BAB 10
"Assalamualaikum." Adam memberi salam sejurus masuk ke dalam kediaman Datuk Tajuddin. Papanya sedang berehat di atas sofa sambil membaca akhbar hari ini.
"Waalaikumussalam my son. How are you?" Tanya Datuk Tajuddin memandang anak lelakinya Adam.
Adam mengukir senyuman sambil mengucup tangan Datuk Tajuddin penuh hormat.
"I’m fine, papa. Thanks." Jawab Adam mengambil tempat di sebelah Datuk Tajuddin.
Datuk Tajuddin menutup surat khabar yang dibaca sebentar tadi. Kini tumpuannya menjurus kepada Adam. Ada hal yang ingin dia tanyakan pada Adam.
"So. How your life now? Isteri kamu macam mana? Okey?" Selidik Datuk Tajuddin ingin tahu. Dia cuba mengawal nada suaranya sebaik mungkin. Bimbang isterinya mendengar perbualan mereka.
"Mama mana?" Kepala Adam ditegakkan. Mencari kelibat Datin Fauziah di sekitar rumah. Risau betul Adam kalau mama dia tahu hal ini.
"Mama ada kat dapur. Tengah siapkan kopi papa."
Adam tersengih. Sinar kebahagiaan terpancar di sebalik wajahnya.
"I’m very okey, papa. Adam syukur sangat dia menjadi jodoh Adam." Bisik Adam tepat ke telinga Datuk Tajuddin.
"Good. Papa happy tengok anak papa bahagia. I’m so proud of you Adam." Puji Datuk Tajuddin menepuk bahu Adam beberapa kali.
"Thanks papa. Adam Cuma jalankan tanggungjawab Adam sebagai seorang lelaki."
"So, bila Adam nak bagitahu mama pasal ni?"
Adam diam. Sejujurnya dia masih belum bersedia untuk memberitahu berita ini pada ibunya, Datin Fauziah. Risau seandai ibunya tidak dapat menerima Zahra sebagai menantunya. Walaupun dia tahu Datin Fauziah bukanlah memilih sangat soal jodoh dia.
"Adam masih belum bersedia lagi papa. Lagipun papa tahukan macam mana mama kalau dia tahu pasal kisah Zahra?"
"Papa tahu mama kamu macam mana. Dah hampir tiga puluh tahun papa kahwin dengan mama kamu. Tapi percayalah, she is very good mother. Papa yakin dia akan menerima juga Zahra sebagai menantunya nanti." Ujar Datuk Tajuddin yakin.
"Adam tahu papa. Cuma bagi Adam masa untuk kenal Zahra dengan lebih dekat." Adam memohon pengertian Datuk Tajuddin.
Datuk Tajuddin hanya tersenyum. Dia faham situasi yang dilalui Adam. Antara ibu dan isteri. Kedua-dua hati wanita ini harus dijaga sebaik mungkin.
"Take your time my son. Papa yakin kamu boleh hadapi semua ini dengan matang." Datuk Tajuddin memberi semangat. "But, jangan terlalu lama. Papa risau mama tahu perkara ini dari mulut orang lain. Kamu tahu, bukan? Mulut tempayan boleh ditutup." Kias Datuk Tajuddin memberikan nasihat.
Adam mengerti. Dia akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.
"So, bila kau nak bawa papa jumpa menantu papa tu?" Duga Datuk Tajuddin. Perlahan suaranya bertanya pada Adam.
"What? Menantu?"
******
Zahra termenung memandang jauh menembusi pintu gelangsar. Adam masih belum pulang. Zahra sudah siap memasak untuk makan malam mereka berdua. Zahra sendiri tidak pasti jam berapa Adam akan pulang. Tak mengapa, sekurang-kurangnya kalau Adam kelaparan. Semua makanan sudah ada di atas meja. Kalau Adam sudah kenyang semua lauk itu boleh dimasukkan dalam freezer. Esok pagi boleh panaskan.
Zahra masih terasa hidupnya kini bagai dalam mimpi. Kini dia sudah bergelar isteri orang. Bermakna setiap pergerakan dia harus mendapat keiizinan dari suami. Tidak boleh lagi keluar sesuka hati seperti dahulu. Zahra redha. Dia sendiri masih tidak percaya yang Adam sanggup menerima dia sebagai isteri walaupun perkenalan mereka terlalu singkat.
Telefon Zahra berdering.
Nama Maya terpapar di skrin handphone model Vivo V6.
"Assalamualaikum Zahra."
"Waalaikumussalam Maya." Sambut Zahra riang.
Maya antara rakan yang agak rapat setelah Sarah melukakan hatinya. Saat dia kesedihan mendapat berita tentang Sarah. Maya banyak membantu. Maya yang memberikan nasihat agar dia kuat. Walaupun sebenarnya dia sangat lemah untuk menghadapi semua ini satu ketika dulu.
"Kau sihat?" Soal Maya dihujung talian.
Zahra tersenyum. Namun senyuman itu hanya terhias dihujung telefon. Tidak dapat dilihat oleh Maya.
"Aku okey. Kau pula macam mana?"
"Aku sihat." Jawab Maya dengan senang hati. Dia gembira mendengar suara Zahra sekarang. Mungkin Zahra sudah move on dengan kejadian yang pernah terjadi dalam hidupnya.
"Acctually aku telefon kau ni sebab nak tanya. Kau dah daftar untuk semester akhir pengajian ijazah kita?"
Pertanyaan Maya menyedarkan Zahra yang dia masih seorang pelajar yang masih mempunyai baki semester akhir selama enam bulan lagi. Ya Allah, bagaimana aku boleh lupa tentang ini? Rintih Zahra di dalam hatinya.
