Home Novel Cinta Jatuh Hati Di Paris
Jatuh Hati Di Paris
Zura Rahman
29/1/2014 09:49:37
49,422
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Kuala Lumpur, Malaysia.

Sedang Arief leka dengan tugasnya, bunyi beep di komputer ribanya menandakan ada pesanan masuk.

sapa Nadia.

balas Arief.

<:)>

< Bila nak balik ke Malaysia?>

< Bila you balik nanti, kita jumpa famili I, ok?>

< Dia orang akan suka dengan you. Jangan risaulah.>

Merasakan ada mata yang memerhati, Arief mematikan perbualannya.

Bye.>


Dalam beberapa saat sahaja, Shamsul sudah tercegat di sebelahnya.

“Macam mana? Boleh buat tak?” Shamsul atau lebih dikenali sebagai Abang Sham itu bertanya sama ada Arief menghadapi sebarang masalah dengan kerja yang diberikan.

“Setakat ini, saya masih boleh ikut. Jika ada sebarang masalah, saya tanya abang.”

“Bagus, bagus. Kalau tak faham apa-apa, tanya sahaja. Jangan segan-segan. Projek ini merupakan satu projek penting syarikat. Abang mahu kamu bantu setakat yang mampu,” kata Abang Sham sambil menepuk-nepuk bahu Arief.

Sebagai Application Engineer yang baru, dia membantu senior programmer untuk mereka bentuk program software. Dia sebenarnya pun tidak tahu banyak perkara berkaitan projek itu kerana masih dirahsiakan oleh syarikat.

“Baik, bang,” kata Arief seraya tersenyum. Dia rasa amat bertuah kerana terpilih menyertai pasukan itu dan bertuah juga kerana mendapat seorang ketua pasukan yang amat memahami dan sedia memberi tunjuk ajar.

“Ingat pesanan abang, apa yang kamu pelajari di universiti tak semestinya diperlukan oleh syarikat.Dalam menyiapkan kerja, ada perkara perlu dipelajari terlebih dahulu. Yang penting, kamu perlu minat dan tidak jemu belajar,” kata Abang Sham berupa nasihat.

Arief mengangguk kepala tanda setuju.

“Bagi seorang pengaturcara, tiada apa yang lebih bermakna daripada pengetahuan yang mendalam dalam bahasa pengaturcaraan. Untuk menjadi seorang pengaturcara komputer yang baik, kamu sentiasa perlu belajar bahasa itu kerana bahasa pengaturcarayangbersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut keperluan,” kata Abang Sham lagi.

Sekali lagi Arief mengangguk.

“Oh ya, abang nak beritahu kamu petang ini atau esok pagi kita akan adakan satu kick-off meeting dengan klien.” Abang Sham menepuk bahu Arief dan berlalu pergi.

Pesanan-pesanan ini disemat di sanubarinya. Dia akan selalu ingat supaya dia tidak mudah berputus asa apabila menemui jalan buntu atau masalah di tempat kerja.

Semasa sedang tekun meneliti maklumat dan data bagi projek itu, telefon bimbitnya berirama lagu ‘Cindai’ yang menandakan mama menelefon. Kenapa lagu itu menjadi pilihan? Dia pun tidak tahu, namun disebabkan mama sangat meminati Siti Nurhaliza, maka Cindai dijadikan nada bunyi khas untuk mamanya. Jika sesiapa yang mendengar, dia mungkin dikatakan ketinggalan zaman.

“Assalamualaikum, mama.”

“Waalaikumussalam,” jawab mama di hujung talian. “Angah balik pukul berapa hari ini?”

“Tak pasti lagi. Kenapa mama?”

“Papa balik untuk dinner malam ni. Angah mesti balik awal, jadi kita boleh makan malam bersama-sama,” beritahu mama yang lebih berupa satu permintaan.

“Kalau tak ada apa-apa hal di pejabat, angah balik awal.” Arief memberitahu. Risau juga jika tiba-tiba ada perbincangan yang dia perlu hadiri kerana bidang kerjanya itu melibatkan beberapa pihak. Dia cuma perlu bersedia.

