Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
120,663
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Bab 9

        “Macam mana? Sedap tak steak kat sini?” Soal Sarah menyuapkan potongan daging yang telah dipotong kecil.

Not bad. Pandai you cari tempat makanan yang best kat KL ni baby.” Puji Rayyan sambil menikmati keenakan daging steak bersama sos lada hitam.

Well. Bab makan you serah pada I. I tahu mana makanan yang sedap kat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni. You cakap je nak makan apa, Nanti bawakan.” Tawar Sarah bangga.

“Tapi kalau boleh I nak you masakkan untuk I  bila kita dah kahwin nanti..” Rayyan mula mengemukakan permintaannya.

Sarah menarik muka masam. Inilah bab yang paling malas untuk dia bahaskan. Kalau kat rumah ibunya pun dia tak pernah buat apatah lagi rumah sendiri nanti.

“Ala. I tak pandai masaklah sayang.” Rajuk Sarah manja. Ini sahaja senjata yang dia ada untuk memujuk hati Rayyan.

“Kalau tak pandai boleh belajar kan baby?”

Rayyan tidak menunduk kalah. Itulah yang diimpikan bila mereka berkahwin. Rayyan mahu Sarah menjaga makan, minum dan pakaiannya. Bukankah menurut orang tua-tuan kalau nak ikat suami ikatlah perut mereka?

“Memanglah boleh belajar. Tapi I belum bersedialah sayang. Lagipun kita hanya tinggal berdua kan? Kalau I masak nanti tak habis dah membazir. Kalau kita makan kat luar lebih senang. Pinggan dah tak payah cuci. Makanan ada orang hidangkan. Semua orang buatkan. Tinggal bayar sahaja.” Dalih Sarah mengukir seribu alasan bagi melepaskan diri dari terus dipaksa oleh Rayyan untuk memasak di rumah selepas mereka berkahwin nanti.

Rayyan diam. Kalau dia terus bertekak dengan Sarah pasti dia akan kalah. Ada sahaja asalan yang akan diberikan oleh Sarah.

Sarah tahu Rayyan tidak berpuas hati dengan penolakan dia tadi. Tapi sejujurnya memang dia tak nak masuk dapur. Habis kasar jari jemarinya yang halus mulus ini. Memang tujuan kahwin macam ni ke? Nak perempuan masuk ke dapur untuk masakkan makanan kegemaran suami mereka? Ahh..Zaman dah moden. Takkan masih nak duduk di takuk lama. Bebel Sarah memberontak di dalam hati.

Rayyan menghabiskan sisa potongan daging yang hanya tinggal beberapa keping sahaja lagi. Sarah hanya memerhatikan tingkah laku Rayyan. Merajuklah Rayyan. Kau pasti akan kalah juga dengan pujukan aku nanti. Getus hati Sarah.

Rayyan menyedut Teh Lemon ais perlahan. Kesempantan yang ada Sarah gunakan sebaik mungkin. Sarah menyentuh lembut tangan Rayyan.

“Sayang. Janganlah merajuk macam ni. Ok, baby janji nanti lepas kahwin baby belajar masak. Tapi bagi baby masa. Okey?” Pujuk Sarah membelai tangan Rayyan.

Rayyan tersenyum lebar mendengar janji Sarah. Harap Sarah tidak memungkiri janjinya nanti.

“Okey baby. I bagi you masa.” Balas Rayyan puas.

Sarah mengukir senyuman di tepian bibir. Akhirnya Rayyan berjaya juga dipujuk. Kalau setakat rajukan macam ini sebelah mata pun Sarah boleh pujuk.

So lepas ni kita nak ke mana?”  Rayyan memandang Sarah.

“Hum. Kita pergi cari barang hantaran lah. Tinggal dua minggu sahaja lagi majlis  kita. Yang lain dah siap. Tinggal barang hantaran sahaja nak kena beli.” JawabSarah.

