Home Novel Cinta Watsapp Luv!
Bab 3

AKU mengeliat kecil bila alarm di handphone aku berbunyi nyaring. Mataku terasa kelat untuk di buka. Aku mencapai handphone lalu mengosok mataku perlahan. 5.40 pagi. Tiada notification watsapp yang aku terima. Ah terlalu awal. Mungkin Lynda tidak sempat hendak membaca message ku. Aku bangkit lalu mencapai tuala dan menuju kearah kamar mandi. Setelah setengah jam aku berada di kamar mandi. Aku mengerjakan solat subuh dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Berdandan sahaja mengambil masa hampir satu jam. Aku sempat menoleh kearah handphoneku lagi, kalau-kalau Lynda ada membalas message ku. Namun hampa tiada balasan langsung dari Lynda. Mana Lynda ni? Ini tak boleh jadi. Aku mencapai telefon lalu menaip sesuatu.


Morning Lynda!! Kau busy gila ke sampai watsapp aku satu pun kau tak balas?


Aku menyimpan handphoneku ke dalam bag tanganku kerana aku pasti Lynda tidak akan menjawabnya. Sebelum keluar bilik aku sempat menyembur minyak wangi romance dari Ralph Lauren minyak wangi kegemaran Syafiq. Setelah berpuas hati dengan penampilan aku. Aku mencapai coach tote bag hitamku lalu menuju kearah pintu. Aku jarang bersarapan di rumah. Bila berkesempatan aku akan pergi menyinggah membeli kuih di gerai berdekatan dengan pejabat.  


Sepanjang perjalanan ke tempat kerja aku asyik memikirkan tentang Shafiq. Semalam langsung dia tidak call mahupun message aku. Kadang-kadang geram juga aku padanya kerana dia punya masa untuk melayan orang lain dan untuk tunangnya sendiri, dia tak lalu hendak layan. Siapa yang dia sayang sebenarnya? Aku atau wanita-wanita yang dia kata untuk suka-suka. Hati siapa yang tidak sakit jika orang yang kita sayang terang-terangan berbuat begitu di hadapan kita. Apa Shafiq ingat aku tunggul yang tidak punya hati dan perasaan maka sewenang-wenangnya dia berbuat demikian terhadap diriku? Bila di tanya samada dia sayang padaku. Dia beria-ia menyatakan bahawa dia cinta dan sayang padaku. Entahlah aku tidak tahu akan perangai lelaki sekarang yang mengakal.


Stress aku memikirkannya. Aku menyeluk bag tangan bila terasa handphone ku bergegar.


Morning sayang, dah sampai werk place??


Aku menjeling meluat bila menerima message Shafiq. Baru sekarang hendak ditanya khabar aku? Semalaman dia kemana? Tidak kisah tentang diriku langsung.


OTW to werk masih dalam bus. Semalam you kemana? Tak call or message me satu hari pun.


Sorry sayang I out-station pegi Singapore baru balik ni.


Out-station kenapa tak beritahu?


Last minute I have to fill in for duty pilot yang tidak sihat untuk fly to Singapore. Sorry I tak sempat nak beritahu you. 


Aku menjeling lagi. Tak sempat macamlah dia harus mencari public phone untuk menelefon aku. Ini semua alasan sahaja. Macamlah aku tak tahu dia malas hendak memberitahuku.


I dah nak alight ni. Petang jumpa?


Sorry sayang lusa can? I macam tak sedap badan lah. I think I want to rest at home.


Sekali lagi aku mencebik bila Syafiq memberi aku alasan sedemikian. Malas aku hendak melayan karenah Syafiq. Tak nak jumpa sudah! Aku pun tak kisah. Kalau jumpa hanya menaikkan darah aku aje.


Ok. Call you later. Take Care!


Bye sayang. Take Care!


Aku menyimpan handphone kembali ke dalam bag tanganku dengan perasaan sebal. Aku semacam sudah berputus asa dengan hubungan kami. Jika tidak kerana aku masih sayangkan Shafiq, sudah lama aku memutuskan pertunangan kami. Buat apa teruskan hubunganjika selalu sangat hati aku sakit memikirkan perangai kasanovanya. Ini baru bertunang belum berkahwin, sudah buat macam-macam perangai.


Aku mencapai handphone lalu menaip sesuatu.


Lynda aku frust dengan perangai Shafiq. Dia buat endah tak endah sahaja perasaan aku. Benci! Macam hendak putuskan tunang sahaja.