“Mama masak apa hari ini?” tanya Arief apabila melihat ibunya sedang sibuk memastikan meja makan dihias dengan cantik.

“Mama masak lauk kegemaran angah hari ini. Kailan ikan masin pun ada,” jawab mama sambil tersenyum seraya meletakkan beberapa buah pinggan di atas meja.

Mak Jah membawa sebuah mangkuk berisi kari kepala ikan merah dan meletakkannya di atas meja makan. Kemudian, dia ke dapur semula untuk mengambil lauk lain.

“Hmm… sedap tu. Dah lama angah tak makan kari kepala ikan merah,” kata Arief sambil menarik sebuah kerusi lalu duduk. Meja makan buatan kayu jati berukiran bunga lorek yang diukir cantik dan halus itu cukup besar untuk sepuluh orang, tetapi hanya mereka berdua di situ. Papa dan Abang Afnan belum kelihatan lagi.

“Dah lama tak makan? Bukan ke dua minggu lepas mama sudah masakkan untuk angah?” Puan Sri Zulaikha mengerutkan kening.

“Itu dua minggu lepas. Lagipun di U.S mana nak cari kari kepala ikan macam ni, mama?” Di KL pun susah nak cari yang sehebat air tangan mama ni.The best!” katanya sambil mengangkat tangan menunjukkan tanda bagus.

“Pandai anak mama ni nak bodek mama, ya? Minggu depan mama kena buat menu lain pula tau. Nanti abang kompelin.”

“Kenapa pula nak kompelin?”

“Untuk pengetahuan angah, abang sekarang sedang jaga badan. Jadi, mama mesti kurangkan masakan bersantan…” Mama tersenyum.

Walaupun mama sudah berusia lewat 40-an, dia masih kelihatan cantik. Rasa bangga setiap kali kawan-kawannya bertanya jika wanita yang berada di dalam gambar itu kakaknya.

“Mama, bukan bahaya pun makan makanan bersantan. Terlebih kalori sikit saja. Abang tu, kalau betul-betul nak jaga badan, kalau risau gemuk, pergi gim ke, joging ke... ini tak, terperap di ofis tu!”

“Eh, jaga sikit mulut tu… jangan sesuka hati mengata orang.” Mama menegur sikap Arief yang begitu terus terang apabila bercakap.

“Abangsertai makan malamnanti, mama?” tanya Arief meredakan suasana. Walaupun mereka tinggal satu bumbung, tetapi peluang untuk makan malam bersama jarang ada. Abang Afnan yang gila kerja itu jarang pulang awal manakala papa sentiasa ke luar negara atau ada temu janji.

“Abang balik lambat sikit. Katanya dia perlu siapkan satu proposal untuk boardmeeting minggu depan. Esok deadline.”

“Ooo...” Arief mengangguk. Matanya memerhati ke arah ikan merah di dalam mangkuk putih berbunga merah jambu. ‘Nasib kaulah jadi ikan merah, ikan kegemaran aku!’ Arief berkata sendirian. Dia tersenyum kecil.

“Kenapa senyum-senyum ni?” tanya Puan Sri Zulaikha hairan melihat anak terunanya tersenyum sendirian.

“Tak ada apa-apa.” Arief melarikan pandangan ke arah lain. Dia tidak betah duduk menunggu di situ tanpa berbuat apa-apa. Lalu, telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar. Arief menekan-nekan butang telefon.

“Mama ingat angah teringatkan teman wanita tadi!” Mamanya cuba serkap jarang. Dia tidak pernah dengar atau lihat anaknya itu keluardengan mana-mana gadisbersama teman wanita sejak pulang dari Amerika.

“Mana papa, mama?” Arief mengubah tajuk perbualan. Dia tidak tahu bagaimana untuk dia beritahu tentang Nadia. Dia akan tunggu waktu yang sesuai. Mungkin selepas makan malam nanti atau ketika mereka sedang bersantai di halaman rumah.