“Okey. Kalau macam tu jom kita cari barang-barang tu. You dah listkan barang apa yang nak buat hantaran nanti.” Soal Rayyan untuk kepastian.

“Dah.”

Sarah mengambil tas tangannya. Rayyan menuju ke kauter pembayaran.

Mereka sama-sama meninggalkan restoran itu setelah Rayyan membuat bayaran. Mereka bersetuju untuk mencari barang hantaran ini di Pavilion Bukit Bintang.

Berbunga hati Sarah bila Rayyan bersetuju mengikut kemahuannya. Dunia bagaikan milik dia hari ini. Nampaknya dia tidak silap memilih Rayyan sebagai teman hidupnya nanti. Walaupun cara dia merampas Rayyan dari Zarah agak kejam namun dia bahagia. Inilah yang dinamakan bahagiaku deritamu. Maaflah Zarah. Dalam bab lain aku masih boleh beralah dengan kau tapi bab ini aku terpaksa melukakan hati kau.

Sarah berlalu dari satu rak ke satu rak untuk mencari beg yang berkenan di hatinya. Jenama Prada menjadi pilihannya untuk dijadikan hantaran pada majlis pernikahan dia dan Rayyan nanti. Barang-barang Rayyan sudah siap dibeli minggu lepas. Sarah mengambil sebuah beg yang berwarna biru gelap berbentuk segiempat.

“Sayang. Cantik tak beg ni?” Sarah meminta pendapat dari Rayyan.

Rayyan mengambil beg tersebut dan menilik beg tersebut dari setiap sudut. Rayyan mengangguk tanda bersetuju dengan pilihan Sarah. Sarah tersenyum riang.

“Ok.I ambil beg ini ya? You bayarkan ya sayang.” Rengek Sarah manja.

Rayyan tersenyum. Namun kelat di dalam hatinya. Boleh tahan harga beg tersebut. Rayyan sendiri tidak pernah menghadiahkan beg semahal itu pada ibunya. Bukan dia tidak mampu namun kalau setiap bulan Sarah minta dibelikan beg semahal ini mahu kopak juga duitnya nanti.

Sarah menuju ke kaunter bayaran. Rayyan memberikan kad debit kepada juruwang yang bertugas. Setelah membuat bayaran mereka berirangan keluar dari situ.

“Lepas ini you nak cari apa lagi?”

“I nak pergi cari kasut. Lepas tu kita balik. Boleh?” Sarah memaut lengan Rayyan manja. Kepalanya diletokkan ke atas bahu Rayyan.

Rayya nhanya membiarkan sahaja perilaku Sarah. Kembang hatinya bila orang ramai melihat kemesraan mereka berdua. Lebih-lebih lagi digandingkan dengan wanita secantik Sarah. Walaupun cantiknya tidaklah secantik Zahra namun sekurang-kurangnya Sarah lebih bermaruah dari Zahra.

Ahh! Kenapa dia harus mengingati perempuan yang telah mempermainkan perasaannya?

“Sayang. Sayang. Cuba you tengok kat sana. Itukan..” Sarah memuncungkan bibirnya pada seseorang.

“A’aa.”
“Jom kita pergi sana.” Ajak Sarah.

“Bua tapa? Tak nak!  Lagipun kita dah tak ada kena mengena dengan dia.” Tolak Rayyan malas.

“Jomlah.You ikut je. Walau apapun kita still kena hormat dia bukan?” Pujuk Sarah terus menerus.

Rayyan mengalah demi Sarah. Kalau diikutkan hatinya memang dia tak mahu mendekati insan itu lagi. Mereka mula melangkah ke arah orang yang dimaksudkan Sarah.

***

“Assalamualaikum aunty.” Tegur Sarah menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Waalaikummusalam.” Jawab Datin Khadeejah sedikit terperanjat dengan kehadiran Sarah dan Rayyan.

