SEBAIK sahaja pembantu rumah mamanya berlalu ke dapur. Mikhail memandang wajah mamanya dan Mia dengan wajah serius. Sudah tiba masanya untuk dia memberitahu mama dan Mia akan tujuan sebenar dia bertemu dengan mereka pada malam ini. Dia tidak bermaksud hendak membebankan mereka dengan masalahnya. Dia tiada pilihan lain, selain dari berterus terang kepada mereka.
“Mik ada berita yang hendak di sampaikan kepada mama dan Mia,” ujar Mikhail seraya menarik nafas dalam.
Dia menerima surat dari peguamnya mengatakan bahawa perbicaraan mengenai kesnya akan di bicarakan minggu hadapan. Dan menurut nasihat peguamnya lagi, Mikhail harus bersedia dan berkemungkinan besar dia akan di tahan di reman kerana tidak cukup bukti yang dapat mereka kemukakan di mahkamah untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan sebenarnya di fitnah.
Mikhail redha dengan apapun keputusan yang akan di terima. Dia hanya berserah pada Allah. Siang dan malam di dalam solatnya, dia tidak putus-putus berdoa agar doanya terkabul terlepas dari segala tuduhan ke atas dirinya. Dan jika dia ditakdirkan menerima hukuman penjara dia berdoa agar hukuman ke atas dirinya di ringankan. Dan Mikhail berdoa agar keluarganya turut redha dengan nasib yang menimpa dirinya.
Jika di beri pilihan, Mikhail tidak mahu memberitahu mereka akan tetapi dia tidak mahu dianggap mementingkan diri sendiri kerana mereka sayangkannya. Dengan berat hati Mikhail harus berdepan dengan mereka dan menyampaikan berita tidak enak itu kepada mama dan Mia agar mereka tahu akan masalah yang menimpa dirinya.
“Berita apa abang Mik?? Macam serious sahaja bunyinya? Nak kahwin ke?,” ujar Mia lalu mengulum senyum.
Sejak kejadian tempoh hari, hubungannya dengan abang Mikhailnya bertambah rapat. Mia dapat menerima dan mula menyenangi bahawa dia mempunyai seorang abang sebaik Mikhail yang sabar dengan karenahnya dan juga memahami hatinya. Dia merasa dirinya di hargai. Dia merasa bersyukur kerana memiliki abang seperti Mikhail. Abang Miknya benar-benar bermaksud dengan apa yang di janjikan tempoh hari. Dia bersyukur di beri peluang sekali lagi. Abang Mik telah menyelesaikan masalahnya dengan Shafiq. Kalau tidak kerana abang Miknya. Mia akan selamanya merasa insecured. Dia takut kehilangan orang yang di sayanginya.
Mikhail cuba tersenyum bila Mia berkata demikian.
“Ha…Mik siapa wanita bertuah tu mama nak tahu juga,” ujar mamanya ghairah ingin tahu jika benar Mikhail hendak berkahwin.
Dia menerima panggilan telefon dari Mikhail semalam. Mik mahu bertemu dengannya dan Mia hari ini. Dia mahu bertemu di restaurant kegemaran Mik tapi Mikhail meminta untuk bertemu mereka di rumah sahaja. Pasti ada perkara penting yang hendak di sampaikan kepada mereka.
“It’s not an feasible idea for me to settle down,” jawab Mikhail perlahan tapi jelas di pendengaran telinga Mia dan mamanya.
“Not a feasible idea?? But why? Mik tak sihat ke?,” tanya mamanya lalu memandang wajah Mikhail dengan pandangan risau. Dia mula merasa tidak sedap hati bila mendengar jawapan dari Mikhail.
“I have been charged for money laundering, trial akan berlangsung minggu hadapan and I’m afraid I’m not available for a very long time,” jawab Mikhail dengan berat hati.
Dia telah menyampaikan berita tersebut kepada ibu Salena dan papanya. Ibu Salenanya benar-benar sedih dengan masalah yang menimpa Mikhail. Papanya pula berusaha mendapatkan peguam terbaik untuknya. Mereka semua berdoa agar Mikhail terlepas dari masalah ini. Mereka percaya Mikhail tidak melakukannya. Mikhail anak yang baik.
“What??? You have been charged for money laundering, that’s not possible?,” ujar Mia.
Dia tidak percaya dengan apa yang di dengar. Abang Miknya tidak begitu. He’s nice person.
“I’ve have been framed,” jawab Mikhail lemah lalu memandang wajah mama dan Mia silih berganti.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Itulah perasaan Mik tika dan saat ini. Dia seperti sudah hilang ikhtiar bila peguamnya menyatakan dia tidak dapat melepaskan Mik dari tuduhan penyelewengan kerana Mik tidak dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah.
“Being framed??? Astarfirullah Al Azim, siapa yang sanggup berbuat begitu pada Mik,” ujar mamanya dengan linangan airmata. Sedih kerana Mikhail di fitnah.
Mikhail mengeluh perlahan bila mamanya menangis. Dia tidak bermaksud hendak membebankan dan menyedihkan hati sesiapa terutama sekali keluarganya. Dia tidak mahu keluarganya mendapat berita dari pihak akhbar. Biar dia yang menyampaikan berita itu sendiri kepada mereka. Mikhail bangkit dari sofa lalu duduk di antara Mia dan mamanya. Dia memeluk kedua-dua erat.
“Mik tak tahu siapa ma? Mama dan Mia jangan bersedih, Mik di pihak yang benar, Mik tak lakukan kesalahan berikut, Mik mahu mama dan Mia doakan kesejahteraan Mik,” ujar Mikhail lalu mencium kepala Mia dan mamanya perlahan. Dia turut terharu dan bersedih melihat kedua-dua mereka begitu.
Tapi apakan daya dia tidak mampu melawan takdir. Dia hanya mampu berusaha dan bertawakal, Allah lebih mengetahui.
“Insha Allah Mik, mama doakan,” jawab Datin Zainab dalam keadaan sebak.
Dia tidak percaya perkara itu berlaku ke atas diri Mikhail. Mikhail anak yang baik.
“I’m going to miss you abang Mik, we will try our very best to get you out of this, we promise you,” jawab Mia dengan linangan air mata.
Wajah abang Miknya di pandang. Mikhail menganggukkan kepalanya perlahan dan cuba tersenyum. Walaupun Mikhail kelihatan tenang, dia tahu jauh di sudut hati Mikhail merasa sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Mikhail cuba menanggung kesedihan di dalam hati dan menunjukkan kepada mereka bahawa dia tabah menghadapinya agar mereka tidak bersedih. Mia tahu abang Mikhailnya seorang yang tabah. Dia menyesal kerana tidak berkesempatan mengenali abangnya, Mikhail. Kini hubungan mereka baik. Abangnya pula terpaksa jauh darinya. Mia berjanji akan membantu Mikhail sedaya yang mampu agar abang Mikhailnya terlepas dari tuduhan.
“Mia, promise me to look after mama and yourself when I’m gone, be good girl,” ujar Mikhail tersenyum lalu menyeka airmata Mia perlahan.
“I will, you take care too brother,” jawab Mia lalu memeluk Mikhail erat. Mikhail membalas pelukannya lalu mengusap belakang Mia perlahan. Airmata Mia mengalir laju. Mia merasa benar-benar sayu dan pilu.