“Ada di dalam bilik bacaan. Sekejap lagi mama panggil papa. Kita makan sama-sama.” Mama sudah pun mula menapak ke tingkat atas.

Sebaik sahaja papa dan mama datang, mereka mula makan. Makan malam tidak akan bermula selagi semua orang tidak berada di meja. Tetapi malam ini, mereka akan makan bersama walaupun tidak cukup korum.

“Bagaimana dengan kerja Arief?” tanya papa mengenai kerja yang baru disandangnya tiga bulan lalu.

“Okey,” jawab Arief pendek. Dia terlalu asyik menikmati lauk kegemarannya.

“Okey saja?” tanya Tan Sri Hashim mencari kepastian. “Betul ke Arief tak mahu kerja dengan papa? Arief boleh pilih Arief nak kerja di syarikat mana, bahagian mana. Papa akan uruskan.”

“Arief pasti, papa.”

“Papa bukan apa, papa cuma mahu Arief belajar menguruskan perniagaan daripada papa dan juga ahli lembaga pengarah lain. Lambat-laun Arief dan abang yang akan bersama-sama menguruskan syarikat,” kata papa serius.

“Biar Arief timba pengalaman kerja di sini dulu, sekurang-kurangnya Arief dapat praktikkan apa yang Arief belajar di universiti. Arief belum bersedia, papa.” Arief cuba meyakinkan Tan Sri Hashim. Dia tidak selesa apabila papa menimbulkan isu kerja dengan Golden Synergy Berhad, syarikat yang ditubuhkan dan dikawal oleh papa itu ataupun syarikat lain milik papa.

“Kalau macam tu, papa beri Arief masa hingga tahun hadapan.” Tan Sri Hashim amat sentimental apabila berbicara berkenaan syarikatnya yang ditubuhkan lebih 20 tahun dulu. Dari sebuah syarikat pembinaan bertaraf E, dia berjaya menjadikan ia satu konglomerat besar yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kumpulan Golden Synergy itu adalah hasil kerja keras dia berpuluh tahun lamanya. Dia amat berbangga dengan pencapaian syarikat miliknya itu. Jika isterinya selalu berkata bahawa dia sanggup mati demi syarikat, itu mungkin benar. Kejayaan syarikat adalah kejayaan keluarganya. Semua kekayaan adalah untuk kesenangan isteri dan anak-anaknya juga. Kerana sayangnya terhadap keluarga menggunung, dia juga bersungguh-sungguh menyayangi perniagaannya itu.

“Papa harap apa-apa pun keputusan yang Arief buat, ia merupakan keputusan terbaik buat keluarga dan juga perniagaan kita,” sambung Tan Sri Hashim lagi. Serius. “Papa ada sesuatu untuk dibincangkan dengan Arief.”

“Pasal apa, papa?”

“Natasya.”

Entah kenapa tiba-tiba kata-kata Tan Sri Hashim itu membuatkan hatinya sedikit berdebar.

“Kenapa dengan Natasya?” tanya Arief sedikit resah.

“Arief dengan Natasya sudah kenal lama, kan? Papa dan Tan Sri Mudzafar suka jika Arief dan Natasya disatukan.”

I beg your pardon?” Suapan Arief menjadi perlahan tiba-tiba.

“Papa cadangkan Arief kahwin dengan Natasya selepas Natasya habis belajar nanti.”

“Kenapa?” Arief berhenti menyuap nasi. Perbualan itu sekarang menuju ke arah topik yang tidak digemarinya.

“Arief dan Natasya sudah kenal lama. Tan Sri Mudzafar dan Puan Sri Junaidah suka jika kamu berdua berkawin. Papa dengan mama pun setuju dengan cadangan mereka.”

“Kami hanya berkawan, Arief tak nampak apa-apa sebab kami perlu berkahwin,” tingkah Arief.