Aunty buat apa kat sini? Sorang je ke? Zahra mana?” Sengaja Sarah menyebut nama wanita itu di hadapan Rayyan. Rayyan tidak menunjukkan sebarang respon seolah-olah geli mendengar nama Zahra.

Yes! Aku berjaya. Tawa Sarah di dalam hatinya.

Aunty datang dengan kawan aunty. Dia pergi ke tandas sekejap.” Ujar Datin Khadeejah bersahaja. Menutup rasa kerinduan pada anak gadisnya. Dia tahu Sarah sengaja bertanya soal Zahra di hadapan Rayyan.

“Zahra tak temankan aunty?” Korek Sarah terus bila soalannya masih tidak mendapat jawapan.

“Zahra dah tak duduk dengan aunty lagi. Kami dah buang dia dari keluarga kami. Perbuatan dia tu memang tak dapat dimaafkan. Aunty malu ada anak seperti itu.” Balas Datin Khadeejah yakin.

 Tersentak Rayyan dan Sarah mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Datin Khadeejah. Apa betul Zahra sudah dihalau dari rumahnya? Nampaknya rancangan Sarah memang membuahkan hasil yang lumayan.

“Betul ke aunty? Maknanya Zarah dah dihalau dari rumah?” Sarah terus mencari kebenaran.

Datin Khadeejah mengangguk. Dia terpaksa melukakan hatinya sendiri. Demi mencari satu kepastian. Dia tahu Sarah ada kena mengena dengan peristiwa yang menimpa Zarah. Kalau tidak kenapa Sarah begitu beria meyakinkan semua orang bahawa Zahra memang bersalah dalam hal ini? Tidakkah mereka berdua berkawan baik umpama isi dengan kuku dahulu? Hanya kerana cemburu Sarah seolah-olah seperti kacang melupakan kulit. Kalaulah Datin Khadeejah dapat buktikan yang semua tekaannya ini betul. Alangkah bahagia hidupnya kini. Pasti dia dapat mengembalikan Zarah ke pangkuannya.

“Maafkan Sarah ya aunty. Kerana Sarah aunty kehilangan anak aunty.” Sarah mula membawa wataknya. Menumpahkan semua rasa simpatinya pada Datin Khadeejah. Sarah menggosok lembut bahu Datin Khadeejah. Bab memujuk Sarah memang pandai. Kalau ada anugerah untuk wanita yang pandai memujuk pasti ia akan menjadi milik Sarah.

“Kenapa Sarah nak salahkan diri sendiri? Sepatutnya aunty yang berterima kasih kepada Sarah. Kalau Sarah tak ceritakan semua ini pasti sampai bila-bila aunty dan uncle tak tahu apa yang Zarah buat kat belakang kami.” Datin Khadeejah terus meyakinkan Sarah yang gadis itu sudah berjaya membuat dia percaya dengan semua cerita-cerita yang disampaikan sebelum ini.

Kembang hati Sarah bila Datin Khadeejah mula menunjukkan kebencian dia pada anaknya sendiri Zahra Mawaddah. Tentu kau sedang menderita sekarang Zarah. Puas hati aku!

“Rayyan. Maafkan aunty kerana perbuatan Zarah pada kamu. Aunty pasti kamu dan Sarah akan bahagia. Aunty yakin pilihan kamu kali ini memang tepat.” Giliran Rayyan pula mendapat permohonan maaf dari Datin Khadeejah.

Rayyan serba salah. Memang asalnya dia benci dengan keluarga ini namun dia tidak sanggup melihat wajah Datin Khadeejah yang bersungguh-sungguh meminta maaf darinya tadi. Yang bersalah adalah Zarah. Tidak sepatutnya Rayyan menghukum Datin Khadeejah dan Datuk Iskandar dalam hal ini. Rayyan sendiri tidak pernah terfikir yang keluarga Zarah akan bertindak seperti itu pada Zahra. Tambah pula Zahra satu-satunya bunga dalam keluarga mereka.