"Belum. Aku betul-betul lupa pasal ni."
"Tapi..kau akan teruskan pengajian ini kan?" Maya mula gelisah. Kalau boleh dia tidak mahu Zahra patah semangat dan berundur daripada menghabiskan pengajian mereka. Lagipun ini merupakan impian Zahra sejak pertama kali menjejakkan kaki ke universiti.
"Aku tak dapat bagi jawapan lagi sekarang, Maya. Bagi aku masa untuk aku fikirkan hal ini." Pinta Zahra menagih pengertian Maya.
"Baiklah. Hopefully kau akan buat keputusan yang terbaik tentang ini. Aku tak nak kau hancurkan impian dan masa depan kau kerana dia." Balas Maya sedikit tegas. Dia hanya ingin Zahra bangkit dari kekalahan ini. Pantang menyerah sebelum berjuang.
"Insha Allah. Doakan aku ya."
"Aku akan sentiasa doakan kau sahabat." Ucap Maya.
Zahra mematikan panggilan setelah memberi salam perpisahan. Zahra meletakkan telefon Vivo V6 di atas kabinet TV. Hatinya tidak keruan. Dia masih mahu menjadi seorang pelajar. Lagipun hanya tinggal tinggal enam bulan sahaja lagi masa untuk dia habiskan pengajian ini. Ini adalah cita-citanya sejak dulu. Tak mungkin Zahra mahu melupakan begitu sahaja. Tapi sekarang dia sudah bergelar seorang isteri. Apakah Adam akan merestui dia untuk menghabiskan pengajian ini?
Ahhh!!
Zahra tekad. Dia harus berbincang tentang perkara ini dengan Adam. Harap-harap Adam akan memberikan keizinan pada dia.
******
"Menantu?"
"Adam dah ada calon ya?" Soal Datin Fauziah dengan wajah yang begitu teruja.
Adam memandang Datuk Tajuddin. Alamak! Bagaimana ni? Masa bila pula mama ada di belakang?
"Errr..no!" Beritahu Adam.
Wajah Datin Fauziah sunggul semula. Musnah impian untuk dia melihat Adam berkahwin. Ingatkan ada berita gembira yang Adam nak sampaikan.
"Ishh, awak ni Gee. Angin tak ada, rebut tak ada tiba-tiba muncul kat belakang ni. Tulah, lain kali bagi salam dulu. Saya bukan sebut menantu tapi memandu." Tegur Datuk Tajuddin.
"Saya pesan kat Adam ini. Memandu tu berhati-hati. Jangan nak cepat sampai je." Sambung Datuk Tajuddin mengalihkan keraguan Datin Fauziah.
"Memandu ya? Bukan menantu?" Datin Fauziah inginkan kepastian.
"Ya." Serentak kedua beranak itu menjawab.
"Okey. Mungkin mama yang salah dengar. But, mama tetap nak tanya Adam. Bila Adam nak bawa calon menantu untuk mama? Mama nak sangat tengok Adam kahwin." Soal Datin Fauziah bersungguh-sungguh.
"Mama. Adam belum bersedia lagi. Please!" Rayu Adam.
"Sampai bila Adam nak tunggu diri Adam tu bersedia? Adam bukan muda lagi sayang." Pujuk Datin Fauziah.
"Mama tak nak Adam membujang sampai ke tua."
"Papa, please." Adam meminta Datuk Tajuddin menghentikan bebelan Datin Fauziah.
"Well. Kata mama kamu tu ada betulnya."
Bulat mata Adam. Tidak sangka Datuk Tajuddin akan setuju dengan kata-kata mamanya.
"But papa faham. Kamu belum bersedia untuk penuhi hajat mama kamu ni. Tapi kamu kena ingat yang mama dan papa ni dah berusia Adam. Kami juga ingin bemain-main dengan cucu sebelum menutup mata." Terang Datuk Tajuddin.
"Adam faham papa."
"Sayang. Bagi masa pada Adam. Saya yakin dia akan bawakan menantu yang sesuai untuk awak." Pujuk Datuk Tajuddin.
"Okey. Tapi mama ada syarat. Mama nak Adam bawa calon menantu mama sebelum hujung tahun ini. Kalau tidak mama yang akan carikan calon isteri buat kamu. Full stop!" Datin Fauziah memberi amaran tegas.
"Tak boleh!" Jawab Datuk Tajuddin dan Adam.
"Hai. Sepakat pula dua beranak ni."
"Bukan macam tu sayang. Anak kita kan dah besar. Biarlah dia yang rancang masa depan dia. Biar dia sendiri yang mencari calon isteri yang sesuai dengan dia. Abang yakin Adam akan bawakan menantu yang terbaik untuk kita."
Datin Fauziah mengalah. Lega hati Adam. Ingatannya pada Zahra muncul. Dia harus pulang ke sana segera.
"Adam tidur kat sini malam ni, ya." Ajak Datin Fauziah.
"Tak boleh."
"Kenapa? Bukannya ada isteri pun kat rumah tu."
"Adam banyak tempahan nak kena siapkan. Sorry, mama. Next time, okey?" Pujuk Adam menyentuh lembut wajah Datin Fauziah.
"Yalah. Mama faham. Kerja-kerja juga. Keperluan diri tu jangan diabaikan. Kalau ada isteri kan senang. Boleh tolong tengok-tengokkan kamu. Tak adalah mama risau." Bebel Datin Fauziah.
"Baik mama sayang. Satu hari Adam pasti akan bawa balik menantu untuk mama." Janji Adam mengukir senyuman.