yang awak merepek ni? Apa 'addicted, addicted' ni. awak nibanyak tengok cerita Hindustan ke? atau ... bila awak lapar, awak memang sukacakap merapu dan merepek? Ni ... jauh lagi ke restoran kesukaan awak tu? Taklarat saya nak dengar repekan awaklah."
FarisHakimi mengeluh perlahan. Wajah Ayu Raihanna dikerlingnya sedikit. Apakah gadisdi sebelahnya ini memang tak berminat langsung dengannya atau sekadar cuba jualmahal!
"Iyalah. Dah nak sampai pun," kata Faris Hakimi dan suasana kembali sunyi.