Aku mencampak handphone ke dalam bag tangan sebaik sahaja aku melepaskan geram di watsapp. Aku tidak kisah lagi kalau Lynda tidak menjawab messageku yang penting aku dapat melepaskan perasaan geramku.


Kali ini watsapp notification aku berbunyi. Aku mencapai handphone sambil lewa.


Putus sahaja tunang dengan Shafiq.


Aku mengerutkan dahi sebaik sahaja terbaca message kedua kalinya yang dijawab oleh Lynda. Ringkas sahaja bunyinya. Putus sahaja tunang dengan Shafiq. Lynda pun satu, hampir seminggu aku message baru kali ini dia hendak memberi aku nasihat. Dan nasihat yang di berikan begitu mudah. Putus sahaja tunang full stop. 


Lynda kau tak komen apa-apa sebelum ini kau suruh aku putus tunang macam tu saja?? 


Lynda menaip sesuatu, aku menanti messagenya dengan penuh debaran kerana hendak tahu apa nasihat yang hendak di sampaikan kepada ku.


You nak nasihat. Sekarang I beri you nasihat. Putuskan sahaja pertunangan you dengan Shafiq.


What the hell?? Lynda tidak pernah begitu blunt. Selalunya Lynda akan beri aku nasihat yang munasabah dan tidak terlalu direct. Aku tidak puas hati dengan nasihat Lynda berikan. Ah! Call Lynda lebih baik. Aku mendial nombor Lynda. 


“Hello Lynda, aku ni Farah..,” ujarku sebaik sahaja telefon di jawab. Sebaik sahaja pintu bus buka. Aku berjalan menuju kearah bangku berdekatan.


“Hello,” jawab orang yang menyambut panggilan.


“Hello, eh siapa ni?,” ujarku agak terperanjat bila yang menjawab telefon bukannya Lynda kerana yang menjawab telefon adalah seorang lelaki.


“Mikhail,” jawab nya ringkas.


“Maaf Lynda ada, boleh saya bercakap dengan Lynda?,” 


“No such person,” 


“Ini number 016 723 4561 kan?,” ujarku cemas takut tersalah dial.


“Yes!…,”


“Jadi betul lah ini number Lynda, you must be Lynda’s boyfriend, can I speak to her please, it’s kind of urgent!!,” ujarku terdesak kerana aku benar-benar mahu berbual dengan Lynda. 


“Sweetie there’s no Lynda here and I’m not Lynda’s boyfriend,”


“You can’t be serious!, Dia baru saja reply my watsapp,” ujarku merasa tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu. 


Mengada nak berslang-slang mat saleh sepak karang. Cemuhku dalam hati meluat dengan boyfriend Lynda. Nama Mikhail melayu tetapi hendak berbual mengalahkan mat-saleh. Pfft.


“It’s me who reply to your watsapps,”


“What the- are you telling me that Lynda is no longer using this number?,” ujarku baran. Siapa lelaki itu untuk mencampuri urusan aku? 


“Yes!,”


“So all along I have been messaging and telling you about my personal problem? Why can’t you say something? How could you? You invading my privacy?,” ujarku berang. 


Jika benar Lynda tidak lagi mengunakan nombor tersebut, kenapa lelaki itu tidak berterus terang dari awal. Kenapa lelaki itu hanya mendiamkan diri. Dasar jantan tidak bermaruah. Cemuhku dalam hati. Sakit benar hatiku dengan lelaki ini. Sudahlah aku punya masalah hubungan dengan Shafiq ditambah pula dengan masalah aku menceritakan segala perihal peribadiku kepada orang yang aku tidak kenali langsung. 


“Pardon me?? Siapa yang invade privacy siapa sekarang ni?,” ujar lelaki itu bila wanita yang di kenali sebagai Farah menuduhnya mencerobohi ruang peribadinya.


“Don’t act smart Mr…, you know very well I tersalah orang from the start why can’t you tell me!!,” ujarku cuba mengawal perasaan marah. Ikutkan hati hendak sahaja aku menjerit di telefon. Lelaki sombong.


“I did!,” jawabnya ringkas tanpa mengulas panjang.


“Bila?? Never you hanya mendiamkan diri, seronok ke tahu hal ehwal orang lain?,” ujarku geram sempat juga aku menoleh ke kiri kananku berharap tiada sesiapa berada berdekatan denganku. 


Khuatir nanti orang boleh kena heart attack bila mendengar aku menjerit nanti. Hilang keanggunan aku bila baran. Ah lantaklah. Aku tengah marah ni.