 “Aunty. Yang bersalah dalam hal ini Zahra. Bukan aunty dan uncle. Jadi aunty tak perlu meminta maaf dari saya.”

Datin Khadeejah tersenyum kelat. Mungkin lega dengan apa yang Rayyan katakan itu.

“Dee. Jom.” Ajak kawan Datin Khadeejah yang baru tiba.

“Oklah Sarah, Rayyan. Aunty minta diri dulu ya. Aunty doakan kamu berdua bahagia hingga hujung nyawa. Rayyan, jaga Sarah baik-baik ya.” Pesan Datin Khadeejah sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Baik aunty. Saya janji akan menjaga Sarah sebaik mungkin. Saya yakin dia adalah wanita yang akan membahagiakan saya sampai bila-bila.” Balas Rayyan melirikkan matanya pada Sarah.

Kembangl agi hati Sarah. Ahh!! Bahagianya Sarah rasa. Semua orang bagai menyayangi dia sepenuh hati kerana bagi mereka Sarah adalah penyelamat terbaik mereka.

“Jom baby. I hantar you balik.” Ajak Rayyan setelah Datin Khadeejah berlalu meninggalkan mereka bersama temannya.

Baby. Baby..” Panggil Rayyan.

“Ya sayang. You cakap apa tadi?” Sarah tersedar dari lamunanya.

I tak cakap apa-apa. Apa yang baby fikirkan ni? Jauh sangat mengelamun tu” Cungkil Rayyan ingin tahu. Wajah Sarah nampak gembira.

Mungkin Sarah bangga mendengar ucapan dari dia tadi. Fikir Rayyan sendiri.

 “Tak ada apa. Baby cuma kasihan bila teringat kat Zahra. Pasti dia tengah merana sekarang. Yalah kena halau dari rumah. Dibuang keluarga sendiri. Tentu dia tengah kesepian sekarang.” Sarah mula melakonkan babak baru. Sengaja meraih perhatian dari Rayyan.

“Yang you nak kasihan kat perempuan macam tu buat apa? Apa yang you dapat? You kasihan kat dia? Tapi dia?Entah-entah dia tengah seronok melayan lelaki-lelaki kat luar sana. Dasar perempuan tak ada maruah!” Hati Rayyan mula panas. Selagi nama Zahra meniti di bibir setiap orang selagi itulah hatinya sakit.

“Sayang..I cuma simpati pada dia. Itu je.”

“Okey.I minta maaf. I tak sepatutnya sakitkan hati you.” Pohon Sarah memujuk Rayyan lembut.

You tak salah baby. Cuma I tak nak you fikirkan orang yang dah buat hidup I merana. I takkan maafkan dia sampai bila-bila. Perbuatan dia tu sungguh menjijikan.” Rayyan masih menahan amarah.

“Okey. Kita tak payah fikirkan perempuan tu lagi ya sayang. Kita fikirkan pasal kita je. I dah tak sabar nak jadi pemaisuri hati you selamanya sayang.” Balas Sarah merenung ke wajah Rayyan.

I juga tak sabar nak menjadi raja dalam hidup you untuk selamanya. I janji I akan membahagiakan pemaisuri ni hingga ke akhir hayat I.” Yakin Rayyan mengukir satu janji. Apakah janji ini dapat ditunaikan atau sekadar manis di bibir sahaja?

“Terima kasih sayang sebab sudi terima I.” Sarah mengenggam erat tangan Rayyan.

“Sama-sama.Jom. I hantar you balik. Dah lewat ni. Nanti risau pula ibu dan abah you.”Ajak Rayyan mengangkat semua barang-barang yang dibeli bersama Sarah tadi.

Mereka beriringan bersama-sama meninggalkan Pavilion. Sarah memaut lengan Rayyan manja. Seolah-olah hanya mereka yang bercinta di Kota Raya besar ini.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.