Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 26


MIA mencampak clutch YSLnya di atas kaunter bar. Dia mengeluarkan kotak rokok lalu mengepit sebatang rokok di bibirnya. Bartender datang menghampirinya lalu menghidupkan rokoknya. Mia memesan ‘red wine’. Ini bukanlah pesanannya yang pertama. Dia sudah memesan ‘Vodka Lime’ sebelum itu. Dia memusingkan badannya kearah ruang tarian memerhatikan pengunjung menari mengikut alunan irama music yang di putarkan Vj bertugas. Bartender meletak minuman yang di pesan. Mia memusingkan badannya kearah kaunter lalu meneguk red wine perlahan. Dia mematikan puntung rokoknya di dalam ashtray. Dia mencapai clutch bagnya lalu mengeluarkan lipstick untuk di touch-up. Dia tersenyum sinis bila ternampak kelibat seseorang dari cermin compactnya.


“Looks like you have started the party without me!,” ujar Mikhail lalu memanggil bartender bertugas. 


Mia tidak menjawab malah dia mencapai sebatang rokok lagi lalu menghidupkannya. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya.


“Virgin frozen margarita!,” pesan Mikhail kepada bartender tersebut.


Mia tersenyum sinis bila terdengar minuman pesanan Mikhail. 


Serioulsy?? Virgin frozen margarita. Mikhail tidak minum minuman yang beralkohol?. Really!! Susah untuk Mia percaya. Mikhail yang kelihatan serba serbi modern and what not tidak menyentuh minuman yang ber-liquor. Surprised! Surprised!


“Thanks,” ujar Mikhail lalu menoleh kearah Mia.


“For??,” ujar Mia pura-pura tidak tahu bila Mikhail mengucapkan terima kasih kepadanya. 


“For being here,” jawab Mikhail lalu tersenyum. 


“I hope you didn’t think that I’m here because of you,” jawab Mia lalu membuahkan senyuman kepada lelaki yang datang menghampirinya. Lelaki itu datang mencium pipi Mia lalu memeluknya erat. Mia membalas pelukannya tanpa mempedulikan Mikhail di sebelah yang memerhatikannya. 


“Please keep an eye on my clutch, thanks brother,” ujar Mia tersenyum sinis lalu menuju ke ruang tarian bersama lelaki tadi. 


Mikhail tidak sedikitpun merasa terperanjat bila Mia berkelakuan demikian. 


“Brother!, I thought you anak tunggal?,” ujar Fendy bila dia terdengar Mia meminta lelaki yang duduk di bar di sebelahnya tadi dengan panggilan itu. 


“Half-brother-step-brother-whatever!,” jawab Mia acuh tak acuh. 


Tujuannya ke mari mahu enjoy dan bukan hendak menceritakan family treenya kepada Fendy. Sengaja dia mengajak Fendy bertemunya malam ini. Dia ingin lihat sejauh mana Mikhail dapat bersabar dan bertahan dengan perangainya. 


Mikhail hanya memerhatikan Mia menari bersama lelaki yang tidak di kenali itu. Dia tahu Mia tidak akan memudahkannya untuk mendekati atau mengenalinya. Mikhail sudah dapat menjangka. Ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak terputus dan tepung tidak berserak. 


Mia berjalan menuju ke bar untuk memesan minuman setelah puas menari. Mikhail tersenyum bila Mia menuju ke arahnya. Sebaik sahaja Mia tiba di bar. Bartendar meletak coaster bersama gelas berisi red wine di hadapannya tanpa sempat Mia membuat pesanan. Mia menjungkitkan keningnya lalu menjeling kearah Mikhail. Dia pasti Mikhail yang membuat pesanan minuman itu tadi. Mia mencapai wine tersebut lalu meneguknya perlahan. Lelaki yang bersama Mia tadi datang menyertainya di bar. Lelaki itu memesan vodka. Mia merapatkan bibirnya ke bibir Fendy. Semua Mia lakukan di hadapan Mikhail dan Mia mahu Mikhail menyaksikan mereka sedang bercumbu. Mikhail menghabiskan sisa minumannya. Dia mencapai clutch bag milik Mia lalu menarik tangan Mia. 


“Mia, we are leaving now!,” ujar Mikhail dengan suara tenang tapi wajahnya kelihatan serious. 


Dia tidak akan hanya duduk berdiam diri menyaksikan sandiwara Mia bersama lelaki itu. Dia tahu Mia sengaja berkelakuan demikian.


“Heh! She is not ready to go, chill! Bro!,” ujar Fendy lalu menolak bahu Mikhail kerana dia masih belum puas bercumbuan dengan Mia.


“Mia let’s go!,” ujar Mikhail masih tenang tapi tegas.


“Don’t you understand-,” ujar Fendy mahu melepaskan penumbuknya pada Mikhail namun Mikhail lebih tangkas dan cekap, dia dapat mengelaknya dari terkena tumbukan Fendy. 


Mikhail menolak Fendy di bar counter dan menghimpit badan Fendy di counter agar dia tidak dapat bergerak, tangan kanan Fendy di pulas ke belakang membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan.


“OK-ok…., Mia is yours, you can take her!,” ujar Fendy dalam kesakitan kerana Mikhail masih tidak mahu melepaskannya.


Mia terperanjat melihat semuanya berlaku dengan pantas. Dia tidak menyangka Fendy cuba mencederakan Mikhail. Dan Mikhail cekap dan tangkas dapat mengelak bila Fendy cuba menumbuknya. Mia berlari membelah ratusan orang yang berada di ruang tarian. Dia berlari menuju kearah luar ingin lari dari Mikhail. Dia takut Mikhail akan mengapa-apakannya jika dia tidak mahu mengikutnya.



Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.