“Sweetie cuba you tengok profile number yang you dial?,” ujar Mikhail nada suaranya bertukar perlahan. 


Dia tahu wanita itu sedang marah dan dia tidak mahu bergaduh dengan orang yang tidak dia kenali di telefon.


“Don’t you sweetie me, I’m not your friend,” bentakku bila lelaki itu berkata demikian. 


Bloody swine. Sewenang-wenangnya memanggil aku sweetie. Aku mengikut seperti yang di arah Mikhail. Gambar profil seorang lelaki black and white. Normal lah tu. Aku pun kekadang letak gambar lelaki pujaanku di profile. Dan Lynda pun selalu letak gambar model-model lelaki yang di minatinya di profile. So apa yang hendak aku hairankan. Sambil lewa aku menekan gambar profil itu agar aku dapat melihatnya dengan jelas. Serious?? ini Mikhail, aku zoom in gambar profil itu lagi untuk memastikan aku dapat meneka siapa lelaki itu, pasti model-model lelaki terkenal yang aku tahu. Ah tak mungkin itu Mikhail. Ini gambar model yang di ambil dari internet. Bisikku dalam hati, yakin itu bukan Mikhail.


“Ah gambar orang lain you letak kan, kenapa tak letak gambar sendiri,” sindirku.


“Ah yes, I suka letak gambar orang lain, so that orang tidak I kenali, tidak  akan stalk I,” jawab Mikhail menyindir wanita itu kembali. Dia tidak perlu menyakinkan wanita itu kerana mereka orang asing.


“Whatever!!, You don’t have to be rude, jangan hendak mengada-ada sangatlah..,” ujarku membalas kata-kata lelaki itu.


Wait a minute, jika aku dapat melihat profil Mikhail ini bermakna Mikhail juga dapat melihat profil aku. Ah sudah! Aku menekan watsapp melihat gambar watsappku. Gambar aku dengan Shafiq bersama di dalam frame bentuk hati. Kenapalah aku tidak ganti gambar lain. Haizz! Lantaklah apa aku kisah! Lagipun gambar profil dia pun bukannya gambar betul. 


“I don’t have time for this, I did told you, tapi you still carry on messaging me, I don’t know why, and for you information I ni lelaki, I’m not interested hendak ambil tahu kisah you dengan your tunang and today I told you to putuskan sahaja tunang dengannya supaya you will stop messaging me,” terang Mikhail panjang lebar. Ikutkan dia malas hendak melayan wanita yang menuduh dia mencerobohi ruang peribadinya.


Aku terkedu seketika bila lelaki itu berkata demikian. Aku menyusahkan dia keterlaluan sangat ke? Sehingga dia tidak tahan membaca keluhan hatiku.


“Hello!…,” ujar lelaki itu bila tiada jawapan yang di dengar dari hujung talian. 


“Yeah, I’m sorry,” jawabku menahan sebak. 


Benar-benar terasa dengan tindakan lelaki itu Aku tidak sepatutnya emosi akan kata-kata lelaki itu. Dia tidak mengenali aku dan dia tidak berhak menghakimi aku dengan hanya membaca message-message ku sahaja.


“Maaf saya tidak bermaksud untuk berkasar dengan awak, tetapi awak sudah di kirakan menyusahkan saya, bukan sekali awak tersalah menghantar pesanan sudah banyak kali dan saya tidak suka menghubungi orang yang saya tidak kenali sebab itu saya tidak menghubungi awak memberitahu akan perkara yang sebenar, kerana saya fikir setelah tiada jawapan dari saya, awak akan berhenti dari menghantar pesanan lagi,” terang lelaki itu perlahan seolah-olah cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu kuat. Latar belakangnya bising seolah-olah dia berada di seminar atau di bilik mesyuarat.


“But frankly speaking, Jika you perlukan nasihat yang jujur, buat sepertimana yang I sarankan, putuskan sahaja pertunangan you dengan Shafiq, I’m in the middle of something can’t talk for long, I’m sorry for being blunt earlier, got to go,” ujar Mikhail lalu mematikan talian.


Aku cuba memahami akan maksud sebenar lelaki itu. Boleh kah aku hidup tanpa Shafiq? Dan bolehkah aku hidup jika Shafiq terus-terusan bersikap demikian walaupun kami sudah berumahtangga nanti. Bolehkah aku bertahan dengan perangai dan sikap Shafiq. 


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.