Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
111,127
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog


Walimatulurus

Saudara/Saudari/Datin/Datuk/Tuan/Puandijemput untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak lelaki kami:

Rayyan Haikal bin Hamka  & Sarah Liyana Binti Datuk Mazlan.

Zahra Mawaddah terkelu membaca nama yang tertera di atas kad berwarna ungu itu. Kad jemputan perkahwinan antara lelaki yang sudah berjanji untuk menjadikan dia suri hidup hingga ke syurga dengan wanita yang sangat rapat dengannya. Benarkah apa yang tertera di atas kad undangan ini atau matanya yang menipu sehingga dia kabur untuk melihat nama sebenar yang tertera di atas kad itu. Zahra membacanya sekali lagi dan ternyata matanya benar. Nama yang tercatat di atas kad itu adalah nama lelaki itu dan sahabat karibnya sendiri.

Zahra terduduk. Hatinya kian sebak sambil tangannya kuat mengumpal kad itu sehingga renyuk hancur. Benarlah khabar angin yang bermain di telinganya sejak akhir-akhir ini. Semua kawan-kawannya bertanya tentang ini dan jawapan Zahra hanya satu ‘tidak tahu’. Dan hari ini segala persoalan terjawab dengan sendirinya. Zahra tewas pada perasaannya.

“Ahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!”Zahra menjerit sekuat hati.

“Sampai hati kau lakukan semua ini pada aku? Mana janji kau setelah aku menerima kau?Kalau kau membenci aku sekalipun kenapa dia yang menjadi penganti? Kenapa???”Zahra terus menangis dan menjerit. Hatinya terhiris kerana luka yangditinggalkan oleh mereka yang sangat dia sayangi. Hatinya bagai dirobek kasar tanpa ada sebarang belas kasihan.

Bertaburan buku-buku di atas meja yang menemani tidurnya setiap malam. Zahra terus meronta. Biarlah dia menangis sepuas hati malam ini. Dia tidak berdaya untuk menipu dirinya walaupun dia sudah mendengar desas desus perhubungan mereka itu.

 Patutlah Zahra dibiarkan bagai gantung tidak bertali sejak dua bulan yang lalu. Semua mesej Zahra tidak dibalas, panggilan Zahra tidak dijawab. Rupa-rupanya……..

Maya masuk lalu menerpa ke arah Zahra yang meronta bagai orang hilang waras. Perlahan dia memujuk Zahra sambil memeluk teman sebiliknya itu. Maya mengambil kad yang sudah renyuk itu di atas lantai. Dia membacanya perlahan. Seperti yang diduga kerana kad ini Zahra jadi seperti ini. Semakin kuat Maya memeluk tubuh Zahra sambil menenangkan Zahra.

“Apa salah aku Maya? Kenapa dia buat semua ini pada aku?” Lemah soalan itu keluar dari mulut Zahra.

“Shhh…kau tak salah Zahra. Menangislah Zahra..menangis sepuas hati kau. Aku akan setia menemani kau.” Pujuk  Maya turut sebak melihat keadaan Zahra.

Dia kenal Zahra. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang terjadi kini. Hubungan mereka seakan adik beradik. Ke mana sahaja pasti saling menemani tapidisebabkan cemburu dan rasa tidak puas hati Zahra dikhianati dengan kejam sekali.

Benarlah manusia sanggup buat apa sahaja demi memuaskan hati sendiri walaupun menikam saudara sendiri.

‘Hari ini kau akan menangis sepuasnya Zahra, aku pasti satu hari nanti kemanisan akan muncul jua dalam hidup mu.’ Detik hati Maya berdoa untuk sahabatnya. 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.