Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Finale

AKU melurutkan cermin mata bacaanku bila notification watsapp Mikhail tiba-tiba berbunyi. Aku menoleh kearah pintu kamar mandi yang tertutup rapat. Mikhail masa berada di dalam. Aku mengambil keputusan untuk menyambung membaca buku John Grisham – The Pelican Brief. Aku menjadi gemar membaca novel dari karya John Grisham. 


Sekali lagi aku dikejutkan dengan notification watsapp Mikhail. Dan notification itu bunyi beberapa kali menandakan dia menerima pesanan berturut-turut. 


Watsapp dari siapa waktu malam-malam begini? Aku menutup buku John Grisham lalu meletakannya di meja sisi. Aku membetulkan bantal lalu menyandarkan badan sambil menanti Mikhail keluar dari kamar mandi.


Pintu kamar mandi dibuka. Mikhail keluar hanya bertuala di pinggang. Tangan kanannya mengeringkan rambutnya yang basah. 


“Dear ada orang watsapp you,” ujarku cuba melihat reaksi Mikhail bila aku berkata demikian. 


Seperti biasa dia tidak kelihatan surprised dan wajahnya kelihatan selamba sahaja. Hingga ke hari ini sukar untuk aku membaca Mikhail.


“Watsapp at this hour? Siapa?,” tanyanya sambil lewa. Dia menarik laci lalu mencapai pajamas.


“Tak tahu, I tak tengok your phone, you kasi I tengok your phone ke?,” tanyaku sekadar ingin tahu bila Mikhail ambil mudah tentang privasi. 


Kalau aku tidak mahu Mikhail membaca message atau memeriksa telefonku. Bukan kerana aku ada menyembunyikan apa-apa darinya tapi kerana aku mahukan privasi.


“Why not?,” jawabnya lalu tersenyum. Senyuman Mikhail yang bisa membuatkan hatiku cair bila dia berbuat demikian.


“Betul ni???, ok,” jawabku lalu mencapai BB Mikhail dan membaca message yang di terima. 


I hate my boyfriend, can we meet for a drink?


Please I can’t take it anymore.. 


I need someone to talk to me.. please


Air wajahku berubah bila mendapati pesanan itu di kirim oleh seorang wanita dari profil yang aku lihat. Mikhail ada kawan wanita? Kenapa dia aku tidak tahu? Teman sekerjanya?


“Kenapa dear? You look disturbed,” ujar Mikhail bila di lihat wajah isterinya berubah bila membaca message dari watsappnya.


Tanpa menjawab soalan Mikhail aku menyerahkan phone kepadanya. Mataku tidak lepas dari memandang wajahnya bila dia membaca watsapp itu. Mikhail kelihatan tidak terperanjat dan wajahnya bersahaja. 


You have message wrong person. Mikhail membalas message yang di terima kerana dia tidak kenal akan pengirimnya. Pasti tersilap nombor.


Phone Mikhail berdering sebaik sahaja dia membalas message tersebut. Mikhail tidak menjawab dia menyerahkan Phone kepada isterinya yang berada di sebelah. Dia tahu isterinya mengesyaki bahawa dia ada hubungan dengan wanita lain, sebaik sahaja menerima message sedemikian. Untuk membuktikan bahawa anggapan isterinya itu salah. Mikhail meminta isterinya menjawab panggilan tersebut.


“Hello, Adelyna?,” 


“No, siapa ni? And why are you calling this number?,” jawabku dengan nada kurang senang bila mendapati si pemanggil adalah seorang wanita.


“Ini bukan no 016 732 4561???,” 


“No, ini 016 723 4561, nombor suami saya, awak tak nampak ke profil di watsappnya?


“Oh I’m sorry my mistake, it won’t happen again sorry to caused you any inconvenience,” jawab wanita itu meminta maaf bila menyedari dia tersilap hantar pesanan dan terhantar pada orang lain.


“I really hope this is just a mistake..if it is not… just a little reminder. No one mess with me and live. No one..,” ujarku dengan nada serious. 


Mikhail yang berada di sebelah hanya tersenyum mendengar perkataan yang di gunakan isterinya. Dia tidak menyangka Farah boleh segarang itu. 


“I’m really-really sorry, I’m just stress out, I’ve just figure out that my boyfriend has cheated on me and I thought I have send the message to my bestfriend Tina,” jawab wanita itu cuba menahan rasa sebak didada. 


Aku mengeluh perlahan. Its like a deja vu. 


“Putuskan sahaja hubungan you dengan lelaki itu, you deserve better person, trust me,” jawabku merasa kasihan dengan wanita itu kerana 2 tahun yang lalu aku menghadapi dilemma yang serupa. Dan aku tidak mengikuti nasihat Mikhail untuk memutuskan hubungan kerana aku bersangka baik pada Shafiq. Tapi bila di fikirkan balik sekiranya aku mengikuti nasihat Mikhail untuk memutuskan hubungan. Aku mungkin tidak akan menghantar pesanan watsapp meminta pertolongannya dan tidak akan bertemu dengannya.


“Sweetie are you there?,” tegurku bila wanita itu hanya mendiamkan diri bila aku memberi nasihat sedemikian.


“I’ll guess you are right, he don’t deserve me,” jawabnya dengan nada sedih. 


“Good, why don’t you call your bestfriend Tina and forget about him already,” pesanku sebelum mematikan talian. Aku menyerahkan kembali phone kepada Mikhail.


“Wrong number?,” tanya Mikhail lalu meletak phone di meja sisi.


“Yeah, esok you tukar number ok dear, I don’t want you to receive anymore nuisance message or call from any woman,” ujarku lalu memandang wajah tampan suamiku.


“You cemburu?,” tanya Mikhail lalu tersenyum bila dilihatnya Farah merasa tidak senang bila dia menerima panggilan dari wanita lain.


“Eh tentulah, siapa tidak sayangkan suami, please change I don’t want you to use this number anymore,” jawabku lalu menoleh kearah Mikhail.


“Anything for you dear,” jawab Mikhail lalu memeluk isterinya dan mencium pipi Farah mesra. 


Farah tak perlu merasa cemburu kerana hatinya hanya buat isteri tersayang dan baby yang di dalam kandungan Farah. Dengan izin Allah dia berjanji akan setia dan senantiasa mencintai dan menyayangi Farah. 


Aku mencapai handphone lalu menaip sesuatu.


Good nite hubby, I Luv U 


Mikhail tersentak bila BBnya berbunyi lagi. Dia mencapai BB lalu membaca watsapp. Dia menaip sesuatu tapi tidak menghantarnya kembali. Sebaliknya dia menunjukkan pesanan itu kepada Farah yang berada di sisinya. Good nite wifey, I will always Luv U . Aku hanya mampu tersenyum bila membaca pesanan watsapp dari suami tercinta.


The End.


Previous: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.