“Arief ada semua sebab untuk mengahwini Natasya,” tambah Tan Sri Hashim. “Papa dan Tan Sri telah lama berkawan dan menjadi rakan kongsi dalam perniagaan. Perkahwinan ini akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan perniagaan kami. Bukan ke itu satu alasan yang munasabah untuk kamu berdua berkahwin?”

“Papa tak boleh buat macam ni. Sekurang-kurangnya papa perlu berbincang dengan Arief dahulu! Lagipun Natasya mungkin sudah ada teman lelaki.” Arief beralasan.

“Yang papa tahu Natasya tiada sebarang hubungan istimewa buat masa ini dan dia tidak menolak untuk dikahwinkan dengan Arief,” tambah Tan Sri Hashim. Suaranya begitu serius.

Puan Sri Zulaikha hanya memerhatikan perbualan dua beranak itu yang menjadi semakin hangat.

“Tapi, Arief sudah ada seseorang yang istimewa dalam hidup Arief. Tidak mungkin Arief mengahwini Natasya atau orang lain!”

“Siapa budak perempuan yang Arief cakap ni? Arief jangan mimpi untuk mengahwini orang lain kecuali dia lebih bagus daripada Natasya. Lagipun kami semua sudah pun bersetuju.”

Kata-kata muktamad dari Tan SriHasyim Hashim mengecewakan Arief. “Excuse me.” Arief bangun dan meninggalkan meja makan.

Tan Sri Hashim memerhatikan tingkah laku Arief yang dikira biadap dengan perasaan marah.

“Ini bukan pilihan kamu, Arief!” laung Tan Sri Hashim.

Puan Sri Zulaikha yang sedari tadi hanya bertindak sebagai pemerhati terkejut dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan.

“Angah… apa kata angah pertimbangkan permintaan papa? Mama tengok tiada cacat cela Natasya tu…” Mama cuba memujuk.

Sebelum ini, Arief selalu keluar bersama Natasya terutama sebelum mereka berlepas ke luar negara. Dia tidak tahu sejauh mana hubungan anaknya dengan anak Tan Sri Mudzafar itu. Sekarang, Natasya masih berada di England. Tidak lama lagi gadis itu akan pulang ke tanah air dan bekerja di syarikat keluarganya. Begitu kata Puan Sri Junaidah sebulan lalu.

“Memang Natasya cantik dan bijak, tapi dia bukan pilihan angah, mama.”

“Jadi, angah sudah ada pilihan lain? Siapa?”

“Dia orang biasa saja mama, tapi dia sungguh istimewa pada angah.”

“Papa mungkin tak bersetuju… Angah tahukan, papa begitu terhutang budi dengan Tan Sri. Kami cuma mahu panjangkan persahabatan ini dengan ikatan perkahwinan. Itu lebih bermakna, kan?” Suara lembut ibunya memujuk lagi.

Diam. Tiada gunanya jika dia membantah lagi jika papa dan mama sudah memutuskan Natasya, yang merupakan satu-satunya anak Tan Sri Mudzafar calon yang terbaik buatnya.

Hari demi hari, fikirannya kian tertekan kerana didesak untuk mempersetujui rancangan kedua orang tuanya itu. Mama tidak henti-henti memujuk manakala papa pula menyatakan dia hanya akan berkahwin dengan Natasya.

Suatu hari, dia mendapat tawaran dari sebuah syarikat komputer gergasi yang beribu pejabat di Cupertino, California, Amerika Syarikat. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tanpa berfikir panjang, Arief menerima tawaran kerja tersebut.

“Anak tidak tahu diuntung!” Berdetum suara papa memenuhi ruang tamu yang hanya dihuni oleh mereka bertiga.

Arief diam tidak berkutik. Mama yang turut berada di situ tidak berkata apa-apa.

“Apa yang istimewa sangat dengan tawaran itu sehingga Arief sanggup berhijrah ke sana? Apa kurangnya bekerja di sini?” tanya Tan Sri Hashim, menahan marah.

