Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 8

YES. Bibirku menguntum senyum sebaik mencuba cincin replica hasil tangan Andy teman Mikhail. Cantik!! Kelihatan sama seperti cincin pusaka keluarga Shafiq. Hasil tukangannya begitu teliti. Sama berat sama bentuk batu zamrud. Aku membiarkan sahaja cincin itu tersarung di jari manisku. Lesson learnt. Do not take off the ring. Aku segera mencapai handphone lalu menaip sesuatu.


I don’t know how many times I have said thank you to you. The ring looks real. I don’t care, I’m going to say it again. Thanks a million. 


Aku mencampak handphone di atas katil. Gembira dan lega rasanya hati ini. Terasa ringan sedikit bebanan di kepalaku kerana aku sudah mendapat cincin replica yang kelihatan sama seperti yang asli. Buat masa ini aku tidak mahu memikirkan kemana perginya cincinku yang asli kerana aku dapat merasakan ianya tidak hilang jauh kemana. Mungkin aku tersalah letak atau sebagainya, yang penting naluri hatiku berkata cincin itu ada tapi tak tahu dimana. Ah nantilah aku fikirkannya. Aku hendak merehatkan mindaku buat seketika. Petang nanti aku hendak ke rumah mama Shafiq menghadiri kenduri. Shafiq berjanji hendak menjemputku selepas mahgrib nanti. 


I’m glad to hear that. Good luck in finding your ring. 


Ah. You so sweet lah Mikhail. Aku tersenyum sebaik sahaja terbaca message dari Mikhail. Selepas dia menemani aku ke Boutique Andy dia terus pulang ke pejabat. Aku pula berjalan di daerah shopping centre berdekatan untuk menghabiskan masa. Yelah tak kan aku hendak balik ke rumah dan datang semula. Aku duduk di starbucks minum latte dan memesan cheese cake sambil membaca buku untuk mengisi masa ku. Tadi, ada aku pelawa Mikhail untuk minum kopi kerana segan pula Mikhail sudah membantu aku tidak mengajaknya minum atau apa-apa. Mikhail menolak dengan baik ajakanku kerana dia terpaksa bergegas pulang ke pejabat. Katanya banyak kerja yang perlu di uruskan. Setiausahanya berhenti mengejut kerana terpaksa menjaga ibunya yang sedang sakit dan dia terpaksa membuat kerja sendiri sementara mendapat penganti baru. Patutlah tadi dia tidak menang tangan asyik menjawab email dari blackberrynya. 


Aku bangkit dari katil lalu membuka almari baju. Kurung sutera berwarna dusty lavender aku capai bersama selendang magenta warna contrast. Aku mengantungkannya di pemegang pintu lemari dan berlalu ke arah kamar mandi. Bersiap-siap untuk ke rumah Shafiq.


Selesai solat maghrib dan make-up aku segera menukar ke baju kurung sutera yang aku gantung tadi. Selendang panjang ku lilit kemas di kepala. Aku tersenyum sendiri memandang kearah cermin. Cantik juga eh bila aku bertudung. Pujiku sendiri. Ah belum sampai seru lagi. Niat tu memang ada, tapi belum lagi hendak berhijrah. Mungkin selepas bernikah baru aku terbuka hati untuk memakai tudung. Aku tersentak bila terdengar bunyi hon dari luar. Aku berjalan kearah tingkap. Aikk! cepat pulak si mamat ni sampai selalunya lambat. Nasib baik aku dah siap. Aku mencapai bag tangan. Sempat mengerling kearah jari manis di tangan kananku. Cincin zamrud kelihatan berkilau cantik terkena pantulan cahaya. Aku tersenyum.


Aku membuka pintu lalu masuk ke dalam perut kereta. Shafiq memandangku tanpa berkedip. 


“You look nice sayang,” ujar Shafiq ringkas. Seperti tidak berapa teruja bertemu dengan tunangnya. 


Aku menjeling bila Shafiq mula dengan perangai peliknya. Bila setiap kali dia berdepan dengan keluarga dan sanak saudaranya, Shafiq akan berkelakuan pelik sedemikian. Tak tahu mengapa dia begitu paranoid sangat. 


“You bawak bag apa?,” tanya Shafiq tiba-tiba membuatkan aku terhenti mengelamun.


“Bag longchamp,” jawabku ringkas. 


Pelik kerana Shafiq tiba-tiba mahu tahu aku membawa bag apa ke rumahnya. Selama ini dia tidak pernah ambil kisah atau peduli bag apa yang aku bawak bila keluar bersama dengannya.


“Kenapa you bawak bag longchamp dear, bukan ke you beli bag Coach itu hari?,” ujarnya tanpa memandang kearah Farah kerana menumpukan perhatiannya ke atas jalan raya.


Eh! Ingat pulak dia aku ada beli bag tangan dari Coach. Masa aku beritahunya tempoh hari dia buat endah tak endah sahaja. Kenapa pula dia bertanyakan bag Coach.


“Bag coach tu, I hanya gunakan untuk ke majlis rasmi sahaja, tak kan I nak bawak pergi rumah you pulak,” jawabku sambil lewa. 


Setakat pergi kenduri tak kan lah aku hendak membawa bag Coach. Bawa longchamp pun sudah kira bagus.


“Tak lah, tak de lah orang mengata tentang tunang I nanti,” jawab Shafiq.


Aku menoleh kearah Shafiq bila dia berkata demikian. Mengata? Mengata sebab aku bawa bag longchamp. Aikk! Pelik bag pun boleh di jadikan bahan umpatan. Hmm…pelik sungguh aku akan manusia seperti itu. 


“Biarlah orang nak mengata, I tak kisah pun,” jawabku malas hendak bertekak dengan Shafiq. 


Kalau aku menjawab spoilt pula mood aku nanti.


“You pakai cincin tunang kita tak?,” tanya Shafiq lagi.


Aku membetulkan kedudukanku bila Shafiq berkata demikian. Dadaku berdegup kencang tiba-tiba, bila Shafiq bertanyakan cincin tunang. Sabar Farah. Rileks jangan kalut. Pujukku dalam hati. Tidak mahu kelihatan kalut bila setiap kali orang bertanyakan cincin. 


“Tentulah,” jawabku tanpa mahu mengulas panjang. 


Nanti terlepas kata naya aku di buatnya. Sepanjang perjalanan ke rumah Shafiq aku tidak banyak berbual dengannya kerana Shafiq seperti yang aku katakan, dia tidak punya mood untuk berbual denganku jika dia membawa aku bertemu dengan sanak saudaranya. Entah apa yang dia stress sangat aku pun tidak tahu. 


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.