“Papa, tolong faham minat Arief. Peluang seperti ini hanya datang sekali. Ia bukan sembarangan kerja atau sembarangan syarikat, papa. Arief tak mahu lepaskan peluang ini.” Arief tetap dengan pendiriannya. Ini juga satu-satunya cara untuk mengelak diri daripada mengahwini Natasya.

Tan Sri Hashim memandang Arief tajam. Kedua-dua rahang pipinya bergerak-gerak. Wajahnya bertukar kemerahan. Puan Sri Zulaikha menyentuh lembut lengan suaminya. Wajah kedua-dua beranak itu dipandang silih berganti. Dia tersepit di situ.

Sedari kecil suaminya mengasah minat kedua-dua anak lelakinya itu di dalam bidang perniagaan supaya suatu hari nanti mereka akan mengikuti jejak langkahnya. Namun, Arief sibuk dengan dunianya dan yang pasti, dunia perniagaan bukan pilihan Arief.

Akhirnya. Puan Sri Zulaikha bersuara perlahan. “Abang, kita bincang perkara ini lain kali ya….”

“Tak perlu. Abang mahu dengar keputusan muktamad hari ini juga!”

“Arief minta maaf banyak-banyak, papa. Arief tak dapat tunaikan permintaan papa itu. Jika papa masih tidak mahu berganjak dengan keputusan papa, Arief terpaksa pergi dari sini. Arief akan kembali ke Amerika dan bekerja di sana.”

Berkahwin dengan Natasya bermaksud dia juga terpaksa melupakan impiannya. Dia mungkin terpaksa melepaskan jawatan di syarikat telekomunikasi itu kerana dia pasti ayahnya ataupun Tan Sri Mudzafar akan mengharapkannya bekerja di syarikat masing-masing. Siapa lagi yang boleh diharap oleh Tan Sri Mudzafar kerana Natasya adalah satu-satunya anak di dalam keluarga itu?

“Baik. Jika itu keputusan Arief, anggap saja papa sudah tiada bagi Arief. Dan jangan sesekali kembali ke sini!”

“Abang, apa yang abang cakapkan ini? Dia anak abang, anak kita. Kenapa buat dia macam tu?” tanya mama, terkejut dengan tutur kata suaminya.

Didorong oleh rasa kecewa dan marah yang teramat, suaminya seakan-akan telah memutuskan hubungan antara ayah dan anak itu. Wajah merah suaminya menceritakan segalanya.

“Biarkanlah dia, nanti sejuklah hati dia. Kita pujuk dia perlahan-lahan,” rayu Puan Sri Zulaikha.

“Abang tak peduli. Budak itu perlu diajar. Kita tengok, sampai bila dia akan tetap dengan keputusan dia!”

“Awak tahu perangai dia, kan? Jika itu yang dimahukannya, tiada siapa yang mampu menghalang. Dia punya pendapatnya sendiri. Biarkanlah dia buat sementara waktu….” Puan Sri Zulaikha memujuk suaminya.

“Sampai bila? Dari dulu sehingga sekarang, dia tidak pernah mahu mengikut kemahuan kita. Kita hantar dia ke Princeton untuk belajar bisnes, dia pandai-pandai belajar komputer pula. Tengok, sekarang apa dah jadi?”

“Arief tu seperti awak juga. Degil. Awak patut tahu itu,” kata Puan Sri Zulaikha tanpa berselindung lagi. Kalau sebelum ini, dia hanya mendiamkan diri apabila mereka bertelagah kerana berlainan pendapat, namun kali ini dia tidak mampu untuk berdiam diri lagi.

“Dia sengaja menolak tuah. Biar dia rasakan, dia sudah membuat pilihan yang salah!” kata Tan Sri Hashim.

Puan Sri Zulaikha terpempan dengan kata-kata suaminya. Dia diam tidak berkutik.

Arief hanya merenung lantai. Kata-kata papa terngiang-ngiang di kepalanya. Dia telah membuat pilihan yang mungkin tidak akan dibuat oleh ramai